Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Friday, July 24, 2015

Aku VS Empat Lelaki (6)

Aku pandang Amar yang sedang tersengih di sebelah aku. Cis! Mati-mati aku kena tipu dengan dia. Cakap makan malam je, ni pasal apa ramai sangat orang? Takkan adik beradik dia ramai macamni.

"Kenapa boss tak bagitahu awal-awal?" Soal aku, geram.

Amar angkat kening, "bagitahu apa?"

Aku malas nak layan Amar. Aku melangkah ke arah meja yang berisi makanan. Dari aku layan boss, lebih baik aku makan.

"Ala, kalau aku bagitahu yang harini ada majlis harijadi mama, kau mesti tak nak datang," entah dari mana datangnya boss, tiba-tiba je sergah.

"But still. Dahlah saya datang tak bawa hadiah," balas aku.

Aku melangkah ke arah meja makan. Amar mengikut aku dan duduk di sebelah aku.

"Kan haritu kau dah belikan hadiah untuk mama," Amar angkat kening.

"Bila masa?" Aku suap makanan ke dalam mulut aku. Sedapnya!

"Yang haritu aku suruh beli tu," Amar ingatkan aku.

"Tu duit boss, hadiah dari boss lah," balas aku.

Memang boss ada suruh aku beli hadiah untuk Puan Sri haritu. Aku belikan Puan Sri rantai Tiffany & Co. guna kad kredit yang boss kasi aku. Boss yang suruh pilih hadiah dalam harga macamtu.

"Nanti aku tolak lah gaji kau," ujar Amar.

Aku pandang boss, "mana boleh! Mahal tu, boss! Sebulan gaji saya. Saya nak makan apa kalau boss potong gaji saya?"

Amar gelak, "habis kau sibuk-sibuk nak belikan hadiah untuk mama, kenapa?"

Kalau aku belikan hadiah, aku belikan yang murah je lah. Apa? Orang kaya tak boleh pakai barang murah ke? Mak aku pun aku tak pernah belikan hadiah yang nilainya gaji sebulan aku, ini nak kasi kat mak orang lain pula. Kirim salam je lah.

"Kita share je lah hadiah. Guna duit aku tapi kau yang pilih kan? Kira hadiah dari kita berdua lah," ujar Amar.

"Kenapa saya nak kena share hadiah dengan boss?" Aku masih tak puas hati.

"Tak lama lagi kau kena share hidup kau dengan aku, belajar la share hadiah dulu," ujar Amar bersahaja.

Aku kerut dahi. Baru sahaja aku nak buka mulut bertanya apa maksud Amar, ada suara yang memanggil nama aku.

"Ima?" 

Aku dongak pandang ke arah pemilik suara itu. Serta-merta jantung aku berdegup kencang melihat empunya wajah itu. 

"A...dib?" Tergagap-gagap aku menuturkan satu nama yang telah banyak mengajar aku erti hidup.

Adib, lelaki pertama yang aku cintakan dan lelaki pertama yang buat hidup aku penuh dengan tanda tanya. Lelaki yang pernah aku cintakan sepenuh hati aku dan benci seluruh ragaku. Lelaki yang aku nak sangat jumpa untuk tahu sebab dia hilang macamtu je. Lelaki itu kini berada di hadapan aku!

"Apa awak buat dekat sini? Ya Allah, lamanya kita tak jumpa," ujar Adib.

Aku pandang wajah Adib yang langsung tiada tanda rasa bersalah. Macam aku ni bukan bekas kekasih dia. Macam aku ni tak pernah ada erti untuk dia. Hati aku rasa bagai dicucuk-cucuk je sekarang.

"Saya..."

"Eh, sayang tak nak kenalkan ke kawan sayang ni?" Tiba-tiba Amar menyampuk.

Aku pandang Amar, terkejut dengan kata-kata Amar. Amar senyum penuh makna dekat aku. 

"Adib, ni bo..."

"Boyfriend Ima," potong Amar sambil hulurkan tangan dekat Adib.

Aku pandang Adib. Aku nampak wajah Adib sedikit terkejut dengan kata-kata Amar. 

"Adib, kawan lama Ima," Adib sambut tangan Amar.

Mata aku masih leka memandang Adib. Lelaki yang aku rindukan separuh mati kini berada di hadapan aku. Suatu ketika dahulu, aku pernah berjanji dengan diri aku untuk menampar Adib kalau aku berjumpa dengan dia. Tapi kenapa sekarang aku tak tampar dia?

"Sayang, rasanya mama panggil kita tadi. Adib, we have to go first. Nanti ada masa, kita berborak ek," ujar Amar.

Aku angguk. Amar dan Adib bersalam lagi sekali.

"Take care, Ima," ujar Adib.

Aku pura-pura senyum walaupun dalam hati aku berdegup macam nak gila. Kenapa mesti dia ucap benda tu? Benda yang lazimnya dia ucapkan pada hujung perbualan mereka. Kenapa Adib? Kenapa?

* * *

"Sayang tak lapar ke?"

Aku pandang empunya suara yang sedang menongkat dagu di hadapan aku.

"Lapar tapi nak siapkan kerja ni dulu," jawab aku.

"Ala, jom lah makan dulu. Kerja ni nanti-nanti boleh buat," rengek Adib.

Aku gelengkan kepala, "tak boleh. Kerja ni saya kena hantar sebelum pukul 5 petang. Nanti tak sempat."

"Kenapa pula tak sempat? Sempat punya. Nanti saya tolonglah awak," ujar Adib lagi.

Aku angkat kening, "nak tolong? Betul ni?"

Adib anggukkan kepala bersungguh-sungguh.

"Awak sedar tak jurusan awak dan saya berbeza?" Aku angkat kening lagi.

Adib muncungkan bibirnya, "awak nak cakap saya tak reti buat kerja awak lah ni? Hello, awak jangan lupa saya ni dulu pelajar sains juga."

Aku gelak melihat reaksi Adib itu. Merajuklah tu!

"Ala, saya gurau je lah. Jom lah pergi makan," ajak aku sambil mula mengemas barang.

Adib gelengkan kepalanya, "tak nak!"

"Betul ni tak nak?" Aku angkat kening.

Adib sengih, "nak! Nak!"

Aku gelak melihat Adib. Nak merajuk konon. Orang merajuk macamni, kita guna reverse psychology je.

"Nak merajuk sikit pun tak boleh," bebel Adib.

Aku hanya tersenyum sahaja. Adib, lelaki yang aku percaya cintakan aku sepenuh hatinya. Lelaki yang aku yakin dia sayangkan aku lebih dari aku sayangkan dia. Tapi hakikatnya? Aku yang terlebih sayangkan dia. Dia? Aku sendiri tak tahu perasaan apakah yang ada pada dia terhadap aku sampai dia sanggup tinggalkan aku tanpa sepatah kata.

* * *

"Nah, air," Amar hulurkan segelas minuman kepada aku.

Aku sambut gelas berisi air itu. Aku teguk air tu. 

"Ima, come back to your sense," suruh Amar.

Aku pandang Amar, "terima kasih boss sebab tolong saya tadi."

"So who is him?" Amar angkat kening.

Aku letak gelas berisi air itu di atas meja. Aku berjalan ke arah kolam rumah boss tu. Amar ikut aku dan berdiri di sebelah aku.

"Aku dah tolong kau tadi so kau kena cerita dekat aku," ujar Amar.

Hek eleh boss ni. Boleh tahan busybody juga boss ni. 

"Dia bekas kekasih saya," jawab aku.

"Kenapa boleh jadi bekas?" Soal Amar lagi.

"Kenapa boss nak tahu?" Soalan dibalas dengan soalan.

"Dah muka kau pucat gila tadi. Mestilah aku nak tahu kenapa. Is it a bad break-up?" Amar masih mahu tahu.

Aku mengeluh, "There was never a break-up."

"Ha?" Amar kerut dahi.

Aku pandang Amar, "satu hari tu dia langsung tak contact saya dan puff dia terus hilang."

Betul. Aku dan Adib tak pernah bergaduh. Adib tak pernah curang dengan aku(itu apa yang aku tahu) dan aku tak pernah curang dengan dia. Tak ada orang ketiga dalam hubungan kitorang. 

"Kau tak cuba contact dia?" Soal Amar.

"Saya dah cuba. Banyak kali. But then, his number is deactivated. Same goes to all his social network, facebook ke whatsapp ke apa ke, semua deactivated. Tup tap tup tap, saya dapat tahu dari kawan kitorang, dia tengah sambung belajar dekat luar negara," jawab aku.

"Dia tak nak long-distance relationship lah tu," ujar Amar.

"But at least tell me. Bagitahu saya yang dia tak nak long-distance relay. Saya takkan tertanya-tanya apa salah saya kalau dia bagitahu. Ini tidak, buat saya tergantung macam orang bodoh. Macam saya ni tak ada perasaan. Macam saya ni tunggul," luah aku.

Aku ni kalau dah mula luahkan perasaan, takkan berhenti. Amar diam mendengar luahan perasaan aku.

"Saya tunggu dia macam orang bodoh for almost a year. Walaupun semua kawan-kawan saya marah saya, saya tetap nak tunggu dia. Saya tetap percayakan dia walaupun dia buat macamtu dekat saya. Susah saya nak move-on. Tapi bila saya dah move-on, kenapa dia muncul balik? And it hurt me a lot to see his innocent face. Macam tak ada apa-apa yang pernah terjadi antara kitorang. It was awful," air mata aku menitis.

Aku kesat air mata aku.

"Tapi lebih teruk lagi, saya masih menangis sebab dia," ujar aku.

Tiba-tiba aku rasa satu jaket membaluti tubuh aku. Aku pandang Amar.

"I don't know how to comfort woman so Ima, please don't cry anymore," ujar Amar.

"Kenapa boss tanya saya soalan macamtu kalau tak kasi saya menangis?" Marah aku.

"Mana aku tahu kau akan jadi emosi macamni," jawab Amar.

"Boss!"

Amar gelak. Aku turut tergelak. Aku pandang bintang-bintang di atas langit. Amar turut sama pandang ke arah bintang-bintang itu.

"Boss," panggil aku.

"Apa? Jangan menangis lagi ek. Kalau kau nangis lagi, aku tolak kau masuk dalam kolam ni," ugut Amar.

Aku gelak. "Mana ada nak nangis!"

"Habistu?" Amar angkat kening.

"Terima kasih sebab dengar luahan hati saya," ujar aku.

Amar tidak menjawab. Mata kitorang masih leka memandang langit.

"Tapi tolonglah lupakan semuanya yang pernah terjadi malam ni," ujar aku.

Amar pandang aku, "tak nak! Mulai harini, aku akan panggil kau cengeng."

Aku pandang Amar, "boss!"

Amar gelak dan mula melangkah untuk masuk ke dalam rumah. 

"Cengeng, apa tunggu lagi? Jom masuk!" Jerit Amar.

"Boss, janganlah panggil saya cengeng," marah aku.

"Sedap apa nama tu? Cengeng! Cengeng!" Amar gelak.

Aku mengikut langkah Amar masuk ke dalam rumah sambil tangan aku memeluk tubuh aku. Sejuknya walaupun dah pakai jaket Amar ni. Mesti Amar rasa lebih sejuk, tu yang nak masuk rumah tu.

No comments:

Post a Comment