Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Saturday, August 15, 2015

Aku VS Empat Lelaki (9)

Aku betulkan kedudukan selimut Puan Sri Ayuni. Memandangkan harini hari Ahad, aku datang awal sedikit. Aku tak nampak pula kelibat Amar dekat sini. Mungkin Amar dekat tandas kut.

Aku duduk di kerusi bersebelahan dengan Puan Sri Ayuni. Aku pandang wajah Puan Sri Ayuni.

"Puan Sri, ini saya, Ima. Puan Sri, harini cuaca cerah sangat macam ada sesuatu yang baik akan berlaku. Puan Sri nak tahu tak? Puan Sri bertuah sangat dapat anak macam boss. Dia sentiasa ada dengan Puan Sri. Tak pernah tinggalkan Puan Sri. Saya harap Puan Sri cepat sedar. Saya tak sanggup tengok Puan Sri macamni. Puan Sri kan kuat, jadi Puan Sri patut cepat sedar. Bukan ke Puan Sri digelar wanita besi sebab Puan Sri mampu berjaya walaupun Puan Sri seorang ibu tunggal. Bukan sahaja Puan Sri berjaya dalam syarikat, Puan Sri juga berjaya membesarkan boss dengan baik. Puan Sri berjaya didik boss menjadi anak yang taat. Saya salute dengan Puan Sri. Jadi, Puan Sri patut cepat sedar," ujar aku.

Aku bangun dari kerusi itu. Aku pusing belakang dan aku rasa macam jantung aku nak gugur je bila aku nampak Amar yang sedang berdiri tegak pandang aku.

"Boss! Terkejut saya. Ingatkan siapa lah tadi," ujar aku.

Aku pandang Amar. Aku rasa Amar ni baru lepas mandi lah. Tengoklah rambut dia, basah lagi. Walaupun Amar masih tak shave, tapi Amar kelihatan kemas sedikit berbanding haritu.

"Boss dah makan?" Soal aku.

Amar gelengkan kepalanya. Aku melangkah ke arah sofa dan duduk di situ. Beg plastik yang aku bawa tadi aku buka. 

"Boss ni memang. Kalau saya tak datang, mesti boss tak makan sehari kan? Ni, saya ada buatkan boss sandwiches. Sorry lah saya tak belikan boss sandwiches yang selalu boss makan tu sebab saya malas nak pergi sana," aku buka tupperware yang berisi sandwiches.

Amar pandang sandwiches dalam tupperware tu. Aku suakan ke Amar.

"Saya tak tahu lah sedap ke tidak sandwiches ni tapi..."

Kata-kata aku terhenti di situ apabila Amar mengambil tupperware dari tangan aku. Amar duduk di sofa sebelah aku. Amar ambil sekeping sandwiches itu dan masukkan ke dalam mulutnya. Aku senyum melihat Amar makan makanan yang aku buat. Agak-agaknya ini ke perasaan seorang mak bila lihat anak dia makan makanan yang dia masak dengan berselera? 

Lima minit berlalu dan tupperware aku dah kosong. Gembiranya hati aku! Kalau aku tahu macamni, dari day one lagi aku dah bawakkan dia sandwiches buatan aku ni. Tak payah susah-susah nak pujuk dia makan.

"Boss, kalau saya cakap sesuatu, boss janji tak marah ek?" Soal aku.

Amar pandang aku. Aku rasa tu signal dia suruh aku teruskan je dengan pertanyaan aku. 

"Bila boss nak masuk pejabat?" Soal aku.

Aku nampak riak wajah Amar berubah. Nampak macam marah je bila aku bangkitkan soal pejabat.

"Saya tahu boss tengah sedih. Saya tahu boss nak berada di sisi Puan Sri selalu. Tapi boss, syarikat ni perlukan boss. Banyak kerja kita tak dapat proceed sebab tak dapat kelulusan dari boss. Dan banyak company lain yang mula hilang kepercayaan dengan syarikat kita. Saya tak nak boss menyesal nanti," terang aku.

Amar pandang Puan Sri Ayuni. 

"Boss, dah dua minggu boss tak masuk pejabat. And everything is getting hard now. Saya tak nak bila Puan Sri sedar nanti, dia dapat berita yang syarikat yang dia bina bertahun-tahun musnah macamtu je," pujuk aku lagi.

Amar pandang aku. Lama dia pandang aku sampai aku rasa tak selesa. Boss ni janganlah! Karang aku terpikat nanti, susah pula! Dah lah boss tengah seksi sekarang ni dengan rambut basah. Karang cair pula hati aku ni, siapa nak dipersalahkan nanti?

"Saya cuma cakap je tapi terpulanglah pada boss nak buat keputusan. Eh, saya balik dulu lah. Esok saya datang lagi. Boss jangan lupa makan tau petang ni. Karang sakit, susah pula," bebel aku.

Aku bangun. Tupperware tadi aku masukkan kembali ke dalam beg plastik dan aku capai beg tangan aku. 

"Bye boss. Kalau ada apa-apa, telefon saya," pesan aku sebelum melangkah keluar dari wad itu.

* * *

"Nak tak karipap?" Soal aku kepada Izzu yang sedang menghadap komputernya seperti biasa.

Hari-hari aku akan tanya Izzu soalan tu. Tapi tak pernah sekali pun Izzu terima pelawaan aku. Izzu hanya sekadar menggelengkan kepalanya sahaja.

"Sedaplah! Hari-hari saya offer dekat awak, takkan awak tak terliur kot?" Aku kerut dahi.

Izzu gelengkan kepalanya. Belum sempat aku buka mulut nak membebel, tiba-tiba ada tangan lain yang mengambil karipap dalam plastik aku. 

"Hey..."

Kata-kata aku terhenti bila aku nampak empunya tangan tu. Amar! Amar tengah berdiri depan aku sambil melemparkan senyuman.

"Aku nak rasa karipap makcik famous yang famous dekat pejabat ni," ujar Amar.

"Boss!" Jerit aku.

"Ye lah, takkan dah tak kenal dengan boss sendiri kut?" Amar angkat kening.

Aku pandang wajah Amar. Dah tak ada jambang. Amar dah shave. Aku tarik nafas. Wangi! Amar dah kembali kepada dirinya yang asal.

"Dah, masuk bilik aku," arah Amar.

Aku angguk. Senyuman masih terukir di bibir aku. Gembiranya aku bila boss dah masuk kerja! 

* * *

"Ima, lepasni aku ada meeting dekat mana?" Soal Amar.

Aku buka planner aku, "dekat Hotel A."

"Hotel A dekat dengan hospital mama kan?" Amar angkat kening.

Aku angguk, "haah. Boss nak terus pergi hospital ke lepas meeting?"

"Aku fikir macamtu lah. Nak singgah tengok mama kejap," ujar Amar.

"Saya nak ikut, boleh tak?" Soal aku.

Amar angguk, "kalau macamtu, kau ikut je lah aku pergi meeting. Lagipun, kau lagi tahu pasal office kan bila aku tak ada haritu."

"Tapi boss..."

"I'm not asking," ujar Amar tegas.

Hek eleh boss ni. Main paksa paksa pula. Mentang-mentanglah dia boss. Ei, benci tau! Aku dah plan dengan Aldee tau nak lunch sama-sama. Dahlah sejak Puan Sri masuk hospital, aku tak pernah keluar lunch dengan Aldee. Aldee mesti bengang dengan aku nanti.

"Baik boss," aku tarik muka.

Menyesal pula aku kata aku nak ikut pergi hospital. Aku plan nak keluar lunch dengan Aldee lepastu nak pergi jenguk Puan Sri sekejap lepas makan tu. Tapi boss dah musnahkan plan aku tu pula. Adoi. 

* * *

"Aldee, aku minta maaf sangat-sangat. Aku betul-betul nak keluar lunch dengan kau harini tapi boss tu pula yang paksa aku ikut dia pergi meeting. Kalau ikutkan hati, aku tak nak ikut boss tapi boss kan boss," ujar aku.

Aldee senyum, "tak apa lah. Kerja kan? But hey, at least aku tahu hati kau pilih aku dari boss."

Aku gelak. Aldee ni, benda macamtu juga yang dia tangkap. 

"Kau tak payah risau lah Aldee, aku akan sentiasa pilih kau dari boss. You are my bestfriend ever! Kalau bukan sebab boss tu boss, dah lama lah aku ikut kau lunch," ujar aku.

"Serious aku ni bestfriend kau?" Aldee kerut dahi.

Aku angguk, "bukan setakat bestfriend. Kau ni bestfriend forever aku."

Aku nampak riak wajah Aldee berubah sedikit. Nampak macam sedih? Eh, takkanlah kot. Aku salah pandang ni.

"Aku ada kerja sikit ni. Nanti lah sambung borak," ujar Aldee.

Aldee cepat-cepat melangkah ke arah mejanya. Aku hanya memerhatikan langkah Aldee yang semakin menjauh. Sebenarnya sejak Puan Sri masuk wad, hubungan aku dengan Aldee pun dah semakin regang. Bukan sebab apa, aku yang semakin sibuk dan sentiasa pergi ke hospital masa lunch break aku sampai aku tak ada masa nak makan dengan Aldee.

Aku rindu sebenarnya nak berborak dengan Aldee. Banyak benda aku nak ceritakan dekat Aldee tapi tak kesampaian. Puan Sri, tolonglah sedar cepat sedikit! 

No comments:

Post a Comment