Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Sunday, August 9, 2015

Aku VS Empat Lelaki (8)

Aku letakkan secawan kopi dekat atas meja Amar. Tanpa memandang Amar, aku pusing untuk keluar.

"Ima."

Aku berhenti melangkah. Aku pusing pandang Amar. Belum sempat Amar teruskan kata-katanya, telefon bimbir Amar berbunyi. Amar angkat tangan suruh aku keluar dari bilik itu.

Aku pusing balik nak keluar sebelum aku berhenti melangkah apabila mendengar jeritan boss.

"Ha? What?"

Aku pandang Amar yang berdiri. Riak wajah Amar kelihatan sangat cemas.

"Amar datang sekarang!" 

Amar terus kemas-kemas barangnya.

"Boss, kenapa ni?" Soal aku.

"Batalkan semua appointment aku harini," arah Amar.

"Tapi boss...."

"Mama masuk wad!" Bagitahu Amar.

Aku tersentak. Puan Sri Ayuni yang sihat walafiat awet muda tu masuk wad? Biar betul?

Amar melangkah keluar dari biliknya meninggalkan aku yang kaku berdiri di situ. Aku terkejut sedikit dengar berita tu. Walaupun aku dengan Puan Sri Ayuni tu taklah rapat mana tapi Puan Sri selalu layan aku dengan baik. Jadi sedikit sebanyak, berita tu memberi kesan dekat jiwa aku.

 * * *

Aldee pandang aku sambil angkat kening, "kenapa dengan kau?"

Aku angkat kening balik, "apa?"

"Kau fikirkan pasal Adib tu lagi ke?" Soal Aldee.

Jujurnya, lepas aku dapat tahu Puan Sri masuk wad, aku tak fikirkan pasal Adib lagi. Dalam otak aku ni sekarang tertanya-tanya pasal keadaan Puan Sri.

"Tak," jawab aku ringkas.

"Habistu?" Soal Aldee lagi.

"Puan Sri Ayuni masuk wad," jawab aku.

"Ha? Sakit apa?" Soal Aldee.

Aku gelengkan kepala, "tak tahu lah. Tak tanya pula boss."

"Harap semuanya okay lah," ujar Aldee.

Aku angguk, "aku pun harap macamtu."

"Eh, aku ada satu benda ni nak bagitahu kau," Aldee ubah topik.

Aku kerut dahi, "pasal apa ni?"

"Izzu," jawab Aldee ringkas.

Terus aku pandang Aldee, "Apa dia?"

"Amboi, tak sabar nak tahu nampak gayanya," Aldee gelak.

Aku sengih. "Cepatlah bagitahu."

"Macamni, aku dapat tahu yang Izzu ni sebenarnya bukan vampire," Aldee gelak.

"Kurang ajar!!!" Aku jerit.

Aku turut tergelak. Aldee ni, suka main-main dengan aku. Sekali aku baling kasut aku, baru dia tahu langit ni tinggi ke rendah.

"Betul-betullah," marah aku.

"Okay, okay. Ada sumber-sumber yang boleh dipercayai mengatakan, isteri Izzu meninggal bersama-sama dengan anak dalam kandungannya," ujar Aldee.

Aku ternganga.

"Kot ye pun, tutup lah mulut kau tu," arah Aldee.

"Serious lah. Isteri dia meninggal dengan anak dia? Kenapa?" Soal aku.

Aldee angkat bahu,"punca dia aku tak tahu."

"Ya Allah, kesiannya Izzu! Patutlah dia macamni. Patutlah dia sisihkan semua orang," aku geleng kepala.

"Kesian kan? Aku rasa nak berkawan dengan dia je lepas tahu perkara tu," ujar Aldee.

"Berkawan lah. Tak ada siapa yang marah," ujar aku.

"Kau ingat senang ke nak berkawan dengan dia?" Aldee angkat kening.

"Belum cuba, belum tahu," ujar aku.

"Kau berkawan lah dengan dia," suruh Aldee.

Aku angguk, "I will."

Aku akan cuba berkawan dengan Izzu! Aku tak akan biarkan Izzu keseorangan! Aku takkan sesekali biarkan Izzu terus mengasingkan diri dengan society. Aku akan tarik Izzu keluar dari kegelapan hidup dia. Aku janji dengan diri aku sendiri. Aku akan jadi kawan Izzu.

* * *

"Izzu, nak rasa tak karipap ni?" Aku suakan plastik berisi karipap kepada Izzu.

Izzu diam membisu tanpa memandang aku.

"Rasalah satu. Sedap tau!" Ujar aku.

Izzu masih leka dengan komputernya.

"Main game apa tu khusyuk sangat sampai tak dengar suara saya?" Perli aku.

Izzu bagi respon, dia pandang aku. Aku senyum.

"Karipap?" Soal aku.

Izzu gelengkan kepalanya.

"Sedaplah. Rugi tolak pelawaan saya," ujar aku.

Izzu menghadap kembali komputernya. Aku melangkah ke arah meja aku. Bibir aku menguntum senyuman. Walaupun Izzu tak bercakap dengan aku tapi dia bagi respon bila aku soal dia. Dan itu satu progress yang cukup bagus! 

Izzu, bersiap sedialah untuk terima seorang kawan dalam hidup kau! Hihi.

* * *

"Boss tak masuk kerja lagi ke?" Soal Aldee.

Aku anggukkan kepala aku, "dah tiga hari dia tak masuk. Risau pula aku."

"Dia tengah jaga mak dia kut," jawab Aldee.

"Aku rasa nak pergi lawat Puan Sri lah. Macam tak elok pula aku dah tahu dia masuk wad tapi tak pergi jenguk," ujar aku.

"Kau tahu ke dia kena admit dekat mana?" Soal Aldee.

Aku anggukkan kepala aku, "tahu kut."

"Kot?" Aldee angkat kening.

"Kau nak ikut tak?" Aku tak mengendahkan perlian Aldee tu.

Aldee gelengkan kepalanya, "aku banyak kerja. Kau pergilah."

"Okay, aku pergi dulu ek. Sorry tak dapat teman kau lunch harini," ujar aku.

"It's okay," jawab Aldee.

Hati aku macam tak sedap je selagi aku tak pergi melawat Puan Sri. Aku rasa macam bersalah. Entah kenapa, aku rasa macam ada sesuatu yang berlaku dengan Puan Sri.

* * *

Aku melangkah ke arah katil Puan Sri. Aku nampak Amar sedang lena dibuai mimpi dengan kepalanya dialaskan dengan katil Puan Sri. Tangan Amar menggenggam tangan Puan Sri. Patutlah dia tak masuk pejabat, rupanya Puan Sri koma. 

Aku pandang Puan Sri Ayuni yang terbaring di atas katil itu. Nampak macam tenang je Puan Sri. 

Aku dapat tahu dari nurse yang Puan Sri koma lepas terlibat dalam kemalangan. Ada lori laju yang menghentam kereta yang Puan Sri naik sampai kereta itu berpusing dan akhirnya melanggar divider jalan. Nasib baik tak masuk gaung.

Pemandu Puan Sri hanya mengalami kecederaan ringan sebab lori tu langgar bahagian belakang kereta. Jadi, Puan Sri yang mengalami hentakan kuat. 

"Ima?"

Aku pandang Amar yang sedang menggosok-gosok matanya. Aku nampak jambang Amar mulai tumbuh. Wajah Amar kelihatan serabut. 

"Kenapa ada dekat sini?" Soal Amar.

"Saya datang nak melawat Puan Sri," jawab aku.

Amar pandang aku. Aku nampak mata Amar seolah-olah ingin mengatakan sesuatu dekat aku tapi aku tak mampu nak bacanya.

"Macammana dengan keadaan Puan Sri?" Soal aku.

Amar pandang Puan Sri Ayuni. Bibirnya menguntum senyuman pahit.

"Macamni lah. Mama tak sedar-sedar lagi," jawab Amar.

"Sabarlah boss. Sesungguhnya Allah sentiasa ada dengan boss," nasihat aku.

Amar diam.

"Boss dah makan?" Soal aku, ubah topik.

Amar gelengkan kepalanya, "aku tak ada selera."

"Tak boleh macamni boss. Boss kena makan," pujuk aku.

"Macammana aku nak makan kalau mama aku masih tak sedarkan diri? Anak jenis apa yang akan makan bila mama dia sendiri tengah bertarung nyawa?" Marah Amar.

"Boss kena makan kalau boss nak jaga Puan Sri. Macammana boss nak jaga Puan Sri kalau boss tak ada energy?" Soal aku.

Amar diam.

"Saya temankan boss makan ek?" Ajak aku.

Akhirnya Amar anggukkan kepalanya. Aku senyum. Amar seperti budak kecil sekarang ni jadi aku kena tangani situasi ini dengan menjadi orang dewasa.

* * *

"Aku dah kenyang," ujar Amar.

Aku pandang pinggan boss yang masih bersisa separuh makanannya. Aku tahu Amar tengah tak ada selera dan aku tak boleh paksa Amar untuk habiskan makanan dia. 

"Aku nak naik," ujar Amar.

Aku angguk. Aku tengok jam tangan aku. Dah nak habis waktu lunch aku jadi aku patut balik ke pejabat.

"Saya balik pejabat dulu. Kalau boss perlukan apa-apa, boss telefon saya ye," pesan aku.

Amar anggukkan kepalanya. Dia bangun dan melangkah pergi dari aku. Aku hanya memerhatikan sahaja langkah Amar. Sekarang ni, aku rasa kasihan sangat dengan Amar. Entah kenapa, aku rasa Amar akan jadi lebih teruk dan kemungkinan besar akan jadi seperti Izzu kalau dibiarkan seorang diri. 

Aku patut teman Amar. Aku patut berada di samping dia. Lagipun, aku dah merangkap personal assistant dia, jadi aku patut ada dengan dia. 

* * *

Aku kemas-kemaskan barang-barang aku yang bersepah atas meja tu. Kerja aku bertambah banyak bila kena layan panggilan-panggilan yang rata-ratanya marah sebab asyik menangguhkan kerja. Nak buat macammana? Boss yang tak nak masuk kerja.

"Nak pergi mana tu bergegas macamni?" Soal Aldee.

Aku pandang Aldee, "nak pergi hospital."

"Tak boleh teman aku lunch lagi lah harini?" Soal Aldee.

"Sorry. Kau pun tahu kan, aku tak boleh biarkan boss macamtu," ujar aku.

Aldee senyum segaris, "aku faham."

"Aku janji lepas keadaan dah pulih, aku belanja kau makan sebagai tebus sebab tak teman kau makan," pujuk aku.

"Ima, aku faham. Aku tahu kau risaukan pasal dia. Kau tak perlu risau pasal aku, aku boleh pergi makan dengan orang lain," ujar Aldee.

"Thank you, Aldee. Aku cuma tak nak dia end up jadi macam you know whom," aku capai beg tangan aku.

"Iya. Dah lah, pergi lah. Karang lambat pula," ujar Aldee.

Aku angguk, "aku pergi dulu! Bye Aldee."

Aku melangkah laju ke arah pintu keluar dari pejabat ni. Sejak Puan Sri koma dan sejak Amar buat perangai budak-budak tak nak masuk pejabat, aku terpaksa korbankan masa lunch aku untuk pergi ke hospital. Aku kena pergi hospital. Kalau aku tak pergi, aku takut Amar tak makan seharian. At least, kalau aku pergi, Amar akan makan walaupun sedikit. Aku tak nak nanti Amar pula yang jatuh sakit.

Iya, aku tahu aku cuma assistant Amar sahaja tapi aku tak boleh biarkan Amar seorang diri. Kalau ada orang lain yang jaga dia, aku tak kisah. Ini tak ada sesiapa langsung. Awek-awek yang tergila-gilakan Amar dulu tu pun langsung tak kelihatan. Jadi, kalau bukan aku, siapa lagi yang nak jaga dia? Lagipun, aku tak nak Amar end up being someone else. Aku tak nak.



No comments:

Post a Comment