Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Monday, July 6, 2015

Aku VS Empat Lelaki (1)

Lagu Rembau Most Wanted mengisi kesunyian di bilik aku. Aku pantas bangun dan tutup alarm clock dekat telefon aku. Aku pilih lagu ni sebagai alarm aku bukan sebab aku orang Rembau tapi sebab permulaan lagu ni yang rancak. Aku ni susah nak bangun tidur. Kalau letak lagu slow memang tak terjaga lah aku.

Aku bangun dari katil dan melangkah ke bilik air. Harini hari pertama aku kerja. Setelah berbulan-bulan aku menganggur selepas graduate haritu, setelah berbelas interview aku pergi, akhirnya aku dapat juga kerja! Aku dapat kerja as setiausaha walaupun aku ni berkelulusan degree in mechanical engineering. Itulah orang cakap, tak semestinya kita akan kerja dengan kelulusan kita. Aku tak kisah lah asalkan dapat kerja.

Lepas habis mandi, aku solat Subuh dan terus bersiap untuk ke kerja. Hari pertama mestilah excited. Aku sarungkan baju kurung moden raya tahun lepas punya. Make-up ringkas aku sapu pada wajah aku. Selendang aku gayakan ringkas.

Aku turun ke bawah lepas bersiap. 

"Awal siap, Ima."

Aku pandang ibuku yang sedang duduk di hadapan televisyen. Tengah tunggu ayah aku turun lah tu. 

"Biasa lah ibu. Hari pertama kerja," aku duduk di sebelah ibuku.

"Masuk kerja pukul berapa ni?" Soal ibu.

"Pukul 8.30 pagi," jawab aku.

"Jangan lupa beli sarapan sebelum masuk kerja," pesan ibu.

Aku angguk. Keluarga kitorang memang tak sarapan. Aku dah biasa sejak kecil tak sarapan. Kalau aku makan pagi-pagi macamni, nanti perut aku sakit. Aku tak nak ambil risiko sakit perut hari pertama kerja. Ish nervous pula nak kerja ni. 

* * *

"Awak setiausaha baru saya tu ke?"

Aku anggukkan kepala aku. Aku pandang wanita di hadapan aku. Kemungkinan besar berumur dalam lingkungan awal 50-an tetapi masih cantik dan sihat. 

"Puan sri boleh panggil saya Ima je," aku senyum.

"Nama secantik orangnya. Dah kahwin ke?" Puan Sri Ayuni mengusik aku.

Aku gelengkan kepala, "belum lagi. Tak ada siapa yang nak."

"Ke memilih sangat ni?" Puan Sri Ayuni angkat kening.

Aku hanya tersenyum sahaja. Puan Sri Ayuni nampak macam baik je. Tak macam tipikal wanita kaya dalam tv. 

"By the way, awak akan kerja dengan saya sekejap je tau..."

"Ha? Puan Sri nak pecat saya ke?" Aku dah gelabah.

Puan Sri senyum, "bukanlah. Tak lama lagi saya akan serahkan syarikat ni dekat anak saya. So awak akan kerja dengan dia."

Aku anggukkan kepala. Ingatkan apa lah tadi. Maknanya lepas ni aku akan kerja dengan anak dia. Haraplah anak dia sebaik mak dia.

"Harini awak berkenalan lah dengan staf, lunch nanti kita makan sama-sama," ujar Puan Sri Ayuni.

Aku senyum. Aku tundukkan kepala tanda hormat dan kemudian keluar dari bilik Puan Sri. Belum sempat aku duduk dekat tempat aku, aku dengar nama aku dipanggil.

"Ima!"

Aku pandang orang yang panggil aku dan serta-merta senyuman terukir di bibir aku.

"Aldee!"

Aldee tersengih dan mendekati aku. 

"Kau ke setiausaha baru Puan Sri?" Aldee angkat kening.

Aku angguk, "haah. Kau dah lama ke kerja sini? Kau ingat lagi aku kan?"

Aldee ni kawan sekolah menengah aku dulu. Nak kata kawan tu taklah sangat. Kitorang sekelas tapi kitorang jarang berinteraksi. Bercakap bila perlu je. Maknanya, aku tak pernah berborak dengan dia. Bukan sebab aku sombong tapi sebab Aldee ni bukanlah budak yang peramah.

"Dah lama dah. Mestilah aku ingat. Kau tu ingat lagi aku tak?" Aldee angkat kening.

"Siapa tak ingat budak lelaki bermasalah dekat sekolah? Bad boy gitu. Menjadi kegilaan ramai," aku gelakkan Aldee.

"Kau panggil aku bad boy?" Aldee bulatkan matanya.

"Tak ke bad boy kalau baju tak pernah nak tuck in dulu, rambut pacak tak ingat dunia, hisap rokok masa cikgu mengajar, baling mercun..."

"Woi, tak payahlah ungkit. Karang orang dengar, jatuhlah reputasi aku," Aldee potong cakap aku.

Aku gelak. Aku pandang Aldee dari atas ke bawah. Segak dengan rambut kemas, kemeja fit tuck in dalam seluar slack. Kasut pun bersinar habis. Lain betul!

"So the badboy has turn to goodboy," aku angkat kening.

Aldee senyum, "macamtu lah ceritanya. Eh, kau dah berkenalan dengan semua staf  dekat sini ke belum?"

Aku gelengkan kepala, "belum."

"Jom aku kenalkan kau dengan staf," Aldee ajak aku.

Aku anggukkan kepala. Aldee kenalkan aku dengan semua staf dekat situ. Rata-rata staf dekat situ semua lebih berumur dari aku. Semua macam awal 30-an. 

"Eh, kau tak kenalkan aku dekat dia tu pun," aku tunjuk ke arah seorang lelaki yang kelihatan sebaya dengan kitorang.

"Oh dia tu tak suka bercakap dengan orang. Kalau aku kenalkan kau dekat dia pun, belum tentu dia jawab. Karang buat malu je," ujar Aldee.

"Tipulah," aku tak percaya.

"Muka suci macamni kau kata aku tipu?" Aldee angkat kening.

Aku pandang lelaki tu. Muka putih macam Mat Salleh, rambut pun perang. Takkanlah dia anti-sosial kut.

"Weh, kau biar betul? Muka handsome macamtu, kau kata anti-sosial," aku angkat kening.
"Handsome ke? Aku lagi handsome," Aldee pegang rambutnya.

Aku gelak tengok Aldee macamtu. "Badboy dah jadi apa ni? Eh, siapa nama dia?"

"Izzu the vampire,"  Jawab Aldee.

"Ha? Vampire?" Aku kerut dahi.

"Sebab dia tu datang kerja sebelum matahari terbit dan balik kerja selepas matahari terbenam. Pernah sekali aku datang pejabat awal giler, aku tengok dia dah ada dekat pejabat ni tengah buat kerja dia. Memang macam vampire. Takut matahari," cerita Aldee.

Aku anggukkan kepala. Aku pandang Izzu sekali lagi. Macam menarik je mamat ni. Macam perlu disiasat je apa sebenarnya yang berlaku. Tak mungkin Izzu ni pendiam sejak azali. Weh, tengok gaya dia lah. Hmm, akanku siasat apa sebenarnya yang berlaku.


No comments:

Post a Comment