Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Thursday, July 9, 2015

Aku VS Empat Lelaki (3)

Aku mengeluh melihat fail-fail di atas meja aku. Lagi bertambah mengeluh apabila melihat jam di tangan aku.

"Kau nak aku teman kau tak?"

Aku pandang Aldee yang dah sandang beg kerja dia. Nak teman konon, beg pun dah sandang. Nampak sangat tak ikhlas.

"Takpe lah," jawab aku.

"Betul?" Soal Aldee lagi.

Aku angguk.

"Tapi bahaya lah perempuan sorang-sorang buat kerja," ujar Aldee.

"Kan kau kata Izzu buat kerja sampai lewat malam juga?" Aku angkat kening.

Aldee angguk, "itu lagi bahaya."

Aku kerut dahi, "kenapa pula?"

Aldee geleng kepala. "Kau buat kerja elok-elok. Cepat siapkan. Kalau ada apa-apa, telefon aku."

"Yes bad boy," aku gelak.

"Dahlah, aku balik dulu. Adios," Aldee lambai tangan dekat aku dan berlalu pergi.

Aku senyum dan kemudian sambung kembali kerja aku. 

* * *

Aku tutup mulut aku yang tengah menguap luas dengan tapak tangan. Mengantuk betul. Rasa macam nak tidur je tapi kerja banyak lagi tak siap. Nasib baik esok cuti, bolehlah aku tidur lama.

Aku bangun dari kerusi dan melangkah ke arah pantri. Sebelum aku terlelap dekat dalam pejabat ni, baik aku buat kopi. Walaupun aku bukan penggemar kopi tapi aku sangat memerlukan kafein sekarang ni.

Waktu aku nak balik tempat aku, aku lalu sebelah meja Izzu. Izzu macam biasa, sibuk pandang skrin komputernya. Mata aku terus pandang skrin komputer Izzu. 

Sekejap.

Betulkah apa yang aku nampak ni?

Like seriously?

Izzu tengah main game

Kenapa dia main game dalam pejabat waktu-waktu macamni? Kenapa tak balik rumah?

Ke dia tengah tunggu aku?

Aku ambil keputusan untuk berhenti depan meja Izzu. Izzu yang sedar aku berhenti depan meja dia terus angkat kepala dan pandang aku.

"Err... Kalau awak nak balik dulu, baliklah. Tak payah tunggu saya. Saya banyak kerja lagi," ujar aku.

Izzu tidak menjawab. Dia hanya pandang sahaja aku. Melihatkan tiada tanda-tanda Izzu akan menjawab, aku terus berlalu ke tempat aku. 

Aku duduk. Air kopi yang suam-suam itu aku teguk sehingga habis. Ya Allah, malunya aku! Kenapa aku prasan yang dia tengah tunggu aku? Entah-entah memang hobi dia main game lepas office hour. Syok sendiri lah kau ni, Ima!

* * *

Aku menggeliat sedikit. Jam di telefon bimbit aku tengok. Dah pukul 10.30 malam. Adoi, dah lewat malam ni. Macammana aku nak drive balik rumah?

Barang-barang yang bersepah aku kemas. Kemudian, aku bangun. Ketika aku melintas di hadapan meja Izzu, aku dengar suara Izzu. 

"Tunggu."

Aku berhenti melangkah dan pandang ke arah Izzu. Dia cakap dengan aku ke? Memandangkan kitorang berdua je dekat sini dan Izzu pun nampak gayanya macam bersiap-siap nak balik, betullah kot dia cakap dengan aku.

Kejap.

Wait.

Izzu, lelaki mat salleh celup yang anti-sosial tu bercakap dengan aku?

Mimpi ke apa ni? 

Senyap-senyap aku cubit tangan aku. Sakit. Maknanya, ini bukan mimpi. Memang Izzu tengah bercakap dengan dia. Walaupun satu patah perkataan tu je, kenapa jantung aku berdegup kencang ni?

Izzu melangkah ke arah aku. Kitorang jalan sama-sama pergi ke kereta. Sepanjang perjalanan tu, kitorang senyap je. Aku senyap sebab jantung aku tengah terkejut Izzu bercakap dengan aku. Izzu senyap sebab, well, we are talking about Izzu here.

Sampai dekat kereta, aku pusing pandang Izzu.

"Terima kasih," ucap aku.

Izzu tidak membalas. Aku masuk ke dalam kereta aku. Izzu pun melangkah ke arah kereta dia yang tak jauh dari aku. Enjin kereta dihidupkan dan aku mula memandu.

Senyuman mekar di bibir aku apabila aku lihat kereta Izzu mengekori kereta aku hingga ke persimpangan rumah aku. 

Izzu, Izzu. Dalam diam-diam, siapa sangka Izzu ni gentleman. Ke memang sikap Izzu macamni? Ah lantaklah. Walaupun mungkin Izzu buat macamni dekat semua staf wanita yang balik lewat, aku tetap rasa istimewa. Berapa lama aku tak rasa dilindungi macam ni? Aku pun hampir lupa perasaan dilindungi macamni. 

Hoi Ima, jangan nak menggatal! Fokus dengan kerja kau. 

* * *

"Ini tidak adil!"

Aku angkat kening dekat Aldee yang tengah protes tak puas hati, "kenapa?"

"Kenapa dia tak pernah cakap dengan aku tapi dia bercakap dengan kau? Ini diskriminasi namanya. Mentang-mentang aku ni lelaki," ujar Aldee.

"Ye ke kau ni lelaki?" Aku angkat kening sambil suapkan aiskrim cotton candy kegemaran aku ke dalam mulut.

"Woi!" Aldee marah.

Aku gelak, "lenguh gila kaki aku teman kau shopping."

"Kan aku dah belanja kau makan, belanja kau baju..."

"Mengungkit!"

Aldee gelak. Aku pun gelak.

"Eh, aku ada benda nak bagitahu kau ni," ujar Aldee.

Aku angkat kening tanda suruh Aldee teruskan dengan kata-katanya.

"Dengar cerita, Izzu dulu tak macam sekarang," ujar Aldee.

Aku kerut dahi, "maksud kau?"

"Kau mesti tak percaya ni. Izzu tu dulu, peramah orangnya. Happy go lucky," jawab Aldee.

"Aku percaya sebab penampilan Izzu tu tak menampakkan dia seorang yang anti-sosial pun. I mean, look at his appearance. Bukan macam dia pakai spek besar ke apa ke. Rambut perang lagi tu," ujar aku.

"Kau nak kata dia handsome lah ni?" Soal Aldee.

Aku anggukkan kepala aku. Aldee buat sign nak muntah.

"Handsome what?" Aku gelak.

"Aku lagi handsome," jawab Aldee.

"Tapi Aldee, apa yang buat dia berubah sampai jadi macamni? From happy go lucky to someone who is so passive. Way too passive," aku ubah topik, malas nak layan Aldee yang masuk bakul angkat sendiri tu.

"Ini apa yang aku dengarlah. Tak tahu betul ke tidak. Aldee ni dulu, pernah kahwin..."

"Haa? Kahwin?" aku terjerit sedikit.

"Woi, janganlah jerit. Nanti orang lain ingat aku tengah ajak kau nak kahwin pula," seloroh Aldee.

Aku sengih, "sorry."

"Yes, walaupun Aldee tu muda lagi. Dia pernah kahwin," ujar Aldee.

"Pernah?" Aku kerut dahi.

"Dia dah bercerai," jawab Aldee.

"Ha? Not only dia dah kahwin pada usia muda ni but already bercerai?" Aku masih tak percaya dengan berita baru ni.

Aldee angguk, "tak ramai pun yang tahu sebenarnya dia dah bercerai. Orang tahu pun sebab profile dia bagi dekat boss. Tak ada siapa pun yang tahu punca dia bercerai. And the interesting part is, tak ada orang tahu pun sama ada dia bercerai atau isteri dia dah meninggal."

"Kenapa tak ada orang tahu?" Soal aku.

"Sebab Izzu is Izzu. Satu hari, Izzu masuk pejabat dan tak bercakap sepatah pun. Orang tegur, dia buat dek je. Sikap tu berlarutan sampai tak ada seorang pun dekat pejabat yang nak bercakap dengan dia sebab semua orang dah tahu perangai baru dia. Buat apa nak bercakap kalau dah tahu dia takkan balas kan?" Cerita Aldee.

"Dan orang semua ambil keputusan untuk biarkan je Izzu macamtu?" Aku angkat kening.

Aldee angguk, "dan semua orang anggap Izzu berubah sebab dia bercerai or isteri dia meninggal."

Aku diam. Info baru mengenai Izzu ni somehow buat aku rasa simpati dengan Izzu. 

"Kau tak rasa ke dia berubah sebab dia sepi?" Soal aku.

"Mungkinlah," jawab Aldee.

"Kenapa kau tak berkawan dengan dia?" Soal aku.

Aldee gelak, "nak berkawan macammana kalau aku cakap pun, dia buat dek je."

Aku diam. Entah kenapa, berita mengenai Izzu ni buat aku betul-betul rasa kasihan. Rasa macam Izzu ni perlukan seseorang di samping dia. Tak apa, aku akan cuba berkawan dengan Izzu. Aku akan cuba sedaya-upaya aku.

* * *

Sedang aku menunggu Aldee yang membayar tiket parking, aku nampak satu pasangan ni.

Yang perempuan tu pakai skirt pendek sampai nampak betis dia. Aku rasa kalau dia duduk, mesti nampak seluar dalam dia. Gila lah! Tak sejuk ke?

Yang lelaki pula, tangan sibuk memeluk pinggang perempuan seksi tu. 

Tiba-tiba, aku nampak ada seorang perempuan lain menerpa ke arah diorang. Nampak macam ada pergaduhan. Aku syak mesti lelaki tu playboy. Haih, perempuan. Kenapalah nak malukan diri sendiri dengan bergaduh untuk lelaki yang tak worth?

"Apa yang kau kusyuk sangat pandang tu?" 

Aku pusing pandang Aldee. Kemudian, aku tunjuk ke arah pasangan tu. Aldee turut sama memerhatikan pasangan itu.

"Apalah yang perempuan tu gilakan sangat dekat lelaki tu sampai sanggup malukan diri sendiri," aku geleng kepala.

"Lelaki tu pakai minyak dagu kut," seloroh Aldee.

Aku gelak.

"Dahlah, jom balik. Ke kau nak tengok WWE ni?" Aldee angkat kening.

"Nak balik," pantas aku menjawab.

Aku dan Aldee pun berjalan bersama ke arah kereta dia untuk pulang ke rumah. Lenguh sangat dah kaki aku teman Aldee ni membeli-belah. Lain kali, tak nak aku teman dia.

No comments:

Post a Comment