Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Sunday, July 12, 2015

Aku VS Empat Lelaki (4)

Aku melangkah masuk ke dalam pejabat. Entah kenapa harini hati aku rasa tak sedap. Macam ada sesuatu yang akan berlaku. Tapi apa dia ya?

Seperti biasa, aku melangkah masuk ke dalam bilik Puan Sri untuk mengemas apa yang patut. 

"Eh, Ima."

Aku sedikit terkejut mendengar suara Puan Sri itu. Dah lah aku main masuk je, tak ketuk pintu. Ye lah, dah sebulan lebih aku kerja dengan dia, tak pernah lagi dia datang awal macamni. 

"Ima, ni saya kenalkan anak saya, Amar," ujar Puan Sru Ayuni.

Mata aku terus pandang Amar. Aku sedikit terkejut apabila melihat wajah Amar tu. Ni bukan lelaki semalam ke? Lelaki yang berjaya membuat dua wanita berantakan tu?

"Ma, jangan cakap ni secretary Amar."

Puan Sri Ayuni angkat kening, "of course this is your secretary. Who else would it be?"

"But ma, this is obviously not my type. I mean, look at her. Since when is your taste like this? Kalau Amar tahu ni taste ma, Amar sendiri yang cari secretary Amar," ujar Amar bersungguh-sungguh.

Aku nampak tangan Puan Sri Ayuni pantas mencubit pinggang Amar. 

"Amar, please behave," Puan Sri Ayuni bagi amaran.

Aku hanya melihat sahaja dua beranak ini bercakap pasal aku macam aku tak ada dekat depan diorang. Ke aku halimunan? 

"Ima, I am sorry in behalf of my very childish son..."

"Ma!"

"Keep quiet, Amar. You don't want to see me angry, right?" 

Aku nampak Amar tarik muka masam. Puan Sri Ayuni pandang aku sambil tersenyum. 

"Puan Sri nak retired dah ke?" Soal aku.

Puan Sri Ayuni anggukkan kepalanya, "nampaknya begitu lah. Amar akan ambil alih syarikat ni mulai sekarang."

Ish! Patutlah aku rasa tak sedap hati. Rupanya mamat playboy kurang ajar ni akan jadi boss aku. Why? Oh why?

"Amar, mama balik dulu. Ada hal mama nak buat," ujar Puan Sri Ayuni.

"Mama nak Amar teman tak?" Soal Amar.

Puan Sri Ayuni gelengkan kepalanya, "tak apa."

"Are you sure, ma?" Amar kerutkan dahinya.

Puan Sri Ayuni anggukkan kepalanya, "just stay here and behave."

Amar diam, tidak menjawab. Puan Sri Ayuni kemudian mendekati aku.

"Saya harap Ima sabar dengan perangai Amar tu. Mulut dia je tak ada insuran, tapi hati dia baik. Believe me, Ima," ujar Puan Sri Ayuni.

Aku senyum, "tak apa, Puan Sri. Puan Sri jaga diri tau. Saya berbesar hati dapat jadi secretary Puan Sri walaupun sekejap."

Aku salam dengan Puan Sri. Puan Sri senyum dan kemudian melangkah keluar dari pejabat itu meninggalkan aku dan Amar berdua di dalam bilik itu.

Aku nampak Amar bangun dan duduk di kerusi hadapan komputernya.

"So what is your name again? Ika? Ifa? Ila?" Soal Amar dengan lagak sombong.

Aku melangkah dan berdiri di hadapan Amar, "Ima."

"Nama pun tak glamour," ejek Amar.

Aku diam. Dia boss, biarkanlah dia.

"Aku tak tahu kenapa mama boleh pilih kau jadi secretary dia padahal your way to plain jane," ujar Amar.

Aku diam lagi. Sabar, Ima, sabar.

"And you are not even my taste. Jangan harap aku akan suka dekat kau," ujar Amar.

Okay, ini dah melebih.

"Saya tak peduli kalau saya ni bukan taste Encik Amar sebab saya tahu taste Encik Amar perempuan seksi yang kalau boleh nak tayangkan satu badan dekat orang ramai. Bukan saya nak kena kahwin dengan Encik ke apa, so why bother saya ni bukan taste Encik?" Aku dah geram.

Amar diam. Mungkin terkejut sebab aku berani membidas kata-kata dia. Aku nak dia tahu aku ni bukan perempuan yang dia boleh senang-senang buli.

"You sure have a lot of nerve to talk to me like that," Amar angkat kening.

Aku diam. Dah kau hina aku kaw kaw, takkan aku nak berdiam diri je? Aku pun ada maruah.

"Tapi macammama awak tahu?" Soal Amar.

Aku kerut dahi, "tahu apa?"

Amar tidak menjawab soalan aku sebaliknya, dia gelak. Dia gelak kuat-kuat sampai aku rasa orang dekat luar pun boleh dengar. Dah kenapa pula dengan dia ni?

"Encik ni dah kenapa?" Soal aku.

Amar tidak menjawab. Aku terus keluar dari bilik dan duduk dekat tempat aku. Aku nampak semua orang tengah pandang aku. Aku kemudian pandang Izzu. Izzu pun tengah pandang aku. Lama kitorang saling berpandangan sebelum Aldee kacau daun.

"Kenapa tu?" Soal Aldee.

Aku pandang Aldee, "kenapa apa?"

"Kenapa boss baru kita tu gelak macam orang kena histeria? Meremang bulu roma aku," ujar Aldee.

Aku angkat bahu, "dia ada penyakit bipolar kut."

Aldee gelak dan berlalu dari situ. Aku hanya menggelengkan kepala. Haih, bertambah susah lah hidup aku lepasni. Puan Sri, kenapa cepat sangat bersara? 

* * *

Aku melangkah masuk ke dalam bilik Amar. Lepas peristiwa pagi tadi, ini kali pertama dia panggil aku masuk dalam bilik dia.

"Ye encik Amar," aku berdiri di hadapan dia.

"Duduk," arah Amar.

Aku duduk di hadapan dia.

"Ada bawa buku nota?" Soal Amar.

Aku anggukkan kepala. Buku nota dibuka.

"First of all, panggil aku boss," ujar Amar.

Boss? Hek eleh bajet pula dia ni. Ikutkan je lah, dah dia boss.

"Kedua, aku nak kau belikan aku breakfast setiap pagi. Dan no, aku tak makan nasi lemak ke mihun goreng ke waktu breakfast. Aku nak sandwiches atau bagel. Dan aku nak kopi. Go google the best sandwiches and coffee in town," ujar Amar.

Hek eleh, demand. Berlagak macam orang putih. Padahal kulit sawo matang. Dah namanya Melayu, makan je lah nasi lemak ke nasi goreng ke, ini nak sandwiches bagai.

"Ketiga, you are not only my office assistant tapi kau juga personal assistant aku. Apa yang aku suruh kau buat, kau buat," ujar Amar.

Ini dah macam diktator. Aku dibayar gaji untuk jadi secretary dalam pejabat je. Kenapa pula aku kena jadi personal assistant dia?

"Kau jangan risau, aku akan bayar kau untuk setiap personal work yang aku suruh kau buat," ujar Amar.

Eh dia ni, macam tahu-tahu je apa yang bermain di fikiran aku.

"Is that clear?" Soal Amar.

Aku angguk.

"Bisu ke?" Amar angkat kening.

"Clear, boss," jawab aku.

Amar senyum, "good girl. Now, you can go."

Aku tunduk sedikit tanda hormat dan kemudian keluar dari bilik itu. Nasib kau lah, Ima dapat boss demand macamni. 

* * *

Aku angkat pinggan aku setelah membayar di kaunter. Alamak, tak ada tempat kosong pula. Takkan nak makan berdiri kut?

Tiba-tiba mata aku terpandang meja yang Izzu tengah duduk. Kosong. Ada dia je. Patut ke aku buat muka selamba dan duduk depan dia?

Ish, waktu macamni lah Aldee ambil MC. Ah, buang je la perasaan malu ni. Daripada kena makan berdiri, lebih baik aku tebalkan muka duduk depan Izzu.

Aku letak pinggan di hadapan Izzu. Izzu pandang aku masa aku duduk.

"Ramainya orang makan dekat sini sampai tak ada seat kosong. Awak tak kisah kan saya duduk sini?" Soal aku.

Izzu hanya mendiamkan diri. Aku anggap dia setuju je lah. Aku mula menikmati makanan aku. Tiba-tiba aku tersedak.

Aku terbatuk-batuk. Ya Allah, siapa pula yang sebut-sebut nama aku ni?

Izzu hulurkan minuman aku dekat aku. Aku sedikit tersentak dengan tindakan Izzu itu.

Aku sedut minuman aku sehingga separuh. Batuk aku mulai reda. Aku menghela nafas lega.

"Terima kasih, Izzu. Entah siapa pula yang sebut nama saya ni," aku senyum.

Izzu diam. Dia bangun dan tinggalkan aku yang sedang menghabiskan makanan di dalam pinggan aku itu.

* * *

"Cik tak boleh masuk," ujar aku.

"Kenapa I tak boleh masuk?" Soal wanita seksi itu.

"Pertama, cik tak menepati kod etika pakaian," aku pandang wanita seksi yang hanya memakai skirt ketat nampak betis.

"Ha? You gotta be kidding me," wanita itu gelak.

"Kedua, boss saya tak nak jumpa awak," ujar aku.

Tawa wanita itu mati. Wajah dia terus berubah jadi marah.

"Kenapa dia tak nak jumpa I? Dia dengan perempuan lain ke?" Soal wanita itu.

Wanita itu tolak aku dan terus masuk ke dalam bilik Amar. Nasib baik aku tak jatuh. Berani betul perempuan ni tolak aku.

Aku melangkah masuk ke dalam bilik Amar. Aku nampak perempuan seksi tadi tengah mengamuk.

"What are you doing, Amar? Berani you curang dengan I?" Perempuan seksi tu  tolak pasu sebelah dia.

Aku terkejut melihat reaksi wanita itu. Gila kentang!

"Apa you buat ni, Ju? Ima, panggil sekuriti," arah Amar.

Aku angguk dan melangkah keluar dari bilik Amar. Nombor sekuriti bangunan ni aku dail. Tak lama kemudian, sekuriti datang. Aku menghela nafas lega dan duduk di atas kerusi aku.

"Kenapa tu?" Soal Aldee.

Aku pandang Aldee, "biasalah boss. Tak ada masalah cari masalah. Kau tengoklah lepasni, mesti aku kena marah kaw-kaw."

Aldee kerut dahi, "kenapa pula kau yang kena marah?"

"Sebab tak halang perempuan tadi tu," jawab aku.

Belum sempat Aldee bertanya lagi, wanita seksi dan sekuriti itu keluar dari bilik Amar. Wanita yang lagi satu bersama dengan Amar tu pun turut keluar. 

Haih, apalah yang hebat sangat pasal boss sampai semua orang tergila-gilakan dia? 

"Ima, in my office right now!"

Tersentak aku dengar jeritan dari dalam bilik Amar itu. Aku pandang Aldee. Aldee pandang aku dengan wajah simpati.

"Be strong," Aldee bagi semangat.

"Doakan je lah dia tak pecat aku," ujar aku.

Aldee anggukkan kepalanya. Aku melangkah masuk ke dalam bilik Amar. Amar tengah membelakangkan aku.

"Boss, saya minta maaf..."

"Aku suruh buat kerja simple je, halang perempuan tu dari masuk bilik aku. Itu pun kau tak boleh buat. Macammana aku nak suruh kau buat benda lain?" Marah Amar.

Aku diam. Aku tak nak curahkan minyak ke api yang tengah membara. Baik aku diam.

Amar pusing pandang aku dan campak fail-fail ke atas meja. Berdentum bunyi fail itu dicampak.

"Aku nak kau check balik semua fail ni. Pastikan tak ada apa yang salah dan aku nak semua fail ni ada atas meja aku esok pagi! Aku tak kira kau kena tidur sini malamni ke apa ke, yang penting aku nak fail-fail ni esok. Tanpa kesilapan!" Tegas Amar bagi arahan.

Aku telan liur mendengar arahan Amar itu. Gila lah! Dia ni betul-betul marah dekat aku. Nampak gayanya malamni aku kena tidur pejabat lah.

"Apa tunggu lagi? Pergilah buat kerja tu," arah Amar.

"Okay boss," jawab aku.

Aku kutip semua fail-fail itu dan bawanya bersama aku keluar dari bilik Amar. Apalah nasib badan dapat boss yang panas baran. Buat salah sedikit je, denda dia kemain berat. Hai, inilah nasib badan aku.

No comments:

Post a Comment