Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Monday, August 17, 2015

Aku VS Empat Lelaki (10)

Aku pandang Aldee yang sedang tekun membuat kerja. Entah kenapa, aku rasa Aldee macam dah malas nak layan aku. Macam dia cuba menjauhkan diri dari aku. Perasaan aku je ke atau Aldee terasa dengan aku sebab dah lama tak lunch dengan dia?

"Kau pandang apa tu?"

Aku pandang Amar yang entah bila muncul. Amar tengah melipat lengan baju  kemejanya.

"Boss," panggil aku.

"Hmm," Amar masih melipat lengan bajunya.

"Saya rasa saya tak dapat teman boss pergi hospital harini," ujar aku.

Wajah Amar berubah. Amar berhenti dari melipat lengan bajunya. Mata Amar tepat merenung ke dalam mata aku. Aku sedikit tidak keruan. Boss janganlah pandang saya macamtu, nanti saya tak sampai hati!

"Habis aku nak pergi dengan siapa?" Soal Amar.

"Harini je boss. Saya rasa harini saya nak makan dengan Aldee. Saya dah lama tak makan dengan dia," aku sedikit merayu.

"Tapi aku?" Amar cuba meraih simpati aku.

"Boss..."

"Tak apa lah. Kau pergi lah makan dengan dia. Tinggalkan aku sorang-sorang tengok mama. Pergilah makan dengan Aldee. Siapalah aku nak halang kau kan?" Amar pusing belakang.

Aku jadi serba salah pula dengar apa yang Amar katakan. Aduh, kenapalah Amar terlalu bergantung harap dengan aku? Aku pandang boss yang dah mula melangkah.

"Boss," panggil aku.

Boss berhenti melangkah tapi tak pusing pandang aku.

"Saya ikut boss," ujar aku akhirnya.

Amar pandang aku. Bibirnya menguntum senyuman. Aku pandang ke tempat Aldee. Aku nampak Aldee bangun dan meninggalkan tempat dia. 

Aldee, aku minta maaf. Tunggu ek sampai Puan Sri sedar. Lepastu kita boleh makan sama-sama macam selalu.

* * *

Laman web facebook aku buka. Dah lama rasanya aku tak tengok laman sosial aku ini. Maklumlah, aku sibuk menjaga anak (boss). Mana ada masa nak layan facebook. Ni pun aku buka sebab dekat luar hujan lebat dan aku tak berani nak memandu ke hospital sekarang.

Aku tengok notification aku. Tiba-tiba ada satu notification ini yang menarik perhatian aku. Satu mesej daripada Adib. Jap, bila masa aku add Adib atau approve dia? Ke dia aktifkan akaun lama dia? 

Aku buka mesej yang dihantarnya.

Hai Ima! Mesti awak terkejut kan saya tiba-tiba mesej awak. Mesti awak rasa menyampah kan dengan saya? Mesti awak rasa nak tumbuk je saya kan? Mesti kan?

Saya minta maaf. Saya tak boleh berhenti fikirkan awak sejak kita jumpa haritu. Saya harap kita boleh jumpa supaya saya dapat beritahu awak segala-galanya.

Untuk pengetahuan awak, saya tak pernah berhenti cintakan awak. 

Tolonglah setuju untuk jumpa saya. 

Take care, Ima.

Aku baca berulang-ulang mesej itu. Mata aku tiba-tiba berkaca. Tapi dalam masa yang sama aku marah. Aku tekan keyboard laptop aku.

Senang awak cakap. Siapa yang tanggung kesakitan ni? Cinta konon. Kalau cinta, awak takkan buat saya macamni. Please go away. Saya tak nak jumpa awak. Fullstop.

Bunyi telefon bimbit aku memeranjatkan aku. Terus aku tertekan butang send. Alamak! Apa yang aku hantar ni?

Aku tengok nama pemanggil. Aldee. Pantas aku jawab panggilannya.

"Aldee!" Sergah aku.

"Oi. Kenapa?" Balas Aldee.

"Apa?" Aku buat-buat tak faham.

"Eleh, nak buat-buat tak tahu konon. Dengar suara kau pun dah tahu kau ada masalah. Kenapa weh?" Soal Aldee.

Diam lima saat.

"Hello?" Panggil Aldee.

"Adib mesej aku," jawab aku perlahan.

"Ha? Serious? Habistu, kau okay tak?" Soal Aldee pirhatin.

"Sampailah aku terhantar mesej bodoh dekat dia. Sekarang ni, mesti dia tengah tergelak sebab tahu aku masih tak move on," air mata aku mula mengalir.

"Weh, aku datang rumah kau sekarang," ujar Aldee.

"Tapi kan hu..."

Talian dimatikan. Aku pandang ke luar tingkap. Hujan tengah lebat. Sanggup Aldee redah hujan datang ke rumah aku? Terharunya aku dapat kawan macamni! 

* * *

Bunyi hon di luar mematikan lamunan aku yang sudah bersiap dengan tudung. Eh cepatnya Aldee dah sampai? Aku buka pintu. Payung yang tersangkut di grill aku capai. Aku pandang ke kereta yang berada di luar rumah aku.

Eh, itu bukan kereta Aldee. Kereta siapalah pula ni?

Telefon aku berbunyi. Kelihatan nama boss di telefon aku. Aku jawab panggilan itu. 

"Hello," sapa aku.

"Kau buat apa lagi tercegat dekat situ? Cepatlah masuk kereta," ujar Amar.

"Ha?" Aku tercengang.

"Hujan ni, Ima! Cepatlah masuk dalam kereta," suruh Amar.

Talian dimatikan. Aku pandang ke arah kereta Amar. Aku tunggu Aldee kan tadi? Kenapa boss pula yang muncul ni? Dengan penuh pertanyaan, aku buka payung dan mula melangkah ke arah kereta Amar. Aku masuk ke dalam kereta Amar.

"Kenapa boss datang sini?" Soal aku sebaik sahaja aku tutup pintu kereta.

"Nak jemput kau lah pergi hospital. Aku tahu kau mesti tak berani nak drive hujan-hujan macamni, tu yang aku datang tu," jawab Amar.

"Tapi boss, saya tak boleh pergi hospital harini," ujar aku.

Amar kerut dahi, "kenapa pula?"

Amar pandang aku dengan wajahnya yang boleh mencairkan hati aku. Kenapa hati aku selalu lembut bila Amar buat muka macamtu? 

"Mama dah gerakkan tangan," ujar Amar.

Aku pandang Amar. Senyuman teruja terukir di bibir aku. Puan Sri dah gerakkan tangan? Serious? Alhamdulillah.

"Alhamdulillah. Satu petanda yang baik ni," ujar aku.

Amar senyum, "kita pergi hospital ek?"

Aku angguk. Walaupun aku tengah serba salah dengan Aldee sekarang ni tapi aku lagi akan jadi lebih serba salah kalau aku tak pergi hospital. How can I turn down this happy, eh no, excited guy beside me? No way! 

Amar mula memandu meninggalkan kawasan rumah aku. Aku keluarkan telefon bimbit dan hantar pesanan ringkas kepada Aldee untuk mengatakan aku tak ada dekat rumah ketika ini. Mesti Aldee marah aku lepas ni. Hmm...


No comments:

Post a Comment