Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Thursday, August 20, 2015

Aku VS Empat Lelaki (11)

Aku dail nombor Aldee berulang-ulang kali tapi Aldee tak jawab panggilan aku. Merajuk ke Aldee ni? Adoi, kenapalah boss mesti jemput aku ke hospital? 

Memanglah aku tak patut ikut boss tapi takkanlah aku nak tolak pelawaan dia bila dia kata Puan Sri dah gerakkan tangan dia? 

Tapi tak patut aku pergi macamtu je bila Aldee dah dengar masalah aku dan sanggup redah hujan demi nak datang tenangkan aku. Tak patut aku buat macamtu dekat Aldee. 

Panggilan aku berjawab.

"Hello," ujar Aldee.

"Aldee, aku minta maaf sebab pergi macamtu je. Aku minta maaf sebab tak tunggu kau tadi," ujar aku.

"Tak apalah. Kau mesti ada hal kan? Lagipun, waktu kau mesej aku tu, aku belum keluar rumah lagi," ujar Aldee.

Aku hembus nafas lega, "fuh, nasib baik."

Aldee diam. 

"Tapi kenapa kau tak jawab telefon? Aku rasa dah banyak kali aku telefon. Kebas jari aku," rungut aku.

"Aku baru bangun tidur ni. Kau ni kacau je aku tidur," Aldee buat-buat marah.

Aku gelak, "ye ke? Sorry sorry. Dahlah, kau tidur lah. Jumpa kau kat office nanti. Bye!" 

Aldee matikan talian selepas cakap bye dekat aku. Aku senyum. Nasib baik Aldee tak marah. Aldee ni memang jenis pemaaf kut sebab tu dia tak marah. Kalau aku lah jadi Aldee, confirm aku dah mengamuk. 

"Telefon siapa tu?" 

Aku pusing kepala pandang ke arah Amar yang baru sahaja keluar dari bilik Puan Sri.

"Aldee," jawab aku ringkas.

Aku nampak riak wajah Amar berubah. Muka dia macam tak suka je aku sebut nama Aldee. 

"Kau ni rapat betul dengan Aldee kan?" Soal Amar.

Aku angguk, "kitorang satu sekolah dulu walaupun tak pernah bertegur dulu."

Aku senyum mengenangkan zaman sekolah aku dengan Aldee dahulu. Aldee yang bad boy.

"Oh. Kau suka dia ke?"

Aku angguk, "dia baik."

Memang aku suka Aldee pun. Aldee seorang kawan yang baik. Siapa yang sanggup hantar aku bubur magik waktu aku sakit kalau bukan Aldee? Siapa yang sanggup redah hujan untuk jumpa aku bila aku sedih? Aldee.

Nasib baik Aldee ni dah suka orang lain, kalau tidak mahunya aku prasan dia suka aku. 

"Kau cintakan dia?" Soal Amar.

Aku gelak dengar soalan Amar. Amar kerut dahi.

"Kenapa?" Soal Amar.

"Cinta is a strong word la boss. Saya suka Aldee sebab dia baik. Dia seorang kawan yang baik," jawab aku.

Amar diam. Aku bangun.

"Boss, boleh hantar saya balik tak? Saya rasa dah lama saya dekat sini. Saya nak siapkan kerja sikit," aku capai beg tangan.

"Ala, malasnya. Kerja apa kau nak buat kat rumah ni? Malam karang lah aku hantar balik," Amar baring dekat sofa tu.

"Haip boss. Jangan malas-malas! Tu lah, siapa suruh jemput saya. Kan sekarang ni boss kena hantar saya pula," ujar aku.

"Malam lah, Ima," rengek Amar.

"Boss ni gediklah. Tak boleh, saya kena siapkan kerja. Nanti kerja tu tak siap, saya dituduh nak bankrupkan syarikat lagi," sempat aku memerli Amar.

"Siapa yang nak tuduh kau bankrup kan syarikat tu?" Amar buat-buat tak tahu.

"Boss saya lah. Kalau boss nak tahu, boss saya tu panas baran. Saya salah sikit je, dia punya suara satu pejabat boleh dengar," aku kutuk boss aku.

Amar gelak, "mesti sakit kan hati dapat boss macamtu?"

Aku angguk, "sakit gila hati. Tapi demi sesuap nasi, ku gagahkan jua hati ini."

Amar gelak lagi, "amboi!"

Aku turut tergelak. Amar kemudian bangun.

"Jom, aku hantar kau balik. Tak nak lah nanti aku punca kau kena pecat dengan boss kau yang panas baran tu," ujar Amar.

"You better do!" Sahut aku.

Aku dan Amar melangkah keluar dari bilik Puan Sri. Time to go home!

* * * 

Aku pandang skrin laptop aku yang menyala. Tangan aku menggigil sedikit apabila aku nampak Adib dah membalas mesej aku. 

Nak buka ke tidak mesej ni?

Kalau aku buka, mesti aku nangis. 

Tapi kalau aku tak buka, aku tertanya-tanya pula.

Ish hati ni, kenapalah sensitif sangat dengan isu yang berkaitan Adib? Kenapalah asyik nak meleleh je bila dengar nama Adib? Kuatlah sikit.

Daripada aku tertanya-tanya, baik aku buka mesej dari Adib ni. Bak kata Aldee, lagi sakit kalau kita tertanya-tanya dari kita tahu perkara sebenar.

Ima. Jumpa saya please. Lunch hour esok dekat restoren saya. I will wait for you. Please come.

Siapa Adib untuk paksa aku jumpa dia? Who he think he are? Dia ingat dia boleh sesuka hati paksa aku? 

Aku tak balas mesej itu. Biarlah dia tunggu aku lama-lama esok sepertimana aku tunggu dia selama ni. Biar dia rasa betapa peritnya penantian. Biarkan.

* * *

Aku tengok jam tangan aku. Dah nak habis lunch hour. Tinggal lagi 20 minit. Aku baru lepas balik dari hospital. Macam biasalah, melawat Puan Sri dengan Amar. Aku rasa gelisah.

"Awal balik pejabat harini?" Soal Aldee.

Aku pandang Aldee yang tercongok berdiri di hadapan aku. Memang harini aku balik pejabat awal sebab aku paksa Amar balik. Sebab hati aku rasa gelisah.

"Kenapa?" Soal Aldee.

"Adib nak jumpa aku," bagitahu aku.

Aku nampak riak wajah Aldee berubah sedikit.

"Bila?" Soal Aldee.

"Sekarang," jawab aku.

"Habis kenapa kau dekat sini?" Aldee kerut dahi.

"Aku tak nak jumpa dia," jawab aku perlahan.

"Ima, jangan tipu diri sendiri," ujar Aldee.

Aku pandang Aldee. Kening aku diangkat tinggi.

"Apa maksud kau?" Soal aku.

"Kau nak jumpa dia. Aku tahu hati kau tengah meronta-ronta nak jumpa dia sekarang. Kau nak tahu kenapa dia tinggalkan kau. Kau nak tahu kenapa dia khianat kau," jawab Aldee.

"Tapi aku..."

"Kau tak nak hati kau sakit lagi? Tapi dengan cara tak jumpa dia, tak dengar penjelasan dia, hati kau akan rasa lebih sakit. Percayalah cakap aku, Ima," nasihat Aldee.

Aldee tengok jam tangan dia. "Kau ada 15 minit lagi. Aku rasa sempat kut untuk pergi sana. Nanti aku cakap dengan boss kau ada hal."

Aku capai beg tangan aku dan bangun. Dua tiga tapak aku melangkah, aku pusing pandang Aldee.

"Aldee, terima kasih. Kau lah kawan aku yang paling aku sayang," ujar aku.

Aku melangkah meninggalkan pejabat ni. Ya, aku akan tamatkan semuanya dengan Adib. Aku nak tahu sebab dia tinggalkan aku. Aku nak tahu kenapa dia sanggup khianati aku. Aku nak tahu jawapannya sekarang!

No comments:

Post a Comment