Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Monday, August 24, 2015

Aku VS Empat Lelaki (12)

Aku melangkah keluar dari kereta. Nafas aku tarik dalam-dalam. Aku nak selesaikan semuanya harini. Aku tak nak hati aku tertanya-tanya lagi.

Aku masuk ke dalam restoren Adib tu. Aku nampak Adib masih menunggu aku di satu sudut yang agak tersorok sedikit. Aku melangkah ke arah Adib.

"Assalamualaikum," ucap aku.

Mendengar suara aku, Adib segera bangun dari duduknya. 

"Waalaikumusalam. Ima, awak datang juga," Adib tarik kerusi untuk aku.

Aku duduk, "saya boleh tarik kerusi saya sendiri."

Aku nampak riak wajah Adib berubah. Adib duduk di hadapan aku

"Kita order dulu lah. Awak suka..."

"Saya kena balik pejabat kejap lagi. Saya datang pun sebab saya kesiankan awak. Saya bukan macam awak yang tak ada hati perut," perli aku lagi.

"Ima, saya minta maaf sangat-sangat dengan awak," ujar Adib.

"Macamtu lah manusia kan. Dah buat salah, minta maaf. Tak fikir ke perasaan orang yang dia buat tu?" Perli aku lagi.

Aku tak tahu kenapa tapi semua kata-kata yang aku lemparkan tu sinis bunyinya. Bukan aku sengaja nak cakap macamtu tapi dia automatik keluar dari mulut aku.

"Ima, saya tahu saya buat salah dekat awak tapi boleh tak awak jangan sinis dengan saya? Ya, saya buat salah dengan awak. Saya buat salah besar dengan awak tapi..." 

"Awak tahu tak yang awak dah tinggalkan saya macamtu je tanpa sebarang sebab? Awak tahu tak macammana perasaan saya bila awak pergi macamtu je? Awak tahu tak apa yang saya rasa bila saya jumpa awak balik? And now, saya jadi sinis pun awak dah sakit hati. Can you imagine how I feel back then?" Luah aku.

Aku nampak Adib senyap.

"Adib, awak tinggalkan saya macamtu je. Awak, orang yang saya percaya takkan tinggalkan saya, yang saya percaya cintakan saya lebih dari saya cintakam awak. Awak orang yang hancurkan hati saya berkecai-kecai dan tinggalkan saya seorang diri untuk kutip hati saya tu satu per satu. Awak orangnya, Adib," luah aku lagi.

Air mata aku mengalir.

"Ima, please don't cry. Saya tak nak awak menangis lagi. Hati saya sakit tengok awak menangis," ujar Adib.

"Jadi kenapa awak buat saya macamni, Adib? Kenapa? Kenapa awak tinggalkan saya macamtu je? Kenapa awak muncul balik? Kenapa?" Soal aku bertalu-talu.

"Mak saya paksa saya belajar dekat luar negara," ujar Adib.

Aku diam. Aku kesat air mata aku dan pandang Adib.

"Mak saya paksa saya walaupun saya tak nak. Mak saya tutup line telefon, tutup media sosial saya supaya saya tak dapat berhubung dengan awak. Mak saya tak kasi saya jumpa awak dan berhubung dengan awak," cerita Adib.

Aku diam lagi.

"Ima, saya tak nak tinggalkan awak. Saya tak nak belajar dekat luar negara. Saya tak nak berjauhan dengan awak. Apa yang saya nak ialah awak. Tapi mak saya ugut saya untuk cederakan awak kalau saya tak ikut kehendak dia. Walaupun hati saya meronta-ronta nak jumpa awak tapi saya tak nak ambil risiko yang boleh mencederakan awak. Saya sayang awak sangat-sangat, Ima," luah Adib.

Aku sedikit terkejut dengan apa yang Adib cakapkan. Jadi selama ini, bukan hanya aku yang terseksa dengan perpisahan ni? Jadi Adib juga turut terseksa?

"Setiap hari saya rindukan awak. Setiap hari hati saya meronta-ronta nak jumpa awak. Setiap hari saya rasa diri saya ni tak berguna. Saya gagal lindungi cinta kita. Saya buat awak menangis. Saya hancurkan hati awak. Saya orangnya, Ima. Saya," luah Adib lagi.

Aku nampak Adib cuba menahan air matanya dari mengalir. 

"Adib..."

"Saya minta maaf sangat-sangat, Ima," ujar Adib.

Adib bangun. Aku masih terkejut dengan apa yang aku dengar. Dua tiga tapak Adib melangkah, entah kenapa mulut aku pantas memanggil nama Adib.

"Adib," panggil aku.

Adib pandang aku. 

"Maafkan saya sebab tuduh awak macam-macam sedangkan awak pun turut terseksa," ujar aku.

Adib mendekati aku. Aku tunduk.

"Saya tak tahu awak pun terseksa dalam hal ni," ujar aku lagi.

"Tak. Ini bukan salah awak. Awak tak tahu kan?" Adib lemparkan senyuman.

Aku balas senyuman Adib. Kalau lah aku dengar penjelasan dia awal-awal, kan bagus. Salah aku sebab fikir yang bukan-bukan pasal Adib. Padahal, Adib pun terseksa. Dan mungkin Adib lebih terseksa dari aku.

* * *

"Amboi, senyum meleret je pada tadi ni. Ada apa-apa ke?"

Aku pandang Aldee yang sedang berdiri di hadapan aku. Aku lemparkan senyuman.

"Mana ada apa-apa," jawab aku.

"Macammana perjumpaan kau dengan Adib tadi?" Soal Aldee.

Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi menandakan ada mesej masuk. Aku buka mesej itu. Daripada Adib.

I'm glad we are okay now. So dinner?

Aku senyum. Pantas jari aku menaip balasan.

Me too. Dinner? Hmm...

"Ya, memang aku tak wujud pun depan kau ni," ujar Aldee sinis.

Aku pandang Aldee. Alamak, lupa pula pasal Aldee.

"Eh, sorry. Apa kau tanya tadi?" Aku angkat kening.

"Nevermind. Aku dah dapat jawapan dah," Aldee berlalu pergi.

Aku nampak riak wajah Aldee berubah dan aku nak panggil nama dia tapi telefon aku berbunyi tanda orang telefon. Tertulis di situ nama Adib. Segera aku menjawab panggilan itu.

"Hello," ujar aku.

"Jomlah dinner. We should celebrate our reunion," ajak Adib.

"Reunion?" Aku kerut dahi walaupun aku tahu Adib takkan nampak kerutan aku tu.

"Mesti banyak benda awak nak tahu pasal saya kan? Saya pun ada banyak benda nak tanya dekat awak dan ceritakan dekat awak," ujar Adib.

Aku senyum. Memang banyak benda aku nak tanya dia. Banyak benda aku nak tahu pasal Adib selepas mak dia pisahkan kami. 

"So?" Soal Adib bila aku tak bersuara.

"Okay lah. Dekat mana dan bila?" Tanya aku.

"I pick you up at 8.15?" Soal Adib.

"Eh, tak apa. Saya boleh pergi sendiri," aku mengelak.

"No way I will let you drive by yourself. Kan awak tak suka drive malam," ujar Adib.

Aku terharu sedikit bila Adib ingat yang aku tak suka drive malam. Dan aku sedikit tersentuh bila Adib masih mengambil berat pasal aku.

"Awak still duduk rumah parents awak kan?" Soal Adib bila aku diam.

"Haah," jawab aku.

Adib ingat lagi rumah aku selepas sekian lama kitorang dipisahkan? Adib, kenapa kau asyik buat aku terharu je ni?

"Okay lah. Saya jemput awak pukul 8.15 ni. Minta izin parents awak ya," pesan Adib.

"Okay," balas aku ringkas.

"Assalamualaikum," ujar Adib.

"Waalaikumussalam," balas aku.

Adib matikan panggilan. Senyuman aku masih terlekat di bibir aku. Sudah, aku rasa aku dah angau balik!

"Apa senyum sorang-sorang tu?"

Aku tersentak. Cepat-cepat aku letak telefon bimbit aku di atas meja dan aku pandang Amar yang sedang tercegat di hadapan meja aku.

"Dah lah rehat lebih masa, lepastu balik pejabat senyum sorang-sorang macam orang gila," perli Amar.

"Sorry boss sebab lambat masuk pejabat," ujar aku.

"Dah, masuk bilik aku cepat," arah Amar sebelum berlalu masuk ke dalam biliknya.

Aku capai buku nota dan ikut langkah Amar masuk ke dalam pejabat. Okay Ima, jangan fikir pasal Adib lagi. Sekarang masa untuk kerja. Ya, kerja!

* * *

Hon kereta berbunyi. Aku bergegas turun ke bawah. Aku pandang Iwan yang sedang menonton televisyen di bawah.

"Kau nak keluar ke?" Soal Iwan.

Aku angguk, "haah."

"Dengan boyfriend ke?" Iwan angkat kening.

"Banyaklah kau punya boyfriend. Dah lah, keluar dulu," aku melangkah ke arah pintu.

Aku pakai sandal aku. Kemudian, aku melangkah ke arah kereta Adib. Adib yang nampak aku melangkah ke arah dia keluar dari kereta. Dia senyum pandang aku.

"You look beautiful," puji Adib.

Aku senyum. Adib memang suka puji aku. Padahal aku pakai jubah kelabu yang simple je. Adib memang romantik orangnya. Adib buka pintu kereta untuk aku.

"Thanks," ucap aku sambil masuk ke dalam kereta.

Adib tutup pintu kereta aku. Aku pakai seatbelt. Adib masuk dalam kereta. Dia mula menekan pedal minyak.

"Jadi nak pergi mana?" Soal aku.

"Tunggu dan lihat," jawab Adib.

Adib ni memang. Dia suka buat kejutan. Adib ni ibarat lelaki yang korang tengok dalam tv tu. Yang jenis romantik-romantik tu. 

Pernah sekali dia buat kejutan dengan letak bunga ros sekuntum dalam buku nota aku. 

Sebenarnya, untuk pengetahuan korang, kalau ditanya kepada aku, apa ciri-ciri lelaki ideal untuk aku. Aku akan jawab macam Adib. Semua qualities yang dia ada, semua seperti yang aku inginkan. Aku memang suka lelaki macam Adib ni. Sebab tu, selama aku hidup, aku hanya pernah cintakan dia.


No comments:

Post a Comment