Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Wednesday, December 9, 2009

Pakai Buang

Sudah beberapa kali nombor itu di dail tetapi tiada sebarang jawapan. Hanya operator yang menjawab panggilannya. Shasha memandang telefon bimbit jenama 'Sony Ericsson' miliknya. Pelik juga hatinya, di manakah hilangnya Syafiq? Rasanya baru semalam mereka berbual-bual mesra dan sekarang dia menghilang pula. Ahh, peliknya!

Skrin komputernya dipandang dengan pandangan yang kosong. Walaupun matanya melekat di situ tetapi fikirannya menerawang ke lain. Teringat pertemuan dia dan Syafiq minggu lepas, ketika Syafiq mencurahkan isi hatinya.

******************

"Cha tahu tak?" soal Syafiq. Nadanya begitu lembut.

"Tahu apa?" soal Shasha pelik. Dahinya dikerutkan.

Syafiq tergelak melihat wajah Shasha begitu.

"Kenapa gelak?"soal Shasha.

"Muka Cha comel lah bila dahi berkerut," usik Syafiq.

"Fiqq! Jahatlah," Shasha menarik muka.

Syafiq tertawa lagi. Shasha memukul lembut lengan Syafiq.

"Lagi comel bila buat muka macamni tau Cha," usik Syafiq lagi.

"Janganlah usik Cha. Malu lah Cha!" pipi Shasha sudahpun merona merah.

Syafiq hanya tertawa. Shasha pula mengalihkan mukanya dari Syafiq. Tidak mahu Syafiq melihat wajahnya yang seperti terbakar itu. Dan tiba-tiba tawa Syafiq terhenti. Tangan Shasha digenggamnya. Shasha tersentak. Segera dipandang Syafiq.

Syafiq memandang tepat ke wajah Shasha. Shasha pula memandang rumput yang menghijau. Tidak mahu Syafiq membaca isi hatinya. Genggaman tangan Syafiq tidak dibalasnya.

"Cha, Fiq cintakan Cha," ujar Syafiq setelah lama berdiam diri.

Sekali lagi Shasha tersentak. Apakah benar kata Syafiq ataupun sekadar mahu memainkan perasaannya?

"Fiq tak tipu Cha. Fiq betul-betul cintakan Cha," ujar Syafiq lagi seakan-akan tahu apa yang bermain di fikiran Shasha.

Perlahan-lahan Shasha mengangkat muka memandang Syafiq. Direnungnya anak mata coklat milik pemuda itu. Entah, dia gagal menemui apa-apa di sebalik mata itu.

"Cha pun cintakan Fiq," ujar Shasha perlahan tetapi cukup untuk Syafiq mendengar.

Serentak dengan itu, badan Shasha terus didakap Syafiq. Shasha agak tersentak dengan perlakuan Syafiq. Dan perlahan-lahan Shasha membalas pelukan Syafiq.

"Fiq cintakan Cha. Fiq nak Cha. Hanya Cha seorang," ujar Syafiq romantis.

"Cha pun cintakan Fiq. Hanya Fiq seorang,"balas Shasha.

***********

Bunyi telefon bimbit mematikan lamunan Shasha. Tanpa melihat nama pemanggil, Shasha terus menjawab telefon itu.

"Fiq, kenapa tak jawab telefon Cha?" tanpa mukadimah, Shasha terus bertanyakan soalan.

"Fiq? Cha, ni Nina lah," jawab pemanggil.

"Oh Nina," balas Shasha seperti hampa.

"Kenapa kau ni? Macam ada masalah dengan Fiq je?" soal Nina.

"Takdelah. Dia tu aku telefon bukan nak jawab pun. Dah banyak kali dah aku telefon. Risau
pulak aku!" ujar Shasha.

"Dia meeting kot," Nina menyedapkan hati Shasha.

"Mungkin," jawab Shasha.

"Cha, jom makan!" ujar Nina.

"Habis butik aku ni macammana?" soal Shasha.

"Cha, pembantu kau kan ade. Suruh lah dia handle sekejap. Dalam satu jam je Cha," pujuk
Nina.

Diam.

"Jom lah Cha. Aku bosan lah makan sorang-sorang. Lagipun aku dalam butik kau ni," ujar Nina.

"Gila punya Nina. Baik kau ketuk pintu cakap dengan aku. Membazir kredit kau je. Ye lah, aku
keluar ni,"ujar Shasha.

Talian dimatikan oleh Shasha. Shasha pantas mengemas mejanya. Beg tangannya dicapai dan
kemudian dia bangun dan terus sahaja melangkah ke luar. Dari jauh, sudah kelihatan Nina yang sedang tersengih. Ingat cantik lah tu! Tapi dia memang cantik pun.

***********

"Cha, tu bukan Fiq ke?" soal Nina.

"Fiq? Mana? Mana?" soal Shasha.

"Tu,"tunjuk Nina.

Shasha memandang ke arah yang ditunjukkan Nina. Ye, memang Fiq. Handsomenya boyfriend
aku! Patutlah aku cintakan dia. Ahh, sayang kau Fiq.


"Tapi siapa sebelah dia tu?" soal Nina.

Shasha tersentak. Pantas matanya beralih ke wanita disebelah Syafiq. Wanita itu kelihatan
sangat mesra dengan Syafiq. Siap pegang-pegang tangan lagi. Hati Shasha seakan berkecai melihat adengan yang tidak disangka itu.

"Cha? Kau okay tak?" soal Nina sekaligus mematikan lamunan Shasha.

"Nina, siapa perempuan tu?"soal Shasha.

"Mana aku tahu. Pergi tanya nak?" soal Nina.

"Gila kau? Syafiq curang! Patutlah dia tak jawab telefon aku. Apa salah aku Nina? Baru seminggu
hubungan kitorang, dia dah buat perangai? Apa dia ingat aku ni jenis pakai buang ke Nina?" rintih Shasha. Air matanya mengalir perlahan.

"Cha! Kenapalah kau bodoh sangat macamni? Sebab seorang lelaki kau menangis? Cha, dia akan
gembira kalau tengok kau menangis. Kau nak dia gelakkan kau?" soal Nina.

Shasha menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Then go!" arah Nina.

Shasha menyeka air matanya.

"Apa maksud kau?" soal Shasha.

"Pergi malukan dia! Pergi serang dia! Pergi cakap dengan perempuan tu biar dia tak jadi mangsa seterusnya. Cepat Cha, cepat!" arah Nina lagi.

Shasha mengangguk. Diraup wajahnya. Nafas ditarik dan dihempus perlahan untuk mencari kekuatan. Kemudian Shasha bangun dan melangkah ke meja yang diduduki Syafiq dan mangsa Syafiq seterusnya. Ahh, entah aku dah ke berapa kan? Agaknya ke seratus kot?

"Hai Fiq," sapa Shasha selamba setelah sampai di meja Syafiq.

Syafiq mendongak. Serta-merta air mukanya berubah apabila melihat Shasha.

"Siapa ni Fiq?" soal Shasha seraya menujuk ke arah perempuan di hadapan Syafiq.

"Ini.. ini... Liya," ujar Syafiq tergagap-gagap.

Shasha tersenyum ke arah Liya. Dihulurkan tangannya untuk bersalam. Liya mencapai tangan Shasha.

"Shasha," Shasha memperkenalkan diri.

"Liya," Liya pula memperkenalkan diri.

Shasha kemudian menarik tangannya kembali. Dipandangnya wajah Syafiq. Satu senyuman sinis dilemparkan.

"Kenapa Fiq tak jawab telefon Cha?" soal Shasha lembut.

"Meeting,"jawab Syafiq.

"Ohh lupa! Fiq kan romeo nombor satu dalam dunia kan? Eh, nombor satu ke sepuluh entah. Mesti lah ramai meeting kan?" Shasha memerli.

Syafiq tersentak.

"Apa maksudnya Fiq?" soal Liya.

"Liya.."

"Eh, Fiq tak bagitahu lagi ke? Takpe, biar Cha yang bagitahu kan ye Fiq. Untuk pengetahuan you Liya, Fiq ni sebenarnya boyfriend I. Nampaknya kita ni bermadu lah kan?" sinis sahaja suara Shasha.

"What??!!" Liya menjerit.

Shasha menekup telinganya. Berdengung rasanya. Liya mencurahkan air ke Syafiq.

"I hate you Fiq!" jerit Liya kuat seraya melangkah pergi meninggalkan Syafiq dan Shasha.

"Liya!" panggil Syafiq tetapi tidak dihiraukan Liya.

Shasha tersenyum melihat adengan itu. Sorry Liya. Ini semua untuk kebaikan kau!

"Kenapa ni Cha?" soal Syafiq.

"Fiq, thanks for everything. Agaknya aku ni dah nombor berapa? Nombor sepuluh? Seratus? Ahh, tak kisahlah kan? Janji kau dapat mainkan perasaan aku kan? Dan aku rasa kau dah berjaya. Tahniah aku ucapkan. Nanti bolehlah kau belanja kawan-kawan kau makan. Okay lah. Aku pergi dulu. Eh, lupa! Antara kita berdua memang tiada ikatan kan? Bye Fiq," ujar Shasha sinis.

Shasha tersenyum sinis. Kemudian dia melangkah ke arah Nina pula yang sedang menunggunya. Shasha tersengih. Jeritan Syafiq yang memanggil dirinya tidak dihiraukan.

"Nina! Aku berjaya!" jerit Shasha gembira.

*************

Langkah Shasha terhenti di hadapan Syafiq. Apa pula yang dibuat Syafiq ke butiknya? Nak tak nak, terpaksa juga Shasha bertemu dengan Syafiq.

"Cha, Fiq minta maaf. Please forgive me Cha," rayu Syafiq.

"Fiq, boleh tak bersikap profesional? Ni tempat kerja I okay?" ujar Shasha.

Tanpa disangka Shasha, Fiq melutut di hadapannya. Shasha memandang sekeliling. Semua pelanggan sedang memandang dirinya. Tebal mukanya.

"What are you doing?" soal Shasha.

"Kalau Cha nak Fiq melutut depan Cha, Fiq dah buat. Maafkan Fiq, Cha! Fiq merayu," rayu Syafiq.

Shasha terpana. Ya Allah, kuatkan semangatku. Jangan biarkan aku cair dengan lelaki kasanova ni.

"Cha,"panggil Syafiq.

"Apa kau ingat cinta aku ni pakai buang ke? Seminggu kau nak seminggu kau tak nak? Cinta aku bukan untuk sementara. Cinta aku abadi selamanya, kau faham tak? Jangan pernah kau mempermainkan cinta aku!" ujar Shasha kasar.

"Tapi Fiq cintakan Cha,"ujar Syafiq perlahan.

"Dah lah! Aku dah boleh fikir. Aku takkan terperangkap dengan cinta kasanova kau lagi. Jangan ganggu aku lagi!"ujar Shasha seraya melangkah jauh dari Syafiq.

************

Sudah sebulan dia dan Syafiq tidak bertemu. Dan Alhamdulillah, Shasha sudahpun melupakan Syafiq. Tiada guna mengingati Syafiq lagi. Biarlah hari esok, lusa dan seterusnya berjalan dengan lancar. Dan tentang jodohnya, dia yakin Allah sudah tentukan. Shasha hanya berserah kepada takdirnya.

Tiba-tiba Shasha terjatuh. Badannya terlanggar dengan seseorang akibat asyik mengelamun.

"Sorry," seorang lelaki yang dilanggar Shasha menghulurkan tangannya untuk menolong Shasha.

Shasha mendongak. Entah kenapa, hatinya berdetak kencang melihat wajah lelaki itu. Dan tangan lelaki itu segera disambutnya.

"Shasha kan?" soal lelaki itu setelah Shasha berdiri.

Serentak Shasha memandang wajah lelaki itu. Bagaimana dia kenal aku ni? Aku kenal dia ke? Shasha mengamati wajah lelaki itu.

"Cha dah lupakan abang ke?" soal lelaki itu.

Dan akhirnya Shasha kenal. Itulah Hazim! Lelaki yang pernah bertakhta di hatinya tetapi dek kerana jauh terpisah, hubungan mereka mula regang. Dan setelah lama lelaki itu tidak berhubung dengannya, Shasha menganggap hubungan mereka sudahpun berakhir.

"Abang Hazim!" jerit Shasha.

"Kenal pun. Dahlah, jom makan," ajak Hazim. Shasha mengangguk dan menurut langkah Hazim apabila Hazim menarik tangannya. Masih terasa hangat genggaman tangan Hazim.

************

"Maafkan abang ye Cha. Bukan abang tak nak hubungi Cha tapi Cha sendiri tahu kan?" soal Hazim.

"Tahu. Abang anggap Cha ni pakai buang kan?" ujar Shasha.

"Cha, kenapa cakap macamtu? Kan abang dekat Jepun empat tahun. Cha tahu tak, handphone abang kena curi dekat sana. Dalam seminggu lepastu, baru abang dapat beli handphone baru. Bila abang nak telefon Cha, nombor Cha asyik mati je. Cha tukar nombor ye?" soal Hazim.

Shasha menepuk dahinya.

"Ha'ah lah bang. Cha pun lupa Cha tukar nombor. Maafkan Cha," Shasha sedar kesilapannya.

"Tahu pun," usik Hazim.

Shasha merenung wajah Hazim. Masih seperti dulu. Tiada yang berubah Tetapi apakah perasaan lelaki ini masih sama seperti dulu?

"Kenapa Cha pandang abang macamtu?" soal Hazim.

Pelik kerana Shasha merenungnya seperti mahu menerkam dirinya. Perlahan air mata Shasha mengalir membasahi pipinya. Hazim kaget.

"Laa, kenapa menangis?" soal Hazim.

"Rindu,"ujar Shasha sepatah.

"Abang pun rindu Cha. Setiap hari abang nak balik Malaysia sebab abang nak jumpa Cha tapi abang tak dapat. Cinta abang pada Cha tak pernah berubah malah semakin bertambah. Abang cintakan Cha," ujar Hazim. Jari jemari Shasha digenggamnya erat.

Shasha membalas genggaman Hazim. Dapat dirasakan aliran cinta mengalir di segenap ruang tubuhnya.
"Cha pun cintakan abang," ujar Shasha.

Hazim tersenyum dan Shasha membalas senyuman Hazim. Mungkin inilah jodoh yang ditentukan Allah untuknya. Kehadiran Syafiq hanyalah seperti pakai buang. Dan Hazim pula selamanya. Jodohnya yang abadi. Shasha sendiri dapat melihat sinar mata Hazim yang penuh dengan cinta tetapi dahulu di mata Syafiq, dia langsung tidak dapat melihat apa-apa.

Terima kasih Ya Allah! KAU makbulkan jua doaku. Hazim, Cha janji Cha akan mencintai Hazim seumur hidup Cha.

No comments:

Post a Comment