Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Friday, June 10, 2011

Mencari Cinta 42

EMPAT TAHUN KEMUDIAN.

Laura duduk di ruang tamu rumah Syukor dan Adiela itu. Oh ye, Syukor sudahpun berpindah ke rumah lain. Syukor juga sudah mengambil alih syarikat kepunyaan ayahnya. Laura pula sudah mengambil alih salon ibunya.

“Mana si kembar tu?” soal Laura.

“Tengah tidur. Tadi diorang main ligat sangat. Penat lah tu.” jawab Adiela.

Adiela dan Syukor juga sudah dikurniakan sepasang anak kembar. Seorang lelaki dan seorang perempuan.

“Esok Ayyad balik.”

Adiela angkat kening, “patutlah muka berseri-seri.”

Laura tersengih.

“Tak sabar ni kak nak jumpa Ayyad. Rindu betul dekat dia. Dia tu mana pernah balik Malaysia sepanjang dia belajar dekat sana. Kedekut betul nak bayar tambang.”

Adiela gelak.

“Eh, mana abang?” soal Laura.

“Abang Laura pun tidur. Akak suruh dia tidurkan si kembar tu, alih-alih dia pun tidur sekali. Laura makan dekat sini ye malam ni?”ajak Adiela.

Laura geleng, “ Laura dah janji dengan mummy daddy nak balik makan.”

Adiela angguk memahami kata-kata Laura itu.

Okay lah kak. Laura balik dulu.” Laura meminta izin untuk balik.

“Cepatnya,” ujar Adiela.

“Laura datang tadi nak jenguk si kembar tu tapi diorang tidur pulak. Lain kali lah pula Laura datang.” ujar Laura.

Adiela angguk. Laura bangun dan melangkah keluar dari rumah itu.

* * *

Adiela melayan kerenah dua anaknya itu. Sungguh comel mereka berdua. Dan sedang dia melayan mereka, tiba-tiba tekaknya terasa mual. Dia cepat-cepat bangun dan melangkah ke dapur.

Syukor yang sedang menonton televisyen agak terkejut. Dia mengekori Adiela. Menepuk perlahan belakang Adiela.

“Kenapa ni sayang?” soal Syukor risau.

Adiela kumur-kumur dan kemudian melangkah ke depan. Dia duduk di sofa. Syukor turut duduk di sebelah Adiela.

“Kenapa ni? Sayang sakit ke?” soal Syukor.

“Entahlah bang. Die pening-pening sejak kebelakangan ni. Entah kenapa, Die sendiri tak tahu,” jawab Adiela.

“Jom pergi klinik,” ajak Syukor.

“Nanti siapa nak jaga Alisya dengan Afif ni?” soal Adiela.

“Bawaklah sekali. Cepatlah. Nanti lagi teruk baru tahu.” gesa Syukor.

Adiela angguk. Dia bangun dan melangkah naik ke atas untuk menukar pakaian yang lebih sopan.

* * *

Syukor tersenyum penuh makna kepada Adiela. Tangan Adiela dipegangnya kuat.

“Terima kasih sayang.”

Adiela pandang Syukor. Keningnya diangkat tinggi.

“Terima kasih sebab sudi beri Alisya dengan Afif adik lagi,” ujar Syukor.

Adiela gelak. “Apalah abang ni.”

Syukor peluk bahu Adiela juga.

“Papa!” panggil Afif.

Syukor pandang Afif. “Kenapa?”

Afif tunjukkan jarinya ke arah Alisya yang sedang menangis. Syukor segera mendapatkan Alisya.

“Kenapa ni Alisya? Gaduh lagi ye?” soal Syukor.

Afif mula bercakap menggunakan bahasanya sendiri. Alisya pula sudah berhenti menangis setelah dipujuk Syukor.

Adiela hanya menggeleng memerhatikan mereka bertiga. Sungguh comel. Dia sayangkan Syukor, Alisya, Afif dan anak yang dikandungnya sekarang ini sangat-sangat. Dia berdoa agar kebahagiaan mereka dikekalkan sampai bila-bila.

1 comment: