Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Tuesday, October 21, 2014

Kerana Cinta 35


            Surat khabar yang berada di tangan dipandang lemah. Perasaan bersalah menyelubungi hatinya. Kalau semua ini tidak terjadi, pasti keadaan seperti ini tidak akan berlaku. Keluhan berat dilepaskan.

            “Kenapa mengeluh ni?”

            Fiya pandang Irfan yang mendapatkan tempat di sebelahnya. Irfan pandang kea rah surat khabar yang dipegang Fiya. Irfan terus rampas surat khabar itu dari tangan Fiya apabila melihat tajuk akhbar itu.

            “Abang,” Fiya sedikit tersentak.

            “Apa semua ni? Dah tak ada cerita lain ke diorang nak cover selain cerita ni? Kalau nak gossip ke apa, berlambak lagi artis yang perlukan gossip. Abang bukan artis untuk diorang tulis cerita macamni. Siap cover story lagi,” Irfan berang.

            Fiya diam.

            “Fiya jangan rasa bersalah sebab hal ni. Bukan salah Fiya semua ni terjadi,” ujar Irfan.

            Fiya lemparkan senyuman tawar, “Fiya buatkan air abang ya.”

            Fiya bangun dan melangkah ke arah dapur. Apabila Fiya hilang dari pandangan matanya, mata Irfan kembali fokus kepada akhbar itu. Ada yang menarik perhatiannya. Mengenai Lili. Dalam akhbar itu ada menulis mengenai Lili yang terlalu kecewa sehingga membawa diri ke luar negara. Dan ada juga ditulis tentang Lili mahu meninggalkan dunia lakonannya kerana kekasih hatinya sudah berkahwin dengan wanita lain.

            Perasaan bersalah menyelubungi diri Irfan. Irfan rasa berdosa sangat terhadap Lili. Dia tahu dia bertindak tidak adil terhadap Lili. Dia tahu hati Lili berkecai. Jika benar Lili mahu meninggalkan dunia lakonannya kerana dia, Irfan tak mungkin dapat memaafkan dirinya sendiri.

            Irfan cepat-cepat letakkan surat khabar itu di atas meja apabila dia nampak Fiya berjalan ke arahnya bersama secawan air. Fiya hulurkan cawan itu kepada Irfan. Irfan sambut cawan itu.

            “Terima kasih,” ucap Irfan.

            Fiya senyum. Dia duduk di sebelah Irfan. Irfan teguk minumannya dan kemudian letakkan cawan itu di atas meja.

            “Fiya teringin nak pergi mana?” soal Irfan.

            Fiya kerut dahi, “pergi mana?”

            “Ada tak mana-mana tempat yang Fiya teringin sangat nak pergi tapi tak berpeluang lagi nak pergi?” soal Irfan lagi.

            Fiya berfikir sejenak. Tempat yang dia teringin pergi?

            “Fiya teringin sangat nak pergi Cameron Highlands. Fiya tak pernah jejak lagi dekat situ. Ramai kata tempat tu menarik dan sesuai untuk pasangan bercinta,” jawab Fiya.

            Irfan senyum, “okay jom pergi.”

            “Ha?” Fiya terkejut.

            “Jom kita pergi Cameron,” ajak Irfan.

            “Bila? Sekarang ke?” soal Fiya yang kelihatan clueless.

            Irfan cubit pipi Fiya, “iya isteriku. Dah, pergi siap. Kita pergi sana 3 hari.”

            Fiya angguk. Dia bangun dari situ dan melangkah ke arah biliknya untuk mengemas pakaian. Irfan yang berada di bawah hanya menggelengkan kepalanya melihat Fiya. Fiya ini sebenarnya comel orangnya cuma masa silamnya yang mengubah Fiya menjadi seorang yang pendiam dan pasif.Irfan janji pada dirinya sendiri dia akan mengubah Fiya menjadi asal kembali.

* * *

            “Comotlah awak makan,” ujar Wardina.

            Zizan kesat bibir kanannya. “Dah?”

            Wardina geleng, “atas sikit.”

            Zizan sapu atas sikit, “Dah?”

            Wardina gelak. Dia ambil tisu dan lap kesan makanan di pipi Zizan itu. Zizan agak tersentak apabila Wardina buat begitu.

            “Sekarang baru dah,” ujar Wardina.

            Wardina sedut minumannya tanpa mempedulikan Zizan yang memandangnya. Jantung Zizan berdegup kencang. Dia pandang wajah Wardina. Wajah yang membuatkan jantungnya lebih berdegup kencang.

            “Wardina,” panggil Zizan.

            Wardina pandang Zizan bersama satu senyuman. Tiba-tiba Zizan rasa seperti yakin sangat dengan perasaannya. Zizan yakin perasaan yang hadir ini betul.

            “Saya…”

            Seorang gadis terlanggar kerusi Zizan. Zizan tak jadi teruskan percakapan dia. Zizan pandang gadis itu dan serentak itu jantung Zizan terasa mahu berhenti. Gadis itu mula melangkah mahu keluar daripada kedai itu. Zizan bangun dan mula mengejar gadis itu.

            “Natalia!” panggil Zizan.

            Natalia sudahpun di luar restoren itu.

            “Natalia!” panggil Zizan lagi.

            Zizan tarik tangan Natalia.

            “Natalia, sekejap!” ujar Zizan.

            Natalia berhenti melangkah. “Lepaskan tangan saya.”

            Zizan akur. “Natalia, awak buat apa dekat sini?”

            “Kenapa? Saya tak boleh datang sini ke? Perempuan kotor macam saya tak boleh jejak dekat sini lagi ke?” soal Natalia.

            “Bukan macamtu. Tapi…”

            “Zizan, saya minta maaf dengan awak. Saya minta maaf sebab saya bukan seperti apa yang awak sangka,” potong Natalia.

            Zizan pandang Natalia atas bawah. Natalia lebih cantik apabila memakai tudung. Lebih ayu.

            “Awak dah berubah,” ujar Zizan senada.

            “Kenapa? Tak boleh ke saya berubah?” soal Natalia.

            “Bukan macamtu maksud saya…”

            “Tak apa lah. Saya sedar siapa diri saya dahulu. Saya minta maaf sebab saya muncul dekat depan awak. Lepas ni, saya akan lebih berhati-hati supaya tidak muncul di hadapan awak,” ujar Natalia.

            Natalia melangkah pergi. Zizan hanya memandang langkah Natalia yang semakin menjauh.

            “Kawan awak ke tu?”

            Zizan pandang ke arah suara itu. Wardina sedang tersenyum tawar di sebelahnya. Baru dia sedar dia telah meninggalkan Wardina seorang diri di dalam restoren itu dan mengejar Natalia.

            “Saya minta maaf sebab tinggalkan awak macamtu je. Jom kita masuk balik,” ajak Zizan.

            “Eh, saya dah bayarkan makanan kita tadi. Tak apa, saya belanja kali ni. Asyik awak je yang belanja pun tak boleh juga kan?” ujar Wardina.

            Zizan pandang Wardina. Entah kenapa perasaan dia terhadap Wardina tiba-tiba menjadi goyah. Dia tidak lagi yakin dengan perasaan dia. Wardina mula melangkah. Apabila dirasakan Zizan tidak mengekorinya, Wardina pusing pandang Zizan.

            “Jom balik,” ajak Wardina.

            “Eh, bukan kita nak tengok wayang ke?” soal Zizan sambil mendekati Wardina.

            Wardina gelengkan kepalanya, “saya rasa tak sihat lah harini.”

            Wardina terus melangkah meninggalkan Zizan. Zizan ikut langkah Wardina. Zizan betul-betul dalam keadaan bingung sekarang sebab dia tidak lagi tahu perasaan apa yang dia rasa sekarang ini.

* * *

            “Kad ni cantiklah,” ujar Hani.

            AG gelengkan kepalanya. “Tak cantik langsung.”

            “Kau ni tak ada seni langsung,” marah Hani.

            “Apa pula aku? Kau lah yang tak ada seni. Mana ada orang buat kad kahwin warna gelap macamni,” ujar AG.

            “Apa pulak takde? Nampak sangat kau tak pernah dapat kad jemputan,” Hani tak nak kalah.

            “Encik, cik. Janganlah bergaduh macamni,” celah jurujual itu.

            Hani pandang jurujual wanita itu, “dik, yang ni cantik ke tak?”

            “Tak cantikkan?” soal AG pula.

            Jurujual itu garu kepalanya yang tidak gatal. “Cik dan encik tak minat ke kad jenis unik-unik?”

            Hani dan AG angkat kening, “unik?”

            “Kan sekarang trend orang buat kad kahwin jenis macam tiket kapal terbang ke tiket konsert ke,” ujar jurujual itu.

            Hani dan AG diam.

            “Dekat mana tempat cik dan encik mula-mula jumpa dulu?” soal jurujual itu.

            “Sekolah,” jawab Hani dan AG serentak.

            “Wah! Cinta dari zaman sekolah lah ni,” usik jurujual itu.

            “Kiranya macamtu lah,” balas Hani.

            “Apa kata kita buat kad jenis macam kertas exam?” soal jurujual itu.

            “Jenis kertas exam?” soal AG kembali.

            Jurujual itu angguk. Dia ambil kertas dan mula melakar idea yang berada di dalam fikirannya. AG dan Hani pandang sesama sendiri.
           
            “Saya suka dengan idea ni,” ujar Hani.

            “Okay lah. Jadi lah design ala-ala kertas periksa ni. Awak buat cantik-cantik. Nanti dah siap, awak boleh telefon saya,” ujar AG.

            Jurujual itu anggukkan kepalanya.  Mereka berdua melangkah keluar dari kedai itu.

            “Jom makan, Hani. Lapar la,” ajak AG.

            “Kau ni memanjang lapar. Baru je makan tadi,” rungut Hani.

            “Sebab tu aku buka kafe,” balas AG.

            “Kau pergilah makan. Aku nak cari barang lagi dekat kedai sana,” ujar Hani.

            “Ala, jomlah makan Hani. Please! Please! Please!” rayu AG.

            Hani buat tak tahu. Dia melangkah ke arah kedai yang dia mahu tuju. AG buat muka merajuk sambil ikut langkah Hani.

            “Kata nak makan?” Hani angkat kening.

            “Kau jahat,” balas AG.

            Hani gelak. Dia memang nak uruskan hal ni secepat mungkin memandangkan tarikh perkahwinan mereka sudah hampir. Ini semua sebab AG suka-suka hati sahaja letak tarikh perkahwinan mereka lagi dua minggu. Ini baru hal kad kahwin yang dah selesai. Yang lain masih belum lagi.

* * *

            “Cantiknya pemandangan dekat sini,” ujar Fiya.

            Fiya gosok tangannya. Walaupun dia sudah pakai sweater tetapi dia masih juga terasa sejuk.

            “Fiya selalu berangan nak datang sini dengan suami Fiya bila Fiya kahwin. Tak sangka pula angan Fiya tu jadi kenyataan. Abang, terima kasih sebab jadikan impian Fiya kenyataan,” ujar Fiya.

            Irfan mendekati Fiya. Badan Fiya dirangkul dari belakang dan tangan Fiya dipegang. Fiya sedikit tersentak. Memanglah mereka suami isteri tetapi tetap sahaja dia rasa pelik apabila Irfan melakukan perkara sebegitu sebab dia dan Irfan tidak pernah bercinta sebelum ini.

            “Dah kurang kan sejuknya?” soal Irfan.

            Fiya angguk. Jantungnya berdebar kencang sekarang.

            “Maaflah sebab kita bulan madu dekat dalam Malaysia je. Nanti bila ada rezeki, abang bawa Fiya pergi luar negara,” ujar Irfan.

            “Tak apa. Fiya tak kisah,” ujar Fiya.

            “Dah lah, jom kita pergi makan. Perut abang dah berbunyi pada tadi,” ajak Irfan.


            Fiya angguk. Irfan lepaskan pelukan dan pegang tangan Fiya. Bersama mereka berjalan kea rah kereta. Fiya rasa bahagia sangat dengan hidup dia sekarang. Dia tidak mahu saat itu berhenti.

No comments:

Post a Comment