Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Monday, July 27, 2015

Aku VS Empat Lelaki (7)

Aldee lambaikan tangan dekat depan muka aku. Aku pandang Aldee, kening aku angkat setinggi yang boleh.

"Ada rupanya kau kat sini. Ingatkan dah terbang sampai London," perli Aldee.

Aku senyum segaris, "ada apa?"

Aldee kerut dahi, "kau kenapa ni Ima? Ada problem ke?"

Aku gelengkan kepala aku. "Mana ada."

"Serious?" Soal Aldee.

Aku anggukkan kepala, "triple serious."

Aldee pandang aku lima saat. Aku lemparkan senyuman tawar dekat Aldee. Sebenarnya dalam kepala aku ni tengah serabut fikirkan pasal Adib. 

"Jom makan," ajak Aldee.

"Tak apa lah. Aku kenyang lagi," tolak aku.

Aldee kerut dahi, "ini tak boleh jadi ni."

Belum sempat aku buka mulut tanya apa yang tak boleh jadi, Aldee capai beg tangan aku.

"Jom aku bawa kau makan kat satu tempat ni. Makanan dia boleh buat kau lupa masalah kau," ujar Aldee.

"Aku mana ada masalah," bidas aku.

Aldee gelak sambil bawa beg tangan aku, "yeah, you are right."

Nak tak nak, aku terpaksa ikut Aldee. Ish Aldee ni, aku betul-betul tak ada selera ni. Bawa lah aku kat mana pun, aku tetap tak ada selera.

* * *

"Sedapnya makanan kat sini," puji aku.

"Mana orang yang dah kenyang tu?" Aldee gelak.

Aku mencebik. Hek eleh, main perli-perli pula! Tapi betullah, makanan dekat sini sedap sangat. Lupa sekejap aku pasal Adib.

"Ni tempat kau beli bubur magik tu ke?" Soal aku.

Aldee anggukkan kepalanya, "makanan dekat sini memang sedap. Hampir setiap hari aku makan dekat sini. Aku dengan owner kedai ni pun dah kamcing."

"Ish kau ni, tu lah. Aku suruh kahwin cepat-cepat, kau tak nak. Tak ada lah susah-susah nak makan luar setiap hari," bebel aku.

"Sabarlah, aku tengah kumpul duit ni," balas Aldee.

Aku angkat kening, "seriously? Siapa gadis malang tu?"

"Ada lah," jawab Aldee, berahsia.

"Dengan aku pun kau nak berahsia,"aku mencebik.

Aldee sengih, "dengan kau lah aku kena berahsia."

"Aku kenal dia ke?" Aku masih cuba cungkil rahsia.

Aldee angguk. 

"Budak sekolah dulu kan" teka aku.

"Biarlah rahsia," nyanyi Aldee.

"Confirm dia!" Ujar aku yakin.

Aldee buat tak tahu. Tiba-tiba Aldee bangun dan angkat tangan.

"Wow, harini datang bawa awek."

Aku terkejut dengar suara tu. Betul ke apa yang aku dengar ni, ke aku berimaginasi?

"Bukan aweklah. Kawan aku je," ujar Aldee.

"Eleh, nak berahsia pula. Tak nak kenalkan aku ke dengan orang yang bakal curi kau dari kedai aku,"seloroh pemilik kedai itu.

"Eh, lupa pula. Kenalkan, ni Ima," Ujar Aldee.

Aku pusing perlahan-lahan pandang pemilik kedai itu yang berdiri di belakang aku.

"Ima, ni lah pemilik kedai ni," ujar Aldee.

Aku lemparkan senyuman segaris dekat Adib yang turut tersenyum dekat aku. 

"Aku dah kenal dah," ujar Adib.

"Mana kau kenal?" Aldee kerut dahi.

"Kawan lama aku," jawab Adib.

Aldee angguk. Dia pandang aku yang hanya membisu. 

"Asyik berjumpa je kita kan? Pakwe awak sihat?" Adib angkat kening.

Aldee kerut dahi, "pakwe? Ima mana..."

"Dia sihat je. Eh Aldee, aku rasa better kita gerak dulu balik pejabat. Dah pukul berapa dah ni," aku potong cakap Aldee.

Aldee pandang aku tiga saat. Kemudian, dia angguk. Aldee pandang balik ke arah Adib.

"Aku balik dulu lah. Petang karang macam biasalah aku datang makan dekat sini," ujar Aldee.

Adib tunjuk ibu jari dekat Aldee, "beres. Eh, yang ni aku belanja lah."

Aldee buat muka teruja,"betul ni?"

Adib anggukkan kepalanya, "sebab kau bawa kawan lama aku datang sini. Ima, nanti selalulah datang sini. Kita boleh borak panjang. Saya pun ada hutang dengan awak kan?"

Aku anggukkan kepala,"okay."

Aku dan Aldee melangkah keluar dari restoren itu. Jantung aku masih berdegup kencang. Aku sendiri tak pasti mengapa jantung aku berdegup kencang. 

Patutlah bubur yang Aldee beli tu rasa dia familiar sangat. Patutlah dia sembuh lepas makan bubur. Patutlah. Sebab Adib yang masak. 

* * *

"Sayang, kan saya dah cakap jangan buat kerja sampai lewat malam, kan dah demam. Badan awak tu bukan kuat sangat," bebel Adib.

Aku bersin, "dah kerja tu kena hantar esok pagi. Takkan saya tak nak hantar?"

"Ye, tahu. Tapi ni sampai demam, siapa yang susah? Saya jugak kan?" Adib angkat kening.

Mata aku dah berkaca, "saya tak suruh pun awak jaga saya. Saya boleh jaga diri sendiri. Tak payah nak susahkan diri awak."

"Bukan tu maksud saya. Awak buat saya risau. Macammana saya nak halang diri saya dari risaukan awak?" Soal Adib.

Aku diam. Sebenarnya, aku terasa sangat dengan kata-kata Adib. Seolah-olah aku ni satu beban untuk dia. Sedih tahu tak!

"Ima, saya sayangkan awak. Saya tak suka tengok awak sakit. Jadi, tolong jangan sakit lagi," ujar Adib.

Aku pandang Adib tiga saat. Aku nampak sinar mata dia ikhlas sangat dengan aku.

"Tapi awak kan pandai masak bubur magik," ujar aku akhirnya.

"Bubur magik?" Adib angkat kening.

Aku angguk, "saya selalu sembuh lepas makan bubur awak. Sebab tu saya tak pernah risau kalau saya sakit. Sebab saya tahu, awak mesti masakkan saya bubur magik."

Adib senyum. Aku turut tersenyum. Aku ni kalau dengan Adib memang tak pernah merajuk lama-lama. Adib sentiasa akan pujuk aku dan aku sentiasa akan cair. Jadi, hubungan kitorang tak pernah bermasalah pun. Paling lama aku gaduh dengan Adib ialah 1 jam. 

Tu pun Adib marah aku sebab aku keluar dengan kawan-kawan aku sampai larut malam. Bukan aku sengaja balik lambat tapi masa tu, KTM lambat gila kut. Delayed sampai sejam. Tu yang aku lambat sampai kolej tu. Adib bukan nak faham aku tapi marah aku. Katanya bahaya lah apa lah. Dah lah aku penat masa tu, lepastu Adib pula nak marah-marah aku, mana aku tak angin? Terus aku matikan telefon. 

Sejam kemudian aku buka balik telefon aku, berpuluh mesej dari Adib. Aku maafkan je dia sebab usaha dia nak pujuk aku tu sangatlah tinggi. 

Memang tak dinafikan Adib ni suka control sikit orangnya. Memanglah rimas tapi dalam masa yang sama, aku rasa dilindungi. Rasa macam dia protect aku. Sebab tu, aku sayangkan dia sangat-sangat. 

* * *

"Siapa tadi tu?"

Aku tersedar dari lamunan aku. Bayang-bayang Adib hilang. Aku pusing pandang Aldee yang sedang memandu itu.

"Apa yang si Adib tu hutang kau?" Soal Aldee lagi.

Aku senyum segaris, "tak ada apa-apa lah."

Aldee kerut dahi, "ye lah tu. Kalau tak ada apa-apa, takkanlah muka kau tertekan habis."

Aku diam. Muka aku ni nampak macam orang tertekan sangat ke? Aduh, kenapalah aku tak pandai sorokkan perasaan aku?

"Come on, Ima. Kita kan kawan. Takkan dengan aku pun, kau nak berahsia?" Soal Aldee.

Aku mengeluh.

"Spill it out," suruh Aldee.

"Zaman aku buat asasi dulu, aku bercinta dengan Adib," aku memulakan cerita.

Aldee diam.

"Kalau kau nak tahu, bubur magik tu adalah gelaran aku dekat bubur dia sebab bila aku sakit, dia akan masakkan aku bubur. And like magic, aku akan sembuh keesokannya. So aku gelarkan bubur tu bubur magik. Waktu kau kasi aku bubur tu, somehow the taste is familiar tapi aku tak tahu dari mana aku pernah rasa tu. But now I know," aku berhenti sekejap untuk melihat reaksi Aldee.

Aldee hanya diam sahaja sambil wajahnya menunjukkan riak yang aku tak mengerti. Mungkin itu tanda dia suruh aku teruskan cerita aku.

"We are so in love back than. Mula-mula aku fikir aku takkan terluka memandangkan dia sukakan aku lebih dari aku sukakan dia. Tapi aku silap. Lepas kitorang habis belajar asasi, time tu sebulan sebelum aku masuk degree, tiba-tiba Adib tak mesej aku, tak telefon aku. Aku rasa pelik dan risau jadi like every people will do, aku telefon dia. Tapi talian asyik masuk voicemail. Masuk minggu kedua, aku dah putus asa. Aku berhenti dari cuba telefon dia. Aku berhenti dari hantar mesej tanya kenapa dia menghilang. Aku berhenti mencari di mana dia hilang," cerita aku.

"Lepastu?" Soal Aldee.

"Satu hari tu, aku jumpa kawan lama kitorang. Dan aku dapat tahu, dia tengah sambung belajar dekat luar negara. And yes, ianya berkaitan dengan masak memasak ni. Aku tak kisah dia nak belajar luar negara tapi kenapa tak bagitahu aku awal-awal? What we feel back than is not real ke sampai dia tinggalkan aku macamtu je?" Air mata aku mula menitis.

"Sampai sekarang kau tak tahu punca dia tinggalkan kau?" Soal Aldee.

Aku gelengkan kepala.

"Dan sampai sekarang kau masih tak move on?" Soal Aldee lagi.

Aku terdiam.

"Ima, kalau kau dah move on mesti kau takkan nangis lagi sebab dia. Kenapa Ima? Kenapa kau masih tak move on?" Soal Aldee.

Aku kesat air mata aku, "aku ingat aku dah move on sampailah bila aku terserempak dengan dia balik."

"Kau tak nak tanya dia kenapa dia tinggalkan kau?" Soal Aldee.

Aku geleng kepala, "aku tak bersedia dengar jawapan dia lagi."

"Ha?" Aldee tak faham.

"Aku tak nak terluka bila aku tahu sebab dia tinggalkan aku tanpa sebarang kata," ujar aku.

Aldee masuk ke dalam kotak parkir. Kereta diberhentikan. Aldee pandang aku.

"Kau tak rasa perasaan tertanya-tanya lebih menyakitkan dari kau tahu sebab sebenar?" Soal Aldee.

Aku diam. Memang betul apa yang Aldee cakap tu. Perasaan ingin tahu yang ada pada aku memang sangat tinggi. Aku memang nak tahu sangat sebab dia tak beri kata putus pada aku dulu. Tapi aku takut. Macammana kalau jawapan dia tu lebih menyakitkan? Boleh ke aku hadapi kebenaran tu? 

* * *

Amar campak fail yang aku hantar dekat dia tadi atas meja depan aku. Aku sedikit tersentak. Ingatkan lepas dah gelak-gelak dengan boss haritu, boss takkan marah-marah aku sampai macamni. Rupa-rupanya boss tetap boss. Tak berubah.

"Macammana kau kerja ni? Kau tahu tak? Disebabkan kesilapan bodoh kau ni, kita hampir-hampir rugi besar! Siapa yang nak tanggung kalau kita rugi? Kau?" Marah Amar.

Aku telan liur, "saya minta maaf, boss."

"Minta maaf, minta maaf. Itu je kau tahu! Kau berangan pasal apa ha sampai boleh buat silap macamni? Aku bayar gaji kau untuk kau untungkan syarikat ni tapi kau nak bankrap kan syarikat ni," marah Amar lagi.

Tiba-tiba pintu bilik Amar dibuka dari luar. 

"Sorry to interrupt tapi saya ada hal penting nak cakap dengan boss ni," ujar Aldee.

Aku pandang Aldee. Mesti jeritan boss ni dengar sampai dekat luar. Dan mesti Aldee rasa kesian dekat aku sampai dia terpaksa alih perhatian boss. Aku ni nampak menyedihkan sangat ke?

"Dah, keluar. Betulkan balik apa yang silap. Aldee, masuk," arah Amar.

"Baik, boss," aku ambil fail itu.

Aku tundukkan sedikit badan kemudian mula melangkah keluar dari bilik Amar. Masa aku berselisih dengan Aldee, aku nampak Aldee kenyitkan mata dekat aku. Aku balas dengan senyuman tawar.

Aku tutup pintu bilik boss. Aku duduk di tempat aku. Fail diletakkan di atas meja. Aku mengeluh. Ima, takkan sebab seorang lelaki, kau jadi macamni? Come on, takkan kau nak biar perkara lama berulang kembali?

Dulu, masa aku frust dengan Aldee, aku hampir gagal dalam pengajian aku. Nasib baik aku cepat sedar dan tebus balik kesalahan aku. Kalau tidak, aku sendiri tak tahu apa yang akan jadi dengan diri aku. Ni, takkan nak kena pecat baru nak menyesal? Please Ima, get yourself together!

1 comment: