Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Wednesday, November 2, 2016

Enam (1)

 Ed

Aku melangkah laju ke arah pejabat aku. Aku dah lambat ni. Lagi 10 minit nak mesyuarat. Ini semua salah kereta aku lah. Boleh pula dia berhenti tengah jalan tadi. Terpaksa aku hantar ke bengkel kejap tadi.

Aku bergegas masuk ke dalam pejabat aku. Aku rasa aku jalan laju sangat sampai aku tak nampak orang yang jalan di sebelah aku. Aku terlanggar bahu orang tu sehinggakan orang tu terjatuh. 

"Saya minta maaf," ujar aku sambil kutip kertas-kertas yang berterabur.

"Tak apa," ujar orang tu.

Tanpa memandang wajah orang tu, aku hulurkan kertas-kertas tu dekat dia. Aku dengar dia ucap terima kasih waktu aku dah mula buka langkah untuk bergegas ke bilik mesyuarat. Aku tahu tindakan aku tu kurang ajar tapi aku terdesak. Aku tak boleh lambat pergi mesyuarat ni.

* * *

Mia

"Aku rasa harini hari malang aku lah, Dhia," ujar aku.

Dhia angkat kening, "kenapa pula?"

"Kau tahu kan, pagi tadi kereta aku rosak. Terpaksa aku naik teksi. Lepastu masa aku hantar barang dekat klien, ada orang langgar aku. Dahlah dia langgar aku, lepastu bila aku kata terima kasih dia blah macamtu je. Macam tak ada adab. Jawab lah sama-sama ke apa ke. Masa aku keluar lunch, kau tahu aku jumpa siapa? Aku jumpa mamat poyo yang duduk sebelah rumah kita ni dulu. Aduh, rupa-rupanya tu kedai makan dia. Tadi aku nak balik tunggu teksi, punyalah lama macam apa je. Ei, sakitnya hati aku. The worst day in my life! Oi Dhia, kau dengar tak apa aku cakap ni? Dengar tak?" Soal aku apabila aku tengok Dhia ni macam tak fokus je.

"Kau cakap panjang sangat sampai aku mengantuk," ujar Dhia sambil gelak.

Aduh. Macammana aku boleh lupa si Dhia ni dua tiga menjak kuat benar berangannya. Penat je aku cakap panjang-panjang.

"Tapi aku dengar lah sampai part kau kena langgar tu. Kenapa pula kau kena cakap terima kasih kalau dia langgar kau? Otak kau ni dah mereng ke?" Soal Dhia.

"Bukanlah. Aku cakap terima kasih sebab dia tolong aku kutip kertas aku," jawab aku.

"Dia dah tolong kau, kenapa kau nak marah-marah?" Soal Dhia lagi.

"Sebab cara dia tu macam rude sangat. Aku cakap terima kasih bukan dia nak pandang aku ke apa. Terus pergi macamtu je," jawab aku.

"Mungkin dia ada hal kot. Manalah tahu dia tengah sakit perut nak pergi tandas ke. Kau tahu apa?" Ujar Dhia.

Dhia ni jenis selamba tau. Dia main cakap je apa yang ada dekat fikiran dia. Kengkadang tu aku terasa juga lah dengan dia tapi bila dah lama-lama ni, dah lali dah.

"By the way, aku jumpa mamat poyo tu," ujar aku.

"Siapa pula mamat poyo? Kau ni suka benar benci orang," ujar Dhia.

"Ala, mamat poyo yang tinggal sebelah rumah kita dulu tu," aku ingatkan Dhia.

"Oh. Mamat yang tegur lauk kau masin tu?" Dhia gelak.

Aku angguk. Sangat kurang ajar okay mamat tu. Aku saje je lah nak buat baik dengan jiran aku. Waktu tu, aku masak lebih lepastu aku nampak dia baru balik. Aku bagi lah dia sedikit sup bebola yang aku buat. Esok tu, dia boleh kata dengan aku lauk aku masin. Pergh, sejak dari tu dia adalah musuh ketat aku.

"Kau jumpa dia dekat mana?" Soal Dhia.

"Dekat restoren dia. Rupa-rupanya dia ada restoren sendiri," jawab aku.

"No wonder lah dia sesuka hati je tegur lauk kau masin," Dhia gelak.

"Mana ada masin! Kau makan dua pinggan kot," ujar aku.

"Sebab masin la aku tambah nasi. Supaya dia tak masin sangat," Dhia gelak lagi.

Kurang ajar punya housemate! Dia boleh gelakkan aku dan kutuk aku lagi. Ish.

"Sedap tak dia masak? Dia kenal kau tak?" Soal Dhia.

Aku angguk dan kemudian aku geleng.

"Huh?" Dhia kerut dahi.

"Ya, dia masak sedap. Tak, dia tak kenal aku," aku terangkan dekat Dhia.

"Serious ah dia tak kenal kau?" Dhia angkat kening.

Aku angguk, "rasanya lah. Tak ada pun ciri-ciri yang menunjukkan dia kenal aku."

"Mesti kau frust kan?" Dhi angkat kening lagi.

Okay, selain dari dia ni kuat berangan dan main cakap je ikut sedap mulut dia, dia juga suka angkat kening. Sikit-sikit angkat kening.

"Tak ada maknanya. Dan hey, kau boleh stop tak angkat kening," marah aku.

"Marah tandanya betul," ejek Dhia.

Dhia jelirkan lidah dekat aku dan melangkah naik ke atas untuk masuk ke dalam biliknya. Cis! Kurang ajar. 

Buat apa pula aku nak frust dengan mamat poyo tu? Lantak dia lah nak kenal aku ke tak. Aku pun tak hadap lah kalau dia kenal aku. Bukannya aku syok dekat dia ke apa. Aku benci dia, okay! Dia musuh utama aku. Heh! 

Adib

Aku hirup minuman yang disediakan oleh pekerja aku ni. Penat betul harini. Yelah, kalau tak penat, bukanlah dinamakan restoren kan. 

"Kalau ikutkan sebenarnya kau dah boleh rehat dah dekat rumah, tapi kau degil. Nak juga datang kerja hari-hari. Orang lain boss datang belah malam je kutip duit," seorang wanita duduk di hadapan aku.

"Tu orang lain. Aku ni kan lain," ujar aku.

"Ah, banyaklah kau punya lain. Ni mak kau asyik telefon aku je tanya bila kau nak balik rumah dia. Kau ni tak jawab ke panggilan mak kau?" 

Dia ni sebenarnya sepupu aku. Nama dia Nadi. Dia ni juga memerangkap pekerja aku. Aku tak tahu kenapa dia nak kerja dengan aku tapi dia ni rajin juga lah. Jadi, aku tak kisah sangatlah walaupun kadang-kadang dia ni demand sikit.

"Ala, kau tahu kan mak aku tu macammana. Biarkan je lah dia," ujar aku.

"Kau ni masih marahkan mak kau ke?" Soal Nadi.

Aku kerut dahi, "marahkan apa pula?"

"Lepas kes haritu tu, kau masih tak berbaik dengan mak kau ke?" Soal Nadi lagi.

Aku malas nak jawab. Aku bangun dari tempat duduk aku. 

"Basuh cawan aku ni. Lepastu cepat sikit. Aku nak balik dah ni," aku ubah topik.

"Ubah topik lah tu," perli Nadi.

Aku buat-buat tak tahu dan melangkah masuk ke dalam bilik kecil yang merupakan bilik rehat pekerja dan bilik simpanan barang mereka. Malas aku nak layan Nadi ni. Nanti kalau lagi dibiarkan, lagi dia cuba nak korek rahsia aku. 

Dan aku malas nak buka kisah lama aku kembali.

* * *

Raid

Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Kalau orang lain, mungkin mereka semua dah tidur nyenyak tapi bukan aku. Bagi aku, pukul 2 pagi adalah masih awal. Buktinya, aku masih di sini, masih sibuk mengulang kaji pelajaran.

Inilah padahnya sebenarnya sambung belajar dah tua tua ni. Orang lain baya aku semua dah kerja, dah ada rumah sendiri, dah ada bini. Aku ni masih terkial-kial nak sambung belajar. Itulah, masa muda-muda dulu sibuk merempit sana sini, langsung tak fikir masa depan. Ni umur dah nak masuk 3 series ni, barulah dapat kesedaran. Barulah ambil inisiatif untuk belajar.

Nak kata aku ni dari keluarga yang senang, tak juga. Aku ni datangnya dari keluarga yang biasa-biasa je. Tak senang sangat dan tak susah sangat. Cukuplah untuk tanggung aku sampai sekarang. Cuma bila dah besar ni, perasaan bersalah guna duit mak bapak tu semakin menebal lah dalam diri aku ni. 

Kalau dulu tu, merengek dua puluh empat jam minta ayah aku belikan motor untuk aku. Tak fikir langsung yang ayah aku nak kena tanggung lagi adik-adik aku waktu tu. 

Sekarang ni, rasa malu tu dah ada pada diri aku. Jadi, aku pun kerja lah separuh masa untuk tanggung perbelanjaan harian aku dekat sini. Nasib baik aku dapat boss yang baik dan memahami aku. Ye lah, hidup sebagai pelajar ni kadang-kadang tak menentu. Tiba-tiba je nanti last minute kena buat discussion. Dah tak pasal-pasal aku kena datang lewat kerja. Nasib boss aku faham. Kalau tidak, dah lama aku kena pecat.

Tapi kan, bila aku kerja sambil belajar ni, barulah aku rasa erti kesusahan. Ye lah, sebelum ni kalau nak sesuatu je, aku cuma perlu merengek dekat ayah aku. Sekarang ni, hey malulah kalau masih nak mengikis harta ayah aku kan?

Haus pula tekak aku ni. Kejap, nak turunlah. Aku bangun dari kerusi dan melangkah keluar dari bilik aku. Aku turun ke bawah. Masih terang keadaan di bawah. Kan aku kata, pukul 2 pagi bukannya lewat sangat. 

"Tak tidur lagi ke?"

Aku pandang ke arah housemate aku yang tengah menonton televisyen tu.

"Belum. Kau?"

"Aku? Macam kau tak kenal aku pula," ujar housemate aku.

Aku hanya tersenyum sahaja. Iya, housemate aku ni memang pelik sedikit. Dia ni jarang tidur. Seingat aku, aku tak pernah nampak dia tidur tau. Pelik tapi benar. Sebelum aku pindah masuk sini, memang dia ada bagitahu aku yang dia suka tengok televisyen malam-malam sampai pagi. Aku tak kisah lah memandangkan suara tv ni bukan dengar pun dalam bilik aku.

Aku tak tahu lah sama ada hobi dia ni tengok tv ke ataupun dia tak suka tidur. Aku tak pernah tanya dia sebab aku rasa macam busybody je. Biarlah, semua orang kan ada sikap pelik masing-masing. Aku anggap tu perangai pelik dia je lah.

"Kau study sampai larut malam lagi ke?" Soal housemate aku.

Aku anggukkan kepala aku, "nak buat macammana, umur dah tua ni, ilmu susah nak masuk sikit. Kena work hard sikit."

"Tak apa lah. Janji kau ada keinginan nak belajar, semua pun jalan," balas housemate aku.

"Okaylah, kau sambung lah tengok cerita kau tu. Aku nak minum kejap," ujar aku.

Housemate aku angguk. Aku melangkah ke arah dapur. Haih Ed, Ed. Bila lah kau nak tidur? 

* * *

Dhia

Adoi, aku lambat bangun! Aku lambat bangun! Dah pukul berapa ni? Temujanji aku lagi 5 minit dan aku masih dalam tandas, tergesa-gesa nak mandi. Mana sempat ni nak be on time untuk temujanji aku ni. 

Mungkin aku patut cancel je temujanji aku ni. Mungkin dia ni bukan jodoh aku. Tak. Tak, aku tak boleh putus asa sebelum mencuba. Umur aku dah lewat 20-an dah, aku patut cuba sedaya upaya aku untuk cari jodoh aku yang lambat sangat nak muncul.

Mak aku kat kampung dah bising dah suruh cari calon. Kalau ikut zaman sekarang ni, single pada umur aku ni adalah perkara biasa. Tapi bukan bagi keluarga aku. Disebabkan semua kakak-kakak aku kahwin awal, ada yang lepas habis sekolah je terus kahwin, jadi mak aku sangat risau bila aku tak kahwin-kahwin lagi. 

Dan dengan kerisauan dia yang menebal tu, dia paksa aku cari calon suami dalam masa 4 bulan. Kalau aku tak jumpa calon   suami aku dalam masa 4 bulan ni, dia kata dia akan cari calon suami untuk aku. Dan of course aku tak nak! Weh, siapa je lelaki bujang kat kampung tu? Mana ada. Ada pun, sorang mamat ni yang satu sekolah dengan aku dulu. Aku bukan nak cakap apa lah tapi aku langsung tak berkenan dengan dia. 

Bukannya aku tak berkenan dengan dia sebab dia miskin ke, muka hodoh ke, tapi perangai dia tu. Dia tu mulut celupar sangat! Aku ingat lagi dulu dia pernah cakap aku ni banyak jerawat depan orang ramai. Weh, aku tahulah dulu aku banyak jerawat tapi perlu ke cakap kuat-kuat depan orang ramai? 

By the way, disebabkan hal ni lah, aku kena cari calon aku. Takkan aku nak kahwin dengan mamat celupar tu? No way! 

Aku keluar dari bilik air. Aku tengok mesej  yang baru masuk. Daripada orang yang aku bakal jumpa. Katanya, dia ada hal tiba-tiba jadi dia tak dapat datang. Aku urut dada aku lega. Okay, so ada peluang lagi lah aku dengan mamat ni.

* * *

Nadi

Aku duduk di hadapan Raid. Raid ni kira kawan baik aku juga dekat tempat kerja ni. Tapi setakat dekat tempat kerja je lah sebab dia ni sibuk memanjang. Biasalah, orang kena imbangkan masa belajar dan masa kerja kan. Mana ada masa sangat nak bersosial.

"Memang dia tak pernah tidur ke apa?" Soal aku.

Ha, mamat ni selalu cerita dekat aku pasal housemate dia tak pernah tidur. Pelik gak aku. Boleh ke manusia hidup tanpa tidur? Tak jam ke otak?

"Aku tak pernah nampak dia tidur. Sebab aku nak tidur, dia masih berjaga. Kau pun tahu kan aku ni tidur pukul 3 4 pagi. Lepastu aku bangun, dia dah lama bangun," cerita Raid.

"Aku nak jumpa lah housemate kau ni. Nak tengok macammana rupa orang tak tidur. Agak-agak mata dia hitam macam panda tak?" Aku gelak.

Aku yang pernah tidur dua jam sehari pun, mata aku dah macam panda. Inikan orang yang tak pernah tidur.

"Tu lah masalahnya, mata dia nampak okay je. Tak nampak langsung kesan sembab ke apa ke. Nampak macam orang yang cukup tidur," ujar Raid.

Aku kerut dahi, "power gak mamat ni."

"Power tak power, ni boss datang tak?" Raid ubah topik.

Aku angguk, "kejap lagi sampai lah tu. Boss mana pernah tak datang kerja."

Oh, semua orang tak tahu aku ni sepupu Adib. Aku yang tak nak bagitahu sesiapa sebab aku tak nak lah nanti diorang semua layan aku lain. Ala, macam tak kenal manusia ni. Kalau dia tahu orang tu berduit sikit atau ada hubungan dengan orang yang penting, mestilah diorang buat baik lebih. Nak bodek lah kata kan.

Bukannya aku tak pernah kenal manusia macamtu. Boleh dikatakan aku ni sentiasa berjumpa dengan orang macamtu. Kawan sebab harta aku. Bercinta sebab harta aku. Sebab tu, sekarang ni aku sorokkan identiti aku. Aku kerja dengan Adib. Aku nak tengok ada tak orang yang nak berkawan dengan aku.

Dan yang lebih penting lagi, aku tak nak lagi bercinta dengan lelaki yang hanya cintakan harta aku sahaja. 





No comments:

Post a Comment