Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Wednesday, October 14, 2009

Nilai Sebuah Hati 1


1

Cuaca yang mendung menandakan hujan akan turun tidak lama lagi. Namun, itu tidak menjadi penghalang bagi dua rakan baik untuk bergurau-senda. Ariana menumbuk bahu Hairi, rakan baiknya. Hairi mengaduh sakit.

"Sakit lah. Kau ni tak kesiankan aku ke?" Hairi mengadu dengan muka yang seakan-akan kesakitan untuk meraih simpati.

"Buat apa nak kesiankan kau?" ujar Ariana selamba.

"Sampai hati kau kan Ari," ujar Hairi merajuk. Ariana memandang Hairi dengan mata yang dijengilkan.

"Merajuk ke?" soal Ariana. Apabila tiada balasan, Ariana menyambung, "Jangan merajuk. Nanti takde orang nak."

Hairi dengan muka yang dibuat-buat marah memandang Ariana. Ariana lantas melarikan diri daripada Hairi. Hairi mengejar Ariana. Hampir sepuluh minit mereka kejar-mengejar. Akhirnya Ariana mengalah.

"Aku mengalah lah macamni" Ariana mengangkat tangan seraya duduk di atas rumput. Hairi turut duduk di sebelah Ariana.

"Kau bila nak kerja?" soal Ariana.

" Esok," pendek sahaja jawapan daripada Hairi. Ariana tergelak dengan jawapan Hairi.

"Aku serius lah, Hairi. Jawab lah betul-betul." Ariana mencebik.

"Ala, kita kan baru je habis study. Biar lah aku relaks dulu. Luangkan masa dengan kawan aku sorang ni dulu baru aku kerja. Kenapa? Kau nak kerja dah ke?" Hairi menjawab panjang lebar.

"Aku pun tak tau bila nak start. Nanti bila kau nak kerja, aku pun start lah." ujar Ariana.

Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Ariana dan Hairi berlari ke rumah masing-masing. Ariana tergelak apabila Hairi hampir tergelincir di hadapan rumahnya sendiri tetapi Ariana menahan gelak tawanya supaya tidak didengari oleh Hairi. Takut pula Hairi kecil hati.

***************

Ariana merenung bulan di langit. Ariana mengingati kisah lamanya. Perlahan-lahan, senyuman mula terukir di bibir Ariana. Kehadiran Hairi memang membahagiakan dirinya. Walaupun tiada bait-bait cinta antara mereka, Ariana tetap sayangkan Hairi. Baginya, Hairi seorang rakan yang memahami.
Ariana tidak dapat membayangkan sekiranya Hairi tidak muncul dalam hidupnya. Sudah tentu, kacau bilau hidupnya. Jika ada masalah, Hairi lah tempatnya mengadu. Meluahkan isi hatinya dan Hairi akan setia mendengar. Masih ingat lagi dia satu peristiwa.

"Hairi." Ariana yang pada tadi diam bersuara. Disambungnya lagi, "Ari tau diri Ari ni tak cantik, tak ada apa-apa yang special tentang Ari. Ari sedar tu. Tapi takkan Ari tak boleh rasa apa itu cinta? Ari pun manusia biasa yang inginkan cinta. Ari tak berhak ke Hairi? Ari tak boleh dapatke Hairi? Ari...." tidak sempat Ariana menghabiskan kata-katanya, Hairi menarik Ariana dalam pelukannya. Hairi tau Ariana sedih cuma dia tidak mahu menangis.

"Hairi tau Ari sedih. Nangis lah Ari. Luahkan segala yang terbuku. Jangan simpan di hati Ari." Hairi mengusap lembut rambut Ariana yang lurus. Akhirnya, Ariana menangis juga di pelukan Hairi.

"Ari sayang dia Hairi" hanya itu yang keluar dari mulut Ariana. Hairi faham keadaan Ariana. Hairi memang tahu lelaki yang Ariana sayang itu hanya mempermainkan perasaan Ariana. Akhirnya, Ariana terlena di dada Hairi. Sedar-sedar, Ariana sudahpun terbaring lena di atas sofa. Ibunya kata, Hairi yang mengangkatnya masuk.

Hati Ariana kembali sedih mengenangkan Hafiz, lelaki yang telah mengubah seluruh hidupnya. Lelaki yang dahulunya disanjung, disayangi dan dicintai tetapi lelaki itu langsung tidak menghargainya. Hatinya kembali sayu mengenangkan Hafiz.

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete