Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Wednesday, October 14, 2009

Nilai Sebuah Hati 2


2

"Hafiz really love you Ariana. Please don't ever left me. Without you, i'm nothing Ariana." Masih terngiang-ngiang ayat itu di telinga Ariana. Semakin cuba ditepis, semakin kerap ia hadir.

Masih Ariana ingat lagi, bagaimanakah mereka kenal. Memang berat bagi Ariana melupakan Hafiz sebab di antara yang lain, Hafiz paling lama bertahan dengannya dan Hafiz yang paling disayanginya.

************

"Awak ni Ariana ke?" seorang lelaki yang kacak menegur Ariana yang pada masa itu berada di kafe.

"Ye , saya." Ariana menjawab dengan lembut.

"Awak belajar dekat Kolej Heights kan?" sekali lagi lelaki itu bertanya.

"Ye, saya. Kenapa?" Ariana mulai curiga dengan sikap lelaki itu yang banyak menanyakan dia soalan.

"Awak tak kenal saya?" Lelaki itu telahpun mengambil tempat di depan Ariana. Ariana hanya menggeleng. Lelaki itu menyambung,"Saya Hafiz. Saya satu kolej dengan awak cuma saya dekat jurusan lain."

"Okey" Ariana menjawab ringkas dan bersalam dengan lelaki yang menegurnya tadi. Tiba-tiba terdengar suara yang amat dikenali Ariana bersuara.

"Ehh, date ke?"

"Taklah"

"Tak nak kenalkan?" Hairi bersuara sebaik sahaja mengambil tempat di sebelah Ariana. Ariana memandang Hairi dan Hafiz silih berganti. Kemudian dia tersengih lebar.

"Hairi, ni Hafiz yang baru je aku jumpa tadi. Hafiz, ni Hairi kawan tak guna saya," Ariana memperkenalkan diri mereka. Hairi membulatkan mata kepada Ariana setelah bersalam dengan Hafiz.

"Macamni kan kawan?" Hairi merajuk. Ariana tergelak dengan rajukan Hairi lantas dia memujuk Hairi yang sudahpun memalingkan badan darinya.

"Gurau je lah, takkan tu pun kau nak ambil hati kot. Macam baru je kau kenal aku kan. Dah, tak payah mengada-ngada." Hairi tidak memberi tindak balas. Ariana yang geram dengan gelangat Hairi tu lantas mencolet krim kek yang dimakannya di tangan. Ariana mengenyitkan mata kepada Hafiz tanda rahsia. Hafiz tersenyum memerhatikan Ariana.

"Hairi, Ari mintak maaf. Pandanglah Ari pleasee," Ariana membuat suara seakan-akan merayu. Hairi yang termakan rayuan Ariana menoleh kepada Ariana. Ariana dengan pantas membuat satu garis panjang di pipi Hairi dengan krim di tangannya. Ariana tergelak panjang. Hairi membalas tindakan Ariana dengan menyapu krim di dahi Ariana. Ariana menjerit kecil. Kemudian mereka tergelak. Mereka seolah-olah lupa dengan kehadiran Hafiz.

"Saya pergi dulu ye," suara itu mengejutkan Ariana dan Hairi yang sedang tergelak.

"Okey." Ariana dan Hairi menjawab hampir serentak.

"Ariana, nanti jumpa lagi. Bye!" Hafiz mengenyitkan mata kepada Ariana dan ketika itulah hati Ariana seakan-akan gugur.

Setelah beberapa minggu berkenalan, Hafiz pun meluahkan isi hatinya kepada Ariana. Mereka bertemu di kafe tempat mula mula Hafiz menegur Ariana.

"Ari, can I tell you something?" Hafiz memulakan ayat.

"Apa benda nya Hafiz?" Ariana menyoal kembali.

"Ari jujur Hafiz katakan dekat Ari, Hafiz cintakan Ariana. Hafiz sayang dekat Ariana. But I won't ask you to love me back. I just want you to know how deeper i love you" Hafiz berkata dengan nada yang lembut dan tenang. Ariana hanya diam membisu. Ariana tergamam dengan pengakuan Hafiz itu.
Hafiz merenung Ariana. Jelas dia nampak raut wajah Ariana yang seakan-akan tak percaya dengan apa yang dituturnya.

Hafiz menyambung apabila melihat Ariana begitu. "Hafiz tau Ariana tak percaya dekat Hafiz. Ariana memang berhak pun was-was sebab kita baru je kenal. Hafiz faham tapi Hafiz nak Ariana pegang kata-kata Hafiz ni. When I see you for the first time, i can't stop thinking about you, Ariana. Even I sleep, i dream of you, Ariana. My heart skips a beat when i saw you. Your voice, your laugh make me can't stop saying, I love you."

Hafiz bangun dari kerusi lalu berkata, "I know that my love just in my dream. Saya faham Ariana. Saya tak harapkan Ariana cintakan saya balik. Perasaan saya ikhlas untuk Ariana seorang. Lepas ni saya janji awak takkan jumpa saya lagi. Saya janji Ariana akan bahagia selepas ni. Saya janji Ariana." Hafiz melepaskan keluhan nafas berat. Setapak, dua tapak, tiga tapak Hafiz berjalan menuju ke luar kafe itu. Sampai di depan kafe, Hafiz menoleh ke Ariana yang tunduk membisu. Hafiz kemudian menuju ke taman dan duduk di bangku yang disediakan.

"Hafiz" satu suara memanggil Hafiz. Suara yang amat dikenalinya. Suara yang amat dinantinya. Hafiz lantas mendongak kepala memastikan empunya suara. Hafiz lihat Ariana sedang berdiri di hadapannya. Cepat-cepat Hafiz bangun dan berdiri di hadapannya.

"Ari..." Belum sempat Hafiz menyebut nama Ariana, pipinya terasa kebas. Dan belum sempat kebasnya hilang, sebelah lagi pipinya menjadi habuan tangan Ariana. Hafiz hanya membisu memandang Ariana. Ariana menitiskan air mata.

"Bodoh" sepatah kata itu keluar dari mulut Ariana. Hafiz masih senyap membisu. Ariana meneruskan katanya, "macam mana saya nak bahagia kalau awak tinggalkan saya? Macam mana saya nak ucap saya sayang awak kalau awak tak bagi saya kesempatan."

Hafiz terkejut dengan kata-kata Ariana. Tapi dia hanya membisu ingin mendengarkan apa lagi yang mahu dikatakan oleh gadis di hadapannya itu. "Saya sayang awak Hafiz. Saya sayang awak. Ariana sayang Hafiz."

Hafiz terus membawa gadis itu ke dakapannya. Sekejap keadaan antara mereka sepi. Hanya esak tangisan Ariana sahaja yang kedengaran.

"Janji dengan saya awak takkan tinggalkan saya. Promise me you will be beside me no matter what happen." Ariana menuturkan dalam esak tangisnya sambil meleraikan dakapan Hafiz.

"Saya janji Ariana. Saya janji saya akan bahagiakan awak. And promise me too you won't cry because of me again" Hafiz menyeka air mata Ariana yang sudah semakin reda. Ariana tersenyum.

No comments:

Post a Comment