Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Sunday, October 25, 2009

Nilai Sebuah Hati 20


Iwan mengikut langkah Ariana. Ditariknya tangan Ariana supaya Ariana berhenti melangkah dan dipalingkan badan Ariana ke arahnya. Iwan menghela nafas berat.

"Ariana! Jangan dikenangkan orang yang dah tiada. Life must go on Ari! Even Hairi takde, tapi Iwan ada. Ya, Iwan tau Hairi orang penting dalam hidup Ariana! Semua tu Iwan tau tetapi apa guna Ari sedih dan menangis? Sepatutnya Ari kena kuat semangat. Hairi mesti sedih kalau tengok Ari menangis. Kalau Ari nak tengok Hairi gembira, Ari pun kena gembira.

Dan Ari, Ariana yang Iwan kenal dulu bukanlah yang lemah macamni tetapi yang kuat semangat. Ariana yang Iwan kenal dulu bukanlah seorang yang pemarah ataupun kuat menangis tetapi seorang yang gembira dan selamba. Mana pergi Ariana yang dulu? Iwan nak Ariana yang dulu!" panjang lebar Iwan memujuk Ariana.

Ariana terkedu mendengar kata-kata Iwan. Ariana memandang wajah Iwan. Perlahan-lahan Ariana mengukir senyuman.

"Ariana mintak maaf. Ariana sedar semua tu. Ariana memang nak jadi macam dulu tapi takde orang yang sanggup tolong Ari. Iwan pun tau Ari ada sorang je kawan dalam dunia ni iaitu Hairi."

Iwan mendakap Ariana sambil membisikkan sesuatu ke telinga Ariana.

"Iwan akan jaga Ariana sebab Iwan cintakan Ariana." Perlahan suara itu meresap ke dalam sanubari Ariana.

***********

"Hairi!" panggil Ariana lantang. Budak kecil yang berusia lebih kurang dua tahun berlari terkedek-kedek mendapatkan Ariana. Ariana memeluk anak kecil itu erat.

"Mama sayang Hairi!" luah Ariana.

"Hairi je?" satu suara menyoal. Ariana mendongak melihat empunya suara. Dilihatnya empunya suara berdiri menghulurkan tangan. Ariana menyambut tangan itu.

"Dua-dua mama sayang!" Iwan mendakap Ariana dan juga Hairi, cahaya mata mereka. Ariana tersenyum bahagia.

"Syukur Alhamdulillah. Setelah banyak cabaran yang Ari tempuh, akhirnya Ari berpeluang juga untuk bahagia. Terima kasih Hairi kerana beri Ari kekuatan ini. Ari sentiasa ingatkan Hairi!" ujar Ariana seorang diri sambil tangannya memegang dada.

Setelah kehilangan Hairi, Ariana sedih. Terlalu sedih sehinggalah Ariana menerima surat daripada Hairi. Dan di kala itu, ada satu kekuatan yang dirasai Ariana. Ye! Sebahagian daripada diri Hairi ada pada Ariana.

Ariana kembali menjadi gadis normal yang ceria. Setelah dua tahun pemergian Hairi, Ariana bernikah pula bersama Iwan. Bukan kerana paksaan tetapi kerana kasih sayang!

Iwan sentiasa sabar melayan kerenahnya. Iwan yang menggantikan tempat Hairi mendengar luahannya. Walaupun Iwan tidaklah persis seperti Hairi tetapi ada satu tarikan pada Iwan yang membuatkan Ariana jatuh cinta dengannya!

Kini usia perkahwinan mereka sudahpun tiga tahun dan Alhamdulillah perkahwinan mereka bahagia. Ariana sentiasa berdoa agar diberikan kebahagiaan seumur hidup.


Amin....




TAMAT

No comments:

Post a Comment