Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Sunday, October 25, 2009

Nilai Sebuah Hati 19

Sebulan telah pemergian Hairi. Ariana sudah dapat menerima kenyataan. Tetapi perangai Ariana tidaklah seperti selalu. Kadang-kadang Ariana menangis apabila keseorangan apatah lagi duduk di pondok mereka.

"Pa, esok Ari kerja!" ujar Ariana.

"Betul? Lepasni Ari kena usahakan syarikat tu sehinggalah ke anak Ari." terang papa.

"Ari sedia pa untuk pikul tanggungjawab besar tu," ujar Ariana sambil tergelak. Kemudian Ariana berlalu ke biliknya. Mama menghantar Ariana ke bilik dengan ekor mata.

"Mama rasa, Ari masih sedih," ujar mama.

"Papa pun ingat macamtu. Dia sengaja buat-buat ceria di depan kita supaya kita tidak syak yang dia masih lagi sedih," ujar papa pula.

"Bila lah Ari nak pulih?" mama merungut perlahan tetapi cukup untuk papa mendengar.

"Sehingga dia temui peganti Hairi," papa menjawab.

Hubungan Ariana dan Iwan juga sedikit regang. Walaupun mereka bertunang tetapi Ariana tidak sedikitpun melayan Iwan. Kalau Iwan telefon, Ariana tidak menjawab. Hanya apabila Iwan telefon sebanyak empat kali barulah Ariana menjawab. Itupun Ariana memberi pelbagai alasan supaya tidak bercakap lama.

************

Ketukan di pintu sedikit pun tidak mengganggu Ariana daripada terus menyiapkan kerjanya. Ariana menyuruh sesiapa yang mengetuk pintu itu masuk. Ariana memandang sekilas dan terjengul muka Iwan. Ariana segera menghentikan jari jemarinya yang menari.

Ariana melangkah ke arah sofa di biliknya. Disuruhnya Iwan duduk. Iwan menurut sahaja.

"Ada apa?" soal Ariana.

"Iwan nak ajak Ari lunch," ujar Iwan.

Ariana melihat jam di tangannya seraya berkata, "Ari busy"

"No reason please! We have to discuss," ujar Iwan tegas. Ariana memandang wajah Iwan. Memang wajah Iwan serius. Ariana perlahan-lahan mengangguk.

Makanan di meja sudahpun dihabiskan oleh mereka berdua. Namun masih tiada ayat yang keluar daripada bibir mereka berdua. Masing-masing hanya mendiamkan diri. Selepas makan, Iwan membawa Ariana ke taman. Mereka duduk di sebuah bangku di pohon yang agak redang.

"Ariana," suara Iwan memecah kesunyian di antara mereka. Ariana memandang Iwan tanpa bersuara tanda menyuruh Iwan menyambung.

"Kita bertunang," satu helaan nafas yang berat dilepaskan Iwan. Disambungnya, "Tapi kenapa Iwan rasa macam kita ni tak bertunang?" Muka Ariana dipandangnya dengan wajah yang serius. Ariana merenung muka Iwan dengan pandangan yang tidak mengerti.

"Please Ariana, hormat Iwan sebagai tunang Ariana. Iwan sabar dengan perangai Ariana. Iwan layan segalanya but please stop it right now! Ari bukan budak kecil lagi!" Suara kasar Iwan menusuk ke hati Ariana. Perlahan Ariana menundukkan kepala. Air matanya laju mengalir.

"Please talk to me Ariana. Even Ariana ada masalah besar pun, cakap dengan Iwan! Iwan ni tunang Ariana. Iwan berhak tau. Iwan cuma taknak Ariana sedih," ujar Iwan lagi. Perlahan Ariana mengangkat kepalanya.

"Hairi," hanya itu yang kedengaran daripada mulut Ariana sebelum Ariana melangkah lesu meninggalkan Iwan.


No comments:

Post a Comment