Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Sunday, December 20, 2009

Antara Dua 1

Semua mata tertumpu kepada dua pelajar yang berjalan bersama. Mereka menjadi tumpuan bukan kerana salah seorang daripada mereka tidak pakai baju. Bukan juga kerana mereka ini baru sahaja bersama. Tetapi kerana mereka sedang bermasam muka. Mereka memang terkenal dengan pasangan paling sweet ataupun pasangan yang tidakk pernah bergaduhh tetapi hari ini nampaknya badai datang melanda juga!



"Kenapa dengan awak ni?"



"Apa?"



"Apa kurangnya saya sampai perempuan tu jugak jadi pilihan awak?"



"Awak anggap je lah antara kita tiada jodoh."



"Gila! Dah dua tahun kita bersama awak tahu tak?"



"Tahu."



"Habis kenapa buat saya macamni?"



"Sebab saya dah tak sayang awak."



"Fine. Kita putus!"



"Okay!"



Tangan diangkat tinggi dan tidak sampai dua saat, tangan itu hinggap ke pipi sang lelaki yang bernama Akmal. Dan sang perempuan yang bernama Lidya berlari menjauhi sang lelaki. Akmal hanya mampu melihat sahaja tanpa ada simpati. Baginya, dia dan Lidya sudah tiada jodoh dan perempuan bernama Shiren ialah jodohnya.



***********


Badan dihempaskan ke atas tilam yang separa empuknya. Air mata jatuh bercucuran membasahi pipinya yang berwarna kuning langsat itu. Sedihnya bukan kepalang. Walaupun ini bukan kali pertama dia putus dengan orang yang dia sayang tetapi dia tetap sedih. Malahan di antara yang lain, inilah yang paling sedih kerana sudah dua tahun mereka bersama. Masakan senang mahu melupakan Akmal?


Sampai hati Akmal melakukannya begini. Habis madu sepah dibuang. Habis sudah diserahkan hati dan jiwanya dan sekarang dia terpaksa mengambil hati dan jiwanya yang telah dibuang entah ke mana. Memang dia malu! Dia malu mahu berhadapan dengan rakan-rakannya. Apakah yang harus dijawabnya nanti? Apakah dia harus menjawab antara mereka sudah tiada jodoh seperti yang Akmal katakan?


Ahh, dia bingung! Baru dia sedar siapa Akmal yang sebenarnya. Hati Lidya bagaikan retak seribu. Entah bila dia dapat merawatnya, dia sendiri tidak tahu.


**********


Walaupun matanya bengkak akibat menangis seharian semalam, digagahkan jua dirinya ke kolej. Perlahan kakinya melangkah ke tempat duduk yang agak tersorok. Tidak mahu rakan-rakannya sedar akan matanya itu. Mukanya ditutup dengan tangannya. Kelas akan bermula lagi lima belas minit.


Sedang dia asyik menenangkan fikiran, kedengaran suara Akmal bersama seorang perempuan sedang bercakap. Jelas kedengaran butir-butir bicara mereka.


"Sayang dah putus dengan dia ke?" soal Shiren.


"Dah," jawab Akmal ringkas.


"Bila?"


"Semalam."


"Ni lah buat I bertambah sayang dekat you!"


Lidya bangun. Tidak mahu mendengar kata-kata yang menyakitkan telinganya lagi. Pantas kakinya mahu melangkah ke arah pintu. Akmal memandang Lidya. Tergamam dia seketika. Tidak tahu pula dia Lidya ada di sini. Selalunya Lidya masuk lima minit sebelum kelas bermula.


Baru sahaja Lidya mahu melintasi Akmal, kedengaran suara Shiren mengejeknya.


"Kalau lelaki dah tak suka tu, kenapa nak terhegeh-hegeh?"


Lidya tersentak. Diteruskan langkahnya keluar. Sampai sahaja di luar, dia berlari. Berlari untuk ke tandas. Mahu menenangkan fikiran tetapi malang tidak berbau, sewaktu dia mahu ke tandas, dia terlanggar seorang lelaki. Akibatnya, dia jatuh terduduk dan lelaki itu pula terdorong ke belakang.


"Awak okay?" soal lelaki itu sambil menghulurkan tangannya kepada Lidya.


Lidya memandang lama tangan lelaki itu. Apabila lelaki itu melihat Lidya kelihatan blur, dia mencangkung untuk menyamakan ketinggiannya dengan Lidya.


"Sorry if awak cakap saya penyibuk ke apa. Tapi kenapa mata awak bengkak?" soal lelaki itu.


Lidya meraba matanya. Ahh sudah! Kantoi.


"Tak ada apa-apa," jawab Lidya seraya bangun.


Lelaki itu juga bangun. Lidya mula mengatur langkah.


"Lidya!" panggil lelaki itu.


Lidya tersentak. Macammana pula lelaki itu kenal dia? Lelaki itu menghampiri Lidya yang sudah dua langkah ke hadapan.


"Saya Iqram," ujar lelaki itu.


"Macammana awak kenal saya?" soal Lidya.


Iqram tersenyum nakal.


"Kalau awak nak tahu, awak kena teman saya lunch kejap lagi," ujar Iqram.


Lidya mengeluh di dalam hati. Lelaki ini mahu mengenakan dia rupanya. Takpe, ade ubi ada batas, ada hari aku balas!


"Okay!" jawab Lidya.


"Betul ni?" soal Iqram.


Lidya mengangguk dan terus berlalu ke kelasnya kembali. Iqram pula menjerit kegirangan. Gayanya seperti budak kecil yang mendapat gula-gula. Lidya tersenyum mendengar jeritan Iqram yang perlahan tetapi dapat didengarnya.


*********


Petang itu seperti yang dijanjikan, Lidya dan Iqram berjumpa di cafe. Selepas makanan yang dipesan mereka sampai, mereka duduk berbual-bual.


"Kenapa mata awak bengkak?" soal Iqram.


"Tak cukup tidur," jawab Lidya.


"Jangan tipu!"


"Habis? Takkanlah saya hisap ganja kot."


"Awak menangis kan?"


"Mana ada."


"Iye."


"Kalau ye pun kenapa?"


Iqram memandang lama wajah Lidya. Lidya hanya berlagak selamba.


"Ceritalah.Manalah tahu saya boleh tolong," ujar Ïqram.


"Look, I just know you." ujar Lidya.


"But I da lama kenal awak," ujar Iqram.


Lidya terdiam. Membiarkan Iqram meneruskan kata-katanya.


"Mungkin awak dah lupakan saya," ujar Iqram.


Lidya tersentak. Maknanya dia pernah mengenali lelaki di hadapannya ini? Diperah otaknya memikirkan siapakah gerangan lelaki ini.


"Mungkin awak akan lebih mengenali saya kalau saya ....."


Iqram mencapai cermin mata di dalam begnya. Disarungkan cermin mata itu. Kemudian rambutnya yang tadi digayakan mengikut Latest Trend disisirkan ke tepi. Butang bajunya dibutangkan sehingga ke atas sekali. Kemudian dia memandang Lidya.


"Oh my God!" jerit Lidya perlahan.


Iqram hanya tersengih.


"Ahmad!" jerit Lidya lagi.


"Itulah aku. Ahmad Iqram," ujar Iqram.


Lidya memandang lagi Iqram. Iqram hanya tersenyum.


"Dah lama aku tak jumpa kau! Dah dah, ubah balik gaya kau," ujar Lidya.


"Kenapa tak suka ke?"soal Iqram.


"Nanti jatuh reputasi kau, baru tau!"ujar Lidya.


Iqram membetulkan kembali apa yang diubahnya. Lidya memerhatikan sahaja tindakan Iqram. Siapa yang akan percaya lelaki yang berambut style ini dahulunya skema? Siapa yang akan sangka lelaki yang bergaya ini dahulunya skema? Pastinya tiada kan?


"Teruk betuk kau ni," komen Lidya.


"Sekarang bagitahu aku, kenapa kau menangis?" soal Iqram.

3 comments:

  1. infact,..sy puns elalu imagine mamat2 skema kat sekolah ubah style dorang. mesti aww! haha!

    ReplyDelete
  2. Mcam mana nak tengok story ni dari awal ??

    ReplyDelete