Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Sunday, December 20, 2009

Antara Dua - 2

Lidya memandang Iqram. Haruskah dia menceritakan kepada Iqram? Memang dia kenal dengan Iqram pada sekolah rendah lagi tetapi dia tidaklah rapat dengan Iqram. Tapi kalau tidak diceritakan, dia juga yang sengsara menanggung masalah seorang diri.

"Kau boleh ceritakan dekat aku," Iqram cuba meyakinkan Lidya.

"Kalau aku cerita pun, kau bukan boleh tolong aku," Lidya memberi alasan.

"But at least, fikiran kau tenang sedikit," ujar Iqram.

Renungan mata Iqram membuatkan Lidya mengalah.

"Kau kenal tak Akmal?" soal Lidya.

"Akmal? Boyfriend kau tu?" Iqram meminta kepastian.

"Ex-boyfriend," ujar Lidya sayu.

"Kenapa korang putus?" soal Iqram.

"Kau kenal Shiren?" soal Lidya.

Iqram berfikir sejenak. Shiren? Adakah Shiren yang mengambil satu jurusan dengan Lidya dan Akmal itu?

"Yang ambil satu jurusan dengan kau tu?" soal Iqram.

Lidya mengangguk perlahan.

"Kenapa?"

"Dia lah punca aku dengan Akmal putus."

"Apa dia buat?"

"Dia goda Akmal. Kau tahu lah kan Akmal tu famous dekat kolej ni."

"Dan kau macammana?"

Air mata Lidya mula bergenang.

"Aku dibuang lah. Bak kata pepatah, habis madu sepah dibuang. Aku rasa aku macam pakai buang dalam lagu Stacy tu. Dia dah ada Shiren, dia campak aku tepi jalan," luah Lidya.

Iqram memandang Lidya penuh simpati. Bukannya dia tidak tahu perihal itu malahan dia sudah lama maklum. Akmal dan Shiren memang pasangan bercinta. Rasanya sudah sebulan lebih. Dan baru semalam Akmal putus dengan Lidya?

"Dua tahun kitorang bersama. Aku tak sangka ini pengakhiran ceritanya. Susah Iqram aku nak lupakan dia," ujar Lidya.

"Kenapa pulak susah? Bukan ke sebelum ni kau pernah juga bercinta?" soal Iqram.

Setahunya waktu mereka form one , Lidya digosipkan dengan seorang lelaki. Nama dia Iqram sendiri lupa. Dan waktu form two, Iqram pindah sekolah jadi dia tidak tahu perkembangan Lidya.

"Memang aku pernah. Tapi waktu tu aku belum matured. Dan semua perhubungan tu tak lama. Tapi kali ni lama. Dua tahun, Iqram! Dua tahun. Bukan satu jangka masa yang pendek," ujar Lidya.

"Tapi takkan kau nak terus bersedih?" soal Iqram.

"Habis kalau kau jadi aku, apa kau buat?" soalan dibalas soalan.

"Kalau aku jadi kau, aku takkan sedih sedih macamni," jawab Iqram.

"Cakap senanglah," ujar Lidya.

"Cuba kau fikir. Kau tengah bersedih macamni tapi Akmal tengah bergembira dengan Shiren. Don't you think stupid?" soal Iqram.

"Tapi aku cintakan dia. Cinta sangat," ujar Lidya.

"Kau ingat dengan cinta kau tu, dia akan cinta kau balik?" soal Iqram.

Lidya terdiam mendengar soalan Iqram itu. Air matanya mengalir perlahan. Dia terpaksa mengakui kata-kata Iqram. Cinta yang bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Tiada guna dia berharap.

"Lidya, tak guna kau ingat orang macam dia tu. Dia bukanlah untuk gadis seperti kau. Kau terlampau baik untuk dia," ujar Iqram.

Lidya menyeka air matanya kasar.

"Betul kata kau tu Iqram. Aku akan cuba lupakan Akmal," ujar Lidya yang membentuk satu perjanjian.

Iqram tersenyum. Jari jemari Lidya digenggamnya erat. Lidya membalas genggaman Iqram. Dari jauh, kelihatan sepasang mata melihat adengan mereka itu.

********
"Apa hubungan kau dengan Lidya?" jerkah Akmal.

Terkejut Iqram. Tidak sempat dia mahu meletakkan begnya, dia sudah dijerkah. Iqram memandang Akmal sekilas kemudian dia mendaki tangga untuk ke atas.

"Aku cakap dengan kau lah, Iqram," tengking Akmal lagi.

Iqram tidak mempedulikan Akmal. Dia hanya meneruskan langkahnya. Sampai di biliknya, dia meletakkan begnya ke dalam almari. Baru sahaja Iqram mahu duduk di atas katilnya, Akmal masuk tanpa mengetuk pintunya.

"Iqram! Jawab soalan aku. Apa hubungan kau dengan Lidya?" jerkah Akmal.

Iqram tersenyum. Dia tergelak sekejap. Akmal yang bengang dengan tindakan Iqram menarik kemeja Iqram.

"Kenapa kau gelak?" soal Akmal.

"Kenapa kau nak marah? Bukanke kau dengan Lidya dah putus semalam? It's mean kau takde hak ke atas dia!
Kau faham tu?" ujar Iqram sinis.

Akmal melepaskan genggamannya. Iqram membetulkan bajunya.

"Aku tak sangka kau macamni Akmal! Kau kenal tak Lidya tu siapa?" soal Iqram.

Akmal menggelengkan kepalanya.

"Dia cinta pertama aku!" ujar Iqram.

No comments:

Post a Comment