Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Monday, December 21, 2009

Antara Dua - 3

Akmal tergamam mendengar pengakuan Iqram. Di manakah Iqram mengenali Lidya? Bunyinya seperti sudah lama mengenali.

"Kenapa kau diam? Tak percaya?" soal Iqram sinis.

Akmal berlalu meninggalkan Iqram yang tersenyum sinis. Iqram membiarkan sahaja Akmal berlalu. Padan muka kau Akmal. Siapa suruh kau sakitkan hati Lidya.

********
Hari berganti hari, hubungan Lidya dan Iqram makin erat tetapi hubungan Akmal dengan Iqram makin rengang. Malahan mereka langsung tidak bertegur sapa.

"Dya, kau nak tahu tak satu gosip panas?" soal Iqram sewaktu mereka bersiar-siar di taman.

Lidya duduk di sebelah Iqram.

"Aku ingat perempuan je sibuk pasal gosip. Lelaki pun sama rupanya," usik Lidya.

Iqram tergelak kecil.

"Apa benda?" soal Lidya.

"Akmal dengan Shiren dah putus," ujar Iqram.

Lidya melopong mendengar berita sensasi itu. Agaknya muat penumbuk bayi di dalam mulutnya itu.

"Buruk benar muka kau terkejut," usik Iqram.

Lidya segera menutup mulutnya.

"Kenapa?" soal Lidya.

"Dengar khabar, Shiren buat hal," ujar Iqram.

"Buku bertemu ruas," komen Lidya.

"Kau dah lupakan Akmal?" soal Iqram.

"Dah lama dah. Sejak kau nasihatkan aku, aku dah mula lupakan kau. Lagipun dah dua bulan perkara tu berlalu kan?" ujar Lidya.

Baru sahaja Iqram mahu menjawab, kedengaran suara Akmal.

"Takkan tak ada sedikit pun rasa sayang untuk saya lagi?" soal Akmal.

Serentak itu, Lidya dan Iqram mendongak memandang Akmal. Nampak sahaja wajah Akmal, Lidya terus bangun menghadap Akmal. Begitu juga Iqram.

"Lidya, saya menyesal atas apa yang saya telah buat kepada awak dulu. Saya mintak maaf," ujar Akmal.

"Minta maaf? Semudah itu?" sinis suara Lidya menuturkan.

"Awak cakap je awak nak saya buat apa, saya sanggup. Even if awak minta saya melutut pun saya sanggup. Yang penting awak maafkan saya," ujar Akmal.

Lidya tergamam. Sampai begitu seriuskah Akmal. Kemudian dia memandang Iqram pula.

"Saya tahu cinta awak pada saya masih belum pudar kan? Please i'm begging you, Lidya. Terimalah saya kembali," rayu Akmal.

Akmal mula melutut di hadapan Lidya. Hati Lidya terusik melihat orang yang pernah dicintainya melutut di hadapannya.

"Akmal, saya maafkan awak,"ujar Lidya.

Akmal memandang Lidya sayu. Kemudian dia bangun.

"Sudikah awak kembali dengan saya?" soal Akmal.

Baru sahaja Lidya mahu membuka mulut, Iqram menyampuk.

"Lidya, aku cintakan kau!" ujar Iqram..

Lidya terpana.

"Tak Lidya. Saya cintakan awak lebih dari apa pun," ujar Akmal.

"Tapi kalau kau cintakan Akmal lagi, pergilah kepada dia. Demi kau Lidya, seorang perempuan yang berjaya membuatkan jantung aku berdegup kencang buat pertama kali dan demi kau Akmal, seorang lelaki yang menjadi sahabat baik aku di kolej ini dan housemate aku. Aku doakan korang bahagia,"ujar Iqram panjang lebar.

Lidya memandang wajah Iqram. Iqram melemparkan satu senyuman. Kemudian dia berlalu meninggalkan Lidya dan Akmal yang tercengang. Lidya termenung. Antara dua orang lelaki ini, siapakah yang akan menjadi pilihan hati Lidya? Iqram yang merupakan seorang sahabatnya yang sudah lama dikenalinya ataupun Akmal seorang lelaki yang pernah mencintainya dan melukakannya. Antara dua pilihan?

No comments:

Post a Comment