Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Thursday, December 10, 2009

Jika Kau Ubah Fikiran




"Black, kau kenal tak siapa tu?"

"Mana?"

"Yang tu lah!"

"Boleh tak kau tunjuk?"

Ehsan menunjuk ke arah satu perempuan yang ayu memakai tudung. Black atau nama sebenarnya Hazrin memandang ke arah yang ditunjuk Ehsan.

"Oh, kenal lah," ujar Black selamba.

"Siapa nama dia?" soal Ehsan.

"Kaisara," jawab Black.

"Oh Kaisara,"ujar Ehsan perlahan.

Ehsan memandang perempuan itu. Memang wajahnya ayu. Tudung yang membalut kepalanya menambahkan keayuannya. Black memandang Ehsan pelik. Setahunya, Ehsan jarang bertanya tentang perempuan walaupun banyak perempuan bertanyakan tentang dia.

"Ehsan, kau jatuh cinta ke?" soal Black sambil menepuk bahu Ehsan.

Ehsan segera memandang Black.

"Mana ada," nafi Ehsan.

"Ehsan, aku kenal kau dah lama lah. Jangan tipu boleh?" ujar Black.

Ehsan terdiam. Matanya memandang wajah itu kembali. Black juga memandang ke arah yang sama.

"Nampaknya begitulah Black," ujar Ehsan perlahan.

Black memandang Ehsan. Seperti tidak percaya Ehsan berkata begitu. Ehsan jatuh cinta! Cuba cakap dekat orang ramai, pasti semua terkejut. Ehsan yang langsung tidak pernah rapat dengan perempuan di kolej jatuh cinta dengan seorang perempuan yang ayu bertudung.

"Tapi untuk pengetahuan kau, Kaisara ni tak layan sangat lelaki. Ramai orang dah try tapi tak berjaya," ujar Black.

"Tak apa. Belum cuba belum tahu kan? Aku akan pastikan Kaisara milik aku," ujar Ehsan seraya berlalu meninggalkan Black.

Black terpinga-pinga. Tidak tersangka Ehsan begini. Dilihatnya Ehsan merapati Kaisara. Ehsan melangkah ke arah Kaisara yang sedang duduk di kerusi. Di tangannya ada sebuah novel.

"Buku tu mengisahkan seorang wanita yang terpaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya kerana maruah. Lama kelamaan, wanita itu mencintai lelaki itu tetapi sayang, lelaki itu tidak mencintai wanita itu. Malahan, lelaki itu ada perempuan lain. But at last, lelaki dan perempuan tu bahagia jugak," ujar Ehsan sambil duduk di sebelah Kaisara.

Kaisara terpinga. Tetapi dia kagum juga dengan Ehsan. Jarang ada lelaki yang baca novel. Lagi-lagi kisah cinta. Ehsan melemparkan senyuman kepada Kaisara.

"Adik saya ada buku tu. Buku kegemaran dia tu. Dia yang cerita sinopsis novel tu. Dari awal hinggalah akhir. Dua tiga jam dengar cerita dia. Tapi menarik jugak. Tak payah baca. Dengar je," ujar Ehsan lagi

Kaisara tergelak kecil. Ingatkan lelaki ini membaca rupa-rupanya adiknya yang memberitahu. Kelakar betul lelaki ini.

"Saya Ehsan. Awak Kaisara kan?" soal Ehsan.

Kaisara mengangguk.

"Nice to meet you Kaisara. Okay lah. Saya pergi dulu. Assalamualaikum," ujar Ehsan seraya bangun dan melangkah menjauhi Kaisara.

"Waalaikumusalam," jawab Kaisara perlahan.



************

Kaisara termenung di atas katilnya. Lelaki tadi lain daripada lelaki yang sebelum ini cuba menggodanya. Lelaki tadi bagaikan ada tarikan tersendiri. Jarang dia memikirkan lelaki seperti ini selepas Danish meninggalkannya.
Danish? Ahh, lelaki pertama yang berjaya menarik perhatiannya dan lelaki pertama yang membuatkan hatinya berkecai.
Kaisara meraup wajahnya. Apakah dia jatuh cinta sekali lagi? Tidak! Dia masih belum bersedia untuk bercinta lagi. Tetapi mengapa wajah lelaki yang bernama Ehsan itu yang muncul silih berganti dengan wajah Danish? Kenapa?
Akhirnya Kaisara terlelap dengan seribu satu soalan di fikirannya. Soalan tanpa jawapan.



*********
"Sara cintakan abang. Kenapa abang buat Sara macamni? Abang tak sayangkan Sara ke bang?" soal Kaisara dalam esak tangisnya.

"Abang sayangkan Sara. Terlampau sayang. Sebab tu abang terpaksa buat macamni Sara. Please faham abang!"jawab Danish.

"Kalau abang sayang Sara, kenapa abang ikut pilihan mak abang?" soal Kaisara.
"Abang terpaksa Sara. Kalau abang tak ikut pilihan mak, mak tak nak mengaku abang ni anak dia. Maafkan abang Sara," ujar Danish.

Kaisara terdiam. Sesungguhnya dia tahu, syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Kaisara mengusap air matanya yang hangat mengalir. Pantas dia bangun. Danish tersentak.

"Sara nak pergi mana?" soal Danish.

Kaisara memandang Danish.

"Sara nak pergi jauh. Abang tak payah risaukan Sara. Sara faham, syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Walaupun berat bagi Sara untuk terima semua ini tetapi apakan daya Sara. Sara hanya mampu merencana tetapi Allah yang tentukan," ujar Kaisara.
Danish bangun.

"Sara, maafkan abang. Walau apa pun terjadi, cinta abang hanya pada Sara," ujar Danish.

"Sara doakan abang bahagia. Kebahagiaan abang, kebahagiaan Sara jugak," ujar Kaisara seraya berlalu meninggalkan Danish seorang diri. Air mata yang mengalir laju dibiarkan sahaja.

***********


Kaisara terjaga dari tidurnya. Sekali lagi dia bermimpi Danish. Peristiwa paling pahit pernah berlaku dalam hidupnya. Kaisara beristighfar.


"Ya Allah, kenapa aku asyik mengingatkan Danish? Dia kini sudah menjadi suami orang. Seharusnya aku tidak memikirkan dia lagi. Ampunkan aku, Ya Allah," rintih Kaisara.




**********




Ehsan memandang Kaisara yang berada di hadapannya. Pelik juga dia. Mengapa kali ini Kaisara termenung dan tiada novel di tangannya. Perlahan kakinya melangkah merapati Kaisara.

"Kaisara," panggil Ehsan lembut.

Kaisara mendongak memandang Ehsan. Kemudian dia tunduk kembali memandang lantai.


"Boleh saya duduk sini?" soal Ehsan.


Kaisara tidak menjawab sebaliknya dia berganjak ke tepi sedikit untuk memberi Ehsan ruang. Ehsan duduk di sebelah Kaisara.


"Kenapa awak termenung? Awak ada masalah ke?" soal Ehsan lembut.


Kaisara memandang Ehsan. Ehsan melemparkan senyuman kepada Kaisara.


"Semua orang tak lari dari masalah. Kalau awak tak keberatan, awak boleh cerita dekat saya. Saya sudi dengar cerita awak," ujar Ehsan.


Kaisara tersenyum. Dapat dilihat sinar keikhlasan di mata Ehsan.


"Saya teringat dekat Danish," lancar sahaja mulut Kaisara berkata.


"Siapa Danish?" soal Ehsan.


"Dulu dia orang istimewa dalam hati saya. Malahan, dia mendapat tempat tertinggi di hati saya selain keluarga saya. Saya dengan dia kenal sejak saya tingkatan dua dan dia pula tingkatan lima. Saya sayangkan dia," cerita Kaisara.


Ehsan mengangguk-angguk. Kaisara memandang wajah Ehsan yang khusyuk mendengar dia bercerita.


"Tapi sayang, kitorang tak ditakdirkan bersama. Empat tahun kitorang mengenali satu sama lain. Empat tahun. Bukan satu jangka masa yang pendek kan? Daripada saya masih sekolah menengah hinggalah saya hampir masuk kolej," sambung Kaisara.


"Kenapa? Apa yang terjadi?" soal Ehsan ingin tahu.


"Mak dia paksa dia kahwin dengan pilihan mak dia," jawab Kaisara pendek.


"Kahwin? Kenapa mak dia paksa? Dia kan masih muda. Baru 21 tahun," soal Ehsan.


"Yang tu saya tak tahu. Mungkin sebab mak dia nak yang terbaik untuk dia," jawab Kaisara.


"Habis awak macammana? Takkan dia setuju macamtu je?" soal Ehsan.


"Saya macamni lah. Dia terpaksa ikut pilihan mak dia. Kalau tak, mak dia tak nak mengaku dia anak mak dia. Lagipun syurga di bawah tapak kaki ibu. Saya rela dia kahwin dengan pilihan mak dia," jawab Kaisara.


"Awak tak jumpa dia lagi lepas tu?" soal Ehsan.


"Tak. Akhir sekali waktu dia cakap yang dia terpaksa kahwin. Lepastu saya langsung tak jumpa dia. Saya terus masuk kolej ni dan tinggal dekat sini. Mak dan ayah je lah dekat kampung. Mak kata dia dan isteri dia dah pindah dekat K.L," jawab Kaisara.


Ehsan merenung wajah Kaisara. Entah kenapa, dapat dirasakan penderitaan gadis ini. Patutlah Black kata dia susah berkawan dengan lelaki lain. Rupa-rupanya dia masih belum lupakan peristiwa pahit itu.


"Dah berapa lama awak tak jumpa dia?" soal Ehsan.


"Lama dah. Nak dekat tiga tahun. Entah-entah dah ada anak pun dia," jawab Kaisara.


Ehsan dan Kaisara diam melayan perasaan masing-masing.


"Awak, saya pergi class dulu," ujar Kaisara sekaligus memecahkan kesunyian di antara mereka.


"Okay!" jawab Ehsan.


Kaisara bingkas dan mula melangkah. Ehsan juga bangun. Dua tiga tapak Kaisara melangkah, Ehsan memanggil.


"Kaisara!" panggil Ehsan.


Kaisara menoleh memandang Ehsan di belakangnya. Ehsan berjalan merapati Kaisara.


"Kalau awak free, petang ni kita lunch nak?" soal Ehsan.


Kaisara memandang Ehsan yang kelihatan tidak tentu arah. Mungkin malu. Lama Kaisara terdiam.


"Okay,"jawab Kaisara pendek.


Ehsan tersenyum.


"Betul ni? Dekat mana? Pukul berapa?" soal Ehsan gelojoh.


"Dekat Cafe je lah. Pukul 2.00 lah,"jawab Kaisara.


"Okay. Saya tunggu awak,"ujar Ehsan.


"Saya pergi dulu ye. Assalamualaikum,"ujar Kaisara.


Kaisara kemudian menyambung langkahnya yang terhenti tadi. Ehsan menjawab salam Kaisara dan memerhatikan Kaisara sehingga hilang dari pandangannya.


************


Ehsan memandang sekeliling. Masih belum ada tanda-tanda bahawa Kaisara akan datang. Adakah Kaisara lupa janjinya? Ataupun dia tidak sudi? Ehsan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Jam tangannya dikerling. Sudah pukul 2.10 petang tetapi bayang Kaisara masih belum kelihatan.


Baru sahaja Ehsan mahu bangun, dia ternampak Kaisara yang sedang berjalan ke arahnya. Ehsan melemparkan satu senyuman kepada Kaisara.


"Assalamualaikum," sapa Ehsan seraya bangun dan menarik kerusi untuk Kaisara.


"Waalaikumusalam. Ehsan, sorry lambat. Prof. Zaki lambat lepas tadi. Mesti dah lama awak tunggu kan? Sorry Sorry," Kaisara memandang Ehsan yang berdiri di sebelahnya.


"Saya tak kisahlah. Cuma saya risau je awak lambat tadi. Ingatkan ada hal apa," ujar Ehsan.


Kaisara tersenyum dan kemudian duduk. Ehsan kemudian duduk di hadapan Kaisara. Kemudian, seorang pelayan datang ke arah mereka.


"Awak nak makan apa?" soal Ehsan.


"Nasi goreng ayam," jawab Kaisara.


"Air?" soal Ehsan lagi.


"Milo ais," jawab Kaisara.


"Oh, budak kecik lagi ni," usik Ehsan.


"Kenapa pulak?" soal Kaisara bingung.

"Budak kecik je yang selalu minum milo ais," jawab Ehsan.


Kaisara tergelak kecil.


"Bang, nasi goreng äyam dengan milo ais dua," ujar Ehsan.


"Itu je ke?" soal pelayan.


"Ye," jawab Ehsan.


Kemudian pelayan itu pergi meninggalkan mereka berdua.

"Awak okay?" soal Ehsan.


"Okay," jawab Kaisara pendek.


"Dah tak ingatkan si Danish tu lagi?" soal Ehsan.


"Danish? Tak mungkin saya dapat lupakan dia. Dia terlalu utuh di hati saya ni," jawab Kaisara.


Baru sahaja Ehsan mahu menjawab, pelayan datang menghidangkan makanan mereka. Selepas mereka makan, Kaisara dan Ehsan berjalan ke pintu kafe. Ramai mata memandang mereka. Yelah, Kaisara sedang berjalan dengan seorang lelaki! Dan Ehsan sedang berjalan dengan perempuan! Pelik bin Ajaib.


"Saya enjoy makan dengan awak petang ni. Kalau awak sudi nak keluar dengan saya lagi, saya beribu kali sudi," ujar Ehsan.


"Insya-Allah. Saya harap apa yang saya ceritakan, awak rahsiakan," ujar Kaisara.
"Itu satu amanah?" soal Ehsan.


"Iye," jawab Kaisara.


"Saya akan pegang amanah tu. Kalau awak suruh saya jaga awak pun saya akan jaga," ujar Ehsan.


Kaisara tergelak kecil.


"Okay lah. Saya pergi dulu. Bye," ujar Kaisara.


"Ehh kejap! Boleh tak saya nak nombor telefon awak?" soal Ehsan.


"Awak nak buat apa?" soal Kaisara.


"Saya nak telefon awak lah. Takpun mesej awak," ujar Ehsan.


Kaisara terdiam. Ehsan yang sememangnya tahu pasti Kaisara tidak menjawab sudahpun bersedia awal-awal. Dikeluarkan satu kertas kecil dari poket seluarnya dan dihulurkan kepada Kaisara.


"Apa ni?" soal Kaisara.


"Saya dah agak dah awak mesti tak nak bagi nombor awak so saya dah tulis nombor saya dalam kertas ni. Awak ambillah," ujar Ehsan.


Kaisara mengambil kertas yang dihulurkan Ehsan.


"Kalau awak ada apa-apa masalah, awak boleh hubungi saya bila-bila je. Saya sedia ada untuk awak," ujar Ehsan.


"Terima kasih," balas Kaisara.


"Saya balik dulu. Assalamualaikum," Ehsan mengakhiri perbualannya.


"Waalaikumusalam," jawab Kaisara.


Ehsan dan Kaisara kemudian melangkah ke arah yang ingin dituju. Seorang ke utara seorang ke barat.




**************




Sudah dua bulan tempoh perkenalan antara Kaisara dan Ehsan. Mereka berdua kelihatan begitu rapat. Ramai orang cemburu melihat keakraban mereka. Tetapi ramai juga yang gembira melihat mereka. Yelah, seorang lelaki yang susah jatuh cinta dan seorang perempuan yang susah didekati bersama! Berita hebat.


Dan petang ini, Kaisara dan Ehsan berjumpa di restoren yang sering dikunjugi mereka. Selain makanan yang enak, lokasi restoren itu juga menarik. Terletak di hadapan sebuah tasik yang begitu luas dan cantik. Ditemani bunga-bunga yang berwarna-warni dan harum. Tenang sungguh!


"Sara," panggil satu suara.


Kaisara dan Ehsan yang sedang rancak berbual memandang ke arah suara tersebut. Hati Kaisara berdegup kencang melihat empunya suara. Terus sahaja Kaisara bangun.


"Sara, abang minta maaf," ujar suara itu lagi.


Air mata Kaisara mengalir laju membasahi pipinya. Mata bertentang mata. Wajah yang dirinduinya itu direnung dalam. Ehsan turut bangun melihat adengan yang tidak dijangkakan itu.


"Danish nak apa?" soal Kaisara kasar.


"Abang rindukan Sara," ujar Danish perlahan.


Kaisara terdiam.


"Cukuplah Sara dera hati dan perasaan abang. Abang cintakan Sara. Abang tak boleh kehilangan Sara. Abang rindukan Sara. Terlalu rindu," ujar Danish lagi.


"Habis Danish dera hati Sara, Danish tak fikir?" soal Kaisara.


Danish mengeluh perlahan.


"Abang Sara, abang. Jangan panggil abang Danish," pinta Danish.


"Kenapa? Sara bukan sesiapa untuk Danish kan? Sara tak layak panggil Danish abang," ujar Kaisara.


"Abang cintakan Sara. Jangan buat abang macamni. Sara terlalu bermakna bagi abang. Hampir tiga tahun abang tak jumpa Sara. Abang perlukan Sara," ujar Danish.


Hati manusia mana yang tidak lembut. Akhirnya Kaisara duduk kembali di kerusi.


"Siapa ni Sara?" soal Danish.


Kaisara memandang Ehsan yang sedang merenungnya.


"Ehsan," jawab Kaisara.


Danish mengangguk.


"Saya pergi dulu ye Kai. Assalamualaikum," ujar Ehsan.


"Waalaikumusalam," jawab Kaisara dan Danish hampir serentak.


Ehsan kemudian melangkah menjauhi Kaisara dan Danish. Hatinya berkecai melihat adengan yang langsung tidak diduganya. Dengan hati yang lara, Ehsan menjauhi pasangan itu.



********************



Sudah hampir lima bulan Kaisara dan Danish berhubungan. Sekarang, Kaisara sudahpun bekerja. Begitu jua dengan Ehsan. Mereka masih berhubungan cuma tidak terlalu kerap seperti selalu. Kaisara dan Danish pula semakin rapat seperti pasangan kekasih.

Dan sampailah satu masa, ketika Kaisara sedang enak makan bersama Ehsan di restoren. Kebetulan Kaisara dan Ehsan terserempak di luar restoren. Dan waktu itulah, datang seorang wanita bersama seorang budak kecil yang lingkungan dua tahun.

"Awak Kaisara ke?" soal wanita itu.

Kaisara mengangguk.

"Saya Balqis," wanita itu memperkenalkan diri.

"Balqis, duduklah dulu," ujar Kaisara.

Balqis menurut. Budak kecil itu terkedek-kedek berlari ke arah Ehsan. Ehsan mengangkat budak kecil itu dan melayan dia makan. Kaisara dan Balqis hanya memerhatikan sahaja.

"Saya isteri Danish," ujar Balqis.

Kaisara terkejut.

"Akak mohon Sara tinggalkan Danish. Saya faham Sara cinta pertama abang. Saya faham abang masih mencintai Sara dan Sara jua. Akak faham tapi akak mohon jasa baik Sara tinggalkan abang," rayu Balqis.

Kaisara terdiam.



"Kalau Sara tak fikirkan pasal akak, Sara fikirkanlah pasal anak kami, Syah. Dia perlukan kasih sayang seorang bapa. Dia perlukan bapa. Kakak tahu Sara tahukan pasal ni. Akak mohon pada Sara. Akak buat semua ni untuk kebaikan anak akak. Akak tak nak dia membesar tanpa kasih sayang seorang bapa. Please Kaisara! I'm begging you," rayu Balqis.

Kaisara memandang Syah yang sedang makan disuap Ehsan. Nampak sangat budak kecil itu dahagakan kasih sayang seorang insan yang bergelar bapa. Ya Allah, kenapalah aku zalim sangat? Sanggupkah aku melihat budak kecil ini menderita kerana kehilangan kasih sayang bapa?





********

Kaisara memandang Danish di hadapannya. Dan tiba-tiba wajah Balqis dan Syah muncul silih berganti. Kaisara meraup wajahnya.

"Kenapa ni sayang?" soal Danish.

Kaisara tarik nafas. Kemudian dihelanya perlahan-lahan untuk mencari kekuatan. Danish memandangnya pelik.

"Abang, umur anak abang berapa?" soal Kaisara.

Danish nyata terkejut dengan soalan Kaisara.

"Kenapa Sara tanya abang macamtu?" soal Danish.

"Abang, please jawab soalan Sara," ujar Kaisara tegas.

"Dua tahun lebih," jawab Danish.

"Abang, dia perlukan kasih sayang abang. Dalam umur dia yang semakin meningkat. Sara tak sampai hati pisahkan dia dan abang," ujar Kaisara.

"Balqis ada jumpa Sara ke?" soal Danish.

"Abang, seharusnya abang mencintai Balqis bukan Sara. Sara bukan siapa-siapa untuk abang. Tapi Balqis isteri abang! Isteri abang yang sah dan Syah pula anak hasil perkahwinan Danish dan Balqis!" ujar Kaisara tanpa menjawab soalan Danish.

" Abang cintakan Sara bukan Balqis! Balqis hanya pilihan mak," ujar Danish.

"Memang dia bukan pilihan abang tapi dia tetap isteri abang! Apa pun yang abang kata, dia tetap isteri abang! Dan Sara pula tiada apa-apa ikatan dengan abang. Abang faham tak?"

"Tapi abang tak cintakan dia......."

"Cinta boleh dipupuk dalam perkahwinan. Please bang. Balqis seorang isteri yang sempurna! Dia sanggup bertahan walau apa yang abang buat. Takkan abang tak sedar semua tu?"

"Abang...."

"Dan Syah ialah hadiah perkahwinan abang dan Balqis. Abang, hargailah Balqis. Sara mohon bang!"

"Tapi Sara..."

"Sara bahagia bila abang bahagia. Bukankah cinta memerlukan pengorbanan? Belajarlah mencintai Balqis dan belajarlah menjadi seorang bapa yang baik. Walau apa pun berlaku, Sara tetap sokong abang," ujar Kaisara.

"Abang..." panggil Balqis dari belakang Danish.

Danish menoleh memandang Balqis. Dipeluknya tubuh Balqis. Perlahan air mata Danish mengalir. Menyesali atas perbuatannya. Syah yang berada di belakang bersama Ehsan menghampiri Kaisara.

"Kenapa mama dengan papa menangis?" soal Syah.

"Diorang menangis sebah Syah," jawab Kaisara perlahan.

Syah berjalan mendekati Danish dan Balqis.

"Mama papa, janganlah menangis," ujar Syah.

Danish dan Balqis memandang Syah. Danish tersenyum. Kemudian dia melutut untuk menyamakan ketinggiannya dengan Syah. Tangannya diletakkan di bahu Syah.

"Syah, maafkan papa. Papa janji papa tak tinggalkan Syah lagi. Papa minta maaf ye sayang!" ujar Danish.

Kemudian badan Syah dipeluknya. Syah yang seakan mengerti membalas pelukan Danish. Kemudian Balqis pula memeluk mereka berdua.

Kaisara memandang mereka sayu. Ditahan air matanya. Baru dia sedar yang dia telah memisahkan tiga beranak itu. Perlahan kakinya melangkah meninggalkan kawasan tersebut. Pedih hatinya melihat orang yang disayang memeluk orang lain. Ehsan mengekori langkah Kaisara ke tepi kawasan tasik di luar restoren itu.

Kaisara duduk di bangku yang disediakan. Begitu jua dengan Ehsan.

"Jangan risau, awak buat tindakan yang betul," ujar Ehsan.

"Tapi kenapa hati saya sakit sangat? Kenapa Ehsan? Kenapa?" soal Kaisara bertalu-talu.

"Kai, awak akan lebih bahagia apabila merelakan semua tu. Itu semua takdir Tuhan. Mungkin Danish cinta pertama awak tapi dia bukan cinta terakhir awak. Dan awak seharusnya mencari cinta terakhir awak bukan hanya berpegang pada cinta pertama awak," nasihat Ehsan.

Kaisara memandang Ehsan. Sinar mata Ehsan menunjukkan dia ikhlas.

"Dan awak kena ingat, walau apapun berlaku, walau apapun terjadi, tak kiralah Danish ke siapa ke yang tinggalkan awak, awak masih ada Allah," sambung Ehsan lagi.

"Saya faham. Saya cuba," ujar Kaisara.

Ehsan melemparkan satu senyuman dan Kaisara membalas senyuman itu.

***************

Sudah dua bulan kejadian itu berlaku dan Alhamdulillah, Kaisara sudah mampu lupakan cinta pertamanya. Dan dia masih mencari cinta terakhirnya. Yang akan sehidup semati bersamanya. Siapakah dia? Mungkinkah Ehsan? Dan seperti biasa, Kaisara dan Ehsan berjumpa di restoren yang terlalu banyak menyimpan kenangan.

"Kai, ada benda yang Ehsan nak cakap ni," ujar Ehsan.

Kaisara mengangkat keningnya tanda menyuruh Ehsan menyambung kata-katanya.

"Benda ni dah lama Ehsan simpan. Lama sangat. Mungkin Ehsan tiada keyakinan diri untuk berterus terang awal-awal tapi sekarang Ehsan ada keyakinan diri. Inipun kalau semua masih belum terlambat," ujar Ehsan berbunga-bunga."

"Apa benda nya Ehsan? Bunyi macam serius je," ujar Kaisara.

Ehsan menarik nafas dalam-dalam lalu dihembuskan perlahan untuk mencari kekuatan. Matanya merenung Kaisara dalam.

"Ehsan cintakan Kaisara,"penuh makna Ehsan mengucapkannya.

Bagaikan kejutan elektrik, Kaisara terus memandang Ehsan.

"Ehsan cintakan Kaisara. Dah lama Ehsan simpan perasaan ni. Sejak pertemuan pertama lagi. Mungkin Kai boleh cakap Ehsan tipu ke apa tapi Kai tak boleh menidakkan perasaan dalam hati Ehsan ni," ujar Ehsan.

Kaisara terdiam lagi. Dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dijawabnya.

"Kalau itu semua susah untuk Kai terima, Ehsan faham. Mungkin sudah terlambat. Tapi perasaan dalam hati ni Ehsan akan bawa sampai bila-bila pun. Hanya nama Kaisara terpahat di hati Ehsan ni," sambung Ehsan lagi.

Kaisara masih terdiam.

"Jika Kai ubah fikiran, Kai cakaplah dekat Ehsan. Ehsan akan menanti Kai sampai bila-bila," ujar Ehsan.

Ehsan bangun.

"Assalamualaikum," Ehsan berlalu pergi.

"Waalaikumusalam," jawab Kaisara perlahan.

Kaisara kemudian mengangkat kepalanya. Kelibat Ehsan mula hilang dari pandangan matanya. Kaisara kemudian menekap dadanya dengan telapak tangannya. Jika dia tidak suka Ehsan, kenapa hatinya berdebar-debar? Dan jika dia tidak mempunyai perasaan yang sama seperti Ehsan, mengapa dia harus gugup seperti sekarang? Kenapa dia tidak cakap, aku tak cintakan kau?

**********

Kaisara memanjatkan doanya kepada Yang Maha Kuasa. Perlahan tangannya mengetuk pintu bilik pejabat Ehsan. Sekali, dua kali dan terdengar suara Ehsan mengarahnya masuk. Tombol pintu dipulas perlahan. Dilihat Ehsan masih menumpukan perhatian kepada komputer. Kemudian pintu ditutup dan langkah dimajukan hingga ke hadapan meja Ehsan.

Nafas ditarik sedalam-dalamnya dan kemudian dihelakan.

"Ehsan," panggil Kaisara terketar-ketar.

Ehsan terus memandang Kaisara. Dada Kaisara berdegup kencang melihat wajah Ehsan.

"Ada apa?" soal Ehsan.

"Saya... saya..." tergagap-gagap Kaisara mahu menghabiskan ayatnya.

"Saya apa?" soal Ehsan.

Ehsan bangun dan berdiri di hadapan Kaisara.

"Saya...saya..."

"Saya apaa??" jerkah Ehsan.

"Saya cintakan awak," Kaisara melatah.

Ehsan ketawa terkekeh-kekeh melihat Kaisara melatah. Pipi Kaisara pula sudah merona merah menahan malu.

"Kenapa gelak?" marah Kaisara.

"Dah awak buat lawak," jawab Ehsan ringkas bersama sisa tawanya.

"Mana ada! Tak nak kawan lah!" ujar Kaisara seraya melangkah menuju ke muka pintu.

Baru sahaja dua langkah, dia rasakan tangannya digenggam.

"Jangan lah merajuk. Ehsan pun cintakan Kai. Tak baik merajuk," pujuk Ehsan.

"Habis Ehsan menjengkelkan," ujar Kaisara.

"Ye lah. Sorry sayang," ujar Ehsan.

Kaisara membulatkan matanya.

"Gatal!!!" jerit Kaisara perlahan.

Ehsan hanya tertawa terkekeh-kekeh. Kaisara pula tersenyum. Dan tanpa mereka sedar, di luar ramai orang mengintai telatah mereka di sebalik cermin tingkap.






2 comments: