Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Saturday, February 20, 2010

KITA (10)

Telefon yang tadinya berada ditangan Irshad terjatuh. Sungguh dia terkejut dengan berita yang disampaikan Nurin! Terngiang-ngiang kata-kata Nurin tadi.


Abang, umi sakit. Umi terlampau rindukan abang. Balik lah bang. Badan umi dah cengkung. Nurin dah tak tahu apa lagi yang perlu dibuat. Hanya kepulangan abang dapat mengubat sakit umi. Please bang. Demi keluarga kita.


Tanpa berfikir panjang, dia mencapai beberapa helai pakaiannya lalu dimasukkan ke dalam beg. Barangan yang penting turut dimasukkan. Setelah membawa apa yang patut, dia menolak beg itu keluar ke lobi.

Irshad, where are you going?” soal Melissa yang kebetulan berada di situ.

Irshad pandang Melissa.

I'm going home for a while. Tolong bagitahu Fiq, Irshad cuti. Tolong ye Mel,” ujar Irshad.

“Kenapa ni? Look like you hurry?” soal Melissa.

“Umi sakit. Mel, Irshad pergi dulu ye. Bye,” ujar Irshad.

Melissa angguk. Dia hanya memerhatikan sahaja langkah Irshad yang semakin menjauhi.


* * *


“Fiq!” sergah Melissa dari belakang.

Fiq mengurut dadanya. Terkejut dengan sergahan Melissa. Terkekek-kekek Melissa mengetawakan Fiq.

“Mel ni. Nasib baik Fiq tak ada sakit jantung. Kalau tidak, tak dapat dah Mel nak tengok muka tampan Fiq,” ujar Fiq separa memuji dirinya.

Melissa buat tanda mahu muntah. Fiq tertawa.

“Ada apa ni?” soal Fiq.

“Irshad cakap dia tak masuk kerja untuk beberapa hari,” ujar Melissa.

“Baru kerja dah ponteng,” rungut Fiq.

“Taklah. Dia ada hal. Katanya, umi dia sakit,” ujar Melissa.

“Iyelah,” ujar Fiq.

Melissa sengih.

“Mana Zak?” soal Melissa.

“Entah. Tadi ada, sekarang dah hilang,” ujar Fiq.

Melissa ketawa.

Okay lah. Mel nak masuk kerja. Bye!” ujar Melissa seraya berlalu ke tempat kerjanya.


* * *

Irshad membaca doa di dalam hati. Mohon agar kepulangannya disini diterima. Beg rodanya ditarik lalu loceng rumah ditekan. Tidak sampai seminit, pintu telah dibuka dan wajah Mak Tim kelihatan.

“Assalamualaikum Mak Tim,” ujar Irshad.

“Waalaikumusalam. Irshad, masuklah,” ujar Mak Tim.

Irshad senyum. Kakinya melangkah masuk ke dalam rumah. Dia duduk di atas sofa.

“Mak Tim, tolong hantarkan beg saya dekat dalam bilik,” arah Irshad.

Mak Tim angguk. Beg roda itu diangkat. Baru sahaja kaki Mak Tim di anak tangga kedua, Irshad memanggil.

“Umi dekat mana?” soal Irshad.

“Dalam bilik,” jawab Mak Tim.

Irshad angguk. Mak Tim berlalu ke atas. Kemudian Irshad bangun dan melangkah menuju ke bilik Datin Aliza. Pintu diketuk.

“Masuk,” arah Datin Aliza dari dalam.

Irshad memulas tombol dan masuk ke dalam. Kakinya melangkah ke arah katil Datin Aliza.

“Nurin ke?” soal Datin Aliza.

Sayu hati Irshad mendengar suara Datin Aliza seperti tidak bermaya.

“Umi,” panggil Irshad.

Datin Aliza terkejut. Irshad yang sudahpun sampai di hadapan Datin Aliza memeluk Datin Aliza erat.

“Maafkan Irshad, umi. Maafkan Irshad,” mohon Irshad.

Datin Aliza seakan tidak percaya Irshad sedang memeluknya. Anak yang dirinduinya itu kembali!

“Irshad?” soal Datin Aliza meminta kepastian.

“Iye umi. Irshad,” jawab Irshad.

Datin Aliza mengalirkan air mata kegembiraan. Pelukan Irshad dibalas. Siapa tak gembira, anak yang dirinduinya pulang kembali.

“Jangan pergi dari umi lagi. Umi sayangkan Irshad,” ujar Datin Aliza.

“Irshad janji umi. Irshad takkan larikan diri lagi,” ujar Irshad.

Datin Aliza angguk. Tanpa sedar, Irshad mengalirkan air mata. Dia sendiri sedih melihat perubahan yang ketara pada Datin Aliza.


* * *


Melissa melangkah ke arah Qaseh yang sedang duduk di batu tepi pantai. Tiba-tiba datang idea kejamnya. Langkahnya berhati-hati agar Qaseh tidak dengar bunyi kakinya.

“Qaseh!!”

“Oh mak kau masuk air!”

Melissa ketawa terbahak-bahak. Sakit perut dia ketawa.

“Mel, kau ni kan!” marah Qaseh.

“Haha. Kelakar lah kau ni. Konon samseng tapi melatah!” ejek Melissa.

Qaseh mencebik.

“Hey! Hal dulu jangan diungkit. Karang tak pasal-pasal kau dapat chopkick percuma!” ujar Qaseh.

Melissa angkat kedua-dua belah tangan gaya seperti orang menyerah kalah.

“Duhh, garang gila makcik ni. Okay, tak ungkit dah,” ujar Melissa.

Qaseh sengih.

“Kau ni kenapa termenung sorang-sorang?” soal Melissa sambil duduk di sebelah Qaseh.

Qaseh garu kepala.

“Aku termenung ke?” soal Qaseh.

“Tak lah kau gelak,” perli Melissa.

Qaseh tampar lengan Melissa perlahan.

“Kau ni, suka kacau aku,” ujar Qaseh.

“Jawablah cepat. Kenapa kau termenung?” soal Melissa.

“Takde ah, aku tertanya-tanya siapa yang hantar mesej tu dekat ayah dengan mama aku. Siapa yang dengki dengan pertunangan kitorang?” Qaseh baling batu kecil ke dalam air.

“Kan ayah kau cakap, dia sendiri tak siasat. Lagipun kenapa kau nak tahu?” soal Melissa.

“Kau tanya aku kenapa aku nak tahu? Okay. Cuba kalau kau jadi aku, kau nak tak tahu ni semua angkara siapa?” tanya Qaseh.

Melissa angguk.

“Begitu juga dengan aku. Aku nak tahu semua ni kerja siapa. Tapi aku pelik ah, kenapa ayah aku tak siasat benda tu semua?” ujar Qaseh.

Maybe ayah kau malas nak panjang-panjangkan cerita. Dia anggap kahwin dengan mama kau dapat selesaikan masalah tu. Biasalah Qaseh, orang kalau dalam masalah, dia tak mampu fikir dengan rasional. Lagi-lagi waktu tu kau mengamuk, dia diserang penyakit. Lagilah dia buntu,” ujar Melissa.

Maybe,” ujar Qaseh.

“Kau tak percayakan ayah kau?” soal Melissa.

“Tak, aku percaya. Tapi hal ni buat aku was-was,” ujar Qaseh.

“Kalau kau nak yakin, how about kau sendiri siasat siapa punya angkara ni,” usul Melissa.

Qaseh angkat kening, “maksud kau?”

Melissa senyum evil. Qaseh dah pelik.


* * *


Nurin dah melompat kegembiraan. Mana tak gembira, abang yang ditunggu-tunggu pulang! Begnya dah mana entah dia campak.

“Bila abang sampai? Kenapa tak bagitahu Nurin?” soal Nurin.

Irshad sengih.

“Abang baru sampai tadi. Saje je abang tak nak bagitahu Nurin. Nak buat suprise!” jawab Irshad.

Nurin ketawa.

“Umi mana abang?” soal Nurin.

“Dapur. Kata umi, dia nak masak,” jawab Irshad.

“Sakit-sakit pun masak?” soal Nurin.

“Entah. Abang dah larang tapi umi berdegil nak masak,” ujar Irshad.

“Yelah. Abang dah balik. Kan Nurin cakap, hanya abang dapat mengubat sakit umi,” ujar Nurin.

Irshad hanya tersenyum.

“Abang nak minum ke? Kalau nak, Nurin boleh buatkan,” ujar Nurin.

“Tak pernah dia buatkan air untuk abang selama ni. Ni kenapa nak buat ni? Ada udang di sebalik maggi ye?” usik Irshad.

Nurin tarik muncung.

“Orang nak buatkan air dia kata orang ada udang di sebalik maggi pula,” rajuk Nurin.

“Ala la, kenapa sentitif pulak adik abang ni? Iyelah, pergi buat air. Kempunan nak rasa air yang dibuat oleh Nurin,” pujuk Irshad.

Nurin tertawa. Lantas dia ke dapur untuk membuat air. Sejurus kemudian, Datin Aliza datang ke hadapan.

“Apa mimpi Nurin buat air tu?” soal Datin Aliza.

“Irshad pun pelik. Lepastu orang usik sikit dia dah sensitif. Dah ada pakwe ye dia, umi?” Irshad cuba mencungkil rahsia.

Datin Aliza tertawa.

“Entahlah. Cuba tanya dia. Ha tu dia datang,” ujar Datin Aliza.

Nurin datang bersama secawan air minuman. Diletakkan di atas meja. Irshad capai cawan lalu dihirupnya air itu.

“Sedap!” puji Irshad.

“Tengok orang lah,” Nurin dah riak.

“Berlagak!” kutuk Irshad.

Nurin hanya tertawa.

“Nurin ni dah ada boyfriend ye?” soal Irshad.

Nurin gelak.

“Nurin ada boyfriend? Berita panas tu! Abang dengan umi buat gosip yer?” sangkal Nurin.

Irshad dan Datin Aliza turut tertawa.

“Habis Nurin dah lain je. Ke ada minat someone ni?” soal Irshad lagi.

Nurin terdiam. Jantung berdegup kencang.

“Kenapa diam? Betullah tu kan? Huu, adik abang dah pandai bercinta!” ejek Irshad.

“Mana ada!” ujar Nurin seraya bangun lalu naik ke atas.

Irshad pandang Datin Aliza. Datin Aliza pandang Irshad. Kemudian mereka gelak. Kelakar melihat reaksi Nurin. Tanpa mereka sedari, Nurin sedang mengintai dari atas. Keluhan keluar daripada mulut Nurin.

No comments:

Post a Comment