Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Saturday, February 20, 2010

KITA (9)

Wajah Azhar dipandang. Seperti tidak percaya dengan apa yang diperkatakan Azhar itu. Inikah kembar dia yang bernama Azhar?

Serius?”

Azhar angguk.

“Terlebih serius!”

Fiq senyum. Alhamdulillah, terbuka juga hati Azhar untuk menceritakan segalanya kepada Qaseh.

“Tapi...”

Fiq angkat kening. Main tapi-tapi pulak dia ni.

“Aku nak kau tolong aku kumpulkan Linda, Qaseh dan kau sendiri dekat tepi pantai jam 9.00 malam ni,” pinta Azhar penuh harapan.

Fiq sengih. Ibu jari diangkat. Azhar turut tersenyum.




* * *


Seperti yang dirancang, Linda, Qaseh, Fiq dan Azhar berkumpul di tepi pantai. Azhar bangun. Mahu memulakan perbincangan.

Satu persatu wajah diperhatikan. Wajah Linda yang tenang, wajah Qaseh yang tidak ikhlas dan juga wajah Fiq yang asyik tersenyum.

“Saya nak jernihkan kembali keadaan yang sepatutnya saya lakukan pada awal lagi andai semuanya masih sempat,” Azhar memulakan hujah.

What? Cepat sikit boleh tak?” ujar Qaseh.

Azhar pandang Qaseh. Kemudian dia angguk.

“Qaseh, ini semua adalah jawapan yang awak cari-cari selama ini. Jawapan kepada semua persoalanan yang bermain di fikiran Qaseh. Saya harap awak berpuas hati dengan jawapan saya,” ujar Azhar.

Azhar tidak lagi menggunakan panggilan 'ayah' . Dia menggunakan perkataan 'saya' dan 'awak'.

“Tak payahlah. Buang masa je,” Qaseh bangun tetapi ditahan oleh Azhar.

“Duduk Qaseh!” Azhar dah keluar aura harimau.

Qaseh menurut. Kecut juga dia dengar ton suara Azhar.

“Dulu, saya dan awak, Qaseh telah mengikatkan tali pertunangan. Dulu, kita bahagia bersama kan? Tapi semua tu tak lama. Dua bulan selepas kita bertunang, saya disahkan menghidapi penyakit kanser tulang,” Azhar berhenti sekejap.

Qaseh melopong.

“Dan saya suruh Fiq ganti posisi saya di sisi awak. Yeah, saya akui saya bodoh sebab buat keputusan mendadak macamtu. Dan seminggu lepastu awak dah tahu sebab saya ditangkap berdua-duaan dengan Linda, mama awak!” Azhar pandang Linda. Linda hanya tunduk.

“Tapi awak tahu tak macammana kitorang ditangkap? Saya dan mama awak terima satu mesej yang mengatakan awak dalam bahaya. Disebabkan terlalu sayangkan awaklah kami berdua terus pergi tanpa berfikir panjang. Dan sejurus lepas kami sampai, Jabatan Agama Islam pula datang dan menangkap kami,” cerita Azhar.

Qaseh pandang Azhar dan Linda silih berganti.

“Waktu tu juga pembohongan saya dan Fiq terbongkar. Awak mengamuk dan putuskan tali pertunangan. Lalu saya ambil keputusan bernikah dengan mama awak. Sebab apa? Sebab saya tahu awak layak menerima lelaki lain selain saya. Sebab awak berhak dapat suami yang lebih baik. Saya tak layak untuk awak. Saya tak boleh hidup lama,” ujar Azhar sayu.

Air mata Qaseh menitis namun diseka kasar.

“Kau tipu! Kalau betul, siapa yang perangkap kau?” tanya Qaseh kasar.

Azhar geleng.

“Saya tak tahu. Sebab saya tak pernah siasat pun siapa yang hantar mesej tu dekat saya. Kalaupun sekali saya cari orang tu, apa yang boleh saya buat? Lebih baik saya tak tahu daripada tahu,” jawab Azhar.

“Penipu!” jerit Qaseh lantang.

Fiq, Azhar dan Linda pandang Qaseh yang sudahpun bangun.

“Kau tipu! Kau tipu!” jerit Qaseh lagi.

Tiba-tiba satu suara kedengaran dari belakang mereka.

“Dia tak tipu, Qaseh,” ujar Melissa.

Semua pandang Melissa. Qaseh terkejut. Macammana Melissa tahu masalah keluarganya? Sedangkan dia hanya memberitahu Irshad sahaja.

“Mel,” ujar Qaseh.

“Kau sedar tak, dia terlalu sayangkan kau sampai dia sanggup berkorban. Dia sanggup korbankan cinta dia. Untuk siapa? Untuk kau, Qaseh! Kenapa kau tak pernah sedar semuanya?” soal Melissa.

Qaseh tutup telinga. Dia berlari meninggalkan mereka. Linda nak kejar tetapi ditahan Melissa.

“Biar Mel yang tengokkan dia. Korang semua tunggu sini,” ujar Melissa.

Melissa segera mencari Qaseh.



* * *


Qaseh seka air matanya. Benarkah apa yang diberitahu Azhar tadi? Benarkah kata-kata Melissa? Azhar berkorban demi dia. Demi Nur Qaseh!

“Qaseh..” panggil Melissa.

Melissa duduk di sebelah Qaseh.

“Lupakan ego kau. Pulanglah ke mama kau, Qaseh. Cukuplah kau siksa hati dan perasaan Azhar dan mama kau. Mereka sayangkan kau,” ujar Melissa.

“Aku malu..” ujar Qaseh perlahan.

Melissa usap kepala Qaseh.

“Buat apa kau nak malu, Qaseh? Kau bukannya nak merompak ataupun apa. Kau cuma nak minta maaf dan pulang ke pangkuan keluarga kau. Pergilah Qaseh. Pergi sebelum kau terlewat,” nasihat Melissa.

Qaseh peluk Melissa.

Thanks Mel,” ujar Qaseh.

Qaseh bangun diikuti Melissa. Sampai di satu tempat jauhnya lebih kurang dua puluh meter, mereka berdua berhenti.

“Pergilah Qaseh,” ujar Melissa.

Sekali lagi Qaseh peluk Melissa. Kemudian dia berlari ke arah keluarganya. Tiga beranak itu berpelukan. Tanpa disedari, air mata Melissa gugur. Rindunya dia kepada mummy and daddy nya hanya Allah yang tahu.

Irshad dan Zakuan yang datang entah dari mana berdiri di sebelah Melissa. Bahu Melissa dipegang. Irshad pegang bahu kanan Melissa. Zakuan pegang bahu kiri Melissa.

“Harap mereka sekeluarga akan bahagia bersama,” ujar Melissa.

Zakuan dan Irshad mengaminkan kata-kata Melissa. Malam yang dipenuhi bintang-bintang itu menjadi semakin indah apabila sebuah keluarga dapat disatukan.


***


“Betul ni Qaseh tak nak ikut mama balik?” soal Linda.

Qaseh senyum.

“Ma, sudah sampainya masa untuk Qaseh berdikari,” jawab Qaseh.

Linda senyum. Tubuh Qaseh dirangkulnya.

“Mama sayangkan Qaseh sangat-sangat,” ujar Linda.

“Qaseh pun sayangkan mama sangat-sangat,” balas Qaseh.

Kedua-dua beranak itupun meleraikan pelukan mereka.

“Qaseh minta maaf sangat-sangat dekat mama,” ujar Qaseh.

“Mama dah lama maafkan Qaseh. Qaseh kan satu-satunya anak mama,” ujar Linda.

Qaseh senyum. Kemudian Azhar datang ke mereka setelah bonet kereta Proton Waja ditutup. Qaseh pandang Azhar. Tangannya dihulur.

“Maafkan Qaseh sebab tuduh ayah yang bukan-bukan. Qaseh tahu Qaseh salah,” ujar Qaseh.

Azhar senyum. Huluran tangan Qaseh disambut lalu Qaseh mencium tangan Azhar.

“Ayah dah lama maafkan Qaseh,” ujar Azhar.

“Qaseh doakan kebahagiaan ayah dengan mama dekat sini,” ujar Qaseh.

Azhar angguk. Kemudian Azhar masuk ke dalam kereta. Qaseh pula mendekati Linda.

“Ma, jaga kesihatan ayah tau. Jangan fikir soal duit. Insya-Allah, Qaseh akan hantar wang belanja mama dengan ayah setiap bulan,” bisik Qaseh.

Linda angguk. Kemudian Linda pula masuk ke dalam kereta.

Bye Qaseh!” lambai Linda dan Azhar.

Bye mama, ayah!” balas Qaseh.

Kereta Waja itu pun menyusur laju meninggalkan perkarangan hotel. Qaseh hanya memerhatikan sahaja kereta mereka sehinggalah hilang dari pandangan. Perlahan, air mata kegembiraan bercampur dengan kesedihan mengalir.

“Qaseh hanya perlu doakan kebahagiaan diorang dan Insya-Allah, diorang akan bahagia,” entah dari mana, tiba-tiba sahaja Fiq berada di sebelahnya.

Cepat-cepat Qaseh seka air matanya.

“Qaseh-Qaseh. Kalau kau nak menangis, menangis lah. Tak perlu menyorok. Luahkan apa yang terpendam,” ujar Fiq.

Tanpa ditahan, Qaseh menangis di sebelah Fiq. Lebih kurang lima minit, Qaseh menangis.

Feel more better?” soal Fiq.

Qaseh angguk.

Thanks,” ujar Qaseh.

Fiq senyum.

Not a big deal. Aku kan pakcik kau,” usik Fiq.

Qaseh gelak.

“Baguslah. Aku ada ayah yang dua tahun lebih tua dari aku dan aku ada pakcik yang juga dua tahun tua dari aku. Unik betul keluarga aku,” ujar Qaseh.

“Unik tapi bahagia,” sampuk Fiq.

Qaseh angguk.

Okay lah Fiq. Aku nak masuk kerja dulu. Oh yeah, sebelum terlupa. Aku minta maaflah sebab berkasar dengan kau haritu,” ujar Qaseh.

“Ala, small matter je. Aku pun minta maaflah sebab tampar kau. Tak pasal-pasal je kau kena tampar dengan aku,” ujar Fiq.

“Tu lah. Kau memang tak boleh buat laki ni. Habis bini kau ditamparnya,” sakat Qaseh.

“Dengan bini, aku tak tampar lah. Dengan anak saudara je aku tampar,” ujar Fiq.

Qaseh gelak.

“Tapi kau still nak buat ke rancangan evil kau tu?” soal Fiq.

“Takde dah. Takkanlah aku sampai hati nak buat dekat pakcik aku yang tersayang ni,” ujar Qaseh.

“Bagus,” ujar Fiq.

Okay lah my uncle. Nak sambung kerja. Bye pakcik!” ejek Qaseh sambil berlalu.

Fiq geleng kepala melihat telatah Qaseh tetapi dia terhibur. Memang betullah Qaseh sebenarnya baik hanya dendam itu yang membuat dia jadi orang lain.

No comments:

Post a Comment