Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Sunday, June 13, 2010

KITA (27)

Melissa pandang Irshad yang tidak senang duduk. Sekejap dia bangun, sekejap dia berdiri. Melissa yang sudahpun pening melihat gelangat Irshad mula bersuara.

“Kenapa?” soal Melissa.

Irshad pandang Melissa. Keningnya diangkat. Minta Melissa mengulang soalannya.

“Kenapa tak boleh duduk diam? Ada masalah?” soal Melissa.

Irshad yang ketika itu berdiri melangkah mendekati Melissa. Dia duduk bersama Melissa di atas tilam yang empuk itu.

“Chad dah buat keputusan!” ujar Irshad bersemangat.

Melissa kerutkan dahi.

“Keputusan?” soal Melissa.

Irshad angguk.

“Chad akan cari saudara kandung Chad. Bila Chad fikir-fikirkan balik, takkanlah tak ada sorang pun saudara kandung Chad yang masih hidup kan,” ujar Irshad.

“Betul! Mel sokong!” ujar Melissa.

Irshad senyum. Melissa bangun.

“Jomlah!” ajak Melissa.

Irshad angkat kening.

“Jom apa?” soal Irshad.

“Cari saudara kandung Chad lah!” jawab Melissa.

“Sekarang?” soal Irshad.

“Ye lah. Takkan tahun depan pulak,” ujar Melissa sinis.

Irshad tersengih. Dia bangun dan bersiap untuk memulakan misinya. Mencari saudara kandungnya.


* * *


Gambar itu ditatapnya lagi. Air matanya yang mengalir hanya dibiarkan mengalir dari mata jatuh ke pipi dan akhir sekali jatuh ke bajunya. Gambar yang dijumpainya ketika dia sedang mengemas biliknya itu. Entah bagaimana gambar itu boleh ada di situ, dia sendiri tidak tahu.

Kemudian dia bangun. Melangkah ke arah laci kecil yang sudah lama tidak dibukanya. Lama sangat. Dan hari ini dia buka laci itu. Kotak kecil yang sudahpun berhabuk dikeluarkan. Dia membuang habuk-habuk yang terlekat di kotak itu.

Dia duduk di atas katilnya. Kotak itu dibuka. Satu kertas berwarna biru laut dikeluarkan. Kertas itu dibuka. Dan dia memulakan bacaanya. Sepatah demi sepatah, sebaris demi sebaris dan perenggan demi perenggan.


Linda sayang,
Linda apa khabar? Abang harap Linda sihat. By the time you read this letter, maybe abang tak ada di sisi Linda. Maybe hidup abang di dunia yang indah ni dah berakhir. Semua itu kehendak Allah. Abang tak boleh cakap lebih-lebih.
Abang tahu abang berdosa pada Linda. Abang tahu semua ni silap abang. Kalaulah abang tak pergi London waktu tu. Kalaulah abang tak jumpa Sofea. Kalaulah abang tak terlanjur mencintai Sofea. Kalaulah.. Tapi itu semua kata 'kalaulah'. Semua ni dah pun terjadi. Tak guna pun abang nak menyesal. Nasi dah jadi bubur dan takkan boleh jadi nasi balik. Abang tak boleh patahkan balik masa. Abang tak boleh.
Dan abang juga tak mampu untuk menceraikan Sofea. Berdosa besar andai abang melakukan itu. Linda pun sedia maklum kan. Abang takkan ceraikan Sofea ataupun Linda. Abang takkan lakukan tu. Abang nak Linda tahu, walaupun abang menduakan Linda tapi hati ini sentiasa untukmu. Sama macam dulu. Bezanya, abang terpaksa membelahkan hati ini. Sebahagian untuk Linda dan sebahagian untuk Sofea. Abang tahu, tak ada satu wanita pun di muka bumi ini yang sanggup berkongsi kasih. Abang tahu. Dan atas sebab itu abang tak mendesak Linda untuk menerima Sofea. Linda dah benarkan abang berpoligami, itu dah cukup baik buat abang. Abang takkan pernah akan paksa Linda untuk menerima Sofea seadanya sebab abang tahu hati Linda terluka. Dalam luka itu dan akan mengambill masa yang lama untuk dipulihkan.
Linda, abang cuma minta satu je. Abang nak Linda cari anak abang bersama Sofea. Abang nak Linda jaga dia. Sayang dia. Even abang tahu Linda takkan mampu untuk sayang dia sepertimana Linda sayang Qaseh, but at least sayang dia. Walaupun sekecil kuman. Itu je permintan abang Linda. Please lakukan itu demi abang. Irshad berhak tahu siapa Qaseh, saudara kandung dia. Please Linda. Abang merayu pada Linda.
Linda, abang sayangkan Linda. Sampai bila-bila pun. Dan abang harap, hati Linda akan terbuka satu hari nanti untuk mencari Irshad. Amin...



Linda melipat surat itu kembali. Surat itu dimasukkan ke dalam kotak kecil itu. Sekeping gambar pula dikeluarkan. Gambar Irshad ketika bayi. Linda merenung lama gambar itu. Air matanya mengalir. Air mata penyesalan.

“Mama akan cari Irshad. Mama harap semua ni tidak terlambat,” ujar Linda perlahan.


* * *


Qaseh mengemas beg pakaiannya. Dia dah janji dengan Zakuan untuk balik ke Kuala Lumpur hari ni. Dia dah minta cuti selama satu minggu. Untuk pulang ke Kuala Lumpur. Untuk menjenguk mamanya.

Bunyi loceng kedengaran. Pantas sahaja Qaseh menarik beg nya dan melangkah keluar dari bilik itu. Pintu dibuka dan wajah Fiq menghiasi pandangannya. Senyuman diukirkan buat Fiq.

“Nak balik dah?” soal Fiq.

Qaseh angguk.

“Mama pun dah call semalam. Mama cakap ada benda nak cakap,” ujar Qaseh.

Fiq angguk.

“Balik dengan Zak?” soal Fiq.

Qaseh angguk.

“Selamat bercuti,” ujar Fiq.

Qaseh angguk lagi. Pintu bilik dikuncinya. Kemudian dia melangkah. Meninggalkan Fiq yang masih berdiri tegak di muka pintu. Dan mendapatkan Zakuan yang berada di lobi.


* * *


Qaseh mengangkat begnya keluar daripada bonet teksi Proton Saga itu. Bayaran tambang teksi tidak perlu dibayar. Zakuan dengan rela hati akan membayarkan. Qaseh melangkah ke arah Zakuan yang berdiri di pintu belakang Proton Saga itu.

“Elok-elok ye,” pesan Qaseh.

Zakuan senyum.

“Malam nanti saya call awak tau. Jangan matikan telefon sudah!” ujar Zakuan.

Qaseh angguk.

Bye! I love you!” ujar Zakuan.

Qaseh sekadar melemparkan senyuman manis ke Zakuan. Zakuan masuk ke dalam teksi itu. Qaseh melambai-lambai ke arah Zakuan sehinggalah kereta Proton Saga itu hilang dari pandangannya.

Kemudian Qaseh mencapai begnya. Langkahnya diaturkan ke pintu pagar rumah teres dua tingkat itu. Salam diberikan dan tidak sampai beberapa saat, kelihatan Linda di muka pintu.

Linda tersenyum memandang Qaseh. Dia mendapatkan Qaseh. Pintu pagar dibuka.

“Mama sihat?” soal Qaseh.

Linda angguk. Tubuh Qaseh dipeluknya erat.

“Kenapa badan mama tinggal tulang je?” soal Qaseh setelah pelukan dileraikan.

Dia dapat rasakan tulang Linda apabila dia memeluk wanita itu. Tidak ada isi.

“Dah lah, jom masuk dalam,” ajak Linda.

Qaseh tersengih. Dia tahu mamanya sengaja mahu lari dari topik. Tapi diikutkan jua kata Linda. Beg diangkat dan dibawa masuk.

“Ma, Qaseh letak beg dekat atas dulu,” ujar Qaseh.

Linda angguk. Qaseh terus berlalu ke atas. Linda duduk di sofa.

Linda rasa dah sampai masanya dia beritahu hal Irshad itu kepada Qaseh. Linda nak Qaseh tahu yang dia masih ada seorang adik walaupun mudanya hanya beberapa bulan sahaja. Linda nak Qaseh tahu semua itu.

“Mama!” sergah Qaseh dari belakang.

Linda tersentak.

Qaseh tergelak. Kemudian dia duduk di sebelah Linda.

“Mama ni berangan je tahu kan,” ujar Qaseh.

Linda hanya tersenyum.

“Qaseh, ada benda yang mama nak cakap dekat kamu,” ujar Linda.

Qaseh senyum. Keningnya diangkat.

“Apa benda?” soal Qaseh.

Linda merenung Qaseh yang ketika itu sedang menyelak majalah. Dia kuatkan hati untuk menceritakan segalanya.

“Qaseh sebenarnya ada seorang adik,” ujar Linda.

Bagaikan petir yang menyambar telinga Qaseh, segera Qaseh menoleh ke arah Linda. Majalah di ribanya tidak lagi menarik perhatiannya. Kini perhatiannya pada Linda.

“Adik?” soal Qaseh setelah lama keadaan sunyi menyelubungi mereka.

Linda angguk.

“Adik kandung Qaseh,” ujar Linda lagi.

“Siapa?” soal Qaseh pantas.

“Irshad nama dia,” jawab Linda.

Qaseh lagi terkejut. Mulutnya melopong. Irshad? Jangan cakap adik kandung dia Irshad yang kahwin dengan Melissa tu! Oh tidak!!


* * *


Irshad dan Melissa menghempaskan punggung masing-masing di sofa. Kaki mereka diangkat dan diletakkan di coffe table. Penat dirasakan! Siapa tak penat kalau asyik berjalan tanpa henti selama lebih lima jam? Rasa macam nak cabut je kaki letak tepi. Penat sangat!

“Ni kenapa ni?” soal Nurin yang tiba-tiba muncul. Mungkin dari dapur.

“Penat gilerr!” jawab Melissa.

Nurin tergelak kecil. Apalah yang dibuat oleh dua manusia ni? Gaya macam orang berlari 500 kilometer tanpa henti je.

“Pergi lah naik atas. Tidur!” ujar Nurin.

“Ye lah Nurin,” ujar Melissa.

Melissa bangun. Sempat dia mengetuk kaki Irshad sebelum berlalu. Sengaja mahu mengusik.

“Abang lari berapa meter tadi?” usik Nurin.

Irshad tersengih cuma. Kemudian dia bangun.

“Abang naik dulu lah Nurin. Nak tidur terus! Ngantuk plus penat gila ni!” ujar Irshad.

Nurin angguk. Irshad berlalu naik ke atas. Nurin hanya memerhatikan sahaja langkah Irshad. Dan dia mengeluh akhirnya.


* * *


Qaseh merebahkan tubuhnya di atas tilam yang separa empuk itu. Selimut nipis ditarik menutup badannya. Sejuk sebab dekat luar hujan ditambah lagi dengan kipasnya yang berada di tahap kelajuan 4. Mahunya menggigil pagi-pagi nanti!

Dia cuba melelapkan matanya tetapi dia tak mampu. Kata-kata mamanya bagaikan pita suara. Asyik berulang-ulang di telinganya.

Irshad adik kandung kamu. Dia anak isteri kedua ayah.

Pantas dia mencapai telefon bimbitnya di atas meja kecil bersebelahan dengan katilnya. Nombor Irshad dicari lalu ditekan butang call. Dua kali dia cuba mendail nombor Irshad tetapi dua-dua hanya kedengaran bunyi operator yang menjawab. Lantas Qaseh menulis SMS kepada Irshad. Ringkas sahaja.

I need to see you. Esok pukul 10 pagi dekat Tasik Titiwangsa.

Butang send ditekan. Dan dia letakan telefon bimbitnya kembali ke tempat asal. Dia dah buat keputusan! Dia akan cari jawapan. Adakah Irshad yang dimaksudkan mamanya ialah Irshad ini. Adakah keluarga kandung yang dicari Irshad ialah dirinya.

* * *

Seperti yang telah diarahkan Qaseh semalam, Irshad kini berada di sebelahnya. Hanya Irshad seorang. Tiada Melissa.

“Irshad, kau dah jumpa keluarga kau?” soal Qaseh.

Itu dia soalan pembuka daripada Qaseh yang membuatkan Irshad sedikit tersentak. Ye lah, tiba-tiba tanya pasal hal peribadi terus. Siapa tak terkejut kan?

“Kau dah jumpa keluarga kandung kau?” soal Qaseh sekali lagi.

Irshad menggeleng.

“Kau tahu siapa nama bapa kandung kau?” soal Qaseh.

Irshad dah rasa lain. Pantas Irshad bangun.

“Kenapa kau tiba-tiba tanya pasal hal peribadi aku ni?” soal Irshad pelik.

Qaseh turut bangun.

“Mungkin hal peribadi kita,” jawab Qaseh.

Irshad memang tak faham apa yang Qaseh cuba sampaikan. Dia duduk balik.

“Boleh tak jawab soalan aku?” soal Qaseh.

“Wajib ke?” soal Irshad, cuba bergurau sebenarnya.

“Irshad, aku tak ada masa nak bergurau senda dengan kau,” ujar Qaseh.

Irshad mengeluh. Qaseh duduk di sebelah Irshad kembali.

“Akmal,” jawab Irshad.

“Hah apa dia?” soal Qaseh sekali lagi.

Dia dengar macam Irshad sebut Akmal. Tapi takut pula salah. Jadi lebih baik dia cuba pastikan.

“Nama ayah aku Akmal,” ujar Irshad.

Qaseh rasa macam nak gugur je jantung. Dah terang lagi bersuluh Irshad di sebelahnya ini ialah adik kandungnya! Adiknya yang muda beberapa bulan sahaja. Irshad pelik melihat reaksi Qaseh.

“Kenapa?” soal Irshad.

“Kau adik aku,” jawab Qaseh.

Irshad melopong. Tidak percaya dengan kata-kata Qaseh.

“Kau adik kandung aku. Kita ber'bin'kan Akmal yang sama. Bezanya cuma ibu kita. Aku dilahirkan dari rahim Linda dan kau pula dilahirkan dari rahim Sofea,” ujar Qaseh.

Lagilah Irshad tersentak. Kenapa dunia ni kecil sangat? Punyalah jauh dia cari saudara kandungnya, rupa-rupanya kawan baik sendiri saudara kandungnya. Pelik Bin Ajaib. Tapi itu semua kan kuasa Tuhan.

* * *

“Ma!” laung Qaseh.

Irshad duduk di sofa. Qaseh turut duduk di sebelah Irshad. Tidak lama kemudian, muncul seorang wanita yang sudah berusia. Pangkat emaknya lah. Mungkin akhir 30-an. Entah, Irshad cuma meneka sahaja.

Qaseh bangun. Dia mendapatkan Linda.

“Ma, hari ni Qaseh ada bawa tetamu khas,” ujar Qaseh.

Irshad bangun. Linda hanya melemparkan senyuman.

“Ma, ini Irshad.Kawan Mel dan adik kandung Mel,” ujar Qaseh.

Linda tersentak.

“Irshad, ini Linda. Mama Qaseh dan juga mama Irshad!” ujar Qaseh lagi.

Irshad hanya tersenyum. Tangan dihulurkan ke Linda. Tetapi tidak disambut oleh Linda.

“Eh, kenapa ni ma?” soal Qaseh.

Linda yang bagaikan orang tersedar dari tidur yang lena segera menyambut huluran tangan Irshad. Irshad mencium tangan Linda. Dan serentak itu air mata Linda gugur.

“Maafkan mama, Irshad! Maafkan mama. Mama berdosa pada Irshad. Maafkan mama!” ujar Linda teresak-esak.

Irshad tersenyum.

“Ma, tak ada apa yang perlu dimaafkan. Mama tak salah apa-apa,” ujar Irshad.

“Mama tak cari Irshad. Mama biarkan Irshad seorang diri. Mama kejam!” ujar Linda. Terus-terusan menyalahkan dirinya.

“Tak ma. Irshad bersyukur ma. Kalau mama tak biarkan Irshad seorang diri, mungkin Irshad bukan Irshad yang berdiri di hadapan mama sekarang. Ini semua takdir Tuhan, ma,” ujar Irshad.

Linda senyum.

“Mulai hari ni, mama janji akan jaga Irshad. Mama janji,” ujar Linda.

“Mama siaplah. Kejap lagi Irshad bawa mama jumpa isteri Irshad dan keluarga angkat Irshad,” ujar Irshad.

Linda angguk. Dia segera berlalu ke atas untuk bersiap.

* * *

Linda melopong. Rumah banglo tiga tingkat itu benar-benar membuatkan dia terpegun.

“Ini rumah Irshad?” soal Linda.

“Tak, ini rumah abi Irshad. Jom lah mama, kita masuk,” ajak Irshad.

Linda angguk. Lalu mereka bertiga melangkah masuk ke dalam rumah.

“Nurin, abi mana?” soal Irshad.

Nurin yang sedang menonton televisyen pandang Irshad.

“Dalam bilik bacaan,” jawab Nurin.

“Mel?” soal Irshad.

“Dekat dalam bilik rasanya,” jawab Nurin.

Irshad angguk.

“Mama dengan Qaseh duduklah dulu. Irshad pergi panggil Mel sekejap,” ujar Irshad.

Qaseh dan Linda menurut. Mereka duduk di sofa. Irshad berlalu ke atas.

“Adik Irshad?” soal Linda.

Nurin angguk.

“Mak cik siapa?” soal Nurin pula.

“Mama Irshad,” jawab Linda.

Nurin kerutkan dahi.

“Mak kandung?” soal Nurin.

“Mak tiri,” jawab Linda.

Nurin melopong. Segera dia bersalam dengan wanita itu.

Dan kemudian Irshad turun bersama Melissa. Melissa ukirkan senyuman manis buat Linda dan Qaseh.

“Assalamualaikum mama,” ujar Melissa.

Linda tersenyum. Melissa salam Linda.

“Waalaikumusalam. Jadi si cantik menawan ni isteri Irshad?” soal Linda.

Melissa tersipu-sipu apabila dipuji sebegitu.

“Ha'ah. Mama jangan puji dia sangat ma, karang ada yang hidung dia berubah saiz XXL,” usik Irshad.

Melissa cubit Irshad.

“Mama, Irshad sebenarnya cemburu sebab mama tak puji dia,” balas Melissa.

Irshad tersengih. Linda dan Qaseh tergelak. Kemudian Mak Tim naik datang bersama minuman. Mak Tim letak minuman dekat atas meja. Kemudian dia berlalu ke dapur kembali.

“Mama minumlah,” ujar Melissa.

Linda menurut. Kemudian, Dato'Muzaffar muncul.

“Ada tetamu ke?” soal Dato'Muzaffar.

Dato'Muzaffar duduk di sebelah Nurin.

“Abi, ni Irshad kenalkan. Abi, ni mama Linda. Mama, ni abi Muzaffar,” ujar Irshad.

Dato'Muzaffar kerutkan dahi.

“Mama?” soal Dato'Muzaffar pelik.

“Iye. Mama tiri Irshad. Sebelah mama pulak Qaseh. Kakak kandung Irshad,” jawab Irshad.

Dato'Muzaffar diam. Irshad pandang Melissa. Melissa pandang Qaseh. Qaseh pandang Linda. Linda pandang Nurin. Nurin pandang Dato'Muzaffar.

Welcome to our family,” ujar Dato'Muzaffar setelah lama mendiamkan diri.

Semua di situ tersenyum.

“Abi ni buat suspen je tau,” ujar Melissa.

Dato'Muzaffar hanya tersenyum.

No comments:

Post a Comment