Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Friday, June 11, 2010

KITA (26)

Qaseh berlari-lari anak mendapatkan Zakuan yang sedang melangkah laju ke diving shop. Walaupun Qaseh dah jerit banyak kali nama Zakuan, tapi Zakuan buat tak tahu je. Ye lah, orang tengah cemburu lah katakan.

“Zak!”

Qaseh menahan Zakuan daripada terus melangkah lagi. Zakuan berdiri. Qaseh pegang dadanya. Penat berlari mendapatkan Zakuan ni!

“Kenapa lari daripada Qaseh?” soal Qaseh tercungap-cungap.

“Siapa yang lari?” soal Zakuan.

Qaseh tarik nafas dalam-dalam dan kemudian dihembuskan perlahan-lahan. Setelah nafasnya kembali teratur, dia bersuara.

“Zak, Qaseh tahu apa masalah Zak,” ujar Qaseh.

Zakuan tidak memberi sebarang reaksi.

Come on lah Zak. Takkan dengan Fiq pun Zak nak cemburu. Jangan jadi budak-budak boleh tak? Fiq tu kan pak cik Qaseh,” ujar Qaseh.

Zakuan gelak tiba-tiba.

“Pak cik? Qaseh, dia hanyalah pak cik tiri Qaseh! Dan antara Qaseh dan Fiq boleh kahwin kan kan?” ujar Zakuan sinis.

“Tapi takkan Qaseh nak kahwin dengan Fiq. Qaseh dah anggap dia macam abang kandung Qaseh. Boleh ke seorang adik dan seorang abang kahwin?” ujar Qaseh.

“Itu cuma anggapan Qaseh. Realitinya, Qaseh dan dia bukan adik beradik! Sudahlah Qaseh. Cukuplah,” ujar Zakuan.

Zakuan nak melangkah, tetapi tiba-tiba namanya dipanggil daripada belakang. Zakuan toleh ke belakang. Kelihatan satu lelaki dan wanita menghampiri dia. Zakuan tidak bergerak. Dia hanya berdiri kaku di situ.

“Nama kamu Zakuan kan?” soal Tan Sri Huzairy.

Zakuan angguk.

“Zakuan Bin Zafran?” soal Tan Sri Huzairy lagi sekali.

Zakuan angguk lagi. Dan serentak itu Tan Sri Huzairy memeluk Zakuan erat.

“Akhirnya pak cik jumpa jugak kamu,” ujar Tan Sri Huzairy.

Zakuan pelik. Dia meleraikan pelukan.

“Pak cik siapa?” soal Zakuan.

“Pak cik abang kepada Zafran, ayah Zakuan,” ujar Tan Sri Huzairy.

Zakuan terkejut. Qaseh yang memerhatikan turut terkejut dengan kenyataan itu. Dan tiba-tiba Melissa dan Irshad pulak sampai di situ.

“Eh mummy! Mummy buat apa dekat sini? Patutlah dari jauh macam kenal je,” ujar Melissa.

Lagi sekali Zakuan terkejut. Melissa dan Irshad bersalam-salaman dengan Puan Sri Lestari dan Tan Sri Huzairy.

“Mummy dah berkenalan er dengan kawan Mel?” soal Melissa.

“Kawan Mel?” soal Puan Sri Lestari.

“Yang kacak tu Zakuan. Yang cantik tu pulak Qaseh,” Melissa memperkenalkan Zakuan dan Qaseh kepada Puan Sri Lestari.

“Mel kenal tak siapa Zakuan ni?” soal Tan Sri Huzairy.

“Kenal lah. Kawan Mel. Kenapa daddy tanya macamtu?” soal Melissa hairan.

Tan Sri Huzairy dan Puan Sri Lestari saling berpandangan sebentar.

“Zakuan ni sepupu Melissa,” ujar Tan Sri Huzairy.

Senyuman di bibir Melissa hilang. Dia pandang Irshad dan kemudian pandang Zakuan. Zakuan hanya memerhatikan sahaja reaksi Melissa. Melissa menghampiri Zakuan. Dan senyuman di bibir terus mekar.

Cool! Zak kita sepupu!” ujar Melissa teruja.

Zakuan senyum. Dia fikir Melissa tak dapat terima dirinya. Rupa-rupanya telahannya salah. Siap bagi high five lagi tu.

“Ni lah sepupu Mel yang daddy dengan mummy cari tu ye?” soal Melissa.

“Macammana Mel tahu ni?” soal Puan Sri Lestari.

“Ala, Mel terdengar mummy dengan daddy cakap haritu. Siapa suruh tak tutup pintu bila bercakap. Bukan salah Mel tau,” ujar Melissa.

Puan Sri Lestari, Tan Sri Huzairy, Zakuan, Qaseh dan Irshad tertawa.


* * *

Melissa baring di atas katil. Penat giler dia. Pada pagi tadi asyik berjalan je kerja. Irshad baring di sebelah Melissa.

“Tak sangka oh Zakuan tu rupa-rupanya sepupu Mel,” ujar Melissa.

“Kuasa Tuhan, Mel,” ujar Irshad.

Melissa letak tangan di atas dahi. Matanya memerhatikan siling chalet itu.

At last, Mel ada pun sepupu. Dan nanti Mel akan dapat seorang anak saudara. Chad, happy nya Mel!” ujar Melissa gembira.

Irshad pandang Melissa tetapi Melissa tetap sahaja pandang siling.

“Baguslah. Mel gembira, Chad pun gembira,” ujar Irshad.

Melissa senyum. Kemudian dia bangun. Tuala dicapainya.

“Chad tak terfikir ke nak cari keluarga Chad? Yeah, even your parents had passed away, but sure your parents has any sibling, right?” Melissa melangkah ke tandas tanpa menunggu jawapan Irshad.

Irshad diam. Dia juga sebenarnya berfikir yang dia akan cari ahli keluarga kandungnya selepas honeymoon ni. Melissa ni macam tahu-tahu je dia sedang fikir benda tu. Entah-entah Melissa ni ada kuasa psikik kan? Mana lah tau kan...


* * *


Qaseh melangkah ke arah Zakuan yang sedang duduk di tempat yang selalu mereka lepak pada waktu malam-malam begini.

“Zak,” panggil Qaseh.

Zakuan tidak memberi sebarang reaksi. Qaseh duduk di sebelah Zakuan. Angin malam yang dingin membuatkan Qaseh kesejukan. Pantas tangannya menarik sweater hitamnya agar menutup tubuhnya.

“Awak, saya minta maaf,” ujar Qaseh.

Kali ini Zakuan pandang Qaseh. Dia agak tertarik dengan penggunaan kata 'saya' dan kata 'awak' oleh Qaseh. Kedengaran sangat manis di telinganya. Sweet gitu!

“Saya tahu semuanya salah saya. Ye, saya tak sepatutnya rapat dengan Fiq kan? Saya tak sepatutnya tinggalkan awak kan haritu? Saya minta maaf sangat-sangat. Saya mengaku semua tu silap saya,” ujar Qaseh lembut.

Zakuan tidak menjawab.

“Awak, saya minta maaf. Saya janji saya takkan tinggalkan awak macam haritu lagi. Tapi awak pun kena lah janji dengan saya yang awak takkan cemburukan si Fiq. Sumpah awak, tak pernah terlintas di hati saya untuk mencintai Fiq. Tak pernah awak. Awak kena percayakan saya kalau awak nak hubungan ni kekal,” ujar Qaseh lagi.

“Saya dah lama maafkan awak,” ujar Zakuan.

Qaseh senyum.

“Betul?” soal Qaseh.

“Betul,” jawab Zakuan.

Qaseh tersenyum kegembiraan.

“Saya sayang awak!” ujar Qaseh.

Zakuan senyum.

“Saya sayang awak juga,” balas Zakuan.

Qaseh hanya melemparkan senyuman. Sungguh dia sayang Zakuan! Dia sayang Zakuan lebih dari dia sayang Azhar dulu. Lebih! Qaseh pandang wajah Zakuan. Dia tahu Zakuan masih memikirkan hal tadi. Lantas, Qaseh memainkan peranannya.

“Awak masih fikirkan pasal hal awak dan keluarga Melissa?” soal Qaseh lembut.

Zakuan angguk perlahan.

“Saya pening. Saya confuse. Tiba-tiba parents Melissa datang dekat saya dan cakap dia mak cik dan pak cik saya. Dan Melissa pulak gembira menerima saya sebagai sepupu dia. Siap high five lagi. Tak rasa pelik ke?” soal Zakuan.

“Apanya yang pelik? Biasalah tu Zak. Kan Mel ada cakap, dia terdengar perbualan parents dia pasal Zak. Cuma dia tak tahu siapa sepupu dia. It's mean parents Mel memang dah lama cari Zak dan baru sekarang jumpa Zak. Dah, tak perlu fikirkan sangat,” ujar Qaseh.

“Susah Zak nak terima semua ni,” ujar Zakuan.

But you have too. No matter how hard is it. Please Zak. Just take it. Jangan sebab hal ni, persahabatan awak dengan Mel putus. Qaseh tak nak. Terima je. Tak guna Zak pening-pening. Benda tu memang tak boleh diubah. Semuanya ketentuan Tuhan, Zak,” ujar Qaseh lagi.

“Zakuan akan cuba. Tapi Qaseh kena lah berada di samping Zak. Okay?” soal Zakuan.

Qaseh senyum. Ibu jarinya diangkat.

Okay!” jawab Qaseh.

Zakuan bangun. Qaseh turut bangun.

“Dahlah, jom Zak temankan Qaseh balik bilik,” ujar Zakuan.

Qaseh angguk. Zakuan hulurkan tangan ke Qaseh dan Qaseh sambut tangan Zakuan. Lalu mereka melangkah ke bilik Qaseh.

“Qaseh, Zak nak minta sesuatu boleh?” soal Zakuan.

Qaseh angkat kening.

“Boleh tak kalau kita guna kata 'saya' dan kata 'awak' lagi. Tak nak guna 'I' dan 'you' lagi. Boleh tak?” soal Zakuan.

“Kenapa pulak?” soal Qaseh kembali.

Mereka berhenti melangkah kerana sudah sampai di hadapan bilik Qaseh.

“Sebab Zak suka lah kita guna 'saya' dan 'awak'. Sweet gitu! Awak tak rasa macamtu ke?” soal Zakuan.

Qaseh tergelak.

“Boleh tak?” soal Zakuan sekali lagi.

Qaseh cepat-cepat angguk.

“Mesti lah boleh,” jawab Qaseh.

Zakuan senyum.

Okay lah Zak. Saya masuk dulu. Goodnight!” ujar Qaseh.

Goodnight. Awak letak gambar saya tau bawah bantal awak,” ujar Zakuan.

Qaseh kerut dahi.

“Kenapa?” soal Qaseh lurus.

“Biar awak mimpi indah. I love you,” ujar Zakuan.

Qaseh senyum. Nakal juga Zakuan ini. Pintu biliknya ditutup tanpa membalas kata 'I love you' Zakuan itu. Zakuan tersenyum nakal di luar pintu Qaseh.

Langkahnya diaturkan ke biliknya. Sampai di bilik, telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Segera Zakuan baca mesej itu. Daripada Qaseh.


I love you too:)


Zakuan tergelak kecil.

“Comel betul,” ujar Zakuan perlahan.

Zakuan letak telefon bimbitnya di atas meja. Baru sahaja dia mahu membaringkan badannya, bunyi panggilan telefon bimbit kedengaran. Sempat Zakuan melihat jam sebelum menjawab panggilan itu.

“Siapa yang telefon malam-malam ni?” desis hati Zakuan.

Zakuan melihat nama yang tertera. Tercatat nama MELISSA di situ. Segera Zakuan menjawab panggilan itu.

“Zakuan!!” seperi biasa, Melissa yang terlebih hyperactive tu (lagi-lagi lepas kahwin), yang mulakan perbualan dengan memanggil nama Zakuan kuat.

Zakuan dapat rasakan telinganya berdesing. Dalam hati dia merungut juga. Melissa ni dah kahwin, makin hyperactive jadinya.

“Nak pekakkan orang ke?” marah Zakuan.

Tahu tak apa reaksi Melissa? Apa lagi, dia bantai gelaklah.

“Takkan lah Mel sampai hati nak pekakkan sepupu Mel sendiri!” ujar Melissa.

“Habis kenapa menjerit?” soal Zakuan.

“Saja. Ala, Mel tak jerit kuat pun. Zak tu yang lebih-lebih,” ujar Melissa.

“Hai, nasiblah dapat sepupu macam Mel ni,” ujar Zakuan separuh merungut.

Melissa gelak lagi.

“Nasiblah,” ujar Melissa.

Zakuan turut gelak. Kadang-kadang Melissa ni menjengkelkan. Tapi kadang-kadang Melissa ni kelakar pun ada. Hai, macam-macam watak Melissa boleh mainkan.

“Eh Zak. Datang dekat chalet Mel. Mummy dengan daddy nak jumpa Zak lah,” ujar Melissa.

“Sekarang?” soal Zakuan.

“Ye lah. Takkan tahun depan pulak kot,” ujar Melissa separuh memerli.

“Ala, dah larut malam lah,” Zakuan memberi alasan.

“Eleh malam konon. Baru pukul 10.30. Esokkan cuti. Mana ada kerja. Selalunya boleh pulak mata tu celik hingga pukul satu dua pagi. Tak ada alasan, Mel tahu Zak sampai dekat sini sepuluh minit dari sekarang,” ujar Melissa.

Belum sempat Zakuan bersuara lagi, Melissa dah matikan talian. Nak tak nak, Zakuan terpaksa pergi jugak ke chalet Melissa.


* * *


Melissa ketawa lagi. Matanya dikenyitkan.

“Tak baik lah Mel buat dia macamtu. Siap ugut-ugut pulak tu,” tegur Irshad.

“Dah terpaksa lah. Ingat Mel suka ke ugut-ugut ni,” ujar Melissa.

Irshad menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Mummy! Mel macam tak percaya je Zakuan tu sepupu Mel. Kelakar pun ada jugak oh,” ujar Melissa.

“Dunia ni tak de lah besar sangat kan bang. Kita cari punya cari siapa Zakuan tu. Akhirnya, dia kawan Melissa. Kawan rapat lagi tu!” ujar Puan Sri Lestari.

Tan Sri Huzairy angguk.

“Betul tu,” sokong Irshad.

Dan bunyi loceng kedengaran. Melissa melangkah ke pintu. Dia buka pintu. Kelihatan wajah Zakuan yang mencuka. Sekali lagi Melissa ketawa. Kali ini sebab tengok muka Zakuan yang masam macam cuka.

“Kenapa ketawa?” soal Zakuan.

“Muka you macam susu basi,” jawab Melissa.

Zakuan menjengilkan matanya.

“Eh Zakuan, kenapa tercegat je? Masuklah,” sampuk Irshad dari belakang Melissa.

Zakuan angguk. Irshad dengan selambanya memeluk bahu Melissa

“Buli Zak lagi ya?” soal Irshad.

Melissa tersengih. Dia tahu sebenarnya Irshad cemburu. Dengan Zakuan pun nak cemburu. Apalah!

“Jomlah masuk. Mummy dengan daddy dah lama tunggu Zak tu,” ujar Melissa.

Zakuan angguk. Zakuan, Melissa dan Irshad melangkah ke arah Puan Sri Lestari dan Tan Sri Huzairy yang sedang berbual.

“Assalamualaikum,” sapa Zakuan.

Puan Sri Lestari dan Tan Sri Huzairy menjawab salam Zakuan.

“Duduklah Zak. Kenapa berdiri je?” tegur Puan Sri Lestari.

Zakuan akur. Dia duduk di single chair.

“Aunty dengan uncle panggil saya kenapa?” soal Zakuan.

“Tak payah panggil aunty and uncle. Nampak macam orang asing pulak,” ujar Tan Sri Huzairy.

“Habis nak panggil apa?” soal Zakuan.

“Panggil je mummy and daddy,” sampuk Melissa.

Zakuan pandang Melissa. Tak percaya dengan apa yang dikatakan Melissa. Irshad turut pandang Melissa. Melissa hanya tayang senyuman dia yang manis tu.

“Betul tu Zak. Lagipun daddy bukannya orang lain pun. Abang ayah Zak jugak,” ujar Tan Sri Huzairy.

“Tapi...”

“Ala Zak, setuju je lah. Kesian daddy tau. Lagipun bolehlah Mel rasa ada abang angkat,” ujar Melissa.

Dalam diam, Irshad memijak kaki Melissa. Melissa nak menjerit tetapi mulutnya ditutup Irshad. Nasib baik yang lain tidak sedar kejadian tu.

“Kenapa ni Chad?” bisik Melissa perlahan setelah mulutnya dilepaskan.

“Sedarlah, Mel tu dah jadi isteri orang,” bisik Irshad pula.

“Chad cemburu ke?” soal Melissa.

Irshad tidak menjawab.

“Tu kenapa bisik-bisik tu?” soal Puan Sri Lestari.

Melissa dan Irshad hanya tersengih.

“Perasan je mummy ni!” hati Melissa berbicara.

“Boleh Zak tahu pasal ayah?” soal Zakuan.

Tan Sri Huzairy angguk.

“Ayah Zak dilahirkan ketika keluarga kami berada dalam kegawatan ekonomi. Atok terpaksa gadaikan tanah pusaka untuk menanggung pembiayaan sekolah daddy. Nenek pula terpaksa kerja siang dan malam untuk membantu atok. Waktu daddy umur 10 tahun, ayah Zak dilahirkan. Memang kalau boleh atok dengan nenek nak jaga ayah Zak tetapi keadaan ekonomi tidak menentu. Jadi atok beri ayah Zak kepada orang lain yang tinggal di kampung seberang. Tapi atok tetap melawat ayah Zak. Setiap hujung minggu, ayah Zak akan dilawat mereka. Semua tu berlanjutan hingga umur ayah Zak lima tahun.” Tan Sri Huzairy berhenti sekejap.

“Apa jadi lepastu?” soal Zakuan ingin tahu.

“Kapal yang atok naik terbalik. Seminggu selepas tu, mayat atok ditemui terdampar di tepi laut. Atok dah tak ada. Atok dah pergi tinggalkan daddy bersama nenek,” suara Tan Sri Huzairy sudahpun serak. Menahan pilu mungkin.

Keadaan sunyi sekejap.

“Nenek bawa daddy pindah dari kampung. Nenek cakap nenek nak lupakan segala kepahitan hidup di kampung itu. Sebelum kami pergi, kami melawat ayah Zak, Zafran. Itulah kali terakhir nenek melawat Zafran. Selepas tu, kami hidup di kota. Nenek hanya menjual nasi lemak dan kuih-muih di tepi jalan untuk menyara hidup kami berdua. Daddy pernah nak berhenti sekolah untuk tolong nenek cari rezeki tapi nenek halang. Nenek kata satu je yang boleh buat dia bahagia. Itu adalah kejayaan Daddy. Daddy belajar bersungguh-sungguh. Dan hasilnya ialah sekarang,” ujar Tan Sri Huzairy lagi.

“Nenek macammana lepas tu?” soal Zakuan.

“Alhamdulillah, nenek sempat melihat kejayaan daddy. Sebulan selepas pernikahan daddy and mummy, nenek pergi. Pergi buat selama-lamanya tanpa sempat menjenguk Zafran di kampung. Tapi daddy bersyukur sebab dapat hadiahkan kejayaan ni untuk nenek,” ujar Tan Sri Huzairy.

“Kenapa nenek meninggal?” soal Zakuan.

“Buah pinggang nenek rosak teruk,” jawab Tan Sri Huzairy.

Zakuan angguk

“Dan daddy cuba cari Zafran. Daddy cari dekat kampung tapi tak ada. Zafran dah pindah. Lepastu daddy cuba cari lagi tapi dunia ni luas. Daddy langsung tak jumpa. Entah tiba-tiba satu hari tu, Zafran datang rumah daddy. Dia minta maaf. Dia kata dia nak berangkat ke luar negara. Lagi arwah pesan suruh cari Zak dan jaga Zak kalau dia dah tak ada. Daddy tak sangka pula itu kali terakhir daddy dapat jumpa ayah Zak,” ujar Tan Sri Huzairy.

Zakuan dapat lihat mata Tan Sri Huzairy berkaca. Terus perasaan bersalah menyerang hatinya dan memaksa dia berkata.

“Bukan salah daddy pun. Dah ajal ayah dengan ibu terpaksa pergi. Kan Allah dah tentukan ajal maut manusia. Zak reda,” ujar Zakuan.

Melissa cepat-cepat bersuara sebelum ada orang yang menangis.

“Mummy daddy, nak makan? Zak nak makan?” soal Melissa.

Semua pandang Melissa.

“Irshad nak makan!” celah Irshad tiba-tiba bagi menyelamatkan keadaan.

Melissa pandang Irshad.

“Makan apa?” soal Zakuan.

“Biskut je lah. Apa lagi,” jawab Melissa selamba.

“Bolehlah. Mel buat lah,” ujar Tan Sri Huzairy.

Melissa angguk. Melissa bangun. Tangan Irshad ditariknya bersama agar Irshad mengikut dia ke bahagian dapur. Irshad hanya menurut.

“Mel mengantuk lah sebenarnya,” ujar Melissa.

Irshad ketawa. Bersungguh-sungguh dia ketawa. Siap tekan perut lagi. Mel tunjuk muka marah.

“Mel cakap serius lah Chad,” ujar Melissa.

Irshad angkat tangan.

Okay. Nak Irshad buat apa?” soal Irshad.

“Buat je lah apa yang patut. Dah pukul 12 lebih dah. Esok nak balik K.L dah,” ujar Melissa.

Irshad angguk.

“Chad nak buat apa?” soal Melissa.

Irshad hanya tersenyum.

“Ada lah,” jawab Irshad.

Melissa pandang Irshad yang sudahpun berlalu ke hadapan. Dan tidak sampai lima minit, Irshad kembali ke dapur.

“Dah,” ujar Irshad.

Melissa angkat kening.

“Diorang semua dah balik,” jelas Irshad.

Melissa senyum.

“Apa yang Chad buat?” soal Melissa.

“Chad cakap dekat diorang, esok kita dah nak balik K.L. Lepastu diorang semua nak balik dah. Tu je,” ujar Irshad.

“Senang giler!” ujar Melissa.

“Dan Chad cakap Mel dah tertidur,” tambah Irshad.

Melissa hanya tersenyum.

“Mel masuk bilik dulu lah Chad. Penat giler oh! Goodnight!” ujar Melissa sambil melangkah ke bilik.

Irshad melangkah mengikuti Melissa.

“Chad tutup lah lampu dekat depan tu,” ujar Melissa.

Irshad mengeluh. Kemudian dengan malas, Irshad melangkah ke ruang hadapan. Melissa hanya tersengih melihat Irshad.

No comments:

Post a Comment