Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Friday, June 18, 2010

KITA (28)

Entah hantu apa yang merasuk Nurin pada malam itu, dia bertekad untuk meluahkan segalanya kepada Melissa. Biarlah apa nak jadi pun. Yang penting dia puas. Yang penting dia tidak lagi hipokrit kepada dirinya sendiri. Dia nak Irshad jadi milik dia juga walau apapun yang terjadi.

“Kak Mel,” panggil Nurin.

Melissa yang ketika baru nak turun melangkah ke arah Nurin yang berada di dalam bilik.

“Masuk kejap. Nurin nak cakap sikit,” ujar Nurin.

Melissa angguk. Dia masuk ke dalam bilik Nurin. Nurin terus kunci pintu biliknya.

“Ada apa?” soal Melissa.

I hate you!” ujar Nurin.

Melissa gelak.

“Apa Nurin merepek ni?” soal Melissa.

No, I mean it. I hate you! I hate you! And I hate you!” ujar Nurin lagi.

Melissa terdiam. Dia pandang Nurin. Dan dia dapat lihat Nurin serius.

Why?” soal Melissa.

“You know what? Because of you, I lost my umi. Because of you, I lost my Irshad. Because of you, I lost everything!” marah Nurin.

Melissa kerutkan dahi. Tak faham dengan apa yang dimaksudkan Nurin.

“Kak Mel tak fahamlah apa yang Nurin cuba sampaikan,” ujar Melissa.

Nurin tergelak. Sinis!

“Sebab kau, Irshad tinggikan suara dekat umi sampai umi meninggal. Sebab kau, Irshad berubah. Dia dah tak sayangkan aku. Sebab kau, aku kehilangan umi dan Irshad! Lepasni apa lagi? Abi pulak?” marah Nurin.

Melissa agak terkejut dengan kata kesat Nurin.

“Nurin, kak Mel tak pernah buat Irshad berubah. Umi pergi sebab ajal umi. Tak ada orang yang mampu halang. Itu semua kuasa Allah, dik. Kak Mel tak pernah rampas sesiapa dari Nurin sampai Nurin rasa kehilangan. Irshad masih sayangkan Nurin,” ujar Melissa lembut.

“Jangan berlakon baik lah!” perli Nurin.

“Kak Mel tak cakap pun yang kak Mel ni baik. Kak Mel masih manusia biasa. Kalau Kak Mel ada buat salah dekat Nurin, kak Mel minta maaf. Dahlah Nurin, kak Mel malas nak bergaduh dengan Nurin. Kak Mel keluar dulu,” ujar Melissa.

Baru dua tapak Melissa melangkah, suara Nurin kedengaran.

“Nurin cintakan Irshad,” ujar Nurin.

Melissa tersentak. Langkahnya serta-merta dihentikan.

“Nurin terlalu cintakan Irshad. Nurin tahu Kak Mel faham apa yang Nurin cuba sampaikan sebab Kak Mel pun perempuan kan?” ujar Nurin.

Nurin melangkah mendekati Melissa.

“Tolong kak. Tolong! Nurin nak kan Irshad,” ujar Nurin.

“Tak! Kak Mel takkan tinggalkan Irshad! Itu janji kak Mel,” ujar Melissa.

“Nurin tak suruh kak Mel tinggalkan abang Irshad. Nurin cuma nak berkongsi kasih sayang dengan kak Mel. Nurin tak kisah kalau bermadu dengan kak Mel. Yang penting, Nurin nakkan abang Irshad,” ujar Nurin.

“Nurin tak kisah tapi kak Mel kisah!” ujar Melissa.

Melissa terus melangkah ke pintu.

“Kenapa kak Mel tamak sangat? Nurin cuma minta sikit je kak Mel. Nurin cuma minta kasih sayang abang Irshad dari kak Mel. Kenapa kak Mel tak boleh kasi?” soal Nurin.

Melissa tak jawab. Dia terus pulas tombol pintu dan melangkah keluar. Nurin hanya memerhatikan sahaja. Dia tersenyum puas. First step dah selesai!


* * *


Melissa melangkah ke meja makan. Dia duduk di sebelah Irshad. Wajah Nurin dipandangnya sekilas. Hairan dia melihat wajah Nurin! Langsung tiada riak orang bersalah!

Morning Kak Mel!” ujar Nurin.

Melissa tidak membalas. Dia hanya melemparkan satu senyuman tawar kepada Nurin.

“Hari ni Chad kerja?” soal Melissa.

Pinggan disuakan kepada Irshad. Irshad menyendukkan nasi goreng ke dalam pinggan Melissa.

“Kerja,” jawab Irshad.

Melissa angguk.

“Kenapa?” soal Irshad.

“Tak de, Mel fikir nak balik rumah mummy,” ujar Melissa.

“Hmm.. Kalau macamtu, Chad hantar Mel lah pergi rumah mummy. Waktu lunch, Chad jemput Mel. Boleh?” soal Irshad.

Melissa angguk.

“Nurin nak ikut abang pergi pejabat, boleh?” soal Nurin tiba-tiba.

Irshad angguk. Melissa tahu itu salah satu taktik Nurin untuk mendekati Irshad. Atau lebih tepat, merampas Irshad daripadanya. Dan Melissa tahu juga, dia harus bertindak.
“Bukan Nurin ada class ke?” soal Melissa.

Nurin senyum.

“Memanglah tapi class for today, prof batalkan,” jawab Nurin.

Melissa hanya mengangguk. Melissa diam. Kehilangan kata untuk bercakap lagi.


* * *


Zakuan duduk di sebelah Qaseh.

“Tak sangka kan Irshad tu adik Qaseh,” ujar Zakuan.

“Tak sangka juga Melissa tu sepupu Zak,” balas Qaseh.

“Haahhhh! Kecik je dunia ni kan,” ujar Zakuan.

Qaseh angguk. Setuju dengan kata-kata Zakuan. Kemudian suasana di antara mereka senyap. Zakuan seperti mencari kekuatan. Qaseh pula hanya melemparkan pandangan kosong ke arah langit.

“Zak cintakan Qaseh,” ujar Zakuan senafas.

Qaseh tersenyum.

“Qaseh pun cintakan Zak,” balas Qaseh.

“Sudi tak kalau Qaseh jadi isteri Zakuan?” lamar Zakuan.

Qaseh tergamam. Pipinya sudah merona merah.

“Maksud Zak, sudi tak kalau Qaseh jadi tunang Zak?” Zakuan memperbetulkan kata-katanya.

Lama Qaseh terdiam.

“Qaseh,” panggil Zakuan.

“Sudi,” balas Qaseh.

Zakuan tersenyum.

“Hujung minggu ni juga, Zak hantar rombongan meminang,” ujar Zakuan.

“Hah?” Qaseh terkejut.

Zakuan tergelak kecil.

“Taklah. Zak gurau je. Hujung bulan ni lah, Zak hantar rombongan meminang,” ujar Zakuan.

Qaseh tersenyum. Kemudian keadaan di antara mereka sepi lagi.

“Qaseh,” panggil Zakuan.

Qaseh pandang Zakuan.

I love you,” ujar Zakuan.

Pipi Qaseh merona merah.

“Qaseh,” panggil Zakuan lagi.

Qaseh pandang Zakuan lagi.

“Awak comel saya,” ujar Zakuan.

Qaseh bangun. Dia melangkah ke arah biliknya. Malas mahu mendengar usikan Zakuan lagi. Yang pasti akan membakar kulitnya sehingga berwarna merah. Ceh, buat malu je!

* * *

Melissa dah tekad! Dia dah tak sanggup untuk menghadapi ni semua. Seminggu dia hidup dalam keadaan risau. Risau Nurin akan mempengaruhi Irshad! Dia nak luahkan segalanya kepada Irshad. Dia harap sangat Irshad percaya kata-katanya.

“Irshad,” panggil Melissa.

Irshad yang baru sahaja usai menyarungkan pijama ke badannya melangkah mendekati Melissa. Dia duduk di sebelah Melissa.

“Cakaplah. Chad dengar,” ujar Irshad.

Melissa tarik nafas dalam-dalam. Kemudian dia hembus perlahan-lahan.

“Nurin sayangkan Chad,” ujar Melissa.

Irshad gelak.

“Chad, Mel cakap betul-betul,” ujar Melissa keras.

Okay. I'm sorry. Mel janganlah buat joke macamtu,” ujar Irshad.

“Mel tak buat joke,” ujar Melissa.

“Mestilah Nurin sayangkan Chad. Kan Chad ni abang dia. Yea, even Chad bukan abang kandung dia tapi kami membesar sama-sama. Mestilah Nurin sayangkan Chad,” ujar Irshad.

“Tak. Nurin cintakan Irshad. Dia cintakan Irshad seperti seorang kekasih mencintai kekasihnya. Macam Mel cintakan Irshad. Macam abi cintakan umi. Chad faham tak?” soal Melissa.

Irshad geleng kepala. Diusapnya kepala Melissa.

“Mel, takkan dengan Nurin pun Mel nak cemburu. Come-on Mel! Nurin tu budak-budak lagi. Dahlah, Chad nak tidur. Esok nak kerja. Goodnight Melissa sayang!” ujar Irshad.

Melissa hanya memerhatikan Irshad yang sudahpun baring di atas katil. Dia tahu Irshad takkan percayakan dia. Sebab Irshad dengan Nurin dah lama kenal. Sejak Nurin dalam perut umi. Dia pulak baru kenal Irshad. Tak sampai dua tahun pun.

* * *

Melissa dah buat keputusan. Biarkan semalam dia gagal buat Irshad percayakan dia. Tapi hari ni, dia akan cuba sedaya-upaya untuk merayu kepada Nurin. Agar jangan ganggu hubungan dia dan Irshad. Ye, Melissa sanggup lakukan apa sahaja demi perkahwinan dia!

Melissa melangkah ke bilik Nurin. Tombol pintu yang tidak berkunci dipulas lalu dia masuk. Nurin yang ketika itu sedang duduk di atas katil bangun. Mendekati Melissa.

“Apa kau nak?” soal Nurin.

“Nurin, tolonglah Kak Mel!” jawab Melissa.

“Apa? Tinggalkan Irshad?” soal Nurin.

Melissa angguk. Nurin ketawa sinis.

“Kau gila? Kau tahu tak, aku cintakan dia!” ujar Nurin.

“Tapi kak Mel lebih cintakan dia. Dia suami kak Mel, Nurin. Tolonglah faham,” ujar Melissa.

“Kau cintakan dia, aku pun cintakan dia. Senang cerita, kau biarkanlah aku kahwin dengan Irshad. Aku dapat Irshad. Kau pun dapat Irshad. Adilkan?” cadang Nurin.

Melissa geleng.

“Kenapa kau tamak sangat haa?” tengking Nurin.

“Irshad suami kak Mel! Faham tak Nurin? Jangan kacau dia lagi! Sekarang ni bukan masalah tamak ke tak. Masalahnya, akak tak nak!” ujar Melissa.

Ton suara Melissa naik dua ton. Dah sama dengan suara Nurin.

Fine! Kalau kau tak nak, kau suruh lah Irshad ceraikan kau. And then, Nurin akan hidup bahagia bersama Irshad. Kau pun akan bahagia dengan hidup kau. Tak perlu bermadu!” ujar Nurin.

Pang! Satu tamparan kena dekat pipi Nurin. Nurin tercampak ke tepi. Melissa dah naik hangin.

“Kenapa kau kurang ajar sangat haa Nurin? Apa salah akak pada kau sampai kau buat akak macamni? Cuba kau cakap dekat akak!” jerit Melissa.

Tiba-tiba Irshad muncul dari mana entah. Irshad segera mendapatkan Nurin yang masih lagi terduduk. Ada darah yang mengalir di bibir Nurin.

“Kenapa ni?” soal Irshad.

“Kak Mel tiba-tiba marah Nurin. Kak Mel tuduh Nurin macam-macam. Lepastu Kak Mel tampar Nurin. Nurin tak faham lah bang,” ujar Nurin.

Irshad bangun. Dia mendekati Melissa yang berdiri kaku. Tidak duga kehadiran Irshad.

Mel, what's wrong with you? Kenapa tampar Nurin? Kenapa nak cemburu tak tentu pasal?” tengking Irshad.

Melissa terkejut. Buat kali pertama dia kena tengking dengan Irshad. Buat pertama kali.

“Dah! Pergi sana!” tengking Irshad lagi.

Melissa akur. Dia melangkah meninggalkan Irshad dan Nurin. Air matanya mengalir deras. Tidak sangka, perkara ini akan berlaku.

* * *

Sudah dua minggu hubungan Melissa dan Irshad regang. Tiada sepatah kata yang keluar daripada mulut mereka. Hubungan Irshad dengan Nurin pula bertambah erat. Menyampah Melissa tengok keadaan itu.

Melissa dah tak tahan dengan keadaan ni. Dia harus melakukan sesuatu. Dia harus berhadapan dengan risiko. Antara pulihkan keadaan atau tinggalkan rumah ini. Antara dua itu, akan ada satu sahaja yang berhasil.

Melissa melangkah ke arah Nurin dan Irshad yang sedang menonton televisyen bersama.

We need to talk,” ujar Melissa.

Televisyen ditutupnya. Nurin dan Irshad berdiri.

“Mel nak cakap dengan Irshad. It's private,” ujar Melissa.

Nurin nak melangkah pergi tetapi ditahan Irshad.

“Cakap je lah. Cakap depan Nurin,” ujar Irshad.

Melissa telan liur. Nampaknya dia semakin menghampiri risiko itu!

“Chad, Mel minta maaf. Mel dah tak mampu nak hidup macamni lagi. Kita langsung tak pernah bertegur lagi. Mel cintakan Chad. Jangan buat Mel macamni,” rayu Melissa.

“Chad boleh maafkan Mel tapi dengan syarat. Minta maaf dekat Nurin,” ujar Irshad.

Melissa telan liur. Dia pandang Nurin. Kemudian dia geleng.

“Untuk apa? Mel tak bersalah dalam hal ni. Mel tak perlu minta maaf dekat dia!” ujar Melissa.

Melissa tak kira. Apa nak jadi, jadilah! Kebenaran harus ditegakkan. Cukuplah dia terlalu berlembut hati dengan Nurin. Sekarang, dia dah tak peduli. Even lepasni Irshad akan halau dia pun, dia tak peduli. Yang penting, dia tak salah.

“Kenapa egois sangat?” soal Irshad.

“Mel tak egois. Mel cuma tegakkan kebenaran. Mel nak Chad tahu!” ujar Melissa.

“Mel! Cukuplah!” ujar Irshad kasar.

Melissa pandang Nurin.

“Nurin! Cuba kau terus-terang dekat Irshad! Kau cintakan Irshad kan? Kau suruh aku tinggalkan Irshad kan? Kau suruh aku bermadukan kau kan? Kau yang buat aku tampar kau kan?” ujar Melissa kasar.

Mel! Stop it!” tengking Irshad.

Melissa buat tak tahu. Dia tampar Nurin lagi.

“Kenapa kau nak hancurkan kebahagiaan abang kau? Tergamak kau buat semua ni kan? Kau nak aku tinggalkan rumah ni kan? Kau nak aku bercerai dengan Irshad kan? Kenapa dengan kau? Kenapa kau tak cakap semua tu dekat Irshad sekarang? Kenapa haaa!!?” marah Melissa.

Irshad dah tak sabar. Ketika Melissa nak tampar Nurin lagi, Irshad pegang tangan Melissa. Dan dicampakkan tangan Melissa sehinggakan Melissa terjatuh. Melissa tergamam.

“Kau yang hancurkan kebahagiaan kau! Kau sendiri yang buat semua ni Mel! Kenapa dengan kau Mel? Kenapa kau jadi macamni?” tengking Irshad.

Melissa tak dapat tahan. Kesakitan yang amat luar biasa dirasakan. Dan pandangan dia semakin lama semakin kabur. Dua susuk tubuh itu kelihatan semakin pudar. Sehinggalah segalanya gelap.

No comments:

Post a Comment