Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Monday, June 21, 2010

KITA (29)

Dia rasakan seperti dia berada di tempat yang lain. Dia bukan di biliknya. Jadi, di manakah dia sekarang? Dia nampak sebelah dia ada Irshad.

“Mel! Alhamdulillah, Mel dah sedar! Doktor!” Irshad pergi mendapatkan doktor.

Melissa dah ingat! Melissa dah ingat apa yang berlaku hari itu. Doktor datang dan check dirinya.

“Dok, macammana dengan baby saya?” soal Melissa.

“Maaf puan. Anda mengalami keguguran akibat hentakan yang kuat,” jawab doktor.

Melissa rasakan seperti dunia ni dah berakhir. Doktor itu bercakap dengan Irshad dan kemudian keluar. Melissa tak peduli apa yang dibualkan doktor itu bersama Irshad. Dia sungguh kecewa sebab kandungannya gugur. Dan pembunuh kandungannya itu ialah Irshad! Bapa kepada si bayi dalam perutnya itu.

“Mel, doktor cakap Mel boleh balik petang ni,” ujar Irshad.

Melissa pandang Irshad.

“Balik mana?” soal Melissa.

“Balik rumah kita lah,” jawab Irshad.

“Bila masa kita ada rumah?” perli Melissa.

Irshad tersentak.

“Kenapa ni Mel?” soal Irshad.

“Aku tak nak balik rumah kau! Aku nak balik rumah aku,” ujar Melissa tanpa mempedulikan soalan Irshad.

“Mel, Chad minta maaf,” ujar Irshad.

“Maaf kau tu dapat gantikan ke kandungan aku?” soal Melissa sinis.

Irshad terdiam. Dia tahu Melissa menyalahkan dirinya atas keguguran kandungannya. Tapi, memang salah dia. Dia yang tolak Melissa. Tapi Melissa yang tampar Nurin. Takkan dia nak tengok adiknya kena tampar. Tapi... Arghhhhh! Dia bingung!

Melissa tarik selimutnya menutup muka. Wajah Irshad langsung tidak mahu dipandangnya. Untuk apa? Untuk menambahkan lagi rasa benci di hati?

Irshad hanya memerhatikan sahaja Melissa. Dia rasa sangat-sangat bersalah.


* * *


“Keluar!” jerit Melissa kuat.

Irshad terpinga-pinga.

“Kau tak dengar ke apa yang aku cakap?Aku suruh kau keluar! Faham tak haa?!” tengking Melissa.

Puan Sri Lestari yang mendengar kekecohan itu segera berlari ke bilik Melissa.

“Kenapa ni Mel?” soal Puan Sri Lestari.

Melissa duduk atas katil. Dia tunjuk Irshad yang berada di muka pintu dengan jari telunjuknya.

“Suruh dia keluar. Mel tak nak tengok muka dia lagi,” ujar Melissa.

Puan Sri Lestari terkejut.

“Mel...”

Mummy, please! I don't want to see his face anymore. I hate him,” ujar Melissa tanpa memberikan peluang untuk Puan Sri Lestari bercakap.

Puan Sri Lestari pandang Irshad.

“Irshad, biar Mel tenang. Tolong keluar,” ujar Puan Sri Lestari.

Irshad angguk. Dia pandang Melissa. Melissa langsung tak pandang Irshad. Kemudian Irshad melangkah keluar dari bilik Melissa. Puan Sri Lestari menutup pintu bilik Melissa dan mendekati Melissa. Dia duduk di sebelah Melissa.

“Kenapa ni sayang?” soal Puan Sri Lestari lembut.

“Mel benci dia. Dia tu kotor! Dia pembunuh!” jawab Melissa.

Puan Sri Lestari dapat menangkap maksud Melissa. Dia mengusap kepala Melissa.

Take a rest. Kalau nak apa-apa, mummy dekat luar,” ujar Puan Sri Lestari.

Puan Sri Lestari melangkah ke muka pintu.

Mummy,” panggil Melissa.

Puan Sri Lestari toleh ke Melissa.

Thanks,” ujar Melissa.

Puan Sri Lestari angguk. Kemudian dia keluar dari bilik Melissa. Dia melangkah ke arah Irshad yang masih duduk di ruang tamu.

Mummy, apa yang perlu Irshad buat?” soal Irshad sebaik sahaja Puan Sri Lestari duduk di sofa.

“Bagi Mel masa. Mel akan tenang dengan sendiri nanti,” jawab Puan Sri Lestari.

“Tapi sampai bila?” soal Irshad.

“Sampai dia dapat maafkan kamu. Lagi satu, kamu tak payah datang dekat sini lagi,” ujar Puan Sri Lestari.

“Kenapa? Mummy halau Irshad ke?” soal Irshad.

“Taklah. Biar Mel bersendirian. Nanti bila dia rindukan kamu, baru kamu datang. Nanti mummy call kamu bila waktu itu tiba,” ujar Puan Sri Lestari.

Irshad angguk. Dia salam dengan Puan Sri Lestari.

Mummy, thanks,” ujar Irshad.

Puan Sri Lestari hanya tersenyum. Kemudian Irshad keluar dari rumah besar itu.

* * *

Puan Sri Lestari tersenyum ke arah Melissa yang sedang menonton televisyen. Tan Sri Huzairy duduk di sebelah Melissa. Zakuan turut mengambil tempat di hadapan Melissa.

“Macammana Zak?”soal Melissa.

“Pinangan accepted!” jawab Zakuan.

Melissa tersenyum. Senang melihat kawannya bahagia.

“Jaga Qaseh elok-elok tau. Jangan jadi macam aku,” ujar Melissa.

Zakuan kasihan melihat Melissa. Dia tahu apa yang berlaku kepada Melissa. Melissa yang ceritakan dari A hingga Z kepadanya dua hari lepas. Tapi dia kagum melihat Melissa yang tabah menghadapi dugaan.

“Tadi Irshad pun ada,” ujar Zakuan.

Melissa buat tak peduli. Tan Sri Huzairy dan Puan Sri Lestari naik ke atas. Memberi ruang buat mereka berdua berbual. Manalah tahu, Zakuan dapat melembutkan hari Melissa yang keras tu.

“Dia nampak sangat-sangat tak bermaya,” ujar Zakuan.

Melissa tidak membalas. Zakuan menggeleng.

“Mel, sampai bila kau nak gantungkan hubungan kau dengan Irshad? Kau tahu tak, berdosa kalau kau derhaka dengan suami,” ujar Zakuan.

“Habis dia tak berdosa gugurkan kandungan aku?” soal Melissa kasar.

“Dia tak sengaja,” jawab Zakuan.

“Dan aku pun tak sengaja derhaka dengan dia!” ujar Melissa.

“Mel, dah seminggu kau tak jumpa dia. Takkanlah kau tak rindukan dia? Kesian dia Mel. Badan dia dah susut. Rambut dia kusut. Tak pernah aku nampak Irshad seselekeh tu,” ujar Zakuan.

“Habis aku ni kau tak kesian?” soal Melissa.

“Bukan macamtu. Mel, kau cintakan Irshad?” soal Zakuan.

“Perasaan cinta aku untuk dia dah mati. Gugur bersama kandungan aku,” ujar Melissa.

“Mel, tak baik kau derhaka dengan suami. Pulanglah ke pangkuan dia. At least, jaga maruah dia sebagai suami kau,” ujar Zakuan.

Melissa diam. Zakuan turut diam. Memberikan Melissa masa untuk Melissa berfikir secara rasional.

* * *

Wajah Irshad dipandangnya. Simpatinya membuak-buak apabila melihat wajah kusut Irshad. Dia benar-benar kasihan melihat Irshad.

Sudah pelbagai cara dia lakukan untuk membuatkan Irshad gembira dan lupakan Melissa tetapi satu pun tak boleh. Cinta Irshad untuk Melissa memang terlalu utuh. Dia tidak dapat menafikan itu. Mungkin dulu Irshad kahwin dengan Melissa kerana terpaksa. Tetapi sekarang, Irshad memang benar-benar mencintai wanita itu.

Nurin melangkah mendekati Irshad yang sedang termenung di balkoni.

“Abang,” tegur Nurin.

Irshad pandang Nurin sekilas. Kemudian, dia tumpukan pandangannya kepada landskap halaman rumah banglonya itu.

“Nurin tak sanggup tengok abang terus menderita macamni,” ujar Nurin.

“Abang akan terus menderita selagi Melissa tak ada di hadapan abang,” ujar Irshad tanpa nada.

Nurin mengeluh. Dia pandang wajah Irshad lama. Cinta yang mendalam terhadap Irshad membuatkan dia menjadi kejam. Sehingga tergamak menghancurkan kebahagiaan Irshad dan Melissa. Kejam kah dia? Dia cuma mahu cintanya dibalas. Jadi apa yang patut dia lakukan?

Selepas memikirkan sedalam-dalamnya, Nurin mula bersuara. Dia tahu dia harus melepaskan cintanya.

“Abang, maafkan Nurin,” ujar Nurin.

Irshad pandang Nurin. Dahinya berkerut.

“Apa maksud Nurin?” soal Irshad.

Nurin tarik nafas dalam-dalam. Dan kemudian hembus perlahan-lahan.

“Apa yang Kak Mel cakap semua betul. Nurin cintakan abang. Dan Nurin nak abang jadi suami Nurin yang sah,” ujar Nurin.

Irshad terkejut.

“Nurin tahu Nurin salah bang. Nurin terlalu ikutkan perasaan. Nurin minta maaf. Sekarang Nurin dah sedar cinta abang untuk Kak Mel terlalu utuh,” sambung Nurin.

Irshad bangun.

“Engkau memang kurang ajar Nurin! Sanggup kau rosakkan rumah tangga orang demi kepentingan kau!” marah Irshad.

Nurin tunduk.

“Maafkan Nurin, bang. Nurin tahu semua salah Nurin. Dan sekarang, Nurin nak betulkan keadaan,” ujar Nurin.

“Kau nak buat apa?” soal Irshad.

Nurin tidak menjawab. Dia bangun dan terus berlalu dari situ. Tidak sampai dua minit, kedengaran bunyi enjin kereta. Menandakan Nurin keluar. Dan seminit kemudian, kedengaran bunyi enjin kereta memasuki perkarangan rumahnya.

Pintu yang tidak berkunci membuatkan tetamu itu masuk. Dia mendapatkan Irshad.

“Irshad, kenapa ni?” soal Qaseh.

Irshad pandang Qaseh.

“Kau kena tolong aku, Qaseh!” ujar Irshad tanpa menjawab soalan Qaseh.

“Tolong apa?” soal Qaseh.

“Temankan aku pergi rumah Mel,” ujar Irshad.

Qaseh senyum. Ingatkan apa benda lah dia suruh tolong, rupa-rupanya temankan pergi rumah Melissa. Haiyaa,
small matter je tu.

Okay!” ujar Qaseh.

Mereka berdua melangkah keluar dari rumah itu.

* * *

Melissa terkejut dengan kehadiran Nurin. Begitu jua Zakuan. Nasib baik Puan Sri Lestari dan Tan Sri Huzairy sudahpun keluar tadi. Kalau tidak, pasti kecoh dibuatnya.

“Kenapa kau datang?” soal Melissa.

Nurin dah tahu kehadiran dia di rumah ini pasti tidak dialu-alukan. Jadi, dia sudah bersedia. Apapun yang akan terjadi, dia akan menyatukan dua insan itu.

“Nurin minta maaf, Kak Mel. Nurin tahu semua ni salah Nurin. Kalaulah Nurin tak buat benda bodoh tu, mesti semua ni takkan berlaku kan?” ujar Nurin.

“Cukuplah Nurin. Aku takkan tertipu dengan plan kau,” ujar Melissa.

“Nurin faham kalau kak Mel tak dapat maafkan Nurin. Dah memang salah Nurin kan, apa yang Nurin boleh buat? Kalau Nurin jadi kak Mel pun Nurin marah. Nurin tak kisah kalau kak Mel benci Nurin tapi tolong, jangan benci Irshad. Dia tak pernah ada niat untuk menyakiti kak Mel. Percayalah kak Mel, dia sangat mencintai kak Mel,” ujar Nurin.

Melissa terdiam. Dan tiba-tiba Irshad dan Qaseh pula muncul.

“Nurin! Apa yang kau buat dekat sini?” soal Irshad kasar.

Nurin diam.

“Kau cakap sekarang! Apa yang kau dah buat dekat Mel? Tak cukup lagi ke apa yang kau dah buat dulu haa?!” marah Irshad.

Melissa pandang Irshad. Sungguh dia kasihan melihat Irshad yang tidak terurus itu. Pertama kali, dia nampak Irshad macamtu. Dulu waktu uminya meninggal, tak ada lah sampai macamtu teruk Irshad.

“Nurin! Kau dengar tak?” jerkah Irshad.

Nurin masih lagi diam. Dia betul-betul takut apabila melihat Irshad menyinga begini.

“Mel, apa yang Nurin buat dekat Mel? Dia tampar Mel? Dia pukul Mel?” soal Irshad kalut.

“Kenapa paranoid sangat?” soal Melissa seakan memerli.

Irshad tersentak.

“Dia datang nak minta maaf lah,” ujar Melissa lagi.

Nurin pandang Melissa. Sungguh dia betul-betul terhutang budi dengan Melissa.

“Mel percaya cakap dia ni? Mel, dia yang rosakkan rumah tangga kita! Nurin, jangan ganggu hidup aku lagi. Jangan ganggu hidup Melissa!” Irshad dah hilang arah.

Melissa bagi satu tamparan kuat dekat Irshad. Supaya Irshad sedar sikit. Dah macam orang gila gamaknya. Semua yang berada di situ terkejut. Irshad turut terkejut. Dia pegang pipinya. Sakit!

“Boleh tak kau sedar sikit apa yang kau cakap ni? Kau tahu tak, Nurin tu adik kau! Kenapa kau tak boleh nak maafkan dia? Aku sendiri dah maafkan dia. Yang kau lebih-lebih ni kenapa?” ujar Melissa.

Irshad pegang bahu Melissa.

“Adik apa yang sanggup hancurkan kebahagiaan abangnya sendiri? Memang Chad tak boleh maafkan dia. Dia buat Mel benci dekat Chad. Dia buat Mel tinggal berasingan dengan Chad. Dia buat Mel tersiksa!” ujar Irshad.

Melissa jatuhkan tangan Irshad dari terus memegang bahunya.

“Kau nak aku tinggal dengan kau? Okay. Kau beli rumah kita dan kita tinggal situ. Tak perlu tinggal dekat rumah parents kita. Kau nak aku tak tersiksa? Okay. Kau maafkan Nurin,” ujar Melissa.

“Tapi....” belum sempat Irshad mahu menghabiskan ayatnya, Melissa terlebih dahulu memotong.

“Tak ada tapi-tapi,” ujar Melissa.

Nurin yang pada tadi diam mula bersuara.

“Nurin tak kisah kalau abang nak terus membenci Nurin. Sebab Nurin tahu semua tu salah Nurin. Lagipun esok pagi Nurin dah nak berangkat ke England. Nurin cuma nak memperbetulkan keadaan ni,” ujar Nurin.

Melissa dan Irshad terkejut.

“Nurin nak buat apa pergi England?” soal Melissa.

“Sambung study,” jawab Nurin.

“Kak Mel doakan yang terbaik untuk Nurin. Kak Mel dah maafkan segala salah silap Nurin. Lagipun kita ni kan manusia yang tak lari daripada melakukan kesalahan. Kak Mel faham,” ujar Melissa.

Nurin terharu. Dia terus peluk Melissa. Air matanya mengalir.

“Terima kasih kak Mel. Kak Mel memang baik!” ujar Nurin.

Melissa tersenyum.

“Esok flight pukul berapa?” soal Melissa.

“10 pagi,” jawab Nurin.

“Kalau macamtu, biar kak Mel je lah yang hantarkan Nurin dekat airport. Iya?” soal Melissa.

“Eh tak apa lah kak Mel. Nurin boleh pergi sendiri,” ujar Nurin.

Melissa geleng.

“Nanti pukul 8, kak Mel datang,” ujar Melissa.

Nurin hanya menganggukkan kepalanya.

“Nurin balik dulu lah kak Mel. Nurin doakan kak Mel dengan abang Irshad berkekalan. Halalkan makan minum Nurin dan maafkan segala dosa Nurin terhadap kak Mel dan abang Irshad,” ujar Nurin dan terus berlalu keluar dari rumah Melissa.

Melissa pandang Irshad.

“Dah, pergi balik,” ujar Melissa.

Irshad pandang Melissa.

“Kalau kau nak kemaafan aku, esok adalah last
chance kau. Lepastu tiada lagi kemaafan buat kau,” ujar Melissa.

Irshad diam.

“Zak, tunjukkan jalan keluar dari rumah ni dekat dia,” ujar Melissa.

Melissa terus naik ke atas tanpa mempedulikan apa-apa lagi. Dia benar-benar keras hati sekarang.

No comments:

Post a Comment