Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Friday, December 24, 2010

Mencari Cinta [16]

Pintu wad ICUdibuka. Keluar dari situ seorang doktor perempuan. Bergegas Adiela mendapatkan doktor itu.


“Dok, macammana dengan kembar saya?” soal Adiela tidak sabar.


“Awak kembar Maisara?” soal doktor.


Adiela mengangguk. Tak nampak ke muka kitorang serupa?


“Sila ikut saya ke bilik. Ada hal yang perlu dibincangkan,” ujar doktor.


Adiela mengangguk. Doktor itu berlalu. Adiela memberi isyarat tangan kepada Razak sebelum beredar mengekori doktor itu.


Pintu dibuka. Adiela masuk. Dia duduk di kerusi berhadapan dengan doktor itu.


“Saya Dr. Eryn,” ujar doktor itu.


“Saya Adiea,” balas Adiela.


Mereka berjabat tangan.


“Macammana dengan kembar saya dok?” soal Adiela.


“Maisara menghidap leukimia tahap terakhir,” ujar doktor itu.


Kenyataan itu menghempap kepala Adiela. Terakhir? Maksudnya masa Maisara hanya tinggal sekejap.


“Tak ada yang boleh sembuhkan dia?” soal Adiela.


Doktor itu menggeleng.


“Dia hanya ada masa tidak sampai seminggu,” ujar doktor itu lagi.


Adiela tergamam. Secepat itu?


“Kami berharap awak sekeluarga bersabar. Ini semua dugaan daripada Allah. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya,” ujar doktor Eryn.


Air mata Adiea yang mengalir disekanya perlahan.


“Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar,” ujar Adiela.


Doktor Eryn mengangguk. Adiela keluar. Dia melangkah longlai ke arah wad yang menempatkan Maisara.


Sayu hatinya melihat wayar-wayar yang berselirat di tubuh Maisara. Adiela mendekati Maisara yang sedang tidur. Air mata Adiela tumpah lagi.


“Mai, aku datang,” ujar Adiela perlahan.


Adiela duduk di atas kerusi bersebelahan katil Maisara. Lama-lama dia terlelap di sebelah Maisara.


***


Arief masuk wad itu. Kelihatan Adiela dan Maisara sedang nyenyak tidur. Perhatian dia lebih kepada Maisara. Sayu hatinya melihat keadaan Maisara begitu. Kemudian dialihkan kepada Adiela pula.


Simpati di hatinya mula terbit. Kasihan Adiela. Kerana sayangnya kepada Maisara, dia sanggup putus tunang. Kemudian Arief mendekati mereka. Tiba-tiba Adiela terjaga.


Sorry. Saya tak ada niat nak kacau awak tidur,” ujar Arief.


Adiela senyum segaris. Kemudian dia bangun.


“Tak apa. Awak duduklah. Tolong jagakan Mai sekejap,” ujar Adiela.


“Awak nak pergi mana?” entah kenapa laju sahaja Arief menuturkan soalan itu.


Adiela pandang Arief.


“Saya nak pergi solat Zuhur sekejap,” ujar Adiela.


Adiela lemparkan senyuman sekali lagi. Kemudian dia keluar daripada wad persendirian itu.


Arief duduk di kerusi itu. Tangannya melekat di dadanya. Entah kenapa hatinya berdebar-debar melihat senyuman Adiela itu. Takkanlah dia dah.... Eh takkanlah!


Tanpa sesiapa sedar, Maisara sudah melihat adengan itu.



***


“Mai, jangan lah macamni. Makan lah,” pujuk Arief.


Maisara menggeleng lemah.


Arief mengeluh perlahan. Mai,kenapa kau degil sangat?


Pintu wad terbuka. Arief pandang Adiela yang tercegat di muka pintu. Adiela senyum lima saat. Kemudian dia melangkah mendekati Arief.


“Kenapa ni?” soal Adiela apabila melihat wajah Arief yang monyok.


Arief letak mangkuk atas meja. Kemudian dia bangun.


“Mai ni tak nak makan,” ujar Arief.


“Tak apa, biar saya suapkan Mai,” ujar Adiela.


Arief angguk dan ke tepi sedikit untuk memberi laluan kepada Adiela untuk duduk. Adiela duduk.


Mangkuk yang berisi bubur diangkat. Sudunya disuakan ke arah Maisara namun Maisara enggan membuka mulutnya.


“Mai, makanlah,” pujuk Adiela.


Maisara geleng kepala.


“Kau dah tak sayang aku ye? Takpe lah kalau macamtu. Siapalah aku pada kau kan,” ujar Adiela seakan-akan merajuk.


“Bukan macamtuuu....”


“Kalau bukan, kau kena makan,” potong Adiela.


Sekali lagi sudu disuakan ke arah Maisara. Kali ini, Maisara membuka mulutnya dan makan makanan yang disuapkan oleh Adiela itu. Habis sahaja setengah mangkuk Maisara makan, Adiela letak tepi mangkuk.


“Macamni lah baru Maisara yang aku kenal!” ujar Adiela.


Maisara tersenyum.Adiela pandang Arief yang asyik memerhatikan mereka.


“Nak duduk sini ke?” soal Adiela.


“Tak apa lah. Awak duduk lah,” tolak Arief.


Adiela tersenyum. Kemudian dia pandang Maisara.


“Mai, aku nak makan sekejap. Lapar pulak tengok kau makan tadi. I will be right back soon,” ujar Adiela.


Maisara angguk.


Adiela bangun. Langkahnya menuju ke pintu. Sampai sahaja di muka pintu, Arief memanggilnya.


“Adiela..” panggil Arief.


Adiela pandang Arief.


“Pergi mana?” soal Arief.


“Makan. Awak tolong jaga Mai sekejap tau,” ujar Adiela.


Arief angguk. Adiela senyum. Kemudian Adiela terus sahaja keluar dari bilik wad dan menuju ke destinasinya.


Maisara hanya melihat sahaja adengan mereka itu.


***


Baru sahaja Adiela mahu memulakan suapan, satu makhluk ciptaan Allah duduk di hadapannya. Adiela mendongak memandang si empunya badan.


“Assalamualaikum Die,” sapa Epul.


“Waalaikumusalam,” jawab Adiela kasar.


“Baru makan ke?” soal Epul.


“Tak ada lah. Dah lama,” jawab Adiela sambil lewa.


Epul hanya tersenyum kelat.


Hey, can you move? Aku nak makan,” ujar Adiela.


Epul tersentak. Panggilan abang-Die bertukar kepada saya-awak tiga hari lepas dan hari ini pula bertukar menjadi kau-aku. Benci sangatkah Adiela kepada dia?


“Makan lah. Abang temankan Die,” ujar Epul.


Adiela bangun.


“Nak pergi mana?” soal Epul.


“Kau ingat aku boleh makan ke kalau tengok kau?” perli Adiela seraya melangkah meninggalkan Epul seorang diri.


Epul bangun dan mendapatkan Adiela yang sudah dua langkah ke hadapan. Dia menghalang Adiela daripada terus melangkah.


“Kenapa dengan Die ni?” soal Epul.


Adiela buat muka bosan.


“Apa Die dah tak cintakan abang?” soal Epul.


Adiela senyum sinis.


“Kau tanya dulu pada diri kau soalan tu sebelum kau tanya aku,” Adiela melangkah menjauhi Epul.


Epul tergamam. Dia memandang langkah Adiela dengan pandangan yang penuh tanda tanya.

No comments:

Post a Comment