Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Thursday, December 23, 2010

Mencari Cinta [15]

Pintu wad kecemasan masih belum dibuka. Empat insan masih tercegat menanti pintu itu terbuka. Risau di hati hanya Allah yang tahu.Teringat lagi peristiwa yang baru sahaja berlaku tadi.

***


“Mai!” Adiela kejar Maisara dari belakang.


Maisara berhenti melangkah.


“Kenapa dengan kau? Arief betul-betul cintakan kau!” ujar Adiela.


Maisara diam. Kepalanya dipegang.


“Mai, I'm talking with you!” marah Adiela.


“Sebab aku tak layak untuk dia. Kau faham tak? Aku tak layak,” ujar Maisara perlahan.


“Siapa kata kau tak layak? Mai, jodoh pertemuan semua di tangan Allah,” nasihat Adiela.


Maisara diam. Tiba-tiba Maisara rebah. Adiela panik.


“MAI!!!” jerit Adiela kuat. Badan Maisara dirangkulnya kuat.


Arief, Laura dan Razak segera mendapatkan Adiela. Terkejut mereka melihat badan longlai Maisara dirangkul Adiela.


“What's going on?” soal Arief agak gusar.


“Mai pengsan! Please call ambulance! Cepat!” kelam-kabut Adiela dibuatnya.


“Tak perlu. Ambulance lambat. Naik kereta saya je,” ujar Arief.


Tanpa berfikir panjang, Arief segera mendukung Maisara dan meletakkan Maisara ke dalam keretanya.


“Diela ikut!” ujar Adiela.


Adiela masuk ke tempat penumpang dan memangku kepala Maisara.


“Pak cik datang kemudian,” ujar Razak.


“Okay pak cik. Saya hantar Mai dulu ye,” Arief meminta diri.


Razak menganggukkan kepala. Laura masuk ke bahagian sebelah pemandu dan Arief pula masuk ke bahagian pemandu. Kereta dipecutkan ke Hospital yang terdekat.

***


Adiela menunggu lagi. Sudah hampir satu jam Maisara berada di wad ICU tetapi satu berita pun tidak ada lagi. Hatinya mula risau. Bagaimanakah keadaan Maisara di dalam?


Pandangan matanya beralih ke arah Laura yang sudahpun tertidur di atas kerusi keras ini. Kemudian dia pandang Arief dan dalam masa yang sama Arief pandang dia. Berat mulutnya mahu menegur Arief. Sejak tadi dia tidak bercakap dengan Arief.


“Arief..” panggil Razak.


Adiela tarik nafas lega.


“Iye pak cik,” balas Arief.


“Bawaklah adik kamu balik. Kesian dia pak cik tengok,” ujar Razak.


Arief pandang Laura. Memang dia kesian dengan Laura. Tak pasal-pasal Laura terpaksa masuk campur dalam urusan dia.


“Tapi...”


“Kesian dia. Sepatutnya kau tak perlu libatkan dia dalam urusan kau,” ujar Razak.


Arief angguk.


“Okay pak cik,” ujar Arief.


Arief kejutkan Laura. Terpisat-pisat Laura bangun.


“Jom balik,” ajak Arief.


“Habis kak Mai macammana?” soal Laura.


“Laura baliklah dulu ye,” ujar Arief.


Laura hanya mengangguk. Langkahnya diaturkan mengikut langkah Arief.


Razak kalih pandang ke Adiela.


“Adiela, boleh terangkan dekat ayah apa yang berlaku sebenarnya?” soal Razak.


Adiela pandang Razak. Kemudian kepalanya ditundukkan.


“Macammana ayah nak tahu kalau Adiela tak terangkan?” pujuk Razak.


Lalu Adiela menceritakan segalanya kepada Razak.


“Tapi Die tak pernah menyesal dengan semua ni. Die sanggup buat apa sahaja untuk Mai,” Adiela mengakhirkan ceritanya.


“Sampai Adiela tersiksa macamni?” soal Razak.


“Die tak kesah. Kalau Mai bahagia, Die pun bahagia,” ujar Adiela.


Tersentap hati Razak mendengar pengakuan ikhlas Adiela itu.


“Ayah bangga ada anak macam kamu, Adiela. Maafkan ayah sebab tak percayakan Diela,” ujar Razak.


Adiela tersenyum.


“Tak ada apa-apa yang perlu dimaafkan. Die tahu, ayah marah Die sebab ayah tak nak Die buat perkara tak senonoh,” ujar Adiela.


Razak mengusap kepala Adiela. Adiela hanya tersenyum.


***

“Ayah, ibu mana?” soal Adiela.


Razak pandang anak kecil yang berumur lima tahun itu. Dia masih terlalu mentah untuk memahami semua ini.


“Ha'ah lah ayah. Mai pun dah lama tak nampak ibu. Ibu pergi mana? Ibu tinggalkan kita ek?” soal Maisara dengan pelatnya.


“Ibu dah tak sayangkan kita ke ayah?” soal Adiela pula.


Razak tarik Maisara dan Adiela ke pangkuannya. Diusap kepala kedua-dua cahaya matanya.


“Tak sayang. Ibu dah pergi,” ujar Razak.


“Pergi mana ayah?” soal Adiela.


“Pergi K.L ye ayah?” soal Maisara.


“Bukan. Ibu dah pergi kepada Yang Maha Kuasa. Allah lebih sayangkan ibu,” ujar Razak.


“Tapi Adiela pun sayangkan ibu,” ujar Adiela.


“Tapi Allah lebih sayangkan ibu,” ujar Razak.


“Jadi bila ibu nak balik?” soal Maisara.


“Ibu takkan balik sampai bila-bila,” ujar Razak.


Mata Adiela dah berair.


“Adiela rindukan ibu,” ujar Adiela.


“Kalau Adiela rindukan ibu, Adiela kena lah rajin solat. Doakan ibu,” ujar Razak.


“Adiela nak doakan ibu banyak-banyak!” ujar Adiela.


Air mata Adiela sudahpun menitis.


“Adiela dengan Mai nak dengar satu cerita tak?” soal Razak.


“Cerita? Cerita apa ayah?” soal Maisara dan Adiela hampir serentak.


“Dulu, ada seorang lelaki yang baru kematian seorang isteri dan anaknya. Dia sedih sangat. Lalu dia menyalahkan Allah ke atas semua yang terjadi. Dia salahkan takdir yang buat hidup dia menderita. Then satu hari tu, dia berjumpa dengan seorang lelaki tua. Nak tahu tak apa lelaki tua tu cakap?” soal Razak.


“Apa?” Maisara dan Adiela bertanya serentak.


“Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Allah datangkan hujan, petir dan kilat. Kita tertanya-tanya di manakah matahari. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan pelangi,” ujar Razak.


“Maksud dia apa ayah?” soal Maisara.


“Allah nak dia kenal apa itu pengorbanan. Dan lepastu lelaki itu balik. Setahun lepastu lelaki tu terjumpa lelaki tua tu lagi. Lalu dia menceritakan hidupnya. Hidup lelaki itu bahagia setelah menemui ratu hatinya yang baru. Mereka hidup bahagia dan bakal dikurniakan seorang cahaya mata,” ujar Razak.


Razak pandang Maisara dan Adiela. Kemudian dia mengusap kepala mereka.


“Oleh itu, kita sebagai manusia janganlah menyalahkan takdir. Setiap apa yang terjadi, pasti ada hikmahnya. Faham Mai? Adiela?” soal Razak.


“Faham!” jawab Maisara dan Adiela.


***


“Asslamualaikum,”tegur satu suara.


Adiela dongak atas. Memori-memori lama segera melayang dari fikirannya.


“Boleh abang duduk sini?” soal Epul.


Adiela tidak menjawab. Entah kenapa, dia meluat tengok muka Epul.


“Die tak jawab lagi salam abang,” ujar Epul.


“Waalaikumusalam,”jawab Adiela.


Epul duduk di sebelah Adiela. Adiela buat tak tahu.


“Die, maafkan abang,” ujar Epul.


Adiela diam.


“Abang tahu abang salah. Please forgive.....”


This is not a right time to talk about that,” potong Adiela.


Epul tergamam.


“Baik awak pergi dari sini. Ini bukan tepi pantai. Ini dekat hospital,” ujar Adiela.


“Tapi abang....”


“Kalau awak tak nak pergi, saya boleh pergi,” ujar Adiela seraya bangun.


“Kenapa ni?” soal Razak tiba-tiba.


Adiela dan Epul pandang Razak. Adiela hembus nafas lega.


“Ayah, dia ni kacau Adiela. Suruh dia pergi. Adiela tak kenal dia,” ujar Adiela.


Epul dah kerut dahi.


“Pak cik, Epul datang nak pujuk Die,” ujar Epul.


“Dekat hospital?” soal Razak.


Epul diam. Adiela tersenyum mengejek.


“Ini bukan tempat yang sesuai untuk bincang pasal kau orang. Epul, balik. Selesaikan dekat tempat lain selain hospital,” ujar Razak tegas.


“Baiklah pak cik. Saya pergi dulu,” ujar Epul.


Epul salam Razak. Kemudian dia pulang ke rumah dengan pelbagai perasaan.

No comments:

Post a Comment