Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Saturday, January 8, 2011

Mencari Cinta [18]

 Laura melangkah ke arah Izad. Oh ye, kaki Izad sudah dibuka simennya. Laura duduk di sebelah Izad.

“Izad,”panggil Laura.

Izad pandang Laura.

“Kaki kau dah sembuh sepenuhnya ke?” soal Laura.

“Dah,” jawab Izad.

“Habis kenapa kau tak bertugas?” soal Laura.

“Malas,”jawab Izad.

Laura pandang Izad. Seperti badmood sahaja lelaki di sebelahnya itu. Memang selama tempoh tiga minggu itu, dia dan Izad jarang berbual kerana Laura sibuk. Takkanlah Izad dah benci dia.

“Kau sihat?” soal Laura.

Izad angguk.

“Izad, kenapa dengan kau?” soal Laura.

“Kenapa apa?” soal Izad kembali.

Laura bangun.

“Wei, aku minta maaf lah kalau aku ada buat salah dengan kau. I'm really sorry okay?” ujar Laura.

Izad diam.

“Kalau kau benci sangat dengan aku cakaplah,” ujar Laura lantang seraya meninggalkan Izad.

Izad hanya memerhatikan sahaja langkah Laura. Maafkan aku, Laura. Aku tak boleh lupakan apa yang kau cakap dekat abang kau. Aku tak mampu Laura!

***

Laura menghempaskan pintu biliknya. Sakit hatinya melihat perlakuan Izad tadi. Kenapa Izad harus buat dia begitu? Adakah hanya kerana kelancangan mulutnya tempoh hari? Ahh, Laura sendiri tak tahu!

Laura capai telefon bimbitnya. Nombor Arief didailnya.

“Abang dekat mana?” soal Laura seaik sahaja nombor Arief disambungkan.

On the way nak pergi Port Dickson. Kenapa Laura?” soal Arief.
“Abang dah dekat mana?” soal Laura.

“Abang nak dekat sampai dah. Kenapa?” soal Arief lagi.

“Ala, Laura baru ingat nak ikut,” ujar Laura.

Sorry lah Laura. Tadi tak nak cakap awal-awal,” ujar Arief.

“Tak apa lah. Enjoy your holiday there,” ujar Laura seraya mematikan talian.

Laura baring di atas katilnya. Akhirnya dia tertidur dengan kekusutan masalahnya bersama Izad.


***

Hon dibunyikan dua kali. Adiela melangkah ke arah pintu. Kelihatan kereta Mitsubishi Evo 7 berwarna hijau di luar rumahnya.

“Assalamualaikum,” sapa Syukor.

“Waalaikumusalam,” balas Adiela.

“Ayah Diela ada dalam?” soal Syukor.

“Ada. Awak masuklah,” Adiela mempersilakan Syukor masuk.

Syukor menurut. Mereka masuk ke dalam. Dan kemudian Razak keluar daripada biliknya dan melangkah ke arah Syukor. Syukor bangun lalu bersalam dengan Razak.

“Assalamualaikum pak cik,” sapa Syukor.

“Waalaikumusalam,” balas Razak.

Adiela berlalu ke dapur untuk menyediakan minuman.

“Arief .....” belum sempat Razak menghabiskan ayatnya, Syukor terlebih dahulu memotong.

“Panggil saya Syukor,” ujar Syukor.

“Nama kamu sebenarnya siapa?” soal Razak.

“Muhammad Arief Syukor,” jawab Syukor.

Razak menganggukkan kepalanya.

“Syukor dah sedia nak belajar Islam dengan lebih mendalam?” soal Razak.

“Dah,” jawab Syukor.

Okay, apa yang Syukor tak tahu?” soal Razak.

“Semuanya pasal Islam,” jawab Syukor.

“Syukor tahu mengucap dua kalimah syahadat?” soal Razak.

“Tau,” jawab Syukor.

“Cuba Syukor mengucap,” arah Razak.

Lalu Syukor mengucap dua kalimah syahadat. Razak mengangguk.

“Syukor tahu solat?” soal Razak.

Perlahan Syukor menggelengkan kepalanya.

“Langsung tak pernah solat?” soal Razak.

“Tak,” jawab Syukor perlahan.

Adiela datang bawa sedulang air.

“Minumlah dulu,” ajak Adiela.

Syukor senyum dekat Adiela. Adiela balas senyuman Syukor.

“Die masuk dulu ye,” Adiela masuk ke dalam biliknya.

Syukor meneguk minumannya.

“Kita start pada solat dulu ye?” soal Razak.

“Terpulang kepada pak cik. Saya ikut je,” ujar Syukor.

Razak tersenyum. Mereka meneruskan sesi pembelajaran kelas agama yang dicadangkan Adiela itu.

* * *

Adiela tersenyum.

“Kenapa awak tukar nama ye?” soal Adiela.

“Sebab saya nak jadi lebih better. Lagipun Syukor tu pun nama saya,” jawab Syukor.

Adiela angguk.

“Err.. Tanya sedikit boleh?” soal Syukor.

Adiela pandang Syukor. Kening diangkat tinggi.

“Awak... awak dah tak cintakan Epul?” soal Syukor.

Adiela diam.

“Kalau awak tak nak jawab pun tak apa. Saya tak kisah. Sorry tanya soalan macamtu,” ujar Syukor serba-salah.

Adiela pandang Syukor.

“Kalau saya kata saya tak cintakan dia lagi, memanglah saya tipu kan? Mustahil saya dapat lupakan dia dalam masa singkat. Tapi saya akan cuba sedaya-upaya saya,” ujar Adiela.

Syukor renung Adiela. Timbul pula simpati kepada gadis di sebelahnya itu.

I’m sorry. Semua yang berlaku ni gara-gara saya. Kalaulah saya tak muncul dekat sini....” belum sempat Syukor menghabiskan ayatnya, Adiela terlebih dahulu memotong.

“Semua yang berlaku adalah takdir Tuhan. Sebagai umat-Nya, kita tak boleh menyalahkan semua ini. Awak tak perlu minta maaf. Saya yakin di sebalik kejadian ni, pasti ada hikmahnya,” ujar Adiela.

Syukor angguk. Dia kagum dengan sikap Adiela. Tabah menghadapi dugaan yang melanda hidupnya. Kalau lah dia jadi Adiela, dia sendiri tidak yakin mampukah dia berada di posisi Adiela sekarang.

Mereka diam dua minit.

“Adiela..” panggil Syukor.

Adiela pandang Syukor.

“Terima kasih ye,” ujar Syukor.

Adiela angkat kening.

“Untuk apa?” soal Adiela pelik.

“Sebab sanggup tunaikan permintaan arwah Mai,” ujar Syukor.

Adiela senyum.

“Mai bukan orang lain. Kembar saya juga,” ujar Adiela.

Syukor senyum tiga saat.

“Saya harap cinta di antara kita akan wujud,” ujar Syukor penuh harapan.

Adiela senyum.

“Sama-sama lah kita mencari cinta dalam hati masing-masing,” ujar Adiela.

Syukor senyum. Memang dia akan cari cinta itu. Sebab sekarang pun dia dah mula cintakan Adiela dan tak mustahil perasaan cinta itu akan bercambah seiring dengan waktu dia bersama dengan Adiela.

No comments:

Post a Comment