Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Wednesday, January 19, 2011

Mencari Cinta [19]

Enam bulan selepas itu...


Keputusan SPM sudah pun keluar hari ini. Laura pakai blouse biru cair yang dipadankan dengan jeans. Rambutnya yang sudahpun dihitamkan kembali itu diikat satu. Rambut hadapan dibiarkan sahaja. Laura pandang ke cermin.

Nafasnya ditarik dalam-dalam dan kemudian hembuskan perlahan-lahan. Laura, here you go!

Laura turun ke bawah.

Mummy! Mummy! ” panggil Laura.

Namun, tiada jawapan.

Mummy!” panggil Laura lagi.

“Laura!”

Bukan suara mummy nya yang menjawab tetapi suara abangnya, Syukor. Syukor mendapatkan Laura.

Mummy mana abang? Haritu mummy janji nak pergi sama-sama dengan Laura,” ujar Laura.

Syukor pandang Laura lama. Kasihan dia melihat keadaan Laura yang terlalu mengharapkan kehadiran mummy nya. Mummy memang kejam sampai anak sendiri pun diabainya. Teringat dia perbualan antara dia dan mummy.

“Mummy nak pergi mana ni?” soal Syukor.

Puan Sri Salimah pandang Syukor.

“Mummy ada meeting,” jawab Puan Sri Salimah.

“Mummy! Kan harini mummy dah janji dengan Laura nak ambil result sama-sama,” Syukor mengingatkan.

Puan Sri Salimah baru teringat dengan janjinya dengan Laura.

“Alamak, mummy lupa lah. Tapi meeting ni penting untuk salon mummy. Arief temankan Laura pergi boleh?” pinta Puan Sri Salimah.

Syukor menggeleng, “meeting tu lagi penting dari anak mummy sendiri ke? Mummy, Laura tak banyak meminta. Dia cuma minta mummy temankan dia ambil result SPM dia je.”

“Mummy bukan sengaja. Arief cakap dengan Laura, mummy minta maaf. Malam ni mummy janji mummy balik awal. Please Arief,” ujar Puan Sri Salimah.

Baru sahaja Syukor mahu menjawab, telefon Puan Sri Salimah berbunyi minta diangkat. Puan Sri Salimah segera menjawab panggilan itu dan terus keluar dari rumah.

“Abang dengar tak apa Laura cakap ni?” soal Laura.

Syukor tersentak dari lamunannya. Dia pandang Laura. Senyuman hambar dilemparkan.

Mummy ada hal. Tapi mummy cakap mummy balik awal malam ni. Sekarang ni, biar abang temankan Laura pergi sekolah ye,” ujar Syukor lembut.

Air muka Laura terus berubah menjadi mendung. Dia duduk di sofa. Syukor turut duduk di sebelah Laura.

“Tapi mummy kan dah janji dengan Laura,” ujar Laura sebak.

Syukor tahu bila-bila masa sahaja air mata Laura akan mengalir.

Mummy ada hal penting tu. Takpelah, biar abang yang temankan Laura,” ujar Syukor.

Daddy?” soal Laura.

Daddy pun dah pergi kerja pagi-pagi,” jawab Syukor.

“Diorang tak sayangkan Laura ke?” soal Laura.

“Diorang sayangkan Laura lah. Janganlah cakap macamtu. Dah lah, jom kita pergi sekolah. Karang lambat pula,” pujuk Syukor.

Laura bangun. Dia melangkah masuk ke dalam kereta. Syukor kasihan melihat Laura dan dalam hatinya dia berdoa malam ni mummy takkan lupakan janjinya.

* * *

“Nur Laura Binti Tan Sri Halim.”

Kedengaran bunyi orang ramai tepuk tangan. Syukor turut tepuk tangan. Laura masih tidak memberikan sebarang reaksi. Hanya mendiamkan diri.

“Nur Laura, sila naik ke pentas.”

Syukor pandang Laura. Dia cuit bahu Laura.

“Laura,” panggil Syukor.

Laura pandang Syukor. Keningnya diangkat.

“Nama Laura kena panggil. Tak dengar ke?” soal Syukor.

“Laura.”

Baru Laura dengar namanya dipanggil. Laura cepat-cepat bangun dan naik ke pentas. Slip SMP diambilnya setelah bersalam dengan pengetua. Kemudian dia turun kembali dan duduk di sebelah abangnya kembali.

“Tahniah Laura,” ujar Syukor.

Laura tersenyum.Memang dia gembira dengan keputusan SMP nya. Siapa tak gembira bila dapat straight A's for SPM? Tapi dia tak tahu kenapa kegembiraan ni tak memberi sebarang makna untuknya.

“Abang, Laura pergi tandas sekejap,” ujar Laura.

Slip SPM nya diserahkan kepada abangnya dan kemudian dia keluar dari dewan. Dia melangkah ke kawasan sekolah. Dia duduk di pondok.

“Tahniah.”

Laura pandang atas ke arah empunya suara. Dan di situ berdirinya Izad. Izad senyum ke arahnya lalu duduk di sebelah Laura.

“Kau dah ambil result ke?” soal Laura.

Izad angguk. “Tak dengar ye nama aku dipanggil sebelum nama kau tadi?”

Laura geleng.

“Tu lah. Nama kau pun kau tak dengar tadi. Kenapa Laura? Ada masalah?” soal Izad.

Laura menggeleng.

“Dah lama kita tak berbual kan? Dan dah lama kita tak bertengkar kan?” soal Izad.

Laura angguk.

“Aku rindu lah saat-saat dulu,” ujar Izad.

Laura tertawa. “Maksud kau rindu nak usik aku?”

Izad angguk, “aku rindu semuanya tentang kau, Laura.”

Laura tidak membalas. Keadaan di antara mereka sepi dua minit.

“Laura, aku minta maaf sebab selama ni selalu berkasar dengan kau,” ujar Izad tulus.

Laura senyum, “aku pun nak minta maaf sebab selalu menyusahkan kau.”

Dan kemudian keadaan di antara mereka sepi lagi seminit.

“Kalau tak ada apa-apa, aku pergi dulu,” ujar Laura.

Izad masih diam. Laura bangun. Dia melangkah setapak, dua tapak. Izad hanya melihat Laura yang semakin jauh darinya.

Air mata Laura mengalir perlahan. Izad, tahan aku. Jangan bagi aku pergi!

“Laura!” panggil Izad.

Laura berhenti melangkah. Air matanya dikesat, Izad mendapatkan Laura.

Good luck. Aku doakan kau bahagia,” ujar Izad.

Laura tersenyum kelat.

“Aku pun doakan kau bahagia,” balas Laura.

Dan kemudian Izad tidak menjawab. Lalu Laura melangkah laju tinggalkan Izad. Dia tak cintakan kau Laura. Dia tak cintakan kau!

Laura berhenti di kereta abangnya. Telefon bimbit dikeluarkan dan dia hantar pesanan ringkas menyatakan dia di hadapan kereta kepada Syukor. Tidak sampai lima minit, Syukor sampai.

“Laura, kenapa ni?”soal Syukor gusar.

Laura kesat air matanya. “Jom balik, bang.”

Syukor angguk. Syukor unlock kereta. Dia melangkah masuk ke dalam tempat pemandu. Laura pusing belakang pandang sekolahnya. Selamat tinggal sekolah! Selamat tinggal Izad!

Dan Laura pun masuk ke dalam kereta. Kemudian Syukor terus memecut meninggalkan sekolah Laura.

* * *

Syukor tekan butang-butang di telefon bimbitnya. Kemudian dia tekapkan ke telinga. Tidak sampai sepuluh saat, panggilannya dijawab.

Hello,” kedengaran suara Adiela menjawab.

“Adiela..”

“Kenapa ni?” Adiela tahu Syukor ada masalah.

“Laura menangis,” ujar Syukor.

“Kenapa?” soal Adiela.

Mummy tak temankan dia ambil result SPM tadi. Lepastu entah kenapa dia menangis dekat sekolah,” cerita Syukor.

“Tak tanya dia ke?” soal Adiela.

“Dah. Tapi dia tak jawab. Risaulah saya,” ujar Syukor.

“Mungkin dia tak ready lagi. Nanti awak tanya lah dia bila keadaan dah tenang,” ujar Adiela.

“Saya harap semuanya okay,” ujar Syukor perlahan.

“Insya-Allah semuanya akan okay. Berdoalah kepada Allah,” nasihat Adiela.

“Adiela,” panggil Syukor.

“Iya,” jawab Adiela.

“Terima kasih sayang,” ujar Syukor romantis.

“Sama-sama,” balas Adiela.

“Jangan pernah tinggalkan saya,” ujar Syukor.

“Saya takkan tinggalkan awak kecuali awak buang saya,” ujar Adiela.

“Saya takkan pernah buang awak. Adiela, saya rindu awak,” ujar Syukor jujur.

Adiela tertawa.

“Kenapa awak ketawa? Saya cakap jujur lah,” Syukor sedikit tersinggung.

“Tak ada lah. Tiba-tiba je awak jiwang karat ni kenapa?” soal Adiela.

“Saya luahkan perasaan, awak cakap saya jiwang karat,” ujar Syukor.

“Kalau betul awak sayangkan saya, masuklah meminang,” ujar Adiela.

“Betul ni?” soal Syukor.

“Betullah,” jawab Adiela.

“Kalau macamtu nanti saya bincang dengan my parents. Awak tunggu je lah. Bila-bila je rombongan meminang sampai dekat rumah awak,” ujar Syukor.

“Awak ni kan,” ujar Adiela.

Syukor tertawa.

Okay lah. Saya nak solat dulu. Zuhur dah masuk ni. Assalamualaikum,” ujar Adiela.

“Waalaikumusalam,” balas Syukor.

Talian dimatikan. Syukor senyum. Dia bangga ada teman wanita macam Adiela ni. Dan dia yakin jodohnya memang dengan Adiela.

No comments:

Post a Comment