Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Thursday, January 27, 2011

Mencari Cinta [20]

 Laura tengok jam yang tergantung di dinding rumahnya. Jarum pendek dah tunjuk nombor sepuluh. Jarum pendek pula dah tunjuk nombor tiga. Tetapi mummy dan daddy nya masih belum pulang.

Mummy memang tak sayang Laura,” keluh Laura.

Syukor yang terdengar keluhan Laura pandang Laura. Sungguh dia kasihan dengan adiknya itu.

“Kenapa cakap macamtu?” soal Syukor.

“Tengoklah, mummy dengan daddy belum pun balik-balik lagi,” ujar Laura.

“Mungkin mummy ada hal. Kejap lagi sampai lah tu,” pujuk Syukor.

Laura diam. Syukor pula bangun dan menuju ke ruang makan. Telefon bimbit dikeluarkan lalu didail nombor mummy nya. Dua kali mencuba, barulah mummy nya menjawab panggilan.

Hello,” sapa Puan Sri Salimah.

Mummy dekat mana ni?” soal Syukor straight to the point.

Mummy on the way balik lah ni. Daddy dah balik belum?” soal Puan Sri Salimah.

“Belum. Cepatlah sikit mummy. Laura dah lama tunggu tu,” ujar Syukor.

“Ye. Kejap lagi mummy balik kita pergi dinner. Siap tau,” pesan Puan Sri Salimah.

Hmm.. Okay. Bye!” Syukor matikan talian.

Kemudian dia dail pula nombor Tan Sri Halim.

Hello,” sapa Tan Sri Halim.

Daddy, where are you?” soal Syukor.

Office lah. Kenapa?” soal Tan Sri Halim pula.

Daddy! Kan abang dah cakap, malam ni balik awal. Daddy tahu tak, Laura dah tunggu daddy lama,” marah Syukor.

Oh my God! Daddy lupa lah. Okay, daddy balik sekarang. Tunggu daddy tau,” ujar Tan Sri Halim.

Kemudian Tan Sri Halim matikan talian. Syukor geleng kepala dengan perangai kedua-dua parents nya itu. Masing-masing sibuk memanjang. Walaupun dia dah membantu daddy nya dekat pejabat, tapi masih juga daddy nya pulang lambat.

Syukor pergi dekat Laura. Dia cuit bahu Laura. Laura pandang Syukor.

Mummy dah dalam perjalanan. Laura siaplah. Mummy cakap nak bawa pergi dinner,” ujar Syukor.

Laura angguk. Mukanya pun dah berubah jadi ceria. Dia lantas bangun dan menuju ke atas. Untuk menyalin pakaian. Syukor tersenyum melihat kegembiraan adiknya.

* * *

Sudah satu jam berlalu tapi Tan Sri Halim belum sampai lagi. Puan Sri Salimah dah lama sampai. Laura tengok jam untuk ke sekian kalinya.

“Mana daddy ni?” soal Laura.

Syukor juga pelik. Mana daddy nya menghilang? Kalau ikutkan, dari pejabat ke rumah cuma ambil masa selama empat puluh minit ataupun kurang. Kalau Syukor yang memandu memang tak sampai setengah jam dah sampai.

“Abang cuba call daddy. Ask him where is him,” arah Puan Sri Salimah.

Syukor angguk. Dia capai telefon bimbitnya. Nombor Tan Sri Halim dicari dan didail. Kemudian dia tekapkan ke telinganya. Tiada yang menjawab. Dua tiga kali dia mencuba tetapi semuanya masuk ke peti suara.

“Tak dapat lah,” ujar Syukor.

“Mana pula daddy ni pergi?” Puan Sri Salimah merungut.

Syukor angkat bahu. Tiba-tiba telefon bimbit Syukor berbunyi. Panggilan daripada nombor yang tidak dikenalinya. Tanpa berfikir, Syukor segera menjawab panggilan itu.

Hello,” sapa Syukor.

“Anda kenal dengan Tan Sri Halim?” soal pemanggil itu.

“Iya, dia ayah saya. Kenapa?” soal Syukor pelik.

“Sila datang ke hospital dengan segera. Ayah anda ditimpa kemalangan,” ujar pemanggil itu.

Syukor terkejut. Wajahnya berubah serta-merta. Laura dan Puan Sri Salimah juga cemas dengan reaksi yang diberikan Syukor.

“Haa? Are you kidding?” soal Syukor tak percaya.

“Diharapkan encik bersabar. Sekarang, ayah encik sedang mengalami tahap kritikal,” ujar pemanggil itu.

“Terima kasih, saya akan datang segera,” Syukor matikan talian.

“Kenapa abang?” soal Laura dan Puan Sri Salimah hampir serentak.

Daddy masuk hospital,” ujar Syukor perlahan-lahan.

Laura dan Puan Sri Salimah tersentak. Tidak mereka percaya Tan Sri Halim masuk hospital.

* * *

Air mata Laura mengalir tidak henti-henti dari tadi. Sejak dia dengar Tan Sri Halim masuk hospital hinggalah dia dah sampai hospital. Air matanya tetap mengalir deras.

“Laura, sabarlah sayang,” pujuk Syukor.

Laura geleng kepala, “Semua ni salah Laura. Kalau Laura tak suruh daddy balik awal mesti semua ni tak jadi. Laura memang pentingkan diri sendiri!”

“Siapa cakap semua ni salah Laura? Tak ada orang cakap macamtu lah Laura. Semua ni kehendak Tuhan yang Maha Esa. Laura sendiri tahu kan, hanya Allah yang berhak menghidupkan seseorang dan juga mematikan seseorang,” pujuk Syukor lagi.

Laura kesat air matanya.

“Tapi Laura tak nak daddy pergi! Laura nak daddy! Laura sayangkan daddy!” ujar Laura.

Syukor pegang bahu Laura.

“Laura percaya tak Allah tu wujud?” soal Syukor.

Laura angguk.

“Kalau macamtu Laura kena juga percaya, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Lagipun, kita tak tahu kan sama ada Allah nak tarik nyawa daddy atau tidak. Sebagai seorang anak, kita wajib mendoakan daddy,” ujar Syukor panjang lebar.

“Maksud abang?” soal Laura.

“Maksud abang, kalau Laura nak daddy bahagia, Laura doakanlah daddy. Doakan keselamatan daddy, kebahagiaan daddy dan juga kesejahteraan daddy. Di dunia dan di akhirat,” jawab Syukor.

Laura angguk faham.

“Dah, Laura jangan sedih-sedih macamni. Kita tunggu apa yang akan doktor cakap nanti,” ujar Syukor.

“Abang, Laura nak pergi tandas sekejap. Nak basuh muka,” ujar Laura.

Syukor angguk. Laura bangun dan berlalu ke tandas. Dalam tandas, dia basuh mukanya. Mekap yang disapu ke muka semuanya telah tertanggal. Dia cuci hingga bersih wajahnya. Sampai tiada lagi kesan eye-liner, eye-shadow, blusher dan lain-lain.

Laura pandang wajahnya di cermin tanpa mekap. Sungguh dia bersyukur dengan wajah yang dikurniakan Allah kepada-Nya. Walaupun tanpa mekap, dia kelihatan sangat cantik.

Wajahnya yang basah dilap menggunakan tisu yang disediakan di tandas itu. Kemudian Laura keluar dari tandas. Dia melangkah kembali ke Syukor dan Puan Sri Salimah. Dia duduk di sebelah Puan Sri Salimah yang tampak tenang sedikit dari tadi.

Tiba-tiba pintu kecemasan dibuka dan doktor keluar. Syukor segera meluru ke arah doktor diikuti Laura dan Puan Sri Salimah.

“Dok, macammana daddy saya?” soal Syukor kurang sabar.

Doktor tersenyum.

“Alhamdulillah, masa kritikal Tan Sri dah lepas. Tan Sri dah sedar,” bagitahu doktor.

Syukor, Laura dan Puan Sri Salimah mengucapkan kata syukur ke hadrat Ilahi.

“Boleh kami lawat dia?” soal Puan Sri Salimah.

Doktor angguk, “tapi jangan terlalu menganggu Tan Sri. Tan Sri perlukan masa untuk rehat.”

“Terima kasih dok,” ucap Syukor.

Doktor angguk dan berlalu pergi. Syukor, Laura dan Puan Sri Salimah kemudian masuk ke dalam wad yang menempatkan Tan Sri Halim.

Daddy,” panggil Laura.

Tan Sri Halim tersenyum. Laura mendekati Tan Sri Halim.

Congrotulations Laura. Sorry because I ruined the happy day,” ujar Tan Sri Halim.

Laura geleng, “Tak ada yang menggembirakan Laura selain melihat daddy sembuh.”

Tan Sri Halim tersenyum.

“Arief,” panggil Tan Sri Halim pula.

Syukor mendekati Tan Sri Halim.

Thanks sebab jaga Laura. Daddy tahu daddy lebih pentingkan wang ringgit, harta dan pangkat daripada anak sendiri. Maafkan daddy,” ujar Tan Sri Halim kesal.

“Syukor tak kisah, daddy.Syukor cuma laksanakan tanggungjawab Syukor sebagai seorang abang,” ujar Syukor.

Daddy janji lepasni daddy akan lebih luangkan masa dengan Laura, Syukor dan mummy,” ujar Tan Sri Halim.

“Janji?” soal Laura gembira.

“Janji, kan mummy?” Tan Sri Halim lemparkan senyuman manis kepada Puan Sri Salimah yang pada tadi hanya mendiamkan diri.

Puan Sri Salimah mengangguk. Dan bergembira lah empat beranak itu. Betul kan. Setiap apa yang terjadi, pasti ada hikmahnya yang tersembunyi.  

No comments:

Post a Comment