Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Friday, February 11, 2011

Mencari Cinta 22

Alhamdulillah. Syukor dan Adiela sudahpun bergelar tunang. Cincin emas putih yang bertuliskan perkataan LOVE serta di tengah-tengah O nya ada berlian putih tersarung indah di jari manis Adiela.


Dan perjanjian telah dibuat. Selang enam bulan selepas pertunangan mereka, majlis perkahwinan pula menyusul. Adiela memanjatkan kesyukurannya ke Hadrat Ilahi atas kurniaan-Nya yang tidak ternilai ini.


Dalam dia menikmati angin petang di tepi pantai itu, dia dikejutkan dengan satu suara yang memanggilnya dari belakang. Adiela segera bangun apabila mendengar suara itu. Suara yang sangat dikenalinya satu tika dulu.


“Abang?”


Epul lemparkan senyuman manis. Adiela undur dua tapak.


“Kenapa Die? Janganlah takut dengan abang. Abang bukan nak apa-apakan Die. Abang cuma nak berbual dengan Die,” ujar Epul lembut.


Epul labuhkan punggung di tempat Adiela tadi.


“Duduklah Die. Takkan tak sudi nak berbual dengan abang lagi kot,” Epul sedikit terasa dengan sikap Adiela.


Adiela akhirnya duduk di sebelah Epul. Tetapi di tengahnya ada jarak yang luas.


“Die sihat?” soal Epul.


Adiela angguk, “abang?”


Epul tersenyum lagi, “abang macamni lah Die.”


Adiela tengok Epul. Epul nampak sedikit cengkung dari Epul yang dahulunya dia kenal.


“Abang...”


“Abang faham Die. Abang terima jika ini takdir-Nya. Betul, memang abang cintakan Die. Tapi sekuat mana pun cinta abang pada Die, kalau dah tertulis Die bukan jodoh abang, abang tak boleh buat apa-apa. Abang tak berhak untuk melawan takdir,” potong Epul.


Adiela agak tersentuh dengan kata-kata yang keluar dari mulut Epul. Kedengaran begitu tulus dan ikhlas.


“Terima kasih bang,” ujar Adiela.


“Sama-sama Die. Tapi abang nak Die tahu, walau apa pun terjadi, abang akan sentiasa ada di sini. Untuk membantu Die,” ujar Epul lagi.


Adiela angguk, “Abang, Die balik dulu lah. Dah nak senja ni. Assalamualaikum.”


Adiela bangun. Epul jawab salam Adiela. Dan Adiela segera melangkah ke rumahnya yang terletak tidak jauh dari situ.


* * *


“Tak sangka kau dah jadi tunang orang,” luah Acai.


Syukor gelak, “kenapa?”


“Kau bercinta dengan kembar dia tapi kahwin dengan dia. Pelikkan?” Acai angkat kening.


“Apa nak dipelikkan Cai? Semua ni kan Allah yang tentukan,” balas Syukor.


Acai senyum, “aku tengok kau betul-betul dah berubah.”


Syukor angkat kening, “maksud kau berubah ke arah kebaikan ke keburukan?”


“Mestilah ke arah kebaikan,” jawab Acai.


Syukor gelak. Acai turut gelak.


“Begitu hebat kan penangan cinta arwah Maisara?” soal Acai.


Syukor angguk, “memang hebat.”


Kemudian di antara mereka sepi. Syukor asyik memerhatikan bulan yang indah letaknya di langit. Acai pula seakan mengira bintang yang takkan pernah habisnya.


* * *


Laura tengok penampilannya sekilas di cermin. Kemudian dengan pantas dia capai beg tangannya dan fail-fail yang diperlukan. Dia keluar dari biliknya dan melangkah turun ke tingkat bawah.


“Mummy, Laura nak pergi class ni,” ujar Laura.


Puan Sri Salimah yang sedang menonton televisyen kalih pandang Laura. Kemudian dia bangun dan melangkah ke arah Laura. Laura salam dengan Puan Sri Salimah.


Take care,” ujar Puan Sri Salimah.


“Mummy jangan risau. Allah sentiasa menjaga Laura,” ujar Laura.


Puan Sri Salimah agak terkejut dengan kata-kata Laura. Laura buat selamba. Kemudian Laura keluar. Syukor yang turut berada di luar dipandangnya.


“Abang, Laura pergi dulu,” ujar Laura.


“Okay,” jawab Syukor.


Laura salam dengan Syukor. Kemudian dia masuk ke dalam kereta BMW yang dikhaskan untuk menghantarnya kemana-mana yang dia mahu pergi. Selepas dia tutup pintu, kereta itu meluncur laju ke arah destinasi yang ingin ditujunya.


Sebaik mengucapkan terima kasih kepada driver nya, Laura keluar dari kereta. Dia melangkah ke kelasnya. Sedang dia berjalan, tiba-tiba dia dilanggar kuat dari arah tepi. Laura jatuh terduduk. Habis fail yang dipegangnya terjatuh dan kertas pula terabur keluar dari fail.


Sorry,” ujar lelaki itu.


Lelaki itu hulurkan tangan kepada Laura dengan niat untuk membantu Laura bangun. Laura buat tak peduli dengan tangan lelaki tu. Dia kutip kertas-kertas yang berterabur dan masukkan ke dalam fail. Selepas itu dia bangun dan melangkah pergi tinggalkan lelaki itu.


Lelaki itu kejar Laura.


“Awak! Awak!” panggil lelaki itu.


Laura berhenti melangkah. Dia pusing belakang pandang lelaki itu.


“Apa?” soal Laura kasar.


“Err, saya minta maaf,” ujar lelaki itu lagi.


“Saya dah maafkan,” jawab Laura dan kemudian melangkah pergi.


Lelaki itu ikut Laura. Dia jalan di sebelah Laura.


“Sombongnya awak,” ujar lelaki itu.


Laura berhenti melangkah. Keningnya diangkat tinggi.


“Siapa awak untuk judge saya?” soal Laura.


Lelaki itu tersengih. “Saya Ayyad.”


Laura bulatkan matanya. Ya Allah, laki ni loyar buruk giler!


“Nama awak?” soal lelaki yang bernama Ayyad itu.


Laura buat tak tahu. Dia terus jalan meninggalkan Ayyad. Dahlah dia dah lambat masuk class, lagi jumpa lelaki loyar buruk ni. Hai, apalah malang nasib aku!


Ayyad pula hanya tersengih. Dia pandang Laura sehinggalah Laura hilang dari pandangan matanya.


* * *


Syukor pandu kereta Mitsubishi Evo 7 yang berwarna hijau miliknya. Radio yang terpasang membuatkan dia tidak bosan. Tiba-tiba handphone nya berbunyi. Syukor capai handphone nya dan lihat nama sang pemanggil. Nama Adiela yang tertera.


Dengan senyuman yang mekar, Syukor tekan butang answer dan tekapkan handphone nya ke telinga. Volume radio diperlahankan.


Hello dear,” sapa Syukor.


“Assalamualaikum,” perli Adiela.


Syukor tersengih. Dia jawab salam Adiela.


“Saja je perli kan?” ujar Syukor.


Adiela tergelak.


“Memang nak kena ni,” ujar Syukor lagi.


“Ala, saya gurau je lah. Awak dekat mana tu?” soal Adiela.


On the way nak pergi rumah awak lah,” jawab Syukor.


“Nak buat apa datang rumah saya?” soal Adiela.


“Nak pergi jumpa Mak Cik Bedah,” jawab Syukor geram.


Adiela gelak, “dekat sini tak ada Mak Cik Bedah.”


“Adiela!” marah Syukor.


“Jangan lah marah. Saya gurau je lah,” ujar Adiela bersama sisa tawanya.


“Nakal betul lah awak ni. Nasib baik kita bukan suami isteri lagi,” ujar Syukor.


“Kalau tidak?” duga Adiela.


“Saya cium awak!” giliran Syukor pula gelak.


Adiela terdiam. Malu diusik begitu.


“Kenapa diam sayang hui? Malu?” usik Syukor.


“Okay lah. Saya nak sidai baju. Bawa kereta hati-hati. Bye!”


“Pandai tukar topik. Okay lah Adiela sayang. Bye!”


Dan talian dimatikan. Syukor menggeleng mengingatkan kerenah Adiela tadi. Comel! Syukor letakkan telefon bimbitnya ke tempatnya tetapi tanpa disengajakan telefon bimbitnya terjatuh ke kakinya.


Syukor tengok jalan raya. Bila dia rasa jalan safe, dia bongkok, capai telefon bimbitnya. Dah dapat telefon bimbitnya, dia pandang ke hadapan. Dan entah dari mana sebuah lori laju yang mungkin pemandunya mabuk melanggar keretanya. Syukor tak dapat kawal keretanya lalu BANG!


“Allahuakbar!” jerit Syukor.


Dan kemudian pemandangan di sekitarnya gelap.

No comments:

Post a Comment