Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Saturday, February 12, 2011

Mencari Cinta 23

Adiela lari laju menuju ke arah Laura. Laura yang nampak Adiela bangun.


“Macammana abang Laura?” soal Adiela cemas.


“Abang... Abang.. kritikal,” jawab Laura bersama esak tangisnya.


Adiela tersentak. Air mata laju membasahi pipinya.


“Abang belum sedar lagi,” ujar Laura.


Tiba-tiba Puan Sri Salimah datang ke arahnya. Dengan kasar, dia tampar Adiela. Adiela terduduk menerima tamparan yang tidak diduganya. Tangannya pegang pipinya.


“Sebab kau lah anak aku jadi macamni! Kenapa kau muncul dalam hidup anak aku? Kenapa? Kenapa?” jerit Puan Sri Salimah bagaikan diserang histeria.


Laura dapatkan Adiela. Tan Sri Halim pula dapatkan Puan Sri Salimah.


“Mummy! Apa yang mummy cakapkan ni? Kak Adiela tak salah apa-apa. Semua ni kehendak Allah,” ujar Laura.


“Laura diam! Kau tahu tak, aku tak nak kau muncul lagi dalam hidup anak aku! Aku warn kau!” tengking Puan Sri Salimah lagi.


“Dah lah tu mummy. Malu lah orang semua pandang,” Tan Sri Halim cuba menenangkan hati Puan Sri Salimah.


Adiela bangun dan lari meninggalkan Tan Sri Halim, Puan Sri Salimah dan Laura.


“Kak Adiela!” panggil Laura.


Tapi Adiela langsung tidak menoleh. Dia melangkah laju tinggalkan mereka. Sungguh, dia tak sanggup lagi menerima caci maki dari mak Syukor.


“Puas hati mummy?” soal Laura.


“Yang Laura nak backing dia sangat kenapa? Laura tahu tak, sebab dia lah Syukor jadi macamni!” marah Puan Sri Salimah.


“Semua ni terjadi atas kehendak Allah. Bukan salah dia. At least, dia dah banyak berjasa dekat abang dan Laura! Dia lebih banyak tahu tentang abang dari mummy sendiri!” luah Laura.


Dan Laura turut pergi tinggalkan Puan Sri Salimah. Puan Sri Salimah mendengus.Dan kemudian dia duduk di ruang menunggu kembali bersama Tan Sri Halim.


* * *


Adiela tadah tangannya.


“Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah segala dosa-dosa hamba-Mu ini. Aku juga manusia biasa yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Ya Allah, Kau lindungi lah Syukor. Sungguh aku tak mampu kehilangan dia, Ya Allah. Tapi jika itu kehendak-MU aku terpaksa reda. Kerana hanya Kau yang berhak menghidupkan dan mematikan manusia.”


Adiela aminkan doanya. Kemudian Adiela tanggalkan telekung dan lipat. Kemudian dia sandarkan badannya ke dinding. Tangannya pegang pipinya yang masih terasa sedikit sakit.


Apa salah aku?


Dia seka air matanya yang mengalir.


Salahkah aku mencintai Syukor?


Adiela turunkan tangannya dari terus pegang pipinya.


Aku kena kuat!


Adiela bangun. Dia melangkah keluar dari surau. Mengatur langkah ke wad Syukor tadi.


“Kak Adiela!” panggil Laura.


Adiela berhenti melangkah. Dia menoleh ke belakang, pandang Laura yang berlari mendapatkan dia.


“Kak Adiela. Puas Laura cari kakak. Kak Adiela pergi mana?” soal Laura.


Adiela tersenyum hambar, “Kak Adiela solat tadi.”


“Kak, jangan ambil hati dengan apa yang mummy cakap tau. Mummy cakap ikut perasaan tanpa ikut akal dia,” ujar Laura.


Adiela angguk.


“Dah, jom kita tunggu abang sedar,” ajak Laura.


Adiela angguk lagi. Lalu mereka berdua melangkah ke arah wad Syukor bersama.


* * *


Dua jam menanti, akhirnya doktor yang merawat Syukor keluar juga. Puan Sri Salimah, Tan Sri Halim, Laura dan Adiela segera serbu ke arah doktor.


“Macammana keadaan anak saya dok?” soal Tan Sri Halim.


“Pesakit berada dalam keadaan koma,” jawab doktor itu.


Kenyataan itu membuatkan Puan Sri Salimah meraung. Tan Sri Halim tenangkan isterinya.


“Sabar mummy!” ujar Tan Sri Halim.


Tan Sri Halim dudukkan Puan Sri Salimah di bangku. Kemudian dia datang kembali ke doktor.


“Dok! Saya sanggup bayar berapa je asalkan anak saya selamat! Please doctor! We need him!” rayu Tan Sri Halim.


Adiela dan Laura yang mendengar terkejut.


“Daddy! Semua tu bukan dalam bidang kuasa doktor ni. Semua tu kuasa Allah. Hanya Allah yang berhak menentukan hidup mati seseorang itu,” ujar Laura.


But that's a doctor job! Save others life,” ujar Tan Sri Halim.


“Yeah. Doktor hanya mampu mencuba tetapi Allah yang menentukan,” ujar Laura.


Adiela tarik doktor tu jauh dari Tan Sri Halim dan Laura.


“Dok, maafkan saya dengan kata-kata mereka. Boleh saya tahu apa sebenarnya keadaan pesakit?” soal Adiela.


Doktor itu tersenyum sedikit.


“Ikut saya masuk ke dalam bilik sekejap,” ujar doktor itu.


Adiela angguk. Lalu mereka melangkah ke arah bilik doktor itu. Doktor itu mempersilakan Adiela duduk. Kemudian dia pula duduk.


“Apa sebenarnya yang terjadi?” soal Adiela.


“Pesakit mengalami koma. Di mana dia telah dipisahkan dengan dunia luar. Saya percaya, kepala pesakit terhentak kuat sebelum dia tidak sedarkan diri. Ini kerana, otak pesakit mengalami bengkak,” doktor berhenti sekejap, melihat reaksi Adiela.


Adiela tersenyum hambar.


“Teruskan dok,” ujar Adiela.


“Pesakit bernasib baik kerana dibawa cepat ke hospital. Kami telah melakukan pembedahan kepada pesakit. Pesakit akan sedar. Tapi mungkin akan mengambil masa yang lama. Tapi anda kenalah banyak support pesakit,” ujar doktor lagi.


Such as?” soal Adiela.


“Cakap dengan pesakit. Mungkin pesakit boleh dengar suara anda. Ceritakan perkara yang manis-manis, dan yang pernah anda lalui bersamanya. Selain itu, pasangkan ayat-ayat suci Al-Quran ataupun lagu yang mana pernah memberi kesan di hatinya,” jawab doktor itu.


Adiela senyum. Kemudian dia angguk.


“Terima kasih dok,” ujar Adiela.


Adiela bangun. Doktor turut bangun.


“Saya harap kamu bersabar. Ini semua dugaan dari Allah,” nasihat doktor itu.


“Saya faham doktor,” balas Adiela.


Kemudian Adiela keluar dari bilik doktor itu. Adiela melangkah ke arah Laura.


“Apa yang dok cakap, kak?” soal Laura tidak sabar.


“Abang dalam keadaan koma. Kita semua kena support abang. Sebab abang boleh mendengar kita cuma dia tidak mampu untuk memberi sebarang respon,” jawab Adiela.


Laura angguk. Puan Sri Salimah dan Tan Sri Halim yang mendengar hanya mendiamkan diri. Adiela pula berdoa dalam hati agar Allah menyedarkan Syukor dalam 'tidurnya yang panjang'.

No comments:

Post a Comment