Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Thursday, May 19, 2011

Mencari Cinta 40

  Usai membersihkan diri, Adiela melangkah turun ke bawah. Dia melangkah ke dapur. Mahu memasak sesuatu yang istimewa. Hari ini hari pertama dia di rumah besar ini.

Adiela buka peti sejuk dan keluarkan bahan yang diperlukan. Adiela fikir dia nak masak nasi goreng untuk sarapan.

“Adiela, tak payah masaklah. Biar Mak Mah je yang masak,” ujar Mak Mah.

Adiela senyum, “takpelah Mak Mah. Inikan hari pertama Die dekat sini. Biar Die masak untuk semua orang.”

“Nak Mak Mah tolong tak?” soal Mak Mah.

Adiela geleng, “takpe Mak Mah. Die boleh buat.”

Mak Mah akur dengan keputusan Adiela. Dia melangkah ke ruang hadapan untuk mengemas. Adiela mula memasak.

“Masak apa ni sayang?” pinggang Adiela dirangkul dari belakang.

Adiela yang sedang memotong kacang panjang berhenti sekejap.

“Nasi goreng,” jawab Adiela.

“Kenapa nak masak? Mak Mah kan ada,” ujar Syukor.

“Die kan isteri abang. Mestilah Die yang masak untuk abang,” ujar Adiela.

Syukor kuatkan pelukannya.

“Ni lah buat abang sayang dekat Die ni.”

“Abang ni apa lah. Malu lah kalau orang lain nampak,” Adiela cuba melepaskan diri daripada rangkulan Syukor.

“Nak malu apanya? Kan abang ni suami Die yang sah,” jawab Syukor.

Tiba-tiba bunyi deheman datang dari belakang. Cepat-cepat Adiela tolak tangan Syukor dan keluar dari rangkulan Syukor. Mereka pandang belakang. Ada Laura di situ.

“Romantiknya pasangan pengantin baru ni!” usik Laura.

Pipi Adiela sudahpun merona merah.

“Laura cemburu ke? Tu lah, abang suruh kahwin, tak nak,” balas Syukor.

“Orang muda lagi lah. Eh, pipi akak Adiela blushing ah!” jerit Laura.

Syukor pandang Adiela. Memang betul pipi Adiela sudah blushing.

“Laura ni nakal ek. Buli isteri abang! Nak kena rotan ni,” ujar Syukor.

Laura gelak. Adiela buat tak tahu. Dia sambung balik kerja yang tergendala tadi. Syukor sudahpun duduk di kerusi sambil memerhatikan Adiela.

“Akak masak apa?” soal Laura.

“Nasi goreng,” jawab Adiela.

“Nak Laura tolong?” soal Laura.

“Takpelah Laura. Laura duduk je,” ujar Adiela.

“Ala akak ni. Laura nak tolonglah,” desak Laura.

Adiela berfikir sejenak dan kemudian dia memetik jarinya.

“Apa dia?” soal Laura tidak sabar.

“Laura tolong buat air. Air kopi,” jawab Adiela.

“Buat air je?” soal Laura tidak puas hati.

Syukor tergelak melihat kejadian itu.

“Atau tolong tengok?” soalan dibalas soalan.

“Iyalah. Laura buat air,” jawab Laura.

Adiela sengih kemudian dia meneruskan kembali kerjanya.

* * *

“Sedap nasi goreng Die masak,” puji Puan Sri Salimah.

Adiela tersenyum senang.

“Kopi tu sedap tak?” soal Laura.

Tan Sri Halim menghirup kopinya sedikit dan dia mengangguk.

“Laura yang buat kopi tu,” ujar Laura bangga.

“Patutlah sedap. Pandai anak daddy buat air,” puji Tan Sri Halim.

Semua orang tergelak.

“Laura ada kelas ke harini?” soal Puan Sri Salimah.

Laura angguk. “Kejap lagi Laura nak berangkat dah.”

“Eh kawan Laura yang Ayyad tu lama tak datang. Mana dia pergi?” soal Puan Sri Salimah.

Laura diam. Betul, sejak Ayyad luahkan perasaan, dia tak jumpa lagi dengan Ayyad. Masuk hari ni dah lima hari dia tak jumpa Ayyad. Dekat kampus pun dia tak jumpa. Entah di mana Ayyad berada sekarang.

Kalau tidak selalunya Ayyad yang hantar dia balik sebab selalunya lepas habis kelas mereka akan pergi makan dulu. Kadang-kadang malam diorang keluar sama-sama.

“Eh berangan pulak dia,” tegur Puan Sri Salimah.

Laura tersenyum kelat. “Dia sibuk lah, mummy.”

Laura pandang Syukor. Syukor lemparkan senyuman dekat Laura.

Mummy kerja ke harini?” Syukor ubah topik.

Puan Sri Salimah angguk. “Kalau mummy tak datang, siapa pula yang nak uruskan salon mummy? Tunggu Laura habis belajar lah, baru mummy boleh rehat.”

“Kamu Arief, bila nak masuk kerja?” soal Tan Sri Halim.

“Habis majlis resepsi nanti, Arief masuk kerja lah,” jawab Syukor.

“Ha! Die nak tak tolong-tolong mummy dekat salon?” soal Puan Sri Salimah.

“Er.” Adiela tak tahu nak jawab apa.

Mummy!Nanti-nantilah. Kitorang kan baru kahwin,” ujar Syukor.

Mummy tanya je. Manalah tau Die nak ke kan,” balas Puan Sri Salimah.

Adiela hanya tersenyum. Kemudian Laura bangun.

“Laura pergi dulu lah. Nanti lewat karang,” ujar Laura.

Laura salam dengan Puan Sri Salimah, Tan Sri Halim, Syukor dan Adiela. Kemudian dia keluar dari rumah. Syukor hanya menggeleng melihat perangai Laura. Dia tahu Laura rindu Ayyad. Dia nampak perubahan wajah Laura bila emaknya sebut tentang Ayyad.

* * *
Semua orang sudahpun keluar. Hanya tinggal Adiela, Syukor dan Mak Mah di rumah besar itu. Adiela tak tahu hendak buat apa. Dia bosan. Mahu berbual dengan Mak Mah, orang tua itu sibuk dengan kerjanya. Syukor pula entah buat apa di atas, dia sendiri tidak tahu.

Siaran televisyen itu ditukar. Mahu mencari siaran yang menarik tetapi satu pun langsung tidak menarik hatinya.

“Die,” Syukor duduk di sebelah Adiela.

“Hem?” soal Adiela.

“Die bosan ke?” soal Syukor.

Adiela diam.

“Nak keluar?” soal Syukor.

“Pergi mana?” soalan dibalas soalan.

“Die pernah drift tak?” soal Syukor.

Adiela geleng kepala.

“Abang dulu hebat tau drifting. Selalu menang. Jomlah, Die kena rasa macammana perasaan bila main drift. Seronok tau!” ajak Syukor.

Adiela angguk. “Die siap kejap.”
Syukor angguk. Dia melangkah naik ke atas untuk bersiap. Syukor hanya memerhatikan sahaja langkah Adiela.

* * *

“Macammana? Seronok tak?” soal Syukor.

Adiela sedut minumannya.

“Abang pandu kereta macam orang gila! Lain kali Die tak nak ikut abang lagi. Nak gugur jantung Die, tahu tak?” luah Adiela.

“Tapi seronok kan?” Syukor angkat kening.

“Langsung tak!” jawab Adiela.

“Die takut lah tu,” kutuk Syukor.

“Mana ada,” Adiela bela diri sendiri.

“Lepasni nak buat apa? Die reti main bowling?” soal Syukor.

“Reti lah juga. Tapi tak terror lah sebab tak selalu main,” jawab Adiela.

“Jom main bowling pula lepas ni,” ajak Syukor.

Adiela angguk tanpa banyak soal. Dia ikut je ke mana Syukor nak bawa dia asalkan tempat tu tak teruk, sudahlah.

* * *

Laura duduk di atas rumput yang menghijau di mana tempat dia selalu berjumpa dengan Ayyad. Sungguh dia rindu dengan Ayyad. Kenapalah ibunya menyebut nama Ayyad tadi? Kalau tidak, tak adalah perasaan dia seperti ini.

Bukan dia tak nak telefon Ayyad cuma dia rasa segan. Dia perempuan. Dia lebih suka menunggu Ayyad menelefonnya tetapi harapannya hanya tinggal harapan. Pastilah Ayyad tidak menelefonnya. Dia berlalu begitu sahaja apabila Ayyad meluahkan rasa cintanya.

Tiba-tiba seseorang duduk di sebelahnya. Laura pandang orang tersebut. Ya, itu Ayyad!

“Hai. Lama tak nampak?” tegur Laura

Ayyad diam, tidak menjawab.

“Ayyad, aku ada benda nak bagitahu kau,” ujar Laura

“Aku pun ada benda nak bagitahu kau,” ujar Ayyad.

Laura senyum pandang Ayyad. Ayyad pun pandang Laura.

“Apa dia?” soal Laura.

Ayyad tarik nafas dalam-dalam dan kemudian hembus perlahan-lahan.

“Aku dapat tawaran study oversea,” bagitahu Ayyad.

Laura terkejut. Senyuman di bibirnya pudar.

“Aku dapat tawaran belajar dekat Australia,” ujar Ayyad lagi.

Laura diam. Ayyad turut diam. Tiga minit mereka berkeadaan begitu.

“Bila kau nak pergi?” akhirnya Laura bersuara.

“Lagi seminggu,” jawab Ayyad.

Lagi sekali Laura terkejut. Benarkah apa yang dikatakan Ayyad? Tapi bukankah dulu Ayyad pernah berjanji tidak akan meninggalkan dirinya? Mana janji-janji Ayyad dulu? Laura rasa macam nak menangis tetapi ditahannya. Laura bangun. Ayyad turut bangun.

Goodluck lah kalau macamtu. Aku balik dulu la.”

“Nanti dulu.”

Laura pandang Ayyad yang memegang bahunya. Tangan Ayyad diturunkan.

“Aku doakan kau selamat pergi dan selamat sampai dekat Australia.”

“Kau marah ke aku tak bagitahu kau awal-awal?” soal Ayyad.

Laura geleng, “itu hak kau.”

Laura melangkah hendak pergi tapi baru tiga langkah dia melangkah, Ayyad memanggil dirinya. Laura berhenti melangkah. Ayyad mendapatkan Laura.

“Kau nampak macam tak gembira. Kenapa Laura?”

Laura geleng. “Aku gembiralah untuk kau. Gembira sangat.”

Ayyad merenung Laura yang pura-pura senyum. Padahal dalam hati, hanya Allah sahaja yang tahu.

“Oh ye, apa dia yang kau nak bagitahu aku tadi?”

Laura terdiam lima saat. Kemudian dia menggeleng kepalanya perlahan.

“Perkara tu tak penting mana pun.” ujar Laura.

Dan telefon bimbit Ayyad berbunyi. Ayyad menjawab panggilan itu. Laura hanya merenung Ayyad. Wajah itu nanti tidak dapat ditatapnya lagi. Wajah itu nanti pasti akan dirinduinya. Wajah itu pasti dicarinya nanti.

“Aku kena pergi dulu. Nanti kau datang ek dekat airport. Nanti aku mesej kau pukul berapa aku punya flight. Bye! Take care,” dan Ayyad malangkah pergi.

Akhirnya empangan yan ditahan-tahan pecah jua. Laura terduduk di rumput yang menghijau itu. Kelibat Ayyad sudahpun hilang dari pandangannya.

“Kau janji dengan aku kau takkan tinggalkan aku. Tetapi sekarang ni kau nak tinggalkan aku. Kenapa bila orang yang aku cinta tu mesti kena tinggalkan aku? Dulu waktu Izad masih hidup, dia pun pernah tinggalkan aku saat aku mulai pasti akan cinta di dalam hati ini dan sekarang engkau pula pergi.”

* * *

Adiela yang sedang duduk membaca majalah tersentak apabila melihat wajah Laura yang sembab. Laura terus sahaja melangkah naik ke atas untuk ke biliknya. Adiela turut naik sama.

“Laura.”

Laura melangkah masuk ke dalam biliknya. Adiela turut masuk ke dalam bilik Laura. Pintu bilik Laura ditutupnya. Adiela melangkah ke arah Laura yang menangis teresak-esak sambil mukanya ditutup dengan tilam.

“Laura, kenapa ni sayang?” soal Adiela.

“Ayyad. Dia nak tinggalkan Laura. Dia nak tinggalkan Laura, kak.”

Adiela terkejut. Laura bangun dan duduk di sisi Adiela.

“Kak, kenapa bila Laura mula mencintai seseorang tu, orang tu tinggalkan Laura? Kenapa kak? Apakah memang nasib Laura begini kak?”

Adiela usap rambut Laura.

“Laura jangan cakap macamtu. Laura percayakan Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui kan? Laura percayakan Allah tu sayangkan umat-Nya?” soal Adiela.

Laura angguk kepalanya.

“Allah nak uji Laura. Sebab Allah sayangkan Laura. Laura kena kuat untuk mengharungi semua ni.”

Laura peluk Adiela. Adiela balas pelukan Laura.

“Laura cintakan Ayyad, kak. Laura cintakan dia.”

Adiela mengusap rambut Laura untuk menenangkan Laura. Dia tahu dalam keadaan begini Laura memang perlukan seseorang.

No comments:

Post a Comment