Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Sunday, May 15, 2011

Mencari Cinta 39

Laura pandang Ayyad di sebelahnya. Keningnya diangkat tinggi. Wajah Ayyad tidak seperti selalu. Mukanya keruh. Seperti ada sesuatu yang mahu dikatakan tetapi tidak diluahkan.

“Kenapa dengan kau?” soal Laura.

“Kenapa dengan aku?” soalan dibalas soalan.

“Kau macam nak cakap sesuatu dengan aku tapi kau tak luahkan. Apa dia? Cakap je lah,” Laura tepuk bahu Ayyad.

Ayyad merenung muka Laura. Sekarangkah masa yang tepat untuk dia confess kepada Laura tentang hati dan perasaannya? Apa Laura dapat terimanya ataupun dia akan ditinggalkan?

“Ayyad,” panggil Laura.

Ayyad tarik nafas dalam-dalam. Ya, dia akan bagitahu sekarang. Dan dia akan terima hakikat. Sama ada Laura akan duduk di situ bersama dia untuk hari ini dan seterusnya ataupun Laura akan melangkah pergi meninggalkan dia.

“Aku cintakan kau!”

Laura terkejut. Dia bangun. Dan kemudian dia melangkah meninggalkan Ayyad di situ. Ayyad hanya memerhatikan langkah Laura yang semakin menjauhi dirinya. Dia tahu dia akan kehilangan Laura untuk selama-lamanya.

* * *

Laura hempaskan tubuhnya di atas tilam yang empuk itu. Sungguh dia tidak sangka Ayyad akan mencintainya. Sungguh dia tidak pernah menyangka perkara ini akan berlaku.

Kejamkah dia tadi kerana meninggalkan Ayyad? Kejamkah dia kerana membiarkan lafaz itu tanpa balasan?

Dia sendiri tidak tahu. Selama ini dia tidak pernah terfikir bahawa Ayyad akan mencintainya. Dia anggap Ayyad kawan sehidup semati. Tapi betulkah?

Betulkah dia hanya anggap Ayyad sebagai kawan sehidup semati? Kalau betul kenapa jantungnya berdebar setelah mendengar luahan Ayyad itu? Kenapa jantungnya tidak berhenti berdebar sehingga sekarang?

Apa sebenarnya yang dia rasa terhadap Ayyad?

Laura bangun. Dia selongkar beg tangannya dan ambil telefon bimbitnya. Nombor Syukor dicari dan terus didail.

“Abang!”

“Kenapa ni Laura?”

“Dia kata dia cintakan Laura. Apa yang Laura nak buat?”

“Siapa dia tu?”

“Ayyad!”

Sepi untuk lima saat.

“Abang! Dengar tak?”

“Haa. Abang dengar. Jadi Laura cakap apa?”

“Laura tak cakap apa-apa. Lepas dia confess dekat Laura, Laura terus tinggalkan dia tanpa cakap apa-apa.”

“Haa? Biar betul Laura ni?!”

“Laura tak tahu Laura nak buat apa lagi. Laura tinggalkan je lah dia. Apa Laura nak buat, bang?”

“Kejap! Laura cintakan dia?”

Sepi untuk enam saat.

“Laura cintakan dia kan?”

“Laura tak tahu. Laura keliru lah bang. Laura masih sayangkan arwah Izad. Laura masih tak boleh lupakan arwah Izad. Laura tak nak khianat Izad,” Laura sudahpun teresak-esak menangis.

“Laura sayang. Izad akan bahagia kalau Laura bahagia. Laura take a time fikir pasal perasaan Laura ni. Lepastu Laura buat keputusan.”

“Abang. Terima kasih. Laura sayang abang sangat-sangat.”

Laura seka air matanya.

“Abang pun sayang Laura. Lauralah satu-satunya adik abang dunia akhirat.”

“Abang bila nak balik sini?”

“Lagi dua tiga hari abang baliklah sana. Laura fikirlah elok-elok ye?”

“Okay bang. Kirim salam dekat Kak Adiela dengan pak cik.”

“Laura jaga diri baik-baik ye sayang.”

“Abang pun.”

Laura tekan end talk. Telefon bimbitnya diletakkan di meja sebelah katilnya. Kemudian frame gambar di meja itu dicapainya.

Gambar dia bersama Izad. Gambar itu diambil ketika dia dan Izad sedang bertengkar waktu zaman persekolahan. Entah siapa yang tangkap gambar itu, dia sendiri kurang pasti. Dalam gambar tu, dia sedang jelir lidah kepada Izad yang sedang cekak pinggang sambil buat muka garang. Nampak comel sangat gambar tu.

“Izad. Apakah perasaan cinta aku pada kau sudah hilang? Apakah tempat kau telah diisi oleh Ayyad? Izad, aku minta maaf. Aku tahu aku jahat kan? Aku minta maaf. Aku sayang kau, Izad. Betul. Tapi aku sendiri tak pasti perasaan apakah yang sedang mekar di dalam hati ini apabila aku bersama Ayyad. Memang aku tak pernah sedar sehinggalah Ayyad meluahkan perasaan dia kepada aku.”

Laura seka air matanya yang jatuh mengalir.

“Izad. Tolong aku! Tolonglah aku. Aku keliru sangat dengan perasaan aku. Ayyad terlalu baik dengan aku. Dia sentiasa ada di sisi aku apabila aku memerlukan dia. Dia sentiasa bersabar dengan aku. Izad, aku keliru. Tolonglah aku.”

Akhirnya Laura terlena bersama esak tangisannya.

* * *

Laura tersenyum. Lama sungguh dia tidak berjumpa dengan orang di hadapannya ini. Sungguh dia rindu dengan orang itu.

“Laura.”

Laura angkat kening. Lelaki yang berpakaian serba putih itu dipandangnya.

“Cinta itu anugerah dari Tuhan. Cinta itu datang tanpa diundang dan pergi tanpa dipaksa. Kalau cinta tu dah pergi, jangan pernah salahkan diri. Kerana itu bukan jodoh kau. Allah dah tentukan yang terbaik untuk semua umat-Nya kerana Allah itu Maha Penyayang. Allah sayangkan semua hamba-Nya.”

“Apa kau merepek ni?” air mata Laura sudah mula mengalir.

“Kalau betul kau cintakan dia, teruskan. Berterus-teranglah dengan dia. Jangan pernah lepaskan dia untuk orang lain. Aku tahu dia cintakan kau sangat-sangat. Aku tahu dia sayangkan kau sangat-sangat. Dan aku pun tahu kau cintakan dia sangat-sangat.”

Lelaki itu bangun dan mula melangkah mahu meninggalkan Laura.

“Izad! Kau nak pergi mana? Jangan tinggalkan aku!” jerit Laura.

Laura bangun cuba mengejar. Tetapi semakin dikejarnya, semakin jauh Izad menghilang. Dan akhirnya Izad sudahpun hilang ditutup kabus putih.

“Izad!!!”

Tiba-tiba Laura tersedar. Peluh yang menitik di dahinya dikesat. Laura beristighfar. Dia bermimpi rupanya. Tetapi kenapa dia bermimpi Izad?

Mungkin Izad dengar rintihan dia tadi. Mungkin Izad mahu menolongnya daripada kesulitan yang dihadapinya.

Laura tengok jam di dinding biliknya. Jarum pendek sudahpun menunjukkan pukul tujuh dan jarum panjang menunjukkan angka enam. Ini bermakna sekarang sudahpun pukul tujuh setengah malam.

Laura bangun dan melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri dan kemudian solat Maghrib.

No comments:

Post a Comment