Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Monday, June 27, 2011

Cinta Selamanya

 Langkah kaki Nadya terhenti. Matanya tidak berkelip memandang ke satu pasangan yang nampak sangat mesra. Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Lelaki yang terasa bagai diperhatikan menoleh ke arah Nadya dan serta-merta mulutnya melopong.

Nadya melangkah pergi dengan wajah yang sungguh kecewa. Lelaki itu tinggalkan pasangannya dan melangkah ke arah Nadya.

"Nadya!" panggil lelaki itu.

Nadya tidak menghiraukan panggilan lelaki itu.

"Nadya!" lelaki itu sentap tangan Nadya.

Hendak atau tidak, Nadya terpaksa berhenti melangkah.

"Look, I can explain everything!" ujar lelaki itu.

Nadya gelak, "apa lagi yang kau nak terangkan?"

"Apa yang you fikirkan tak betul," ujar lelaki itu.

"Cukuplah Zaim! Enough is enough!" ujar Nadya tegas.

"Please Nadya, believe me!" rayu lelaki yang bernama Zaim itu.

Kemudian perempuan yang bersama dengan Zaim itu menghampiri mereka.

"Abang, kenapa ni?" soal perempuan itu.

Nadya pandang perempuan itu. Kemudian dia pandang Zaim yang tunduk pandang kasut.

"Tak seperti apa yang difirkan konon" sinis suara Nadya.

Nadya berlalu pergi tinggalkan Zaim dan perempuan itu. Zaim yang memanggilnya tidak dihiraukan. Hatinya sudah bengkak! Bengkak dengan perangai Zaim yang kaki perempuan itu. Tidak pernah mahu berubah.

* * *

Nadya duduk di atas bukit. Dari bukit itu, dia boleh nampak jelas taman-taman perumahan yang ada di situ. Rambutnya yang dibiarkan mengurai berterbangan sedikit ditiup angin.

Fikirannya melayang ke Zaim. Semalam lelaki itu cuba menghubunginya. Bukan sekali dua tetapi berpuluh-puluh kali. Mesej tak payah kiralah! Nak dekat lima puluh rasanya. Tapi satu pun dia tak balas.

Nadya memang tak faham dengan Zaim. Sebenarnya dia dan Zaim dah pernah putus sebelum ni. Sebab yang sama juga. Zaim ada hubungan dengan perempuan lain. Tapi lepastu Zaim pujuk rayu dia kata dia akan berubah. Nadya percaya je cakap dia! Tak sangka dia curang lagi.

Tiba-tiba, sebuah kereta berhenti di sebelah keretanya. Nadya pandang ke arah kereta itu. Dia rasa dia kenal kereta siapa itu. Itu kereta Zaim! Apa lagi yang dia nak?

Nadya bangun. Dia melangkah ke arah keretanya. Belum sempat dia masuk ke dalam keretanya, Zaim dah tahan dia dulu.

"Lepaslah!" marah Nadya.

"Nadya dengar dulu penjelasan Zaim!" pinta Zaim.

Zaim lepaskan pegangan tangannya. Nadya pusing pandang Zaim.

"Apa lagi kau nak jelaskan? Apa Zaim? Apa?" tengking Nadya.

"Apa yang Nadya bayangkan tak seperti tu," ujar Zaim.

"Zaim jangan ingat Nadya bodoh lah! Tolonglah Zaim, pergi dari sini,"ujar Nadya.

Zaim geleng, "Zaim cintakan Nadya!"

"Kalau kau cintakan aku, kau takkan buat aku macamnilah! Nadya bodoh sebab percayakan kata Zaim dulu! Konon nak berubah tapi apa? Sama je kan? Aku menyesal sebab percayakan kau selama ni!" luah Nadya.

Zaim tersentak. Nadya masuk ke dalam kereta dan terus memecut laju tinggalkan Zaim di situ.

* * *

Nadya masuk ke dalam office. Semua orang pandang ke arahnya. Nadya agak pelik. Tapi dia buat tak tahu sahaja. Dia terus melangkah ke tempatnya. Dan dia nampak ada sejambak bunga mawar di situ.

"Siapa bagi tu Nad?" soal Fiza yang duduk hadapannya.

Nadya angkat kad yang terselit di celah bunga tu. Kad gambar teddy bear yang gayanya seperti mahu memohon maaf dibuka. Isinya dibaca.

Nadya, I love you. Please, you deserve an explanation
-Zaim-

Nadya buang kad itu ke dalam tong sampah.

"Kenapa buang kad tu?" soal Fiza.

"Orang gila kasi. Kau nak bunga ni, ambillah," ujar Nadya.

"Betul?" soal Fiza tidak percaya.

Nadya angguk. Dia bagi bunga tu dekat Fiza.

"Terima kasih Nadya!" ucap Fiza.

Nadya hanya senyum. Kemudian dia kembali ke tempatnya dan membuat kerja seperti biasa.

* * *

Setiap hari Nadya dapat sejambak bunga dari Zaim. Dan semua bunga tu dia sumbang dekat rakan-rakan sepejabatnya. Satu pun dia tak simpan. Kad-kad yang semuanya bertuliskan kata-kata yang maksudnya I love you dibuang ke dalam tong sampah.

Nadya mengeluh. Dia duduk di kerusi yang disediakan di taman ini. Tadi dia jogging. Dia tak faham sebenarnya dengan Zaim.Kenapa harus terus mengganggunya? Dia yakin Zaim memang curang sebab dia sendiri yang lihat dengan mata kepalanya.

Tiba-tiba ada seorang budak kecil yang umurnya dalam lingkungan 5 tahun datang ke arahnya. Comel budak perempuan itu! Rambut tocang dua.

"Akak," panggil budak itu.

Nadya angkat kening. Budak itu hulurkan satu kotak chocolate. Coklat kecik yang dicantum menjadi bentuk hati.

"Siapa bagi ni?" soal Nadya.

"Ada abang tu suruh Cici bagi dekat akak. Dia suruh Cici bagitahu dekat akak, dia cintakan akak sangat-sangat," jawab Cici.

Nadya tahu itu pasti Zaim.

"Apa kata akak bagi coklat ni dekat Cici?" soal Nadya.

Cici geleng, "Cici dah dapat coklat dah. Yang ni akak punya. Okaylah kak! Cici pergi dulu. Nanti mama cari."

Belum sempat Nadya cakap apa-apa, Cici dah pergi tinggalkan dia. Nadya pandang coklat yang direka bentuk hati di atas kerusi itu.

"Banyaknya coklat Nadya."

Nadya pandang ke arah suara yang menegurnya. Zurin! Kawan satu pejabatnya.

"Kau nak ke?" soal Nadya.

Zurin angguk.

"Ambillah," jawab Nadya.

Zurin buat muka tak percaya, "betul?"

Nadya angguk, "aku ada banyak lagi coklat ni."

Zurin ambil coklat tu. Nadya senyum.

"Zurin, aku balik dulu lah. Jangan lupa gosok gigi lepas makan coklat tu!" ujar Nadya.

Zurin hanya tersengih. Nadya bangun dan melangkah tinggalkan taman itu.

* * *

Sedang Nadya enak menikmati makan tengah harinya di sebuah restoren, kedengaran seseorang berdehem kepadanya. Nadya berhenti dari menyudu makanan masuk ke dalam mulutnya. Dia pandang ke arah suara itu. Dan kelihatan perempuan yang bersama Zaim dulu.

"Am I disturbing you?" soal perempuan itu.

Nadya geleng. Sekadar berbudi bahasa. Lagipun perempuan itu tak salah apa-apa dari pemikirannya sebab perempuan tu tak kenal pun dia.

"Can I join you?" soal perempuan itu lagi.

Nadya angguk. Perempuan itu duduk di hadapannya. Dia hulurkan tangannya kepada Nadya. Nadya sambut.

"Saya Risya," perempuan itu perkenalkan dirinya.

"Nadya," balas Nadya.

Nadya tolak pingganya ke tepi. Kemudian dia sedut teh o ais limaunya. Dia agak pelik kenapa perempuan yang bernama Risya itu mahu berjumpanya?

"Ada apa jumpa saya?" soal Nadya straight to the point.

"Awak kekasih abang Zaim?" soalan dibalas soalan.

"Bekas," jawab Nadya pendek.

"Kenapa? Sebab saya ke?" soal Risya.

"Taklah. Sebab saya dah muak dengan perangai dia. Awak pun kena berhati-hati dengan dia," ujar Nadya.

"Abang Zaim pernah cakap tak, dia ada seorang adik perempuan?" soal Risya.

Nadya angguk. Memang Zaim pernah ceritakan dekat dia yang dia ada seorang adik perempuan. Takkanlah Risya ni adik dia?

"Sayalah adik Zaim. Adik dia yang belajar di U.K," beritahu Risya.

Nadya terdiam.

"Kak, saya mohon jangan buat abang Zaim macamni. Dia cintakan akak sangat-sangat. Mungkin dulu, dia playboy tapi dia dah berubah kak. Semuanya sebab akak," ujar Risya.

"Risya," panggil seseorang.

Mereka berdua menoleh ke suara itu. Suara Zaim! Zaim mendekati mereka.

"Nadya," panggil Zaim perlahan.

"Abang berbincanglah dengan akak dulu. Risya percaya, kakak ada sesuatu nak cakap dekat abang," ujar Risya.

Zaim angguk. Risya bangun dan melangkah meninggalkan mereka. Zaim duduk di hadapan Nadya.

"Nadya," panggil Zaim.

Nadya pandang Zaim. Air matanya mula menitis.

"Maafkan Nadya. Nadya tak patut tuduh Zaim macam-macam," mohon Nadya ikhlas.

"Tak. Nadya tak salah," nafi Zaim.

"Nadya cintakan Zaim," ucap Nadya.

"Zaim pun cintakan Nadya. Hari ini, esok dan selamanya," balas Zaim romantis.

Nadya tersenyum bahagia.

No comments:

Post a Comment