Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Friday, August 26, 2011

Cinta Lana 1


"Cinta!"

Panggilan tidak disambut.

"Cinta Lana!"

Cinta berpaling pandang empunya suara.

"Apa?" soal Cinta pendek. Malas mahu melayan.

"Apa yang kau tulis tu? Bak sini aku tengok!" orang itu merampas kertas daripada Cinta.

Cinta bangun.


"Bagi lah balik!" ujar Cinta sambil cuba merampas kertas itu kembali.


"Biar aku baca,"


"Abang! Bagi lah balik kertas tu. Itu Cinta punya lah. Janganlah baca," rayu Cinta.


Abang Cinta menjelir lidah. Air mata Cinta hampir mengalir.

"Hazeem!! Jangan kacau Cinta tuu! Bagi balik barang dia," jerit ibu mereka daripada muka pintu bilik Cinta.

Hazeem pantas menyerahkan kembali kertas itu kepada Cinta. Cinta kesat air mata.

"Ala mak ni. Zeem baru nak kacau adik Zeem yang tersayang ni. Dah tiga tahun tak kacau dia! Rindu tau mak," ujar Hazeem.

Cinta menjelirkan lidah kepada Hazeem.

"Dah nak kahwin pun masih macam budak. Hai, kesianlah bakal bini kamu tu," usik Rohaimah, ibu mereka.

"Tapi tak sangka Cinta dah emotional sekarang. Baru putus cinta ke?" usik Hazeem.

Cinta tersentak. Segera dia masuk ke dalam bilik air sebelum abang dan ibunya sedar perubahan air mukanya.


"Kenapa dengan Cinta, mak?" soal Hazeem.


"Entahlah. Hazeem cubalah soal-selidik si Cinta tu. Mak tanya bukan nak dijawab pun," keluh Rohaimah.

Hazeem mengangguk. Dan mereka berdua pun keluar daripada bilik Cinta itu.



* * *



Tiga tahun
Itu satu tempoh yang panjang,bang
Macam-macam perkara jadi
And I can't be the old Cinta Lana
I just can't....


Cinta berhenti menulis. Buku berwarna hijau itu dimasukkan kembali ke dalam laci mejanya.


Cinta melangkah ke arah katil yang berwarna putih itu. Badannya dihempaskan ke atas katil.


Matanya dipejam. Penat dengan segala benda yang terjadi. Dia tahu sepatutnya dia gembira dengan kepulangan abangnya tetapi entahlah.


Perkara lalu masih menghantui fikirannya. Selama tiga tahun abangnya melanjutkan pelajaran ke Amerika, selama itulah dia terpaksa menjalani kehidupan sendirian.


Tanpa Hazeem. Tanpa Rohaimah. Sendirian! Dan di situlah permulaan hidup Cinta dan pengakhiran cerita Cinta. Tiada lagi kebahagiaan.


* * *


Hazeem mengetuk perlahan pintu bilik Cinta. Dia risau tentang keadaan Cinta. Apa sebenarnya yang terjadi kepada Cinta? Kenapa Cinta begitu emosi? Banyak persoalanan yang bermain di fikirannya.


Pintu bilik dibuka. Cinta senyum tawar. Hazeem pula senyum manis.


"Boleh abang masuk?" soal Hazeem.


"Bukan abang dah masuk ke ni?" perli Cinta.


Hazeem tersengih. Cinta melangkah ke katil dam duduk di situ. Hazeem mengekori Cinta dan duduk di sebelah Cinta.


"Kenapa?" soal Hazeem pendek.


Cinta kerut dahi, "kenapa apa?"

"Kenapa berubah?" soal Hazeem.


Cinta dah agak pasti itu yang mahu ditanya Hazeem.


"Biasalah, everyone berubah," jawab Cinta.


"Yeah, I know that. But why? Semua orang berubah ada sebab. And how about you?" Hazeem angkat kening.


"Nothing lah," ujar Cinta.


"Aku kenal kau dah lama lah. Since you lahir lagi. Jangan tipu aku boleh?" ujar Hazeem.


Cinta diam.


"Come on lah Cinta! I'm your brother. Selama ni Cinta bagitahu abang kan kalau ada masalah," pujuk Hazeem.


"Tu semua 3 tahun lepas. Sebelum abang pergi Amerika," ujar Cinta.


Hazeem kerut dahi. "But now I'm here."


"I don't need you now. I need you three years ago. But abang tak ada waktu tu," air mata Cinta mengalir perlahan.


Hazeem usap kepala Cinta lembut.


"What happened to you three years ago, Cinta?" soal Hazeem.


Cinta diam. Sememangnya dia tidak mahu mengingati kisah 3 tahun lalu yang memeritkan, memedihkan dan melukakan hatinya.

* * *

"Jangan tinggalkan Lana!"


Walaupun begitu kuat Cinta menjerit, dia tetap pergi. Pergi meninggalkan dirinya. Air matanya deras mengalir.


"Cinta! Kenapa?" Hazeem masuk ke dalam bilik Cinta yang tidak berkunci.


"Abang! Daus! Cinta nak Daus!" ujar Cinta tersekat-sekat dalam tangisnya.


Hazeem peluk Cinta yang duduk di atas katil. Mahu menenangkan Cinta.


"Abang, Cinta cintakan Daus," ujar Cinta lagi. Masih tersekat-sekat.


"Syhh... Abang ada ni, Cinta," Hazeem usap kepala Cinta.

Hazeem melepaskan pelukan. Cinta dibaringkan di atas katil kembali. Cinta pegang tangan Hazeem.


"Abang, jangan tinggalkan Cinta," ujar Cinta.


Angguk, "Abang ada dekat sini. Abang temankan Cinta hingga Cinta tidur ye."


Hazeem duduk di birai katil size queen milik Cinta itu. Hazeem pun menemani Cinta sehinggalah Cinta tidur.

* * *

Cinta melangkah masuk ke kaferia. Dia mengambil tempat yang agak tersorok. Kaca mata hitam ditanggalkan.


"Selamat datang cik. Nak order apa?" ramah pelayan itu menegur.


"Roti bakar dengan milo panas," jawab Cinta.


"Itu je cik?" soal pelayan itu lagi.


Cinta angguk dan pelayan itu pun pergi. Cinta mengeluarkan buku hijaunya dan sebatang pen Pilot berwarna biru.

Lalu ditulis sesuatu di muka surat yang entah ke berapa.

Allah mempertemukan kita
Dan Allah juga memisahkan kita
Kerna aku bukanlah diciptakan daripada tulang rusuk dia...

p/s : Daus, Lana rindukan Daus.

Dan pelayan itu kembali membawa makanan yang dipesan Cinta.


"Selamat menjamu selera, cik," ujar pelayan itu dan terus pergi.


Cinta kesat air matanya. Buku diletakkan di sebelah. Pinggan berisi dua keping roti bakar disapu kaya dan majerin dicpainya.


Namun selera dia mati. Dia hanya mampu makan sekeping roti. Dan yang lain ditolak. Air milo panas diminum setengah cawan.


Kemudian disarungkan kembali kaca matanya. Dia bangun dan menuju ke kaunter, membayar harga makanan dan kemudian melangkah keluar dari kafe itu.


Dan seorang lelaki datang ke meja Cinta tadi. Buku hijau dan pen Pilot dicapainya. Lalu dia berlalu keluar.

No comments:

Post a Comment