Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Saturday, February 18, 2012

Cinta Lana 18


Bau masakan di dapur sangat menyelerakan Asyraff. Asyraff melangkah ke arah dapur. Kelihatan Shifa sedang masak. Lalu Asyraff mendekati Shifa.

“Masak apa?” soal Asyraff.

Shifa pandang Asyraff sekilas sebelum menumpukan kembali kepada masakannya.

Chicken tumis,” jawab Shifa.

“Bau sedap. Lambat lagi ke masak?” soal Asyraff.

Udah mau masak ni. Sabar ya,” ujar Shifa.

Asyraff angguk.

“Ada apa-apa aku boleh tolong?” soal Asyraff.

Enggak perlu. Kamu cuma duduk saja sana. Baik?” soal Shifa.

“Okay!” jawab Asyraff.

Asyraff berlalu ke hadapan. Dia duduk di sofa. Ingatannya kembali kepada Cinta. Namun cepat-cepat diusirnya perasaan itu.

Asyraff, dia isteri orang. Dah memang bukan jodoh kau dengan dia. Redalah. Salah kau jugak sebab pergi tinggalkan Cinta macamtu.

Asyraff mengeluh. Sungguh, dia rindu kepada gadis comel itu. Sungguh, dia mahukan gadis comel itu. Sungguh! Tapi dia tahu semua tu kuasa Tuhan. Dia hanya mampu merencana tapi Tuhan yang tentukan.

Asyrafff!! Makan yokk!” suara Shifa mematikan lamunan Asyraff.

Asyraff segera bangun dari sofa dan melangkah ke ruang makan. Kelihatan Shifa sedang meletakkan dulang berisi minuman di situ. Asyraff senyum.

“Sedap bau! Sure sedap kan?” ujar Asyraff.

Rasain dulu. Gi mana sih kamu puji tapi enggak rasa ?” ujar Shifa.

Asyraff duduk.

Ariyani mana?” soal Shifa.

“Tak tahu. Tak ada pun dekat depan,” jawab Asyraff.

Kerja ya? Cuti-cuti kok kerja sih?” ujar Shifa.

Asyraff hanya angkat bahu. Dan tiba-tiba Ariyani muncul.

Ini dia!” ujar Shifa.

Ariyani kerutkan dahi.

“Apa?” soal Ariyani.

Kita baru ngomong pasal kamu. Tup tap tup tap, kamu muncul. Kamu ada kuasa ya?” usik Shifa.

Ariyani gelak. Dan dia mengambil tempat di hadapan Shifa.

“Kak Shifa masak semua ni?” soal Ariyani.

Shifa angguk.
“Wah hebat!” puji Ariyani.

Ya udah. Makan dulu,” ujar Shifa.

Lalu mereka bertiga makan. Menu makanan mereka memang menyelerakan! Ada sambal ayam, sayur tumis, ulam-ulaman dan juga telur kicap.

Asyraff sendawa kuat. Kemudian dia menutup mulut. Shifa tolak bahu Asyraff. Ariyani pula gelak.

Ei jorok!” komen Shifa.

“Sedap sangat,” ujar Asyraff.

Kok hingga gitu sekali?” ujar Shifa.

Asyraff hanya tersengih. Ariyani menggeleng. Dia mengemas-ngemas dan membawa apa yang patut dibawa ke dapur.

Aku mau tanya kamu satu soalan sih. Tapi janji dulu kamu enggak akan marah sama aku. Promise?” ujar Shifa.

Promise!” jawab Asyraff.

Shifa telan liur. Dia pandang ke kiri dan kanan. Apabila dia nampak line clear, dia pandang Asyraff kembali.

Gadis di cafe tempoh hari itu dia ya?” soal Shifa.

Asyraff senyum. Dia dah agak Shifa pasti mahu tanya soalan ini.

“Ha'ah. Kamu nampak ke?” soal Asyraff.

Angguk, “Laki-laki itu siapa ya?”

Suami dia,” jawab Asyraff selamba.

Shifa angkat kening. Asyraff angguk. Meyakinkan Shifa.

Kamu gak sedih?” soal Shifa.

Asyraff senyum.

“Kenapa nak sedih? Aku gembira ada lah. Cinta perlukan pengorbanan, Shifa,”ujar Asyraff.

Shifa angguk. Dia bangga dengan Asyraff.

Ya, beginilah abangku! Tapi asal kamu tahu ya, jika kamu perlukan aku, aku ada di sini untuk kamu,” ujar Shifa.

Shifa bangun dan angkat pinggannya lalu dibawa ke dapur Asyraff hanya memerhatikan langkah Shifa.

* * *

“Abang, Cinta nak tanya sesuatu boleh?” soal Cinta.

Hazeem angkat kening. Dia pelik juga dengan Cinta. Dahlah sampai-sampai je terus tarik dia ke dalam bilik. Sampai mak pun dia tak salam lagi. Rezal pun terpinga-pinga melihat aksi dia. Sama lah dengan Lia. Entah apa pulak yang diorang fikir nanti.

“Siapa Asyraff?” soal Cinta straight to the point.

Hazeem telan liur. Dia tahu dia harus menceritakan segalanya kepada Cinta kali ini. Dia tahu Cinta patut tahu segalanya sekarang. Lantas dia masuk ke dalam biliknya. Cinta hanya memerhatikan sahaja langkah Hazeem. Tidak sampai dua minit, Hazeem kembali bersama satu buku hijau di tangannya.

“Apa ni bang?” soal Cinta.

Cinta ambil diari dari tangan Hazeem.

“Ni diari Cinta. Segalanya pasal hidup Cinta, Cinta coretkan dekat sini. Tapi abang harap, Cinta teruskan hidup Cinta bersama Rezal selepas Cinta tahu segalanya. Rezal terlalu cintakan Cinta,” ujar Hazeem.

Cinta angguk. Hazeem keluar dari bilik Cinta. Setelah pintu biliknya ditutup rapat, dia duduk di atas katil Muka surat pertama diari itu dibuka.

Cinta Lana ku,

Hello my love. Apa khabar? Daus harap Lana Daus yang manja ni sihat. Alhamdulillah. Daus rindukan Lana!

Kalau dalam movie ataupun novel, selalunya orang akan bagi cincin, rantai, gelang ataupun yang sewaktu dengannya kepada pasangan tapi Daus pulak bagi buku hijau ni. Haha. Lana mesti cakap Daus ni tak romantik kan? Tapi bagi Daus, bagi buku ni lagi romantik. Sweet gitu.

Sebab dalam buku ni, Lana akan tulis segala kisah kita. Pada mula hingga akhir. Andainya satu hari nanti Daus terpaksa pergi meninggalkan Lana, Lana jangan risau. Buku ni akan jaga Lana. Tapi Lana janganlah terlalu bergantung dengan buku ni sebab it's an object.

Cinta Lana, Firdaus Haqeemi cintakan Cinta Lana. Muahh!


Cinta tergamam. Kepalanya dipegang. Muka surat kedua dibukanya. Catatan pertamanya dibaca.


Firdaus Haqeemi ku,

Sayang, I pun cintakan you. Bagi I you lah lelaki paling romantik dalam dunia ni! Tak perlu ikut movie ataupun novel sebab Lana suka cara Daus layan Lana in real life. Lana tak nak jadi macam novel, yang hidup dia berliku-liku. Kalau boleh, Lana nak mudah je. Lana nak bersama dengan Daus hingga nafas ni terhenti. Itu je.

Firdaus Haqeemi, Cinta Lana pun cintakan Firdaus Haqeemi. Muahh!


Terasa ada manik-manik jernih yang mengalir di pipinya. Dia tak tahu kenapa tetapi dia sangat sedih! Dia rasa seperti semangatnya lari! Cinta buka lagi muka surat sebelah dan dibacanya. Dan begitu juga seterusnya. Sehinggalah habis segalanya dibaca.

“Ya Allah, Firdaus Haqeemi merupakan cinta pertama aku. Tapi dia dah pergi buat selamanya. Dia dah tak ada. Daus, Lana janji Lana akan ziarah pusara Daus. Maafkan Lana sebab lupakan Daus. Lana janji lepas ni Lana takkan pernah lupakan Daus lagi,” ujar Cinta.

Buku itu ditutupnya lalu dipeluk erat. Bagaikan tidak mahu dilepaskan buku itu. Kemudian, Cinta simpan buku itu di dalam laci mejanya lalu dikunci. Air matanya yang masih mengalir diseka. Kemudian dia baring di atas katil bujangnya.
Baru beberapa minit dia baring, kedengaran bunyi pintu diketuk. Cinta nak jawab tetapi dia tahu suaranya pasti berubah. Jadi, Cinta hanya membiarkan sahaja. Kemudian kedengaran pintu bilik dibuka. Cinta tutup mata rapat-rapat. Kedengaran derap kaki menghampirinya.

Kemudian ada satu tangan yang diletakkan di kepalanya. Cinta buka mata perlahan.

“Cinta sakit?” soal Rezal pirhatin.

Cinta cuba senyum namun nampak sangat hambar senyumannya.

“Cinta demam ye?” soal Rezal lembut.

Cinta tak jawab. Dia hanya membiarkan sahaja pertanyaan Rezal.

“Tak apa, Cinta rehat lah dulu. Ni mesti baby nakal sangat. Saya turun dulu. Kejap lagi saya naik balik. Iye sayang?” ujar Rezal.

Cinta angguk. Rezal keluar. Dan dia melangkah keluar dari bilik Cinta. Pintu bilik ditutup rapat. Dia tahu Cinta ada masalah.


* * *

Farid yang sedang sibuk dengan kerjanya memandang ke pintu apabila didengarnya bunyi ketukan pintu. Dan tubuh Cinta di situ. Farid lemparkan senyuman.

I ganggu?” soal Cinta.

Geleng, “masuklah.”

Cinta angguk. Dia melangkah mendekati Farid dan duduk di hadapan Farid.

“Ada apa?” soal Farid. Kertas kerjanya ditutup.

You tahu siapa diri I?” soal Cinta.

Angkat kening, “maksud you?

Come on lah Farid. Jangan tipu I lagi boleh tak? Now, can you tell me everything that you know about me,” ujar Cinta.

Farid diam.

Please Farid! I need to know who I am. Bertahun-tahun I hidup tanpa mengenal diri I. Dah lama sangat you semua ambil hak I untuk tahu siapa diri I. It's time for me to know who I am. Who is Cinta Lana actually.” ujar Cinta panjang lebar.

Farid tarik nafas dalam-dalam dan kemudian hembuskan.

Okay, I will tell you everything. But promise me first, you won't left your husband,” ujar Farid.

Of course I won't left my husband. He's my life!” ujar Cinta.

Okay, the story begin....”

Cinta mendengar satu persatu cerita Farid. Kisah benar kehidupan dia dahulu. Air matanya jatuh setitik demi setitik dan akhirnya menjadi banyak.  

No comments:

Post a Comment