Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Wednesday, December 28, 2011

Cinta Lana 17

Dua tahun dua bulan selepas itu...

Beg dikeluarkan dari dalam bonet kereta. Kemudian pintu bonet ditutup.

"Aduh aduh aduh, cantik bangat ya Malaysia ni," ujar Shifa sambil menghirup udara segar.

Asyraff sengih. Bahu Shifa dipeluknya.

"Memanglah cantik. Kamu tu je yang tak mahu datang ke Malaysia," ujar Asyraff.

Shifa sengih.

"Habis aku lahir di Indonesia. Pasti aja aku duduk di negara aku," ujar Shifa.

"But at least jenguklah aku. Ini tidak, aku yang kena jenguk kamu di sana," ujar Asyraff.

"Maafin aku dong. Ini boleh enggak aku duduk sama kamu di sini?" soal Shifa.

"Mestilah. Ariyani pun duduk sini jugak," ujar Asyraff.

"Iya? Mana dia? Kok enggak kelihatan," ujar Shifa.

"Dekat kafe lah kot. Dah lah, jom masuk," Asyraff tarik beg masuk ke dalam rumah.

Shifa terus menghenyakkan punggungnya ke atas sofa. Kaki diangkat ke atas meja.

"Penat?" soal Asyraff.

Angguk, "Ye, capek bangat! Kamu enggak capek ?"

Asyraff letak beg di tepi tangga. Suis aircond ditekan. Kemudian dia turut duduk di hadapan Shifa.

"Tak. Aku dah biasa macamni," ujar Asyraff.

Shifa jatuhkan kakinya.

"Kamu enggak ada maid ya?" soal Shifa.

"Kenapa?" soalan dibalas soalan.

"Rumah kamu ini besar bangat. Jadi aku heran andai kamu nggak ada maid. Tapi kamu pasti ada. Iya kan?" Shifa kenyit mata.

Asyraff ketawa perlahan.

"Memang ada tapi di rumah ni, kami tak anggap dia maid. She's a part of the family," ujar Asyraff.

Angguk, "Tapi di mana mereka? Kok enggak kelihatan sih?"

"Hari ni kan hari Ahad. Cutilah," ujar Asyraff.

Shifa angguk. Kemudian dia pegang perutnya.

"Lapar?" soal Asyraff.

Shifa tersengih. Kemudian dia angguk.

"Jom pergi makan dekat kafe," ajak Asyraff.

"Kafe yang ayah bagi kamu itu ya?" soal Shifa.

"Bukan aku sorang je. Aku dengan Ariyani," ujar Asyraff.

"Oh lupa. Cepatan. Aku nggak sabar mahu ketemu sama Ariyani. Udah lima tahun aku nggak ketemu sama dia," ujar Shifa.

Asyraff capai kunci kereta dan mereka melangkah ke arah kereta. Kereta dipecut laju ke arah kafe. Keretanya diparkir dan mereka melangkah keluar dari kereta.

Wah,ini kafe kamu ya? Cantik bangat. Ada kelas gitu!” ujar Shifa.

Asyraff hanya tersenyum. Tangan Shifa ditariknya agar masuk ke dalam kafe. Sampai di dalam kafe, mereka memilih tempat di hujung sekali. Tempat yang biasa dia dan Cinta duduk.

Cinta? Ahh! Rindunya aku pada dia!

“Ariyani!” panggil Asyraff.

Ariyani yang sedang berdiri di kaunter pandang ke arah Asyraff dan serta-merta senyuman terukir di bibirnya. Dia berlari mendapatkan Asyraff dan Shifa.

“Abang! Rindu giler dekat abang! Sampai hati kan tak bagitahu Yani abang nak balik hari ni. Kalau tak, Yani boleh jemput abang dekat KLIA,” ujar Ariyani.

“La, kalau abang bagitahu Yani, siapa nak jaga kafe ni? Abang pun rindu giler dekat adik abang ni!” ujar Asyraff.

“Abang! Nak hug!” pinta Ariyani.

Asyraff tarik Ariyani dalam pelukannya. Shifa hanya tersenyum memanjang melihat adengan mesra dua beradik ni. Memang suwett!

“Eh lupa pulak. Tengok, abang bawak balik siapa,” ujar Asyraff setelah meleraikan pelukan.

Ariyani pandang ke arah Shifa. Dan serta-merta dia peluk Shifa.

“Shifa! Rindu giler!” ujar Ariyani.

Aku pun rindu bangat sih sama kamu,” ujar Shifa.

Ariyani leraikan pelukan. Wajah Shifa dipandangnya.

“Dah lama tak jumpa kak Shifa kan. Nak dekat lima tahun,” ujar Ariyani.

Habis, kamu nggak mau datang Indonesia. Aku tiap hari nungguin kamu sama Asyraff tahu?” ujar Shifa.

Ariyani gelak.

“Eh, duduklah Kak Shifa. Kak Shifa nak minum apa? Makan apa? Hari ni, biar abang yang belanja!” ujar Ariyani.

“Abang pulak?” soal Asyraff.

“Dah abang tauke dia. Yani nak air fresh apple dengan nasi goreng cendawan,” ujar Ariyani.

Asyraff angguk.

“Kak Shifa pulak?” soal Ariyani.

Maunya fresh orange sama mi sup,” ujar Shifa.

Asyraff angguk. Ariyani kenyitkan mata ke arah Shifa.

“Cepat sikit tau abang. Perut kitorang dah lapar ni!” ujar Ariyani.

Asyraff jengilkan mata. Memanglah adik dia yang sorang ni perangai tak boleh nak blah! Suka buli abang dia. Heiysh, adik sapa lah ni kan?

Asyraff melangkah ke belakang kafe. Pesanan diberikan kepada pekerjanya dan kemudian dia melangkah kembali ke hadapan. Tidak semena-mena dia terlanggar seorang perempuan. Nasib dia sempat sambut perempuan tu, kalau tak. Tak tahulah. Dan apabila mata bertentang mata..

“Cinta?” soal Asyraff.

Kelihatan Cinta sedang mengerut dahi. Asyraff merenung wajah Cinta. Cinta semakin cantik dan ayu dengan tudung di kepala.

“Cinta dah lupa dekat I ke?” soal Asyraff.

Cinta pegang kepala. Terasa sakit kepalanya. Memang terlalu sakit! Dan waktu itu, Rezal muncul.

“Sayang, kenapa ni?” soal Rezal.

Cinta geleng kepala. Tangannya masih memegang kepalanya yang memang sakit betul! Asyraff pandang Cinta dan Rezal silih berganti. Kemudian matanya singgah ke perut Cinta. Kelihatan sedikit besar daripada biasa. Macam orang mengandung!

Your wife?” keluar juga soalan itu daripada mulut Asyraff.

Rezal pandang Asyraff. Kemudian dia angguk.

Yeah. Kau siapa?” soal Rezal.

Senyum terpaksa, “aku kawan lama dia.”

Rezal hulurkan tangan. Dan mereka pun berjabat.

“Rezal,” ujar Rezal.

“Asyraff,” balas Asyraff.

Asyraff, sorry I have to go. Nanti kalau ada masa, jemputlah datang rumah kitorang,” ujar Rezal.

Asyraff angguk. Rezal pegang tangan Cinta dan berlalu pergi. Asyraff hanya memerhatikan dengan hati yang pedih. Pedih sekali!

“Abang nampak dia?” soal Ariyani dari belakang.

Asyraff pandang Ariyani. Senyuman tidak ikhlas diukirkan.

“Abang, kalau abang sayangkan dia, abang fight for the love!” ujar Ariyani.

Geleng, “she's married already. Abang tak nak runtuhkan masjid diorang. Lagipun Cinta pregnant and I know she happy with her life.Abang tak nak jadi orang ke-3,” ujar Asyraff.

Ariyani senyum. Bangga dapat abang macam Asyraff!

That's my abang! Dah tu, jom. Kak Shifa dah tunggu dah tu,” ajak Ariyani.

Asyraff angguk. Ariyani berlalu ke Shifa. Asyraff menoleh sekilas ke arah pintu masuk dan kemudian melangkah ke arah Shifa dan Ariyani.

* * *

“Awak, tadi tu siapa?” Cinta baringkan kepalanya di atas riba Rezal.

Rezal yang sedang menonton televisyen mengalihkan tumpuannya ke Cinta. Tangannya automatik memicit kepala Cinta.

“Entah. Nama dia Asyraff. Sayang kenal ke?” soal Rezal pula.

Cinta kerutkan dahi. Cuba mengingati. Namun hampa, dia langsung tak ingat apa-apa tentang lelaki tu!

“Cinta tak ingat,” jawab Cinta jujur.

“Eh, jangan lah fikir sampai macamtu. Karang sakit pulak kepala tu,” ujar Rezal.

“Dah memang sakit pun. Awak picit ni kurang sikit sakit tu,” ujar Cinta.

Rezal hanya tersenyum.

“Awak, bila agaknya Cinta dapat sembuh sepenuhnya?” soal Cinta.

Rezal masih memicit kepala Cinta dengan penuh kasih sayang.

“Kenapa Cinta tanya macamtu?” soal Rezal.

Cinta duduk dan pandang Rezal. Rezal membalas pandangan Cinta.

“Cinta just nak tahu siapa Cinta sebenarnya. Cinta nak tahu macammana hidup Cinta yang dulu,” ujar Cinta.

“Cinta tak bahagia dengan hidup Cinta sekarang?” suara Rezal sudah berubah menjadi serius.

Cinta cepat-cepat pegang tangan Rezal. Rezal hanya membiarkan sahaja.

“Bukan maksud Cinta macamtu. Cinta bahagia sangat hidup Cinta sekarang. Cinta bahagia hidup bersama dengan orang yang Cinta cinta. Cuma Cinta nak tahu siapa Cinta,” ujar Cinta.

Rezal genggam tangan Cinta. Cinta rebahkan kepalanya di dada Rezal. Rezal usap perut Cinta yang semakin memboyot itu.

“Cinta, bukan saya tak nak bagitahu awak. Tapi saya pun tak tahu kisah silam awak. Kalau saya tahu, memang dah lama saya bagitahu. Masalahnya, saya tak tahu. Apa yang saya tahu, semua saya dah ceritakan dekat awak. Cinta, saya cintakan awak sangat-sangat dan saya tak nak kehilangan awak dan anak kita,” ujar Rezal.

Air mata Cinta menitis.

“Maafkan Cinta. Cinta janji Cinta takkan tanya apa-apa lagi berkaitan kisah silam Cinta. Cinta akan go with the flow. Awak, saya pun cintakan awak sangat-sangat dan saya pun tak nak kehilangan awak dan anak kita,” ujar Cinta.

Rezal tersenyum. Disekanya air mata Cinta. Cinta terus sahaja peluk Rezal. Lalu mereka suami isteri berpelukan di sofa itu.

No comments:

Post a Comment