Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Wednesday, November 28, 2012

Cinta Lana 24


Setahun dua bulan kemudian...

            Cinta tersenyum memandang Daus. Sejuk mata dia memandang Daus. Usia anaknya itu sudah setahun lebih. Sudah pandai berjalan anak kecil itu. Suka sangat merayau. Kalau tinggalkan sekejap, mesti dia hilang.

            “Daus! Kan mama cakap jangan keluar.”

            Cinta berlari mendapatkan Daus di muka pintu.

            “Papa! Papa!”

            Cinta sudahpun berada di tempat Daus berdiri. Dan Cinta nampak Asyraff berada di situ.

            “Daus!” Asyraff dukung Daus.

            “Papa! Papa!” balas Daus.

            Asyraff senyum. Setakat ni Daus hanya pandai bercakap mama dan papa. Yang peliknya, Daus panggil dirinya papa.

            “Hai Cinta,” sapa Asyraff.

            “Awak buat apa dekat sini?” soal Cinta.

            “Ingatkan nak bawa Daus jalan-jalan. Harini kan hari Sabtu. Takkan awak nak duduk rumah je dengan Daus?” Asyraff angkat kening.

            “Nak pergi mana?” soal Cinta.

            “Kita pergi jalan-jalan Putrajaya nak? Sana ada playground untuk budak-budak,” jawab Asyraff.

            “Jauhnya. Setakat playground, dekat belakang rumah saya pun ada. Tak perlu pergi jauh-jauh,” ujar Cinta.

            Asyraff diam. Cinta memang macamni. Cinta memang sentiasa dingin dengannya. Cinta memang sentiasa menolak jika dia yang pelawa. Kenapa? Mengapa? Asyraff sendiri tak tahu.

            “Tak apalah kalau macamtu, saya balik dulu,” ujar Asyraff, sedikit terasa dengan kata-kata Cinta.

            Asyraff turunkan Daus dari dukungnya.

            “Papa....” Daus menangis.

            Asyraff pandang Daus. Cinta turut pandang Daus. Daus berlari mendapatkan Asyraff. Dia peluk kaki Asyraff.

            “Ye lah ye lah, jom pergi. Awak tunggu dekat luar, saya dengan Daus siap,” ujar Cinta akhirnya.

            Cinta ambil Daus dari Asyraff. Kemudian dia berlalu naik ke atas untuk menukar pakaian Daus. Asyraff tersenyum kecil sambil duduk di buaian hadapan rumahnya. Mana boleh masuk rumah, nanti tak pasal-pasal JAIS datang pulak.

* * * * *

            Cinta senyum melihat Daus yang gembira bermain bersama Asyraff. Asyraff memang baik sangat dan sebab itulah, Daus suka Asyraff. Asyraff sentiasa ada dengan dia. Waktu dia bersalin, Asyraff yang bawa dia ke hospital. Waktu dia mengalami kesukaran, Asyraff yang bantu dia. Pergi daftarkan nama anak dia pun, Asyraff yang tolong.

            Setiap hujung minggu, pasti Asyraff datang melawat dia dan Daus. Kadang-kadang Cinta takut, Cinta takut dia akan lupa ayah sebenar Daus. Cinta takut dia lupa semua kenangan dia bersama Rezal dahulu. Sebab itulah, dia sentiasa cuba bersikap dingin dengan Asyraff. Sebab itulah, dia langsung tak pernah cuba untuk berbaik dengan Asyraff.

            “Mama!”

            Diam.

            “Mama!”

            Cinta tersentak. Dia pandang Daus. Kemudian dia pandang Asyraff. Asyraff lemparkan senyuman nipis kepadanya.

            “Eh, Daus! Dah habis main dah anak mama ni?” soal Cinta.

            Daus gelak. Cinta dukung Daus dan letakkan di atas ribanya.

            “Kenapa dengan awak? Awak fikir apa tadi?” soal Asyraff.

            “Tak ada apa-apa,” Cinta langsung tak pandang wajah Asyraff.

            “Kalau tak ada apa-apa, kenapa sampai Daus panggil tak dengar,” perli Asyraff.

            Cinta diam.

            “Dahlah, jom balik. Dah petang sangat dah ni,” ujar Asyraff.

            Cinta angguk. Dia dukung Daus dan melangkah bersama Asyraff ke kereta Asyraff yang terletak tidak jauh dari situ.

* * *


            Syifa dan Ariyani pandang Asyraff yang sedang tersenyum. Ariyani kesian sangat dekat abangnya itu. Syifa pun sama. Asyraff begitu setia menanti Cinta. Asyraff begitu naïf.

            “Kenapa?” soal Asyraff.

            “Sampai bila, bang?” soal Ariyani.

            “Apa dia?” Asyraff  angkat kening.

            “Takkan abang nak tunggu Cinta lagi. Abang pun ada hidup abang sendiri. Takkan abang nak musnahkan hidup abang demi Cinta?” soal Ariyani.

            Asyraff mengeluh. Dia tahu adik-adiknya risau pasal diri dia. Asyraff duduk di antara mereka.

            “Abang cintakan dia. Abang cintakan dia sangat,” ujar Asyraff.

            “Yani tahu abang cintakan Kak Cinta tapi sampai bila bang? Sampai bila abang nak berharap pada sesuatu yang tidak pasti? Yani kesian tengok abang macamni,” ujar Ariyani.

            “Entahlah Yani. Abang pun tak pasti. Mungkin satu hari nant bila hati abang dah cukup kuat untuk lupakan dia, abang akan lupakan dia. Tapi sekarang, abang betul-betul perlukan dia. Daus perlukan abang,” ujar Asyraff.

            Asyraff bangun dan melangkah ke biliknya. Ariyani pandang Shifa.

            “Kak, Yani sedih sangat,” ujar Ariyani.

            “Sabar ya Shifa. Kita doakan saja untuk kebaikan abang. Kita ini memang adiknya tapi abang lebih layak untuk tentukan hidupnya,” nasihat Shifa.

            “Tak kak. Yani kena buat sesuatu. Yani tak sanggup nak tengok abang macamtu lagi. Yani akan buat sesuatu,” ujar Ariyani.

            “Mau lakuin apa sih?” soal Shifa.

            Ariyani tidak menjawab. Ya! Dia perlu bertindak sekarang. Dia perlu lakukan sesuatu untuk tamatkan kisah yang panjang ni. Dia perlukan penamatnya.

No comments:

Post a Comment