Irfan
melangkah masuk ke dalam bilik. Penat betul dia harini. Ramai betul tetamu yang
hadir walaupun Irfan tidak menghebah-hebahkan perkahwinan ini. Ada juga media
yang datang mahu bertanya soalan tetapi
Irfan tolak soalan itu dengan mengatakan hari ini dia tidak mahu menjawab
soalan sebab hari ini hari perkahwinannya.
“Abang.”
Irfan
pandang ke arah Fiya yang sedang mengesat rambutnya. Hati Irfan sedikit
tersentuh mendengar Fiya memanggilnya abang. Irfan baring di atas katilnya.
“Ramai
betul orang kan tadi?” soal Irfan.
Fiya
mendekati Irfan. Dia duduk di sebelah kaki Irfan.
“Abang
mesti penat kan? Sini, Fiya urutkan kaki abang,” Fiya mula mengurut kaki Irfan.
Irfan
bangun dari baringnya. Dia pegang tangan Fiya yang lincah mengurut kakinya.
“Fiya,
tak payahlah. Abang tak apa-apa lah,” larang Irfan.
“Tak
apa. Fiya tahu abang penat sangat sebab layan ramai tetamu tadi,” Fiya mula
mengurut Irfan kembali.
Irfan
pandang Fiya lama. Entah kenapa, hatinya tersentuh melihat Fiya begitu.
“Abang,”
Fiya mematikan lamunan Irfan.
“Ya?”
Irfan angkat kening.
“Terima
kasih sebab sudi jadikan Fiya isteri abang walaupun abang tahu kisah silam
Fiya. Terima kasih sebab terima Fiya seadanya. Terima kasih sebab …”
“Sepatutnya
abang yang kena berterima kasih dengan Fiya sebab setuju kahwin dengan abang.
Fiya, abang tak nak Fiya ungkit lagi kisah silam Fiya. Yang lepas, biarlah
berlalu,” Irfan pegang tangan Fiya.
Fiya
pandang Irfan. Air mata mengalir. Fiya betul-betul rasa bahagia sekarang. Fiya
betul-betul rasa bersyukur dengan semuanya.
“Fiya
janji dengan abang, Fiya takkan ungkit lagi pasal kisah silam Fiya,” suruh
Irfan.
Fiya
angguk, “Fiya janji.”
Irfan
lemparkan senyuman. Tangan Fiya dilepaskan. Dia bangun dari katil.
“Lega
rasa kaki lepas Fiya urut. Abang mandi dulu, ye Fiya,” ujar Irfan.
Fiya
angguk. Irfan capai tuala dan berlalu masuk ke dalam bilik air. Fiya tersenyum.
Bahagia ini akan dijaga supaya dia dapat rasa kebahagiaan ini selama-lamanya.
* * *
Zizan memberhentikan keretanya di
hadapan sebuah rumah. Zizan pandang ke arah tempat penumpang sebelahnya.
“Terima kasih sebab teman saya,”
ucap Zizan.
Wardina tersenyum, “sama-sama.
Lagipun, saya bukannya ada benda pun nak buat dekat rumah. Dan free foods kot.”
Zizan gelak. Wardina ni comel betul.
Perangai dia lain dari perempuan yang lain. Itu yang buat Zizan semakin
terpikat dengan Wardina.
“Esok saya temankan awak pergi
tengok wayang pula, ya?” Zizan angkat kening.
Wardina buat muka teruja, “Ada satu
cerita ni esok release date dia. Awak
ni macam tahu-tahu je saya nak ajak awak.”
“Nak saya jemput awak pukul berapa?”
soal Zizan.
“Lepas Maghrib, boleh?” Wardina
angkat kening.
“Boleh je. Jadi saya jemput awak
esok lepas Maghrib,” ujar Zizan.
“Saya keluar dulu ya. Jumpa awak esok,”
Wardina buka pintu kereta.
“Goodnight.
Sweet dream!” ucap Zizan.
“Goodnight
juga,” Wardina tutup pintu kereta.
Zizan tunggu sehingga Wardina
selamat masuk ke dalam pintu pagar rumahnya. Wardina melambai tangann kepada
Zizan sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah. Zizan mula memandu kereta
sambil bibirnya tersenyum lebar. Oh,
betapa gembiranya hati ini!
* * *
AG
memberhentikan keretanya. Hani buka seatbelt.
Entah kenapa dia rasa lain macam hari ini. Perasaan itu hadir bila dia
melihat Irfan berkahwin. Perasaan yang sukar untuk dia ungkapkan.
“Kau
tak banyak cakap harini,” ujar AG.
Hani
diam. Tidak membalas kata-kata AG.
“Kenapa
Hani? Kau ada masalah ke?” soal AG lagi apabila Hani tidak memberi respon.
“Tak
ada. Aku cuma mengantuk,” jawab Hani.
“Iya
ke ni?” AG angkat kening.
Hani
angguk. “Okaylah, aku keluar dulu. Dah larut malam ni.”
Hani
nak buka pintu tapi AG tarik beg tangan Hani. Hani pandang AG.
“Kau
jangan tipu aku. Aku tahu ada sesuatu yang bermain di fikiran kau. Just spill it out,” suruh AG.
Hani
diam. AG mengeluh.
“Hani,
tolonglah bagitahu aku apa yang bermain di fikiran kau. Tolonglah,” pujuk AG.
Hani
pandang AG. Entah kenapa, air mata Hani mengalir. AG dah cuak. AG cepat-cepat
capai tisu dan hulurkan kepada Hani.
“Kenapa
kau menangis ni? Aku ada buat salah ke Hani? Janganlah menangis macamni,” pujuk
AG.
Hani
kesat air mata sambil pura-pura gelak.
“Aku
tak tahu kenapa aku menangis. Aku tak tahu kenapa aku sensitif macamni lepas
aku tengok Irfan kahwin. Aku tak tahu kenapa jauh dalam sudut hati aku rasa
sakit sangat. Aku tak tahu, AG. Aku tak tahu,” ujar Hani.
AG
diam.
“Kita
yang kenal dulu, AG. Kita yang bertunang dulu, AG. Tapi kenapa hubungan kita
boleh jadi macamni? Ya, aku tahu jodoh itu di tangan Allah. Tapi kenapa hati
aku masih juga rasa sakit sangat bila tengok Irfan kahwin? Aku rasa teruk
sangat AG sebab berperasaan macamni. Aku rasa macam aku ni manusia paling keji.
Aku rasa…”
“Hani,
jom kita kahwin,” potong AG.
Hani
pandang AG.
“Hubungan
kita jadi macamni sebab aku. Aku yang bersalah dalam hal ni. Kalau bukan sebab
aku, kita dah bergelar suami isteri sekarang. Aku yang buat hubungan kita
retak. Kalau kau kata kau manusia paling keji, jadi aku ini di kategori mana?
Sebab aku pun rasa cemburu melihat Irfan. Aku, kawan baik kepada Irfan turut
rasa cemburu,” ujar AG panjang lebar.
Hani
diam. AG pandang ke dalam mata Hani.
“Mungkin
aku tak dapat janji untuk tak membuat kau menangis lagi. Dan mungkin aku tak
dapat janji untuk tak buat kau marah kepada aku. Tapi aku janji aku akan kesat
air mata kau setiap kali kau menangis. Aku janji aku akan padamkan api
kemarahan kau bila kau marah. Dan aku janji aku akan membahagiakan kau. Jadi
Hani, sudi tak kau kahwin dengan aku?” soal AG.
Jantung
AG berdegup kencang melihat Hani. Dia takut Hani akan tolak lamaran dia sebab
dia pernah buat silap besar kepada gadis itu.
Hani
anggukkan kepalanya. AG tersenyum gembira.
“Aku
cintakan kau, Hani,” ucap AG.
“Aku
cintakan kau juga,” balas Hani.
Senyuman
terukir di bibir Hani. Dia percaya AG mampu membahagiakan dia. Dan memang ini
yang dia impikan sejak dia mula mencintai AG. Perkahwinan. Perkahwinan yang
bahagia dan berkekalan.
* * *
Telefon bimbit dicampak ke dinding.
Alat-alat solek di meja soleknya semua dicampak ke lantai. Dia menjerit sekuat
hati. Air mata yang mengalir deras tidak dipedulikan. Hatinya terasa sakit
sangat. Kakinya tidak kuat lagi untuk menampung berat badannya lalu dia
terduduk di lantai itu.
Berita mengenai perkahwinan cinta
hatinya sangat menyakitkan hatinya. Walaupun dia sendiri yang memutuskan
hubungan mereka tetapi perkahwinan ini terlalu berat untuk dia tampung. Terlalu
berat untuk dia terima. Hatinya yang sememangnya sudah berkecai bertambah
berkecai.
Akhirnya dia tertidur di situ
bersama air mata yang tidak putus-putus mengalir dan bersama satu nama yang bertanggungjawab
buat dia begini.
No comments:
Post a Comment