Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Friday, September 18, 2015

Aku VS Empat Lelaki (16)

"Good morning Izzu!" Sapa aku.

Izzu macam biasa hanya buat tak tahu dengan aku. Aku keluarkan coklat dalam beg aku dan letakkan atas meja Izzu. Aku nampak Izzu pandang aku.

"Ni saya belikan coklat untuk awak. Tak tahulah awak makan ke tidak tapi ambiklah. Saya ikhlas," ujar aku.

Semalam waktu aku chocolate hunting dengan Amy, aku tiba-tiba teringatkan Izzu. Aku tertanya-tanya dia makan ke tidak coklat agaknya. Terus aku beli coklat ni sebab kata Amy, semua orang suka coklat ni walaupun orang tu tak suka coklat. 

Aku nak melangkah pergi tetapi terkejut bila aku dengar suara Izzu.

"Terima kasih," ucap Izzu.

Aku pandang Izzu. Izzu cakap terima kasih dekat aku? Seriously? Izzu? Selama ni, aku kasi karipap mak cik famous, dia tak cakap terima kasih pun.

Izzu tundukkan kepala dia. Aku senyum. Aku terus melangkah ke arah meja aku. Wei, ini perkembangan yang sangat positif. Aku gembira sangat ni. Tak sia-sia aku beli coklat semalam. Hehe.

* * *

Aku pandang Aldee yang buat muka teruja. Aku cerita dekat Aldee pasal peristiwa Izzu cakap terima kasih dekat aku. 

"Wow! Aku rasa dia dah mula cair hati dengan kau lah," komen Aldee.

"Kan? Tak lama lagi aku akan pastikan dia jadi kawan baik aku," ujar aku bersemangat.

"Kawan je?" Usik Aldee.

"Kawan je lah. Habistu?" Aku kerut dahi.

"Manalah tahu kau nak jadi isteri dia ke," Aldee gelak.

"Habistu aku nak campak Adib dekat mana?" Aku turut tergelak.

Aldee ni nak kenen-kenenkan aku dengan Izzu pun, agak-agaklah. Takkanlah aku nak curang dengan Adib kot. 

"Eh, boss tu bila nak masuk pejabat?" Soal Aldee.

Aku angkat bahu, "entahlah. Aku pun tak tahu. Ha cakap pasal boss kan, kau nak tahu tak?"

"Tahu apa?" Soalan dibalas dengan soalan.

"Aku dapat tahu Amy tu bukan adik boss yang sebenarnya," ujar aku.

Aku amati riak wajah Aldee. Aldee nampak sedikit keliru. Oh well, aku pun tengah keliru ni. Nak tahu cerita sebenar tapi boss pula tak masuk pejabat. Haih.

"Apa ni? Sekejap adik dia, sekejap bukan," Aldee tak puas hati.

Aku angkat bahu, "aku tak tahulah. Tapi boss ada cakap, orang lain tak boleh tahu pasal kewujudan Amy tu."

"Nama dia Amy?" Soal Aldee.

Aku angguk, "kau tak rasa macam dalam drama action ke? Kot kot lah si Amy tu pernah jadi saksi kepada pembunuhan dan orang jahat tengah cari dia."

"Woi! Kau jangan nak imagine bukan-bukan," halang Aldee sebelum aku lebih melalut.

Aku sengih.

"Aku rasa dia tu isteri boss yang boss tak nak orang lain tahu sebab diorang kena kahwin paksa. Boss tak nak saham dia sebagai playboy terbesar dekat sini jatuh," Aldee pula yang melalut.

"Woi! Imaginasi kau lagi tinggi," aku gelak.

Aldee turut tergelak. Sebenarnya aku rasa macam nak pergi hospital je sekarang ni sebab nak tahu siapa sebenarnya Amy ni dan apa hubungan dia dengan boss. Ish, kenapa naluri ingin tahu aku ni kuat sangat! Ibu! Ibu tak patut halang Ima jadi detektif dulu. Huwaa.

* * *

Telefon bimbit aku berbunyi untuk kali ke berapa entah. Adoi, bising betullah telefon ni. Tak fokus aku nak pandu kereta. Tangan kiri aku seluk beg tangan aku manakala tangan kanan aku mengawal stering. Dah dapat dah handphone. Aku tengok caller id dekat telefon aku. Adib.

Eh, kenapa call aku ni? Tak jadi nak dinner ke malamni? 

Aku telefon Adib balik. Masa aku nak tekan tu, telefon aku jatuh. Adoi! Bahaya ni. Karang terselit dekat brek, mampus aku!

Aku tengok sekeliling. Tak ada kereta. Aku tunduk dan ambil telefon aku. Dapat pun! Ish, menyusahkan betullah. Aku naik balik dan pandang depan. Terkejut aku bila nampak ada motor cuba melintas di hadapan aku. Terus aku tekan brek.

Kereta aku berhenti mengejut membuatkan aku yang tak pakai seatbelt terus ke hadapan. Kepala aku terhentak kuat dekat stering. Kemudian, semuanya gelap.

* * *

Aku buka mata aku perlahan-lahan. Kenapa ni? Kenapa aku tidur dalam kereta ni? Apa yang jadi ni? 

Eh kejap, bukan aku accident ke tadi? Tapi kenapa sekarang ni aku ada dalam kereta yang bergerak?

"Dah sedar?"

Aku terkejut bila dengar suara tu. Tu bukan suara Izzu ke? Aku pandang sebelah aku. Aku nampak Izzu tengah memandu kereta. Ha? Aku makin keliru.

"Mana kereta saya? Kenapa saya ada dalam kereta awak?" Soal aku.

"Saya dah telefon orang suruh hantar kereta awak dekat pejabat memandangkan saya tak tahu mana rumah awak," jawab Izzu.

Oh, kereta aku tak ada apa-apa lah tu. Selamat duit aku.

"Kebetulan saya dekat belakang kereta awak tadi," bagitahu Izzu.

Aku angguk. Nasib baiklah Izzu ni ada. Kalau tidak, habis aku. 

"Kita nak pergi mana?" Soal aku bila aku tengok ini bukan jalan ke rumah aku.

"Hospital," jawab Izzu.

"Eh, tak apa lah. Saya okay je ni. Tak ada apa-apa pun," ujar aku.

Ala, terhentak sikit je pun. Tak payahlah sampai nak pergi klinik kan.

"Kena check. Takut ada pendarahan dalaman," ujar Izzu.

"Tapi..."

"Tak ada tapi-tapi," ujar Izzu serius.

Aku diam. Takut pula aku dengar nada Izzu tu. Ye lah, pergi je lah hospital. Demi kebaikan aku jugak.

Eh kejap.

Aku tengah having a conversation dengan Izzu kan? 

Aku tengah berbual dengan Izzu kan?

Ya Allah! Rasa macam mimpi pulak. Ei, gembiranya aku! 

Tapi rasa pelik pula bila Izzu banyak cakap dan concern dengan aku. Hehe.

* * *

Aku sedut minuman aku. Lama betul dekat hospital tadi. Hampir dua jam jugaklah. Kesian pula dekat Izzu kena tunggu aku. Aku dah suruh dah dia balik dulu sebab aku boleh balik naik teksi tapi dia berdegil nak temankan aku juga. 

Aku nak telefon orang lain, telefon aku entah ke mana. Mungkin tertinggal dalam kereta. Aku nampak Izzu ambil beg tangan aku je. Nak minta pinjam telefon Izzu, aku nak telefon siapa? Aku bukan ingat pun nombor telefon sesiapa. Itulah, zaman dah moden sampai nombor telefon orang penting pun aku tak boleh nak ingat. Haih. 

"Awak betul dah okay?" Soal Izzu.

Aku angguk, "terima kasih sebab tolong saya."

"Lain kali, pakai seatbelt tu. Awak tahu tak berapa ramai yang terkorban sebab tak pakai seatbelt?" Bebel Izzu.

Dan antaranya ialah isteri Izzu. Patutlah Izzu risau, aku baru teringat pasal isteri Izzu. 

"Awak kena ingat, bukan nyawa kita je nak kena jaga tapi ramai lagi nyawa lain. Lain kali, fokus masa memandu dan pakai seatbelt," bebel Izzu lagi.

"Apa yang terjadi dulu?" Soal aku.

Aku tak boleh tahan dari tanya soalan tu bila aku nampak riak Izzu yang risau tu. Entah kenapa, aku rasa Izzu teringat kisah lamanya dan aku nak tahu apa dia yang terjadi dahulu.

"Ha?" Izzu kerut dahi.

"Izzu, saya tahu pasal isteri awak. Saya tahu isteri awak meninggal..."

"Tak! Isteri saya masih hidup lagi," potong Izzu.

Mungkin ke Izzu tak dapat terima hakikat bahawa isteri dia dah meninggal? Mungkin ke Izzu masih menganggap isteri dia hidup?

"Saya tahu awak ada kisah awak yang tersendiri. Izzu, ringankanlah beban awak. Jangan tanggung seorang diri. Masih ada ramai lagi yang ambil berat pasal awak. Jangan..."

"Siapa yang ambil berat pasal saya? Siapa yang peduli pasal saya? Tak ada sesiapa yang nak peduli pasal saya. Semua orang ingat saya pelik. Saya ni gila kerja! Tak ada life. Tak reti bersosial! Dull! Gila!" Potong Izzu.

"Sebab awak yang nak diorang anggap awak macamtu. Awak yang nak diorang berhenti peduli pasal awak. Tapi Izzu, saya takkan berhenti. Saya takkan biarkan awak keseorangan untuk tanggung beban tu," kata aku.

"Eventually you will stop," ujar Izzu.

"No, I won't," ujar aku.

"Believe me, you will," Izzu bangun.

Izzu dah pusing nak melangkah.

"Dulu, saya ada abang yang nak orang lain berhenti peduli pasal hidup dia," ujar aku.

Izzu pusing balik pandang aku. Air mata aku jatuh.

"Dan saya seperti orang-orang lain, berhenti dari peduli pasal dia. Saya, ahli keluarga dia buat dia macam tak wujud. Saya biarkan dia hidup dalam dunia dia. Saya langsung tak tarik dia ke dunia luar. Saya biarkan dia tanggung beban tu seorang diri. Saya..."

Aku tak dapat tahan emosi aku. Aku sebak. Aku mula menangis. Cerita ni aku tak pernah bagitahu sesiapa. Cerita ni aku dan keluarga aku simpan ketat-ketat. Cerita ni adalah sebab utama kenapa aku nak berkawan dengan Izzu. 

"Ima..."

"Dan disebabkan saya yang berhenti dari peduli pasal dia, abang saya tekad bunuh diri. Dia mati sebab tak ada siapa peduli pasal dia. Dia mati pun tak ada sesiapa yang datang sebab semua orang dah berhenti dari pedulikan pasal dia," aku akhirkan cerita aku.

Aku pandang Izzu. Aku nampak riak wajah Izzu seperti bersalah.

"Dan sebab tu lah, saya tak nak perkara yang terjadi dekat abang saya dulu terjadi dekat awak. Saya nak awak tahu, masih ada lagi orang yang peduli pasal awak. Saya nak awak tahu, semuanya belum berakhir lagi. Saya nak awak hidup kembali seperti seorang Izzu," bagitahu aku.

Keadaan sepi untuk beberapa minit. Aku cuba kawal emosi aku. Dan Izzu pula, aku tak tahu apa yang difikirnya. 

"Malam tu, hujan lebat. Isteri saya dah pesan dekat saya jangan bawa kereta laju-laju. Tapi saya? Tak ambil peduli langsung dengan nasihat dia. Saya bawa kereta laju sangat sampai saya tak perasan ada kereta lain yang muncul. Saya tekan brek mengejut. Dan disebabkan dia tak pakai seatbelt, dia tercampak ke luar," Izzu berhenti sekejap.

Aku pandang Izzu. Aku nampak terbitnya air mata di mata Izzu. Aku nampak Izzu cuba tahan tangisnya.

"Saya tak sedar apa-apa disebabkan hentakan yang kuat. Bila saya sedar, saya dekat hospital. Diorang kata isteri saya dah tak ada. Isteri saya yang tengah sarat mengandung tu tak dijumpai. Isteri saya ..."

Aku dengar esak tangisan Izzu. Aku biarkan Izzu menangis. Aku tak nak halang perasaan Izzu tu. Biarkanlah dia lepaskan segalanya harini. Biarkan Izzu lepaskan beban dia.

Lima minit aku dan Izzu diam. Hanya tangisan sahaja yang kedengaran.

"Semuanya salah saya. Kalaulah saya dengar nasihat isteri saya, semua ni takkan terjadi. Saya takkan kehilangan isteri dan anak saya. Saya..."

"Izzu, semua ni bukan salah awak. Awak sendiri tak tahu semua ni akan terjadi. Awak sendiri tak sangka semua ni akan jadi kan? Janganlah salahkan diri awak lagi," pujuk aku.

Izzu diam.

"Izzu, cukuplah selama ni awak dah salahkan diri awak atas perkara ni. Cukuplah awak dah seksa hati awak sendiri. Lepaskanlah semuanya. Redakanlah pemergian isteri awak. Saya yakin isteri awak tak pernah salahkan awak dan saya yakin dia pun tak nak awak seksa hati awak," nasihat aku lagi.

"Saya dah cuba tapi saya tak mampu. Saya tak boleh hidup tanpa..."

"Cuba lagi. Saya janji dengan awak, saya akan ada dengan awak bila awak perlukan saya. Kita sama-sama berusaha untuk redakan semuanya," janji aku.

Izzu pandang aku, "awak janji takkan tinggalkan saya?"

Aku angguk, "saya akan ada dengan awak bila awak perlukan saya. Saya janji Izzu."

Aku janji aku akan buat apa sahaja asalkan Izzu dapat move on dan jadi diri dia yang asal kembali. Aku akan pastikan Izzu takkan fikir dia keseorangan. Aku takkan biarkan depresi menguasai diri Izzu. Aku takkan biarkan.




No comments:

Post a Comment