Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Sunday, October 4, 2015

Aku VS Empat Lelaki (17)

"Eh, kenapa ramai sangat orang dekat rumah saya ni?" Aku kerut dahi.

Izzu berhentikan kereta di hadapan rumah aku. Aku tengok keadaan di rumah aku. Kenapa ni? Takkanlah aku balik lambat sikit pun, diorang dah report polis? Takkanlah kan?

"Awak tak telefon diorang ke?" Soal Izzu.

"Saya tak ingat nombor telefon diorang," jawab aku.

Aku nampak Adib keluar dari rumah aku. Dan aku nampak di belakangnya ada Aldee dan Amar. Kemudian keluar pula mak aku dan adik aku. 

Aku keluar dari kereta. Aku melangkah mendekati diorang.

"Kenapa dahi tu?" Soal ibu.

"Kenapa orang telefon tak jawab?" Soal Adib.

"Puas kitorang cari kau tahu tak?" Marah Amar.

"Kau okay tak? Apa yang jadi?" Soal Aldee.

Izzu melangkah keluar dari kereta. Aku nampak semua mata tertumpu dekat Izzu.

"Izzu?" Aldee kerut dahi.

"Kau kenal dia ke Aldee?" Soal Adib.

"Kau buat apa dengan Ima ha?" Marah Amar.

Aku nampak wajah Izzu dah berubah. Aku tahu Izzu tak suka dijadikan tumpuan. Aku tahu Izzu sedikit tertekan dengan keadaan tu. Jadi, aku berdiri di hadapan Izzu. Menghalang orang lain dari terus pandang dia.

"Ima accident tadi dan Izzu yang tolong Ima. Ha sebelum korang tanya, Ima tak ada apa-apa. Cuma kepala Ima je terhentak dekat stering. Kereta Ima pun okay je dan ada dekat pejabat," cerita aku.

"Betul ni tak ada apa-apa?" Soal ibu.

Aku senyum dekat ibu. "Betul, bu. Ima tak ada apa-apa. Sorrylah tak telefon bagitahu sebab telefon tertinggal dalam kereta dan Ima tak hafal nombor telefon."

Ibu urut dadanya. Kemudian, dia tarik tangan aku jauh sedikit dari Aldee, Amar, Adib dan Izzu. 

"Siapa semua lelaki tu?" Soal ibu.

"Tu kawan-kawan Ima," jawab aku.

"Ye ke kawan? Tak lebih dari tu? Terkejut ibu bila semua muncul kat depan rumah kita," ujar ibu.

Aku pandang ke arah diorang yang tengah berbual sesama sendiri.

"Fuyo, kau ada empat peminat. Ima dan empat peminatnya," ejek Iwan sebelum berlalu masuk ke dalam rumah.

Kurang asam punya adik! Banyaklah kau punya peminat. Sorang je yang minat aku dalam empat orang tu. Haha.

* * *

"Awak baliklah dulu. Terima kasih sebab hantarkan saya pergi hospital dan hantar saya balik," ujar aku.

"Sama-sama dan maaf sebab timbulkan kekecohan," ujar Izzu.

"Kekecohan?" Aku angkat kening.

Izzu pandang Aldee, Adib dan Amar yang berdiri di sebelah sana. Aku gelak.

"Diorang tu memang. Kecoh je lebih," ujar aku.

Izzu senyum. Dia masuk ke dalam kereta. Aku lambaikan tangan dekat dia. Izzu memandu kereta tu pergi dari situ. Aku senyum. Akhirnya, aku berjaya buat Izzu jadi kawan aku. Akhirnya, Izzu bercakap dengan aku. Itu satu pencapaian yang baik!

"Woi! Senyum sorang-sorang nampak," ujar Aldee.

Aku sengih pandang Aldee. 

"Apa yang jadi ni weh? Macammana kau boleh rapat dengan Izzu ni?" Aldee angkat kening.

"Aku dah berjaya buat dia jadi kawan aku," aku sengih.

"Kau jangan cakap kau yang rancang accident ni?" Aldee buat muka terkejut.

"Woi! Kau ingat aku psycho ke apa? Itu semua kebetulan ek. Kebetulan kereta dia ada dekat belakang aku. Aku sedar-sedar je tadi, aku dalam kereta dia," ujar aku.

"Nasib baik dia yang kat belakang kau. Cuba kau bayangkan kau sedar-sedar je dalam kereta orang yang tak dikenali," Aldee gelak.

"Mesti korang tak jumpa aku lagi," aku buat muka sedih.

"Ataupun tambah sorang lagi watak. Ima VS lima lelaki pula," perli Aldee.

Aku gelak. Lima lelaki? Woi jangan macam-macam. Ada empat lelaki dalam hidup aku ni pun, aku dah sesak nafas.

"Macammana korang boleh ada dekat rumah aku ni?" Soal aku.

"Adib telefon aku. Dia tanya aku ada dengan kau ke sebab dia call kau tak dapat. Lepastu aku call boss, aku ingatkan kau dekat hospital. Lepastu, tiba-tiba kitorang semua ada dekat sini," cerita Aldee.

"Takut sangat ke aku kena culik," aku sengih.

"Dah lah, aku nak balik dulu. Dah kembang gila agaknya maggie aku kat rumah tu. Aku ucapkan selamat berjayalah dekat kau sebab nak hadap dua orang tu lagi," Aldee gelak jahat.

Aku tunjuk penumbuk dekat Aldee. Aldee melangkah ke arah keretanya. Aku lambaikan tangan aku dekat Aldee. Aldee memandu pergi dari situ.

Aku melangkah ke arah Amar dan Adib. 

"Awak, kejap ek," ujar aku kepada Adib.

Adib hanya lemparkan senyuman dekat aku. Aku dan Amar melangkah jauh sedikit dari Adib.

"Kau ni buat orang risau je," marah Amar.

"Boss ni janganlah marah," ujar aku.

"Siapa tak marah? Kitorang semua risaukan kau tahu tak? Kitorang ingatkan kau dah kena culik ke apa," marah Amar lagi.

"Tapi saya dah balik kan? Saya selamat je kan?" Aku angkat kening.

"Lain kali, jangan buat orang risau lagi. Bagi heart attack je dekat orang," bebel Amar.

"Boss nak cakap boss risaukan saya lah ni?" Aku sengih.

"Dah lah, aku nak balik. Kau ni bazirkan masa aku je," Amar melangkah ke arah keretanya.

Aku gelak. Ala boss ni, susah sangat lah nak mengaku dia risaukan aku. Macamlah dosa besar kalau kata dia risaukan aku. Boss boss. 

"Ramainya lelaki yang risaukan awak kan?"

Aku pandang ke arah Adib. Aku nampak wajah Adib berubah. Alamak! Aku lupa yang Adib ni kan jenis yang kuat cemburu. 

Aku ingat lagi dulu aku gelak dengan lelaki lain, Adib dah bising marahkan aku. Dia siap ugut aku nak pukul lelaki tu kalau aku gelak lagi dengan lelaki tu. Macamtu punya kuat cemburu si Adib ni.

"Awak..."

"Tak apa. Siapalah saya nak marah awak. Saya kan yang tinggalkan awak dulu. Jadi saya tak berhak kan nak halang awak berkawan dengan diorang," ujar Adib.

"Saya dengan diorang tak ada apa-apa lah. Aldee tu kawan baik saya. Amar tu boss saya. Dan Izzu tu hmm dia tu kawan saya," ujar aku.

Adib diam.

"Awak cemburu ke?" Soal aku.

Adib diam lagi.

"Awak tak nak tanya ke kepala saya okay ke tidak?" Aku ubah topik.

Aku nampak Adib pandang aku. 

"Kepala awak tak apa-apa kan? Dah pegi hospital? Ke nak saya hantar pergi hospital?" Soal Adib.

Aku senyum. Eleh, aku tahu Adib marah-marah dekat aku pun, dia mesti risaukan aku. Semua ni permainan psychology je.

"Saya dah pergi hospital dah," jawab aku.

"Macammana boleh accident?" Soal Adib.

Kalau aku jawab aku accident sebab nak telefon dia balik mesti dia rasa bersalah. Lepastu, asyik-asyik minta maaf. Baik aku tipu dia.

"Salah saya sebab tak fokus memandu. Lepastu tak pakai seatbelt pulak tu," jawab aku.

"Tu lah awak. Lain kali pakai seatbelt. Tengok, apa dah jadi. Awak tahu tak? Saya punyalah risau dekat awak sampai tak tenteram saya dibuatnya," bebel Adib.

Aku gelak. 

"Orang risaukan dia, dia boleh gelakkan kita pula," Adib merajuk.

"Saya tiba-tiba teringat zaman dulu-dulu," ujar aku.

Adib diam.

"Awak suka membebel dekat saya dulu. Saya ingat lagi masa saya balik lambat dulu tu. Awak punya missed call sampai berpuluh-puluh," cerita aku.

Adib tergelak. Aku pun tergelak.

"Awak," panggil aku.

Adib pandang aku.

"Awak jangan risau. Walau beribu lelaki yang datang, saya cuma akan pilih awak," ujar aku.

Adib senyum, "Ima, saya janji saya takkan kecewakan awak."

Aku senyum. Aku pandang ke arah langit. Malam ni banyak sangat bintang. Macam dalam hati aku sekarang ni. Banyak sangat bintang-bintang. 

* * *

Aku turun ke bawah dengan hati yang berat. Malas betul nak pergi kerja harini. Dahlah kena naik teksi. Ye lah, telefon aku ada dalam kereta, kereta aku pula ada dekat pejabat. Aku nak tumpang Aldee pun, aku tak ingat nombor telefon dia. Nak ponteng kerja pula, nanti bila pula aku nak ambil kereta dengan telefon aku tu? Haih. Masalah betul.

"Muka masam je," tegur ibu.

"Malaslah bu nak naik teksi," aku merengek dengan harapan ibu aku nak hantar aku ke pejabat.

"Naik teksi ke?" Soal ibu.

"Habis kereta tak ada," jawab aku.

"Teksi sekarang memang pakai kereta Subaru ke?" Ibu kerut dahi.

"Ha? Kereta Subaru?" Aku melangkah ke arah pintu untuk melihat.

Eh, itu bukan kereta Izzu ke? Apa pula Izzu buat dekat sini? Nak tumpangkan aku pergi kerja ke? Bagusnya. Macam tahu-tahu je aku tak suka naik teksi. Hehe.

* * *

"Terima kasih sebab tumpangkan saya," ucap aku.

Aku pandang Izzu yang tengah memandu tu. Aku rasa wajah Izzu dah tenang sedikit berbanding dahulu. Mungkin sebab Izzu dah lepaskan sedikit beban yang dia tanggung tu kut.

"Lagipun, saya pergi kerja memang lalu dekat sini," ujar Izzu.

"Kalau orang lain nampak saya naik kereta awak ni, mesti diorang terkejut," ujar aku.

"Kenapa pula?" Izzu kerut dahi.

"Tak ada apa-apa," jawab aku laju.

Fuh, nasib baik tak terlepas cakap. Hoi Ima, jagalah sikit mulut tu. 

"Awak dah lama ek kerja dekat syarikat kita ni?" Soal aku, ubah topik.

"Lama juga. Hampir tiga tahun kot," jawab Izzu.

Tiga tahun ye. Agak-agaknya bila Izzu berubah ek? 

"Wow lamanya. Mesti awak dah banyak tahu tentang syarikat ni kan," ujar aku.

Izzu hanya tersenyum sahaja. Aku pandang ke luar tingkap. Patut ke aku tanya dia tentang isteri dia? Patut ke tidak ek? 

"Apa dia?" 

Aku terkejut dan pandang Izzu. Izzu ni boleh baca hati orang ke apa?

"Huh?" Soal aku.

"Awak nak tahu satu rahsia tak?" Soal Izzu.

Aku angguk, "apa dia?"

"Selama saya macamni, saya mula belajar baca air muka orang. Sebab saya tak nak bercakap dengan diorang jadi saya hanya baca perasaan diorang dengan tengok muka diorang," bagitahu Izzu.

Wow! Hebat gila Izzu ni.

"Jadi, spill it out," sambung Izzu.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Okay, tanya je lah Ima. 

"Bila isteri awak mening... Maksud saya hilang?" Soal aku.

Izzu diam. Aku dah rasa serba salah. Tak patut aku tanya soalan tu dekat dia. Ish mulut ni, kenapa sibuk nak tanya pasal orang lain.

"Tahun lepas," jawab Izzu tiba-tiba.

Aku pandang Izzu. Agak terkejut sedikit sebab Izzu jawab lepas beberapa minit keadaan sepi. Oh, tahun lepas. Patutlah.

Keadaan sepi sampailah kitorang tiba di pejabat. Aku tak tahu nak cakap apa lagi. Aku tak nak buat Izzu sedih pagi-pagi ni.

"Ima," panggil Izzu selepas dia tarik handbrake.

Aku pandang Izzu, "hmm."

"Terima kasih sebab tak putus asa dengan saya," ucap Izzu.

Aku senyum. Mana mungkin aku nak putus asa dengan Izzu bila aku sendiri ada kenangan buruk dengan orang yang mengalami kemurungan. Aku takkan sesekali putus asa dan aku akan cuba sedaya upaya aku untuk kembalikan Izzu yang lama.

1 comment:

  1. Agak2 sapa lah yg bkal jd plihan ima yek.. Minat kt bos

    ReplyDelete