Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Thursday, October 22, 2015

Aku VS Empat Lelaki (19)

Aku lemparkan senyuman dekat Izzu. Karipap makcik famous aku letakkan atas meja dia. Izzu pandang aku.

"Makan tau!" Pesan aku.

Aku nampak Izzu anggukkan kepalanya, "terima kasih."

Aku senyum. "Nanti nak lunch sama-sama tak?"

Izzu diam, tidak menjawab.

"Kita pergi dengan Aldee. Mesti awak dah bosan kan asyik makan dekat kafe je? Jom lah," ajak aku lagi.

Izzu masih diam. 

"Jom lah," ajak aku sekali lagi.

"Okay," akhirnya Izzu setuju.

Aku senyum. "Okay, jumpa tengah hari ni."

"Kau nak jumpa siapa tengah hari ni ha?"

Aku terkejut. Aku pandang ke arah suara itu. Amar dengan muka serius dia tengah pandang aku. Tiba-tiba aku teringat perbualan aku dengan Amar semalam dan perbualan antara aku dengan Adib semalam. 

"Hello, are you there?" Amar lambaikan tangannya depan muka aku.

"Apa?" Soal aku sambil melangkah ke arah tempat aku.

Amar mengekori aku. Aku duduk di kerusiku.

"Aku tanya, nak jumpa siapa tengah hari nanti?" Soal Amar.

"Boss tak nampak ke saya tengah cakap dengan Izzu tadi, maknanya saya nak jumpa dengan dia lah," jawab aku.

"Siapa kata kau free lunch ni?" Amar angkat kening.

Aku pandang Amar. Takkanlah dia nak sekat waktu lunch aku. Woi! Ini dah kira memaksa pekerja lebih masa. Aku ada hak atas waktu rehat aku.

"Ikut aku pergi hospital harini," arah Amar.

"Siapa kata saya nak ikut boss?" Aku angkat kening.

"Siapa kata ini satu permintaan?" Amar pula angkat kening.

"Boss tahu tak, saya boleh saman boss tau sebab boss sekat masa rehat saya," ujar aku.

"Samanlah. Berapa sangat lah kau boleh dapat dari saman aku? Untuk pengetahuan kau, aku takkan rugi apa-apa pun kalau kau saman aku. Sebaliknya kau yang rugi," ujar Amar sinis.

"Apa pula? Imej syarikat boss yang akan tercalar. Saya dapat duit," aku tidak mahu mengalah.

"Dan aku keluarkan cerita pasal mama. Orang kita ni baik orangnya. Kalau ada cerita sedih-sedih, mesti diorang lupa cerita lain. Memang kau dapat duit tapi sampai bila duit tu boleh bertahan? Kau takkan dapat kerja lagi sebab isu kau saman syarikat aku. Orang tak nak ambil pekerja yang berani saman syarikat dia," ujar Amar

Aku pandang Amar yang tengah tersengih. Hek eleh! Mentang-mentanglah dia kaya, dia boleh buat apa-apa je. 

"Jadi lunch ni pergi hospital dengan aku. Aku tak nak drive," arah Amar sambil berlalu masuk ke biliknya.

Ish! Boss tetap boss. Akhirnya dia menang juga. Terpaksa lah aku akur dengan permintaan boss aku tu. Macamni lah dunia sekarang. Orang yang ada duit, semua benda dia boleh buat. Undang-undang pun boleh diubah kalau ada duit. Dan boss tergolong dalam orang-orang yang ada duit tu.

* * *

"Cakap tak nak drive tadi?" Perli aku.

"Tiba-tiba aku teringat kau baru lepas accident. Seram pula aku nak naik kalau kau drive," Amar pun perli aku.

Kurang asam punya boss! 

"Aku dah upah orang untuk cari keluarga Amy," beritahu Amar tiba-tiba.

Aku terus pandang Amar. Boss upah orang untuk cari keluarga Amy? Itu satu berita yang baik. Maknanya boss dengar nasihat aku haritu. 

"Amy duduk sini balik ke?" Soal aku.

"Itu pilihan dia. Aku takkan halang kalau dia nak duduk sini dan aku akan lepaskan dia kalau dia nak balik sana," jawab Amar.

Aku angguk. Baguslah tu. Biarlah Amy sendiri yang decide jalan hidup dia. Cukuplah rasanya selama ni boss dan Puan Sri halang dia dari pilih jalan dia  sendiri.

"Kau dengan boyfriend kau macammana?" Soal Amar, ubah topik.

Aku pandang Amar. Aku nampak riak wajah Amar kelihatan seperti dia tak suka dengan Adib. Apa sebenarnya yang terjadi ek antara mereka berdua?

"Boss dengan Adib jiran ek?" Soal aku.

Amar pandang aku sekilas, "siapa bagitahu kau? Mestilah dia kan. Apa lagi yang dia beritahu kau?"

"Dia cerita boss dengan dia dulu bros. Selalu lepak sama-sama," bagitahu aku.

Amar gelak sinis, "bros? Heh."

Aku kerut dahi, "kenapa?"

"Kenapa apa?" Soal Amar.

"Kenapa boss macam tak suka je dengan dia? Kan boss pernah rapat dengan dia. Apa yang jadi?" Soal aku.

"Dia tak ceritakan dekat kau ke apa sebabnya?" Soal Amar, masih dalam nada sinis.

Aku gelengkan kepala aku, "tak."

"Mestilah tak kan. Takkanlah dia nak cerita benda tu dekat awek dia," ujar Amar.

"Ha? Apa maksud boss?" Soal aku.

"Tak ada apa-apa lah," jawab Amar.

Aku pandang boss. Macam ada sesuatu yang sangat besar telah berlaku antara boss dengan Adib. Apa agaknya yang berlaku sampai boss bencikan Adib? Hmm.

* * *

Aku pandang Amy yang tengah duduk di hadapan aku dan Amar. Aku nampak wajah Amy seperti keliru.

"What do you mean?" Soal Amy.

"I know I don't give you a choice before this. I sent you to Manhattan without asking you. But now I realize, I should never done that. I should give you a choice. So Amy, you can choose now wether you want to stay here or go back to Manhattan. I will never push you," ujar Amar.

Amy diam. Dia pandang Puan Sri yang tengah terbaring di atas katil itu. 

"Brother, can I ask you something?" Soal Amy.

"Sure," jawab Amar.

Amy tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan perlahan-lahan. Seperti sedang mencari kekuatan untuk bertanya soalan.

"Why are mummy and you so nice to me? I mean, I am a stranger. You said you found me unconscious on the street. Why do you help me? If other people, they will just call ambulance and left. But why are you taking care of me like you know me so well?" Soal Amy.

Aku nampak wajah Amar berubah. Macam sedih pun ada juga. Amar macam teringat kisah lama dia.

"I used to have a girlfriend," Amar memulakan cerita dia.

Aku dan Amy pandang tepat ke wajah Amar.

"We are so in love. She is my everything. One day, I told mummy that I want to get married with her. But she didn't agree. She said I am too young and will regret it later if I get married," cerita Amar.

Boss pernah bercinta dahulu? Boss? 

"Like everyone at my age will do, I rebelled badly. One day, I ran from home with her. We planned to get married. That night, we involved in accident. And that is the last time I can ever see her.

Aku dapat dengar suara Amar berubah. Seperti Amar sedang menahan tangis. 

"I couldn't do anything to help her. I am a loser. I am a coward. I am a ..."

"No, you don't. Please brother, don't keep saying it's your fault. It is not your fault," ujar Amy.

Aku masih lagi terkejut mendengar cerita Amar. Tak sangka Amar ada pengalaman buruk macamni. Tak sangka Amar yang playboy ni pernah terluka hatinya dengan dalam sekali. 

"No. It is my fault. If I don't ask her to run with me, this will never happen. If I don't black out when the accident happen, she will be alive right now. This is all my fault. She died because..."

Tiba-tiba, aku rasa tangan aku tersentuh pipi Amar. Bukan sentuh manja-manja. Tapi sentuh yang dengan kelajuan 130 km/h. Amar seperti terpinga-pinga selepas mendapat sentuhan aku tu. Amy turut sama terkejut.

"Sorry, saya terpaksa tampar boss sebab emosi boss dah tak stabil," ujar aku.

Aku tak nak boss lebih beremosi dan terus menyalahkan diri. Memanglah boss berhak rasa sedih tapi tak perlu lah sampai asyik menyalahkan diri. 

"I'm sorry brother. I'm sorry because asking you the question and making you remember the bad memory," ujar Amy.

Amar diam.

"For this time being, I will stay here. I want to take care of mummy," ujar Amy.

Amar lemparkan senyuman. "If that you want."

"This is what I want. I don't care who am I before this. The important thing is now I have you and mummy. I will cherish every moment of this," ujar Amy.

Aku nampak Amar senyum. Aku bangun dan keluar dari bilik Puan Sri. Bukan apa, kalau boleh aku tak nak masuk campur dalam urusan keluarga boss. Tapi sebenarnya, aku dah masuk campur pun bila boss mula-mula cerita pasal Amy dekat aku.

2 comments: