Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Wednesday, November 4, 2015

Aku VS Empat Lelaki (20)

First time aku keluar makan dengan Izzu dan Aldee. Mula-mula masa aku ajak Izzu, dia macam ragu-ragu nak pergi ke tidak tapi lepas aku pujuk dia, dia pun setuju.

"Sedap kan makan dekat sini?" Soal aku.

Izzu angguk, "haah."

"Tu lah, kau asyik makan dekat kafe je sampai tak sempat nak explore kedai lain kat sini," ujar Aldee.

Izzu diam. Aku rasa Izzu tak selesa lagi dengan Aldee ni. 

"Nanti ada masa, kita pergi makan dekat satu kedai ni. Sedap gila! Eh kejap, tu kedai pakwe Ima," ujar Aldee.

"Haah. Nanti ada masa, kita pergi sana," ujar aku.

Aku pandang Izzu yang hanya mendiamkan diri tu. Nampak macam Izzu tak selesa. Mungkin tak ngam lagi kot dengan Aldee.

Telefon bimbit aku berbunyi. Nama boss keluar. Aku mengeluh.

"Siapa call tu?" Soal Aldee.

"Siapa lagi kalau bukan boss? Dia ni mengalahkan Adib tau. Overly attached betul dengan aku," aku mengadu.

"Habis tak nak jawab ke?" Soal Aldee.

"Malaslah. Dia mesti nak suruh aku teman dia pergi hospital," jawab aku.

Telefon aku berhenti berbunyi.

"Entah-entah, boss syok kat kau," Aldee angkat kening.

"Banyaklah kau punya syok!" Sangkal aku.

Telefon aku berbunyi lagi. 

"Jawab lah telefon tu. Bisinglah," suruh Aldee.

Aku jawab panggilan itu. 

"Hello boss. Ada apa ni tel..."

"Mama dah sedar," ujar boss.

"Ha? Saya datang sekarang," aku segera matikan talian.

"Apa yang terjadi?" Soal Aldee.

"Puan Sri dah sedar. Aku kena pergi hospital sekarang," ujar aku.

"Kejap, macammana kau nak pergi hospital?" Soal Aldee.

Aku tepuk dahi. Alamak, lupa pula. Tadi kitorang semua naik kereta Aldee sebab nak jimat minyak. Adoi, takkan nak naik teksi kot?

"Izzu, kau hantarkan Ima boleh tak? Aku ada hal kejap lagi, nak kena turun site," ujar Aldee.

Izzu angguk. Aldee serahkan kunci kereta kepada Izzu. Aku pandang Aldee. Senyuman terukir di bibir aku.

"Terima kasih Aldee," ucap aku.

Aldee hanya senyum. Aku dan Izzu melangkah keluar dari restoren itu. Bukanlah hal kecemasan sangat sebenarnya tapi aku rasa aku patut ada di hospital sekarang ni memandangkan boss telefon aku. Aku nak tahu juga macammana keadaan Puan Sri.

* * *

Aku nak melangkah masuk ke dalam bilik Puan Sri tapi terhenti apabila Izzu panggil aku. Aku pusing pandang Izzu.

"Saya duduk luar je lah," ujar Izzu.

Aku angguk. Aku tahu Izzu masih tak bersedia nak jumpa orang lain. 

"Sorry susahkan awak. Saya janji saya sekejap je," ujar aku.

"Tak apa," ujar Izzu.

Aku senyum dan melangkah masuk ke dalam bilik Puan Sri. Aku nampak Amar dan Amy sedang berdiri di sebelah katil Puan Sri. Amar yang nampak kehadiran aku menyuruh aku datang ke arahnya. Aku melangkah ke arahnya.

"Assalamualaikum Puan Sri," ucap aku.

"Waalaikumusalam," balas Puan Sri Ayuni.

"Alhamdulillah Puan Sri dah sedar. Puan Sri okay tak?" Soal aku.

"Okay cuma sengal sengal badan je. Yelah, dah lama sangat terbaring je kat sini," jawab Puan Sri tersekat-sekat.

Aku senyum. Mungkin Puan Sri perlukan rehat yang secukupnya. Yelah, baru tersedar dari koma kut. 

"Puan Sri rehatlah dulu. Saya nak kena balik pejabat dulu. InsyaAllah esok saya datang lagi. Puan Sri ada teringin nak makan apa-apa tak? Nanti saya boleh tolong belikan," pelawa aku.

Puan Sri Ayuni gelengkan kepalanya. Aku senyum. Aku melangkah menjauhi katil Puan Sri. Amar ikut aku.

"Bila Puan Sri boleh keluar?" Soal aku.

"Entahlah. Kata doktor, keadaan mama dah stabil. Mungkin dua tiga hari lagi kot," jawab Amar.

Aku angguk, "eh, saya balik pejabat dulu."

"Cepatnya balik," ujar Amar.

"Kesian kat Izzu nanti kena tunggu lama-lama. Lagipun banyak kerja la boss. Ni mesti boss tak masuk pejabat ni kan?" Aku angkat kening.

Amar angguk, "apa kena mengena dengan Izzu?"

"Saya datang ni dengan dia lah boss. Dah lah boss, saya balik dulu. As..."

Tak sempat aku nak habiskan kata-kata aku, aku dengar jeritan dari luar wad. Aku pandang Amar. Amar pun pandang aku. 

"Suara Amy kan tu?" Soal aku.

Amar bergegas keluar dari wad itu. Aku ikut langkah Amar. Terkejut aku bila nampak Amy tengah terduduk sambil pegang kepalanya dan Izzu sedang duduk bersama dengan wajah cemas.

"Amy!" Amar sedikit menjerit.

"Izzu, kenapa ni?" Soal aku.

Izzu pandang aku. Amar mendekati Amy. Badan Izzu ditolak sedikit untuk mendapatkan ruang. 

"Amy, what's wrong?" Soal Amar.

"My head... It hurts... So much," ujar Amy tersekat-sekat.

"No! Dia bukan Amy. Dia Aireen. Aireen dah lupakan abang ke? Kenapa ni Aireen?" Izzu pegang tangan Amy.

"Ha?" Amar sedikit tercengang.

"Aireen, abang minta maaf. Abang..."

"Make him stop. Please," Amy merayu sambil tangannya memegang kepalanya.

"Aireen, abang sayangkan Aireen sangat-sangat. Kenapa tinggalkan abang?" Soal Izzu.

Dan Amy tak sedarkan diri. Amar segera angkat Amy dan bawa dia ke doktor. Izzu turut mengekori langkah Amar. Aku hanya memandang sahaja langkah dua orang itu. Apa sebenarnya yang terjadi? Mungkinkah Amy itu merupakan isteri yang ditunggu-tunggu Izzu?

* * *

"Amy okay tak?" Soal aku.

Amar mendekati aku dan duduk di sebelah aku. Dia pandang ke arah Izzu yang sedang berdiri di sebelah katil Amy.

"Doktor kata mungkin kepala dia sakit sebab memori-memori lama nak datang balik. Tapi dia tak sedarkan diri lagi," ujar Amar.

Aku angguk. 

"Siapa dia tu? Dan apa kaitan dia dengan Amy?" Soal Amar.

"Seriously boss? Pekerja boss pun boss tak kenal?" aku buat muka tak percaya.

"Macam aku ada masa nak kenal semua orang," jawab Amar endah tak endah.

"Saya rasa Amy tu isteri dia. Isteri dia yang hanya dia seorang je percaya masih hidup," jawab aku.

Aku pandang Izzu. Wajah Izzu nampak berserabut sangat. Tapi dalam keserabutan itu, aku nampak kegembiraan dalam wajah Izzu. Siapa tak gembira bila orang yang ditunggu-tunggu muncul? Walaupun orang tu tak ingatkan dia.

"Isteri?" Soal Amar.

"Izzu pernah terlibat dalam kemalangan dengan isteri dia. Lepas kemalangan tu, tak ada sesiapa yang jumpa isteri dia. Jadi semua orang assume isteri dia dah mati," cerita aku.

"Kecuali Izzu?" Amar angkat kening.

Aku angguk sambil tersenyum sedikit, "hanya dia je yang percaya isteri dia masih hidup. Dan terbukti isteri dia masih hidup. Betapa hebatnya kuasa Allah untuk menemukan mereka berdua kembali."

Amar diam. Aku turut diam sambil mata aku melekat pandang ke arah Izzu. Izzu, seorang suami yang begitu setia dengan isterinya walaupun isterinya hilang tanpa khabar berita. Mana nak cari lelaki macamni? Tolong bagitahu aku sebab aku pun nak lelaki macamni. 

No comments:

Post a Comment