Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Wednesday, November 4, 2015

Aku VS Empat Lelaki (21)

Aku pandang Izzu. Izzu berkeras mahu tinggal di hospital untuk menunggu Amy/Aireen sedarkan diri. Aku tak boleh nak cakap apa sebab itu kan isteri dia cuma aku risau Izzu akan terus mendesak Aireen. Jadi, aku harus ceritakan pasal Amy kepadanya.

"Nama dia Amy," ujar aku tiba-tiba.

Izzu pandang aku sambil angkat kening.

"Puan Sri jumpa dia dekat tepi jalan. Boss dan Puan Sri yang jaga Amy. Diorang cuba nak pulihkan ingatan Amy tapi tak berjaya. Amy langsung tak ingat apa-apa. Jadi Izzu, Aireen mungkin tak kenal awak. Dan awak tak boleh paksa dia ingat awak. Berikan dia masa. Jangan desak dia sampai dia sakit kepala lagi," kata aku.

"Saya tahu. Salah saya tadi sebab paksa dia ingat saya. Saya dah kehilangan dia dulu dan saya tak nak kehilangan dia lagi," ujar Izzu. 

Aku senyum. How lucky she must be to have husband like him?

"Oh, dan dia tak reti cakap Bahasa Melayu," aku sampaikan informasi itu.

Izzu kerut dahi, "ha?"

"Boss kata Amy selalu mimpi dan jerit Manhattan dalam tidur. Jadi, boss ambil keputusan untuk hantar Amy ke sana untuk dapatkan memori dia balik. Selama ni, Amy duduk dekat Manhattan. Itu yang awak tak pernah nampak dia," cerita aku.

"Manhattan?" Soal Izzu.

Aku angguk, "kenapa? Ada apa sebenarnya di sebalik Manhattan yang disebut-sebut Amy, er maksud saya Aireen?"

"Tempat pertama kami berjumpa," jawab Izzu sambil tersenyum.

Aku pandang Izzu. Maknanya selama ni, memang Amy ada ingatan terhadap Izzu walaupun mungkin sangat kabur. Kalau tidak, masakan Amy boleh ingat tentang Manhattan. Mungkin sebenarnya jauh di dalam sudut hati Amy, Amy tahu ada peristiwa manis yang pernah berlaku di Manhattan dahulu. Sebab tu, otaknya mampu untuk ingat tempat tu. 

* * *

Aku melangkah masuk ke dalam pejabat. Banyak mata yang memandang ke arah aku. Aku tahu diorang semua mesti menyampah dengan aku. Pada pandangan diorang, mesti diorang fikir aku ni kaki ampu boss. Yelah, asyik melekat je dengan boss. Padahal sebenarnya, boss yang asyik melekat dengan aku.

Aku duduk di tempat aku tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang aku. Malaslah aku nak layan. Kerja aku ni bertimbun lagi nak kena siapkan.

"Mana Izzu?" Soal Aldee yang muncul entah dari mana.

Aku pandang Aldee, "dekat hospital."

Aldee kerut dahi, "ha? Apa dia buat dekat hospital?" 

Aku mengeluh, "panjang ceritanya."

"Jadi pendekkan lah?" Aldee sengih. 

Aku pandang Aldee. Aldee sengih lagi. Okay, ini memang pandangan Aldee yang bermaksud 'aku tak kira, aku nak dengar juga cerita tu'.

"Izzu..."

"Nah," Aldee letak satu botol kecil minuman berkhasiat untuk memberi tenaga.

"Ha?" Aku blur.

Aldee senyum, "aku ada banyak kerja ni. Simpan lah dulu cerita kau tu."

Aldee melangkah pergi dari tempat aku. Aku pandang minuman berkhasiat itu. Senyuman terukir di bibir aku. Kan aku dah kata, Aldee is the best man ever! Nasiblah Aldee ni cintakan orang lain, kalau tidak mesti aku dah terjatuh hati dekat dia. Hehe. 

* * *

"Muka awak nampak macam penat sangat. Banyak kerja ke?" Soal Adib.

Aku pandang Adib, "nampak sangat ke?"

Adib anggukkan kepalanya.

"Tak lama lagi kuranglah kerja saya kut. Puan Sri dah sedar. Mesti boss selalu masuk pejabat," ujar aku.

"Puan Sri dah sedar?" Soal Adib.

Aku anggukkan kepala aku, "haah."

"Alhamdulillah," ujar Adib.

Aku pandang wajah Adib. Riak wajah Adib kelihatan seperti dia gembira sangat. Macam Adib dan Puan Sri ni rapat. Tapi aku rasa, memang diorang rapat. Ye lah, jiran kan. Kawan baik Amar pulak tu dulu. Mesti rapai dengan Puan Sri.

"Kalau saya tanya awak satu soalan, awak janji awak akan jawab tak?" Soal aku.

Adib pandang aku sambil kerut dahi, "bunyi macam serius je."

"Ala, janji ke tidak ni?" Soal aku.

Adib senyum, "saya rasa saya tahu apa awak nak soal saya."

Aku kerut dahi, "apa dia?"

"Awak nak tanya kenapa saya dengan Amar dah tak rapat kan?" Soal Adib.

Aku anggukkan kepala, "ye lah. Dari cara awak bercakap, macam awak rapat sangat sangat dengan dia dulu. Jadi kenapa sekarang awak dengan dia dah tak rapat? How can from bros turns into nothing?"

Adib senyum. 

"Ima, sometimes there are things better to be untold. Macam hal ni. Cukuplah awak tahu semuanya berpunca dari saya. I am the one who ruin things between me and him," ujar Adib.

Adib bangun dan melangkah ke arah dapur kedainya. Aku tahu Adib sorokkan sesuatu dari aku. Dan aku tahu punca pergaduhan Adib dan Amar tu bukan sebarang punca. Mesti ada tragedi besar di sebalik itu. Tapi apa dia?

* * *

Aku hirup minuman aku yang masih tinggal separuh. Terasa kesejukan air tu mengalir dalam tekak aku.

"Bro, aku rasa aku dah jarang nampak kau makan sini. Apa cerita?" Soal Adib.

"Aku busy la lately ni. Banyak kerja dekat pejabat," jawab Aldee.

"Kau jangan curang dengan kedai aku. Kesian kedai aku karang," Adib gelak.

Aldee turut tergelak, "tak berani der aku nak curang dengan kedai kau. Best restaurant in town kut."

"Eh, aku ada hal sedikit kat dapur. Ima, saya pergi kejap ek. Nanti nak balik, panggil tau," Adib bangun dan melangkah ke arah dapur.

Aku hanya memerhatikan sahaja langkah Adib yang semakin menjauh tu. Agaknya apa lah yang berlaku antara Adib dan Amar dulu ek? Ish, aku punya curiousity ni tinggi la. Selagi tak dapat jawapan, selagi tu lah aku tertanya-tanya. Tak boleh jadi ni, aku kena siasat ni.

"Wei, tahulah boyfriend tapi tak perlu lah nak tenung lama-lama macamtu," perli Aldee.

Aku pandang Aldee, "bukanlah."

"Bukanlah apa?" Aldee angkat kening.

"Aku pernah cerita ke dekat kau pasal boss dengan Adib?" Soal aku.

"Ha..."

"Ah, kalau dah pun aku nak cerita lagi sekali. Kau tahu tak, boss dengan Adib dulu kawan baik? Kawan baik yang sangat-sangat rapat. Tapi aku tak tahu kenapa, sekarang ni diorang macam stranger. Boss pun bukan nak mengaku dia kenal Adib padahal dulu dia pernah jumpa kot dengan Adib. Dia saje je buat-buat tak kenal Adib. Kau rasa kenapa? Kenapa dua orang yang berkawan rapat ibarat isi dengan kuku boleh saling tak bertegur?" Aku akhirkan cerita aku dengan soalan.

"Mungkin diorang pernah jatuh cinta dengan wanita yang sama dulu. Lepastu bergaduh sebab rebutkan perempuan tu?" Aldee bagi pandangan dia.

"Tak mungkin," jawab aku laju.

Aldee kerut dahi, "kenapa pula tak mungkin?"

"Adalah sebabnya yang membuatkan pandangan kau tadi tu tak logik," ujar aku.

Yelah, takkan Adib dan Amar rebutkan wanita yang Amar pernah cerita dekat aku tu. Tak mungkin. Lagipun Adib cakap, aku cinta pertama dia. 

Aldee diam. Aku nampak riak wajah Aldee berubah sedikit bila aku dengan yakin membangkang pandangan dia.

"But whatever the reason is, aku rasa mesti punca dia besar. Kalau tidak, takkanlah sampai jadi macamni," ujar aku.

Aldee masih diam. Aku hirup minuman aku sehingga habis. 

"Eh, aku lupa nak bagitahu kau. Aku dah dapat tahu siapa Amy," ujar aku.

Aldee pandang aku. "Siapa?"

"Dialah isteri Izzu yang hilang tu," jawab aku.

"Ha? Jadi Izzu ni adik ipar boss?" Soal Aldee.

"Taklah. Kau lupa ke aku pernah bagitahu kau dulu yang Amy tu bukan adik kandung boss. Dia tu adik angkat boss je," jawab aku.

"Oh. Ha'ah. Lupa pula. Jadi macammana Izzu boleh jumpa dia?" Soal Aldee.

"Kan semalam dia teman aku pergi hospital. Dia terserempak dengan Amy masa tu. Amy kan hilang ingatan jadi dia tak ingat siapa Izzu. Hanya Izzu je yang ingat Amy," jawab aku.

Aldee pegang kepalanya, "kenapa complicated sangat cerita ni? Aku dah pening."

Aku sengih, "kan? Tapi aku rasa cerita ni akan jadi lebih complicated lepasni so bersedialah mental dan fizikal kau, Aldee."

"What? Aku tak ada kaitan pun dalam cerita ni. Aku jadi tukang dengar je. Kau lah yang terlibat dalam cerita ni," Ujar Aldee.

Aku sengih. Ha'ah, secara tidak langsung aku dah pun terlibat dalam masalah ni. Jadi aku rasa tak salah kan kalau aku siasat pasal Amar dan Adib. I need to know the reason. Kalau tidak, aku akan terus tertanya-tanya. 

* * *

Aku melangkah masuk dalam wad yang menempatkan Puan Sri Ayuni. Kelihatan Puan Sri sedang berbual-bual dengan Amy. Izzu dan Amar tidak kelihatan di situ. Aku mendekati mereka.

"Rancak berbual," tegur aku.

Puan Sri dan Amy senyum melihat aku.

"So Puan Sri macammana? Feeling better?" Soal aku.

"Alhamdulillah. Dah cukup sihat dah ni. Dah boleh balik harini," jawab Puan Sri Ayuni.

"Ye ke? Alhamdulillah. How about you, Amy? Feeling much much better now?" Soal aku.

"Alhamdulillah, Ima," jawab Amy.

"So are you going back to Manhattan or are you going to stay here?" soal aku.

"Tinggal sini," jawab Amy.

Aku terkejut. Amy cakap Bahasa Melayu?  Maknanya Amy dah ingat semuanya ke? Amy dah ingat ke yang dia Aireen, isteri kepada Izzu?

"Tutuplah mulut tu, kot ye pun terkejut."

Aku tutup mulut aku. Ish boss ni. Dari mana entah dia datang, terus nak perli aku. 

"Mama bersiaplah ya. Kejap lagi kita balik. Tunggu doktor check mama dulu," ujar Amar.

"Nak check apanya lagi? Kan mama sihat ni," rungut Puan Sri Ayuni.

"Mestilah nak check. Mana boleh dia lepaskan patient dia macamtu je. Lagi-lagi patient yang boleh bagi dia," Amar tunjukkan isyarat duit dengan tangannya.

Puan Sri Ayuni hanya tergelak sahaja. Amar tersenyum.

"Boss," panggil aku.

Amar pandang aku sambil angkat kening.

"Keluar kejap," ajak aku.

Aku melangkah keluar dari wad itu. Amar mengikut aku. 

"Apa dia?" Soal Amar.

"Macammana Amy boleh cakap Bahasa Melayu?" Soal aku.

"Lepas dia sedar dari pengsan haritu, tiba-tiba je dia reti cakap Bahasa Melayu. Doktor kata mungkin otak dia dah ingat sedikit," jawab Amar.

"Izzu?" Soal aku lagi.

"Pasal Izzu tu dia tak ingat lagi. Dan aku pun tengok Izzu tak paksa dia untuk ingat pasal dia," jawab Amar.

Aku mengeluh, "mesti hati Izzu terluka kan."

"Kenapa pula?" Amar kerut dahi.

"Ye lah. Selama ni, dia cari isteri dia. Bila dah jumpa, isteri dia pula tak ingat apa-apa pasal dia," terang aku.

Amar hanya mendiamkan diri sahaja. 

"Saya harap lah Amy cepat-cepat dapat memori dia balik dan ingat siapa Izzu," ujar aku lagi.

Cinta Izzu kepada isterinya membuatkan aku percaya tentang kewujudan cinta sejati sesama manusia. Membuatkan hati aku rasa gembira. Mungkinkah cinta Adib kepada aku sekuat cinta Izzu kepada isterinya? 

"Ima," panggil Amar.

Aku pandang Amar. Amar buka mulut macam nak cakap sesuatu tapi kemudian tutup balik mulut dia.

"Ada apa boss?" Soal aku.

"Tak ada apa-apa lah," jawab Amar.

Aku kerut dahi. Boss ni dah kenapa panggil aku tapi tak ada apa-apa nak tanya. Pelik betullah perangai boss aku ni. Amar melangkah masuk ke dalam bilik wad Puan Sri meninggalkan aku yang masih hairan dengan perangai boss. Agak-agaknya boss nak tanya soalan apa ek tadi? 


No comments:

Post a Comment