Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Monday, November 9, 2015

Aku VS Empat Lelaki (23)

"Kenapa? Apa yang terjadi? Kenapa kau menangis?" Soal Aldee sambil memandu.

"Mak Adib..."

"Oh no! Dia ada ke tadi? Tak patut aku pergi tandas tinggalkan kau macamtu je tadi. Aku minta maaf," ujar Aldee.

"No, it's not your fault. Adib yang tak back-up aku depan mak dia tapi aku tak boleh salahkan dia sebab itu mak dia. Tapi aku tak tahu kenapa aku sedih sedangkan aku dah tahu mak dia tak suka aku. I'm such a loser," air mata aku kembali mengalir.

"No. You are not. Adib, he should stand for you. Ya, itu mak dia tapi kau perempuan yang dia cinta. At least, dia patut bersuara untuk kau," ujar Aldee.

"Aku tak tahu, Aldee. Aku tak nak jadi penyebab Adib jadi anak derhaka. Aku tak nak," ujar aku.

"Then, break up with him," suruh Aldee.

Aku terkejut dengan kenyataan Aldee tu. Kenapa Aldee nak suruh aku break dengan Adib? 

"Love is suppose to make you happy. Kalau kau tak happy dengan relationship kau ni, ini bukan cinta. Ya, aku tahu cinta memang ada turun naik. Ada gembira dan ada sedih. Tapi untuk cinta, walau sesedih mana pun kau atau terluka mana pun kau, jauh dalam hati kau masih ada perasaan gembira. Masih ada perasaan yakin dengan hubungan kau.Try to be realistic. Sampai bila kau nak teruskan hubungan kau dengan Adib kalau Adib sendiri tak berusaha untuk pujuk hati mak dia?" Soal Aldee.

Aku diam. Betul juga apa yang Aldee katakan tu. Tapi aku cintakan Adib. Aku cintakan dia sangat sampai aku rasa hati aku nak meletup sekarang.

"Aku kawan baik kau. Aku tak nak kau menderita di kemudian hari. Aku tak nak kau terluka dengan lebih teruk. So before this matter become complicated, you should stop," nasihat Aldee lagi.

Apa yang Aldee cakap itu semuanya betul. Apa guna cinta tanpa restu ibu bapa? Melihat reaksi Adib tadi, aku tahu yang Adib tak pernah beritahu pasal aku dekat mak dia. Adib langsung tak ambil apa-apa effort untuk pujuk hati mak dia. Jadi siapa aku dalam hati Adib?

* * *

Aldee berhentikan keretanya di hadapan rumah aku. Aku pandang Aldee.

"Aldee, terima kasih. Kau lah kawan baik aku dunia akhirat," ujar aku.

"Apa gunanya aku kan?" Aldee kenyit mata dekat aku.

"You know what, Aldee? Kalau bukan sebab hati kau dah suka dekat orang lain, dah lama aku mengorat kau. Tak ada lah hati aku sakit macamni," ujar aku.

Aldee sengih. Aku buka pintu dan keluar dari kereta Aldee. Aku lambaikan tangan dekat Aldee. Aldee buka tingkap.

"Jalanlah dulu. Aku nak ambil udara kejap," ujar aku.

Aldee anggukkan kepala, "okay. See you later!"

Aldee memandu pergi dari situ. Aku hanya memandang sahaja kereta Aldee yang semakin menghilang. Apa yang aku cakap dekat Aldee tu betul sebenarnya. Kalaulah bukan sebab Aldee dah suka orang lain, mungkin aku akan mengorat Aldee. What? Aldee is a husband material.

"Ima."

Aku terkejut mendengar suara tu. Aku pandang belakang. Adib? Apa yang dia buat dekat sini?

"Saya minta maaf sangat-sangat dekat awak," ujar Adib.

"Saya tak rasa saya nak cakap pasal hal ni sekarang," ujar aku.

"Ima..."

"Please Adib. Can we talk about this later?" Aku sedikit merayu.

Adib diam. Aku melangkah masuk ke dalam rumah tanpa menoleh sedikit pun ke arah Adib. Aku tahu Adib terluka dengan tindakan aku tapi aku pun terluka juga. Takkan asyik aku je yang nak jaga hati orang sedangkan hati aku tengah terluka sangat ni?

* * *

Aku ambil cuti harini. Aku tak rasa aku larat nak menghadap boss lepas apa yang boss beritahu dekat aku. Macammana aku nak berhadapan dengan boss lagi? 

Telefon bimbit aku berbunyi. Daripada Amar. Aku biarkan sahaja tanpa menjawab panggilan tu. Biarlah. Aku malas nak jawab. Selepas deringan tu tamat, aku matikan telefon bimbit aku.

Biarlah harini aku tenggelam dalam dunia aku. Biarlah harini aku fikir masak-masak tentang apa yang harus aku lakukan esok.

* * *

Aku melangkah masuk ke dalam pejabat. Takkanlah aku nak lari dari masalah ni lama-lama kan? Someday aku kena juga hadap masalah ni so here I am.

"Ima, boss suruh masuk dalam bilik dia," ujar Aldee.

"Aku lambat sangat ke?" Soal aku.

Aldee angkat bahu. Aku melangkah masuk ke dalam bilik Amar selepas aku letakkan beg tangan aku di atas meja aku.

"Boss, sebelum boss cakap apa-apa, saya minta maaf sebab tak datang semalam tanpa notis dan lambat masuk pejabat harini," ujar aku cuba berlagak biasa.

Amar pandang aku. Aku nampak raut wajahnya seperti orang yang kerisauan. 

"Kau pergi mana semalam? Kenapa aku telefon tak jawab? Kenapa buat aku risau?" Soal Amar bertalu-talu.

"Saya... er... Saya..."

"Kau apa?" Soal Amar.

"Saya tak sihat semalam. Boss, banyak kerja ke semalam?" Aku cuba ubah topik.

"Kau sakit apa?" Soal Amar.

"Saya tak sedap badan je," jawab aku.

"Kau menangis lagi ek pasal lelaki tak guna tu?" Soal Amar.

"Boss, that is harsh," tegur aku.

"Aku tak nak tengok lagi kau menangis sebab lelaki tu. Kalau tak..."

"Kalau tak, apa boss? Nak potong gaji saya?" Aku tanya.

"Aku hantar rombongan meminang kau," jawab Amar selamba.

Aku diam. Hek eleh boss ni, nak bergurau-gurau pula. Tahulah dah confess dekat aku tapi perlu ke straight forward macamni? Buat aku janggal je.

"Dah, pergi sambung buat kerja," arah Amar.

Aku angguk. Baru sahaja sampai di muka pintu, Amar panggil aku. Aku pusing pandang dia.

"Lunch ni ikut aku," arah Amar.

"Pergi mana? Saya ada hal," ujar aku.

"Ini satu arahan," ujar Amar.

"Tapi..."

"Atau nak aku potong gaji kau?" Soal Amar.

"Ye lah boss," jawab aku perlahan.

Amar senyum tanda kemenangan. Aku melangkah keluar dari bilik Amar. Baru ingat lunch ni nak pergi selesaikan masalah aku dengan Adib tapi nampak gayanya tak dapat lah. Boss ni suka menyusahkan aku lah.

* * *

"Kita nak pergi mana ni?" Soal aku apabila aku melihat jalan yang Amar lalu ni tak familiar.

"Wait and see. There is something that I need to tell you about Adib," ujar Amar.

Aku kerut dahi, "Adib?"

Amar angguk, "kau mesti tertanya-tanya apa punca aku gaduh dengan Adib kan? Jadi harini aku akan bagitahu jawapan tu tapi sebelum tu, aku nak bawak kau dekat satu tempat dulu."

Aku diam. Kenapa pula Amar ni tiba-tiba nak bagitahu sebab dia bergaduh dengan Adib? Dan ke mana Amar nak bawa aku ni?

Amar berhentikan keretanya di tepi jalan. Aku pandang sekeliling. Kubur? Aku semakin tak faham dengan situasi ni.

Amar keluar dari kereta. Aku turut keluar dari kereta. Aku ikut langkah Amar sehingga sampai di satu pusara yang bernama 'Kamilah'. Amar berhenti melangkah. Dia duduk di situ.

"Kau boleh baca Yassin?" Soal Amar.

Aku angguk. Amar serahkan satu surah Yassin dekat aku. Kami berdua duduk dan mula membaca Yassin untuk arwah Kamilah. Usai membaca Yassin, aku dan Amar melangkah ke arah kereta. Amar hidupkan enjin.

"Nama dia Kamilah. Perempuan yang aku cintakan sepenuh hati aku. Bagi aku, dia lah wanita pilihan aku. Aku sayangkan dia dan dia pun sayangkan aku. Aku ambil keputusan untuk kahwin dengan dia tapi mak aku tak kasi. Mak aku suruh aku belajar dekat luar negara. Aku tak nak. Apa yang aku nak waktu tu hanyalah untuk berkahwin dengan Kamilah. Aku pun ajak Kamilah kahwin lari. Pada mulanya, dia tak setuju. Katanya, tak baik derhaka dengan mak. Tapi lepas aku pujuk-pujuk dia, dia pun setuju. Tapi malang tak berbau, kereta yang kitorang naik tu terbabas dan Kamilah pergi tinggalkan aku," cerita Amar.

Jadi apa kaitannya dengan Adib? 

"Adib ialah lelaki yang pandu kereta tu masa tu," ujar Amar seolah-olah tahu persoalan yang bermain di minda aku.

Aku terkejut. Adib yang bawa kereta tu? Jadi selama ni Amar salahkan Adib atas kematian Kamilah? 

"Tapi Adib bukan sengaja kan?" Soal aku.

Please, jangan cakap Adib sengaja je accident. Please.

Amar gelengkan kepalanya. Wait, what? Adib sengaja. Adib sengaja biar Amar accident? Tapi kenapa? Tak, Adib tak sekejam tu. Takkanlah.

"The only person yang aku bagitahu tentang plan aku nak larikan diri dengan Kamilah hanyalah Adib. Aku percayakan dia sebab dia bro aku walaupun aku tahu dia cintakan Kamilah juga. Aku tahu dia pernah cuba nak mengorat Kamilah kat belakang aku. Aku tahu dia pernah burukkan aku dekat Kamilah. Bila aku tanya dia, dia mengaku dan minta maaf. Aku percayakan dia sebab dia minta maaf. Tapi aku langsung tak sangka dia akan bagitahu mak aku. Mak aku yang suruh halang semua ni. Jadi, Adib buat-buat kemalangan. Tapi kemalangan tu dah meragut nyawa orang yang aku cinta," cerita Amar lagi.

Aku masih tak dapat terima hakikat lagi. Adib. How could he? 

"Jadi Ima, aku kenal siapa Adib yang sebenar-benarnya. Aku tahu Adib bahagiakan kau tapi Adib juga akan buat kau menderita dengan teruk. Adib, dia macam gula. Manis tapi memudaratkan," ujar Amar.

"Boss, hantar saya balik pejabat sekarang," arah aku.

"Ima..."

"Boss, just please," aku sedikit merayu.

Amar pandang aku tiga saat kemudian mula memandu. Aku dah tak boleh nak fikir apa-apa lagi. Apa selama ni aku dibodohkan dengan Adib? Jadi selama ni apa yang aku nampak pada Adib hanyalah palsu sahaja? Habistu sebenarnya cinta Adib pada aku ni ikhlas atau tak? Dan siapa sebenarnya Adib?

* * *

Amar behentikan enjin keretanya. Aku terus keluar dari kereta Amar. Aku berlari ke arah kereta aku.

"Ima! Kau nak pergi mana?" Soal Amar.

Aku tak menjawab soalan Amar. Aku buka pintu kereta aku. Aku hidupkan enjin dan mula memandu pergi dari situ. By hook or by crook, aku nak jawapan dari Adib sekarang!


4 comments:

  1. Oh please cik bulan.. awak lah bulan dipagari bintang klu update kan cite ni dgn laju..hahahaha.. tak sabaq aih cheq nak tau si Ima ni dgn sape. . Aldee pun ok jugak kan.. hihihi

    ReplyDelete
  2. betul...betul...betul...ngan Aldee pun ok gak...

    ReplyDelete