Nota Kaki (3/11/16)

Salam.

Setelah sekian lama, akhirnya cerita baru untuk kalian! Oh ya, dalam cerita ni aku ada guna dua watak dari cerita sebelum ni. Yang pertama dari cerita Aku VS Empat lelaki dan satu lagi dari cerpen Terakhir.

Apa-apa pun, enjoy semua!

TERBARU!
Enam (3)


Wednesday, November 11, 2015

Aku VS Empat Lelaki (24)

Aku melangkah masuk dalam kafe Adib. Aku duduk tempat biasa yang aku duduk. Adib datang ke arah aku bersama segelas minuman. 

"Kenapa tak bagitahu nak datang?" Adib letakkan minuman di atas meja aku dan duduk di hadapan aku.

Aku pandang ke dalam mata Adib. Aku lihat Adib seperti tidak tahu apa-apa. Seperti orang yang innocent. Takkanlah Adib sanggup buat macamtu kan? Tak kan?

"Kenapa ni?" soal Adib bila dia lihat aku tak bersuara.

"Betul ke?" soal aku tanpa menjawab soalan Adib.

Adib kerutkan dahi, "betul apa?"

"Betul ke apa yang saya dengar dari Amar?" Soal aku.

Aku nampak wajah Adib berubah. Adib, please say no. Tolong nafikan semua ni. Tolong.

"Ima..."

Aku gelengkan kepala aku. Tak. Aku tak percaya. Takkan Adib sanggup lakukan itu semua? 

"Kenapa? Kenapa awak buat Amar macamtu? You kill her. And you kill his happiness too. How could you?" Soal aku.

Air mata aku dah mengalir laju. Aku masih tak boleh terima kenyataan ni. Adib masih membisu.

"Kenapa awak tak beritahu saya awal-awal semua ni? Kenapa saya kena dengar dari mulut Amar sendiri? Kalau awak bagitahu saya awal-awal dan minta saya untuk faham awak, saya akan faham awak. Tapi sekarang ni, saya sendiri tak tahu apa yang saya patut saya percaya," ujar aku.

Adib diam.

Aku pandang ke dalam mata Adib, "betul ke selama ni awak cintakan saya?"

Adib kelihatan terkejut mendengar soalan aku tu. 

"Saya tak pernah tipu bila saya kata saya cintakan awak. Saya cintakan awak sejak pertama kali saya nampak awak. Ima, trust me. Saya cintakan awak," ujar Adib.

Aku pandang Adib. Entah kenapa, hati aku seperti tidak mampu untuk percaya kata-kata Adib itu lagi. Rasa macam kepercayaan yang aku bina untuk dia selama ni dah hancur berkecai.

Aku gelengkan kepala aku, "Saya tak rasa saya mampu percayakan awak lagi."

Adib pandang aku. Wajah dia jelas menunjukkan dia terkejut dengan kata-kata aku. Aku bangun. Tanpa sepatah kata lagi, aku terus keluar dari restoren Adib dan masuk ke dalam kereta aku. The saddest part is Adib langsung tak kejar aku atau hentikan aku. Macam Adib merelakan aku pergi. 

* * * 

Aku menangis semahu-mahunya. Entahlah, air mata aku tak nak berhenti mengalir walaupun puas aku suruh berhenti. Kenapa? Kenapa hubungan cinta aku dan Adib harus jadi macamni? Orang yang aku sangka aku kenal rupanya adalah orang yang aku langsung tak kenal. 

Telefon bimbit aku berbunyi banyak kali. Aku hanya buat tak tahu sampailah telefon aku mati kerana kehabisan bateri. Aku tak ada tenaga nak bercakap harini. Aku cuma nak menangis puas-puas harini. 

* * *

Aku melangkah masuk ke dalam pejabat. Aku tahu banyak mata yang memerhatikan wajah aku yang sembab dan mata aku yang bengkak tapi aku cuma buat tak tahu. 

"Ima..."

Aku nampak Aldee terkejut melihat mata aku. Dia angkat kening dekat aku untuk tanya kenapa dengan mata aku. Aku hanya menggelengkan kepala aku.

"Kan aku dah kata, jangan layan drama sampai ke pagi. Ni mesti tak tidur seharian ni kan," ujar Aldee kuat.

Aku tahu Aldee sengaja cakap begitu kuat-kuat supaya orang lain dengar. Aku lemparkan senyuman tawar dekat Aldee.

"Jangan tertidur pula buat kerja tu," pesan Aldee sebelum dia melangkah ke tempatnya.

Aku angguk. Aku turut melangkah ke arah tempat aku. Terima kasih dekat Aldee sebab sekarang, semua orang tak pandang aku lagi. Lega hati aku.

"Ima, in my room right now," terjengul kepala Amar memberi arahan di sebalik pintunya.

Aku bangun dari tempat duduk aku dan masuk ke dalam bilik Amar. Aku berdiri di hadapan meja Amar. Amar perhatikan wajah aku lama.

"Kau menangis lagi sebab dia?" Soal Amar.

"Boss, can we not talk about this in office?" Pinta aku.

"This is my office so I can talk whatever I want," balas Amar.

Aku diam.

"Kan aku dah pesan haritu jangan nangis lagi sebab dia! Kau tak dengar ke?" Marah Amar.

Aku masih lagi diam. Air mata aku mula menitik setitik demi setitik. 

"Kau pekak ke ha? Kan aku kata jangan nangis sebab dia!" Tiba-tiba Amar mengamuk.

"Macammana saya nak tahan air mata saya dari keluar? Boss ingat saya suka ke menangis sebab dia? Boss ingat saya ni tak ada kerja lain ke selain dari nak menangis sebab dia?" Aku pun mula mengamuk.

Amar diam. Dia renung wajah aku.

"Saya ni manusia biasa. Air mata saya akan keluar bila saya sedih. Saya cintakan dia, boss. Boss sendiri tahu macammana sakitnya cinta ni kan? Jadi kenapa boss nak marah saya menangis?" sambung aku.

"Sebab hati aku pun sakit bila tengok kau menangis," jawab Amar.

Aku pandang Amar. 

"Setiap kali aku tengok kau menangis sebab dia, aku rasa nak pergi dan tumbuk dia. Setiap kali air mata kau jatuh sebab dia, hati aku turut rasa pedihnya," ujar Amar.

Aku diam. 

"Ima, aku cintakan kau. Tolonglah jangan menangis lagi sebab dia. Aku janji aku akan protect kau. Aku janji aku takkan biarkan kau menangis lagi. Jadi Ima, tolong berhenti menangis sebab lelaki yang langsung tak layak untuk kau tu," ujar Amar.

Aku tersentak dengan kata-kata Amar tu. Apa aku nak buat ni? Macammana aku nak balas kata-kata Amar tu? 

"Aku tahu hati kau sekarang masih ada dekat dia lagi. Aku tahu dalam hati kau langsung tak ada aku. Aku akan tunggu kau sampai hati kau bersedia untuk terima aku. Aku janji Ima, aku takkan tinggalkan kau," ujar Amar lagi.

Air mata aku terus berhenti mengalir. Aku lihat wajah Amar betul-betul ikhlas. Kenapa boss? Kenapa mesti aku? Kenapa mesti jatuh cinta dengan aku, wanita biasa-biasa yang langsung tak layak untuk dia?

* * *

Aku dongak ke atas apabila sebungkus coklat diletakkan di atas meja aku. Izzu sedang berdiri di hadapan aku dengan senyuman. Aku balas senyuman Izzu.

"Coklat untuk saya ke?" Soal aku.

Izzu angguk, "kenapa murung-murung ni?"

"Banyak kerja," aku tipu Izzu.

"Nak tahu satu benda tak?" Soal Izzu.

Aku angkat kening, "apa dia?"

"Awak macam bintang," ujar Izzu.

"Bintang?" Aku kerut dahi.

"Awak adalah sumber kegembiraan. Macam bintang, yang menyinari malam bulan. Awak tarik saya dari kemurungan saya. Awak tak putus asa untuk kenal saya. Awak adalah punca kegembiraan orang lain," ujar Izzu.

Aku diam. Aku macam bintang? Bintang yang suka menyinari malam yang kegelapan tu? Yang mencantikkan langit ketika malam tu?

"Tapi ada masanya bintang tak muncul untuk menyinari malam. Ada masanya bintang hilangkan diri dan biar malam kegelapan. Tapi bintang pergi tak lama. Bintang pasti akan muncul kembali untuk sinarkan malam," ujar Izzu lagi.

Aku pandang Izzu. Izzu lemparkan senyuman dan berlalu pergi. Amboi Izzu ni, dah pandai berpuitis sekarang ni. 

Tapi aku faham apa yang Izzu cuba sampaikan. Sesedih mana pun aku, aku kena get over it dan mulakan hidup baru. Aku kena lupakan semua kesedihan aku dan cari jalan untuk gembira. Sebab aku layak untuk dapatkan happy ending aku.

* * *

Aldee kerut dahi pandang aku yang tengah berselera makan. Dah dua pinggan nasi ayam aku makan. Aku lapar sangat ni. Sejak kes Adib tu, selera makan aku langsung hilang. Ni bila aku dah dapat balik selera aku(thanks to Izzu), aku nak makan puas-puas. 

"Seriously?" Soal Aldee.

"Aku lapar la," jawab aku.

"Tak, seriously kau tak nak try nasi kukus diorang?" Soal Aldee.

Aku gelak. Aldee ni memanglah. Memahami aku. Kalau orang lain, mesti dah perli perli aku. Tapi Aldee, dia lagi suruh aku try makanan lain ada lah.

"Kau tak nak makan lagi ke?" Soal aku.

Aldee gelengkan kelalanya, "tak. Eh, Ima, betul ke aku dengar Izzu nak ambil cuti sebulan tanpa gaji?"

"Ha?" Aku terkejut.

"Dia tak bagitahu kau ke?" Soal Aldee.

"Tak pula. Nantilah aku tanya dia," jawab aku.

Dah kenapa pula Izzu nak ambil cuti sampai sebulan? Dia sakit ke? Ke sebab nak jaga Amy? Tapi kalau nak jaga Amy pun, perlu ke ambil cuti? Bukan macam Amy tu sakit tak boleh bangun ke apa. Hmm musykil.

"Detektif Ima again?" Aldee hentikan lamunan aku.

Aku sengih, "well, you know me."

Aku dan Aldee gelak. Detektif Ima ye. Patut ke aku berhenti kerja dan jadi detektif? Dapat juga aku larikan diri dari Amar. Hmm that is something to ponder.

"Kau jangan nak berangan nak berhenti kerja, lepastu jadi detektif. Kau ingat senang ke nak terus jadi detektif ha?" Ujar Aldee.

Aku tersengih. Macammana Aldee tahu ni aku tengah berangan benda tu? Aldee ni boleh baca minda orang ke?

"Dapat aku lari dari boss," ujar aku.
"Jangan nak lari dari masalah," pesan Aldee.

"Aku awkward lah, Aldee. Lepas boss confess dekat aku, aku tak tahu nak buat apa. Nak pandang dia pun aku rasa bersalah," ujar aku.

"Kenapa nak rasa bersalah?" Soal Aldee.

"Aku tak nak bagi dia harapan. Hati aku langsung tak ada untuk dia," jawab aku.

"Takkan sedikit pun tak ada?" Soal Aldee lagi.

Aku gelengkan kepala aku, "nothing. Kosong."

"Tapi dia tak paksa kau kan untuk balas cinta dia?" Soal Aldee.

"Memanglah dia tak paksa tapi lambat laun mesti dia akan minta jawapan dari aku," jawab aku.

"Dan?" Aldee angkat kening.

"Aku tak nak nanti hubungan aku dengan dia jadi teruk. Dia boss aku. Kau rasa apa akan jadi dekat aku kalau aku tolak dia?" Aku pun angkat kening.

Aldee diam. Aku assume dia tahu jawapan kepada soalan aku. Aku hirup minuman aku. 

"Kau macammana? Asyik fokus dekat aku je. Dah jumpa perempuan untuk dipinang?" Soal aku.

Aldee sengih, "dah lama jumpa tapi."

Aku kerut dahi, "tapi apa?"

"Tapi susahlah. Aku tak rasa dia akan terima pinangan aku," ujar Aldee.

"Kenapa pula? Belum cuba belum tahu," ujar aku.

"Sebab aku tahu hati dia untuk orang lain," ujar Aldee.

"Aku tak nak perkara lama terulang kembali. Jadi, aku harap kau beranikan diri dan pinang dia. Kadang-kadang apa yang kita lihat dan fikir tu tak semestinya betul. You just have to ask her," nasihat aku.

Aldee senyum, "I will but for this time being, aku nak pastikan hati dia tak dimiliki dulu. Aku tak nak jadi rebound dia."

Aku angguk. Untungnya lah sesiapa yang telah memiliki hati Aldee ni. Kenapalah orang yang memiliki hati Aldee ni tak sedar tentang perasaan Aldee? Is she blind or what? 

Kalaulah aku perempuan tu...

Eh jangan berangan lah Ima! Jangan nak menggatal juga. Adib dengan Amar je dah buat aku pening kepala. Ada hati nak tambah seorang lagi peminat. Huhu.

No comments:

Post a Comment